Orangnya bersemangat kental, jatuh bangun dalam perniagaan lumrah kehidupannya. Petang semalam saya bertemu beliau, Zaidi Md Yasin bersama 2 rakan sekerjanya di Ampang, Selangor. Beliau meminta pandangan saya berhubung kaedah terbaik mempromosikan minuman tin pemberi tenaga terbaharu keluaran syarikatnya.
Sparkling Tongkat Ali X10.
"Berapa ramai akan hadir?," soal Zaidi kepada saya.
"Tidak pasti. Hanya selepas register, baharu kita tahu jumlah bloggers semua," balas saya.
"Untuk gathering nanti kita sponsor 2,000 tin X10," ujar Zaidi.
X10 telah mula dieksport ke luar negara tetapi hanya akan berada di pasaran tempatan dijangka pada Mei 2010 dijual dengan harga RM2.50 setin.
Maksudnya pemilik blog, saudara mara dan rakan hadir pada perhimpunan 6 Mac nanti antara rakyat Malaysia terawal merasai kelazatan X10. Biarpun Tongkat Ali antara ramuannya, wanita boleh menikmati kesegaran minuman berkabonat terbabit kerana X10 membantu meningkatkan pengaliran darah dan kadar metabolisme manusia tanpa mengira jantina dan usia.
Jika anda berminat menjadi pengedar X10, sila hubungi Zaidi di 03-2162 0133 atau email ke zaidi@miraxis.com.my
Jom kita X10 (baca: extend our friendship) bersama!
Nota : Peta ke lokasi perhimpunan akan dipaparkan di blog Ondscene.
ui macam sedap ni!
BalasPadamGood ideas
BalasPadampower!! saya akan pastikan bag saya kosong.
BalasPadampower tu,benda free
BalasPadambangga dgn usaha gigih bro tu...moga berjaya...
BalasPadamSalam, saya nak join!!!!!
BalasPadamtp kene balik terengganu pula..... ermmmm.. takde rezeki..
wow...boleh rasa nanti kat sana..yea!!!!! (^__^)
BalasPadamSYABAS! En. Zaidi.
BalasPadamSaya kagum dgn org yg bersemangat & berani mencuba. Prinsipnya mudah - "Lebih baik mencuba dan GAGAL (cuba lagi, dan lagi dan lagi!...) daripada anda GAGAL kerana tidak mencuba langsung".
En. Mazidul, Saya InsyaAllah dtg dgn Cik Wangi (she still single & available! Ahaa...). Kalu jadi ada le kengkawan yg lain ngikut.
InsyaAllah, Kurma is on me - kalau ada stok ok - kalau x de, saya akan usahakan Sambal Tumis ORI/Ikan Bilis (ni projek baru bakal dipromosikan pada 13 & 14 Mac 2010 @Dataran Merdeka) - Kalu sempat kita mkn ngan nasi lemak/lempeng/ubi kayu rebus - Kalu x sempat sambal tu kita cicah ngan pucuk daun2 kayu yg ade di Comm Forest Park & Resort tu haaa... eh, ok ape... awet muda & kekal langsing gitu... hehehe...)
Wahhh... inilah suatu keadaan yang pernah saya sebut masa gathering pertama dulu..
BalasPadambila mana ada penaja... ada proper plan... ada sambutan.. dsb
Tapi dulu tu pertama kali “breaking the ice”, so agak payah nak buat semua..
Bila dah tercetus, yang berikutnya semakin mudah, right BRO?
Harap saya dapat melihat BANNER nanti.. (wpun mungkin hanya melalui foto-foto)...:)
Tahniah buat Encik Zaidi. Seorang lagi usahawan bumiputera yang bakal menyinar. Tahniah sekali lagi.
BalasPadamtahniah kepada satu lagi usahawan bumiputra. Sokonglah produk bumiputra.
BalasPadamai dpt 3 katon.mmg best air ni.
BalasPadamkalo keluar nt mesti beli. terbaekk!tp harap mmg diluluskan KKM la..bismillah dulu sebelum minum!