Jumaat, Mac 12, 2010

Berikan Hak Kepada Mereka Berhak

Berikut, kisah dipaparkan di akhbar The Malay Mail.

Ibu tunggal, Maureen Lee, 42 tahun terpaksa berjalan berjam lama untuk ke tempat kerja dan ada waktunya dia mendakwa tidak makan.

Lebih menyayat hati, anak lelakinya berusia 14 tahun sebelum ini terbabit dengan jenayah (petty crime) kini ditempatkan di rumah perlindungan, Salvation Army Boys Home.

Pendapatan Maureen sebagai juru jual, RM600 sebulan dan dia menyewa rumah bersama kakaknya, RM480 sebulan di Kenyalang Park, Kuching, Sarawak. Maureen berusaha mendapatkan tempat tinggal di flat Majlis Bandaraya Kuching tetapi setakat ini dikatakan tiada unit kosong.

“Saya berjalan di kawasan sekitar flat beberapa kali untuk melihat sekiranya ada unit kosong. Apa saya lihat mengejutkan, penduduk memandu kereta besar. Saya ingatkan flat terbabit hanya untuk orang susah,” ujar Maureen.

Keluhan sama juga acapkali dilontarkan golongan kurang berkemampuan di mana sahaja di negara kita. Barangkali pembaca juga pernah mendengarnya.

Orangs miskin menjadi daif kerana tindakan segelintir pihak menghulurkan bantuan kepada kelompok tidak berhak menerima.

Andai tindakan itu tidak diberhentikan, jurang miskin dan kaya di Malaysia akan terus ketara seperti di Indonesia.

20 ulasan:

  1. Sangat bersetuju. Pihak berkenaan patut memberi. Bukan di Sarawak sahaja, PPRT yang baru siap di sekitar Johor Bahru nie rata2 penghuni berkereta besar. Tu kira dah terlebih mampu n tak layak duduk PPRT.

    Lagi satu, masalah setinggan pun x berkurang sbb depa nie dah terlalu selesa dengan comfort zon walaupun dah mampu beli rumah n kerete sendiri.

    BalasPadam
  2. yer..sokong pendapat encik..

    org kaya akan terus kaya dan org miskin akan terus miskin..

    BalasPadam
  3. salam,

    kes mcm ni bukan hanya di kuching.. kat mana tempat pun ada. RKR or rumah kos rendah ni ada yang dibina untuk pindahkan penduduk stinggan dan ada yang dibina atas status tanah persendirian. Yang status tanah persendirian ni la yang banyak menimbulkan isu, di mana kat tempat2 ni kita boleh nampak yg penghuninya pakai merc, waja dan yg seangkatan dengannya.. kenapa? sebab syarat yg dikenakan longgar. Ketetapan dikenakan agar mereka yang berpendapatan kurang 2500 yg dibenarkan untuk beli, tetapi, terdapat kelonggaran di mana pemohon boleh menolak perbelanjaan bulanan mereka ke atas pendapatan, meaning mereka yang bergaji RM3000 pun boleh pohon..tu la masalahnya.. kalau rigid RM2500 sahaja pun susah juga, macam mana kalau situasi keluarga yang ada anak 5 dgn pendapatan RM3000 dan isteri tidak bekerja. Saya cadangkan pihak berkenaan semak status pemohon dengan telus sebelum diberikan kebenaran membeli. Kalau tak jadi la mcm kisah yg en. mazidul utarakan tadi... rumah murah, berkereta mewah, tak pun beli dan jual dgn harga lebih mahal.. hmmm

    BalasPadam
  4. aduhai , kedekut juga orang 2 , guna kereta besar masih nak tinggal kat flat ....

    mmmm kereta besar yang dimaksudkan tu apa ? lori ke ? heheh just kidding

    BalasPadam
  5. Hairan juga saya macam mana proses penilaian utk menentukan samada seseorang itu dikategorikan sebagai org miskin, org senang dan org kaya.

    Saya juga bersetuju, lambat laun akan wujud jurang yg sangat besar di kalangan miskin dan kaya. Golongan pertengahan akan samada naik ke golongan kaya atau jatuh ke golongan miskin disebabkan tekanan ekonomi dewasa ini.

    Secara tidak langsung akan wujud sistem kasta sebagaimana ada di India.

    Dan pastinya kita tahu bangsa mana yg ramai tergolong dlm kelompok miskin nanti.

    Kah kah kah!!!...

    BalasPadam
  6. ...di rumah2 panjang sekitar kwsn rumah saya tu pun mcm tu...kereta mewah bersepah...

    BalasPadam
  7. Auntie jangan sedey2 k..
    Auntie tunggu saya jadi Perdana Menteri atau Menteri Perumahan nanti saya kasi auntie rumah PPRT ok..
    Tapi sebelum tu undilah saya..
    AFUNDI VIC~!

    BalasPadam
  8. ni kat area umah saya ni rumah PPR sewa sebulan dah macam sewa duduk kat kondo...apa kes??

    dan ada yang stay umah PPR mempunyai 3-4 biji kereta satu rumah sampai berebut tempat parking...

    BalasPadam
  9. Rentetan dari kisah kasta?
    Double standard?

    Begitulah, jika kita ambil hak orang, tak aman hidup.

    Sekarang kalu tengok parking kawasan rumah flat kos rendah, berderet keta yang mahal.. hmmm tak tercapai akal memikir..

    Begitulahhh....

    BalasPadam
  10. betul tu kak azie
    acu sokong..dok flat kos rendah tapi keta..mak oi...tak tercapai akal ku...

    BalasPadam
  11. perkara ni mmg tersangat benar..
    walaupon dorang da senang..
    tp sebab da selesa dgn bantuan kerajaan ini la jadinya

    BalasPadam
  12. rumah /kondo kos rendah se unit,ada kereta besar,
    cuba intai (kepada yang kerja /bertugas?makan gaji), di sentul.

    ada ali mamak ali baba.

    jika tak keluar dekat TV orang tak nampak.

    BalasPadam
  13. Ya Allah bro..kat tmpat sy pun sama gak.Ada juga kes..pemberian bantuan basikal percuma kpd pelajar2 miskin.yg peliknya mak mmg tak bekerja,tpi bapak ada syarikat lori,cuma guna lesen adik beradik dia je,rumahnya..mak datuk.penuh ngan perabot jati,vantage,dan mcm2 lagi hiasan yg klas2..tpi bila time dpt bantuan...anaknya antara yg tersenarai mmg sah dapat punya....gi ambik basikal siap naik keeta Perdana lagi...ada anak2 yg betul2 berkelayakan mmg tak dpt...duduk umah PPRT..anak2 3 beradik jlan kaki gi skolah..mmg kesian..jauh jarak antara skolah ngan rumah tu...

    BalasPadam
  14. Apabila kuasa & wang beraja di mata, hati mati kekeringan maka yg hak dan yg bathil sudah tidak dapat dibeza.

    BalasPadam
  15. Bro, I do lots of Bersamamu cases in Johor Bahru. Government officers jadik buta sehinggalah dicelikkan oleh report media.

    Kelakar tak? And this is NOT new whatever that you wrote. Selagi tak terpampang kat suratkhabar atau tivi, barulah semua tok tok penghulu, tok pegawai daerah, even tok mudim sekalipun baru terhegeh hegeh nak 'berbuat sesuatu' padahal benda tu dah terpacak kat depan mata.

    They will never change.

    BalasPadam
  16. ramai org yang suka ambil kesempatan terhadap keistimewaan yang sepatutnya diberi kepada yang berhak..diaorang bukan x tahu, tp sengaja sebab budaya "lantaklah" dh lama wujud dalam masyarakat sekarang..
    cuba anda semua fikir..betul x?

    BalasPadam
  17. Salam... pihak yang bertanggungjawab seharusnya lebih peka dan memantau keadaan dan turun ke lapangan...

    BalasPadam
  18. bukan kata hanya berkereta besar
    tapi ada kereta sampai lebih dr 3 bijik keta..belum masuk motor lagi

    mmg nampak hidup senang la
    tp depa masih dok gak kat situ

    BalasPadam
  19. Mungkinkah asalnya miskin kemudian rajin berusaha maka jadi senang atau memang betul asalnya kaya tapi kedekut & suka rampas hak orang lain. Maka mereka takkan berpindah. Baik kumpul harta.

    Masalahnya kita pun sering silap memberi manja, gajinya sudahlah belasan ribu RM, kita kasi pula kereta percuma, minyak percuma & entah lagi apa percuma.

    Golongan marhaen yang bergaji kecil asyik bayar cukai sana-sini pun kerja siang & malam nak sara anak bini. Takkan jadi kaya lantaran kekayaan sememangnya telah dirampas oleh orang lain. Kerja kuat pun imbuhannya tak berapa.

    Hutang kenderaan di negara kita paling membebankan. Kerajaan kena segera perbaiki kecekapan kenderaan awam; ini salah satu punca rakyat menjadi miskin.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.