Rabu, Mac 10, 2010

Yahooo! Pak Cik Kayo!

9 hari lagi saya akan menyambut hari ulang tahun kelahiran ke 43 (baca: bukan kenyataan menuntut hadiah).

Purata 'unique hits' harian blog ini, lebih 2,700. Hits ketika tampalan ini ditulis lebih, 999,000. Maksudnya dengan kurang 1,000 hits lagi, blog ini akan menjadi 'blog jutawan'.

Ya! Saya kaya! Saya kaya dengan bilangan pelawat, saya kaya dengan ilmu anda semua kongsikan sejak blog ini dibuka pada 13 Mei 2008.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua samada bloggers atau tidak kerana saban hari sudi berkunjung ke blog ini. Dalam tempoh hampir 2 tahun menulis, saya telah berpeluang berinteraksi malah betemu dengan sebilangan pembaca. Barangkali menjadi jutawan blogger, hadiah terbesar pernah saya terima sejak dilahirkan pada 19 Mac 1967 (baca: wow! Tuanya!). Saya amat gembira.

Di kesempatan ini, terima kasih juga saya ucapkan kepada semua 'silent readers' dari dalam dan luar negara. Semoga semua terus membaca biarpun bukan semua bersetuju dengan ide mahupun pandangan saya.

'10' Mac 20'10', what a perfect day to be a millionaire.

Yahooooo! Pak Cik Kayo!

24 ulasan:

  1. Tahniah!! Blog ini telah menjadi 'blog idola' saya.. Syabas!

    BalasPadam
  2. BAnyak tuu Abang AMzidul!.. heheh hit tinggi2 cam tu pihak Nuffnang x bagi Advertorial ke.. :)

    BalasPadam
  3. salam bro, takde buat doa selamat ke sempena birthday bro? bley laaa kitorang datang memeriahkan lagi majlis tu nanti... sambung barbeque yang tertunda sebab hujan masa gathering aritu... keh3

    BalasPadam
  4. From The News, Nah RM2!

    Jamal, tq. Besarnya penghargaan itu.

    Shahrul, entahlah. Tanpa duit pun saya masih menulis, pastinya.

    Ice, awak cakap macam itu, tiba-tiba saya lapar.

    BalasPadam
  5. Kena wish awal-awal...

    Selamat Hari Lahir :)

    BalasPadam
  6. Semoga Allah merahmati usaha anda. Hidup Pakcik! Pakcik Kayo!!!

    BalasPadam
  7. Bro Mazidul, nak tumpang majlis hari jadi bro mazidul bleh? Kebetulan besday 21 Mac ni... nak le share majlis hari jadi... save budget eden maklumlah rumah dah 2 kali kena rompak.. kena le cari cara nak save budget.

    BalasPadam
  8. Vic, saya mana ada celebrate birthday. Nanti terasa benar, diri tua.

    Kalau kita buat berdua dengan keluarga di karaoke di Sunway, boleh? Tetapi nanti bila gambar keluar, mesti ramai kawan marah, jeles ke, lepas itu saman saya, Hazry dan Kadi Kluang.

    BalasPadam
  9. ha ha ha suke komen en mazidul kat vic tu...adess dah kayo nar ke nak saman org bagai :p

    kena kasi hadiah utk visitors yg ke 1 juta ni.eh mana tau kot rezeki combi heheh :D

    firasat combi mlm ni dlm jam 12tgh mlm mesti dah jadi blog jutawan...ermmm sapa nak jawap?

    yahooooooooo pokcik kayo...! (tumpang gumbira ria)

    BalasPadam
  10. Azrul, awak selalu cakap macam itu dengan Ayu eh?

    Sifoo, semoga Allah merahmati hidup awak juga, amin.

    BalasPadam
  11. Ecah, tidak mungkin. Saya rasa hanya dalam tempoh 1 jam atau kurang. Believe me darling! (Hish! Cakap dengan hubby, jangan saman saya tahu sebab saya tidak melakukan sebarang ugutan jenayah)

    BalasPadam
  12. waaahhh!! skang dh lebih sejuta!!
    kayo!kayo!

    heee

    BalasPadam
  13. lepas ni nak panggil en. jutawan la. untung2 jadi jutawan betul..

    BalasPadam
  14. salam mazidul, mak cik adalah one of your silent readers. mak cik tag tanpa minta kebenaran you terlebih dulu. diharap tidak menjadi kemarahan n kesalahan. suka membaca n3 mazidul.

    BalasPadam
  15. Tahniah!

    Pokcik Kayo!
    Diharapkan penulisan Pokcik (dgn Izin : panggilan sempena angka 43thn)semakin kritis, jolok apa yg tersorok, terjah & tujah hingga bernoktah (baca : isu kemasyarakatan).

    Tanah ini semakin besar, kalaupun tidak berhektar namun tanam-tanamannya cukup subur & mekar.

    Terima kasih kerana mengizinkan saya & peladang2 yg lain sama2 bercucuk tanam di tanah subur ini sehingga ke angka 1,000,000.

    Cukup ke benih nak tabur lagi ni Pokcik? Saya yakin, ramai lagi nak tolong bajakan. Yg bubuh racun tu lantak pi lah...

    BalasPadam
  16. sasaran 1m tu tak mustahil mazidul.

    lebih penting lagi perkongsian berita dan ilmu yang berkualiti di sini.

    apalah gunanya 1b hits tetapi merapu...

    BalasPadam
  17. Hehehe... ala bro... kita celebrate jangan kasi tau Hazrey ngan Kadi Keluang... senyap2 je...
    eh... dowang leh baca tak komen ni? ekekekeke

    BalasPadam
  18. ... satu penyakit berjangkit... tak baca semua artikel rasa gelisahlah pula... nak klik hari-hari tak sempat memanjang...

    payah nak cari penulis sehebat & seaktif Sdr Mazidul; ada saja isu baru yang tak puas kita baca...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.