Isnin, Mac 08, 2010

Siti Nurhanim Aziz Tidak Ditahan Polis (JAIS Apa Cerita?)

Menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan, pihaknya membuat keputusan tidak menahan Siti Nurhanim Aziz, 25 tahun berhubung kes dera dan bunuh anaknya, Syafia Humairah Sahari, 3 tahun, 25 Februari lalu. Pihak polis dikatakan berpuas hati dengan kerjasama diberikannya sebagai saksi.

Apapun, status siapa bapa sebenar Syafia dan adik lelakinya berusia 18 bulan masih belum terungkap. Saya percaya ramai ingin mengetahui fakta sebenar. Dilaporkan suami Nurhanim, ditahan di Penjara Sungai Buloh atas kesalahan membunuh sejak tahun 2006, 4 tahun lalu, sedangkan 2 anaknya termasuk arwah berusia kurang daripada itu.

Minggu lalu, Jabatan Agama Islam Selangor mengeluarkan kenyataan akhbar akan memanggil Nurhanim untuk disiasat jika dia melakukan persetubuhan haram. Lebih 10 hari selepas kejadian, tiada tindakan diambil JAIS.

Bila lagi?

13 ulasan:

  1. takkan 'pihak berkenaan' terlepas pandang kot? Hmmm.. janganlah ada tindakan terpilih-pilih dalam menegakkan hukum...

    BalasPadam
  2. terlalu banyak karenah birokrasi di JAIS hingga kes yg meletup (baca:memalukan) begini pun boleh di lengah-lengahkan! Untuk kes yg macamana agaknya mendorong JAIS beertinda cepat?? Mungkis kalau kes melibatkan org popular spt artis, org berpengaruh spt ahli politik kes ni laju kerja terjah

    BalasPadam
  3. salam,
    Bab kecil nak ambil tindakan, bab besar macam malas ke si JAIS nie

    BalasPadam
  4. Nampak nya satu lagi kes yang pendekatan nya 'lama2 lupa la tuh'...

    BalasPadam
  5. Siapa nak jawab tu? Sepatutnya dari 3 hari pertama lagi pihak JAIS dah patut mulakan siasatan.

    Malulah urusan agama diambil enteng - Bertepuk, bersorak bacin-bacin yg seronok melakukan maksiat - Kata mereka "Well... kubur masing2, Jab. Agama pun tak berapa nak kisah, ada aku kisah?"

    BalasPadam
  6. saudara MAS,

    saya pun musykil dengan status budak² tu... harap JAIS dapat mempercepatkan siasatan..

    BalasPadam
  7. hmmm.... entah la... macam dah terang tp lagi nak bersuluh...

    BalasPadam
  8. berkata... JAIS ada SOP tak!.. istana selangor dapat ISO.. ha ha .. do wat u say, say wat u do...
    bila nak wat ni JAIS?

    BalasPadam
  9. Salam

    Jangan terlalu cepat menuduh sesama kita. Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat keranamengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

    Semuga ini menjadi pengajaran dan jangan terlalu ghairah membuat telahan sesungguh kita hanyalah manusia yang tidak lepas dari dosa. Wallahualam...

    BalasPadam
  10. sepatutnya JAIS cepat mengambil tindakan bg menyelesaikan kes ini. jgn biar berpanjangan, 1 malaya dah tau & menunggu apa JAIS nak buat.

    ps: x10 tu mmg power giler tak leh tido dibuatnyer

    BalasPadam
  11. kes ni bukan terlepas pandang oleh pihak2 berkaitan. cuma kerenah birokrasi dan prosedur je yg menyebabkan perempuan itu terlepas bebas. takde official report, so takleh tangkap. kalau tengah berpeluk atas katil separuh bogel baru la boleh tangkap! kan seronok dapat tengok body yg terdedah tu!

    BalasPadam
  12. betul nightkiller.

    pekerjaannya tiadak lah sebesar mana HINAnya berbanding kaki songlap penipu harta negara dan pengumpat penjual makan hasil berita palsu....


    hanya dua tiga orang yang terpalit dosa atau makan hasilnya berbanding insan berkolar putih dalam bilik hawa dingin.

    ..yang lepas biarkan sahaja..mudahan ada sesalan dalam diri.

    BalasPadam
  13. Salam... seharusna siasatan dilakukan sebab terdapat kemuskilan di situ...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.