Rabu, Mac 03, 2010

Haaa? Biar Betul?

Malam esok 999 akam memaparkan laporan khas, 'Kisah Si Pemandu Teksi'.

Ya, pemandu teksi.

Wartawan 999 menemubual nenek mangsa dera dan bunuh, Syafia Humaira Sahari di Sungai Plong, Sungai Buloh, Selangor. Nor Azizah Boden dilaporkan menjaga abang dan adik Syafia, Shakimi Iqbal, berusia 1 tahun 6 bulan.

"Nenek dia kerja kilang di Rawang untuk menanggung dua cucu. Norhanim jaga Syafia dan duduk dengan boyfriend dia di Batang Kali," katanya.

Lensa 999 buat pertama kali juga merakamkan visual Shakimi, bayi dikatakan hasil hubungan ibu mangsa, Siti Norhanim Aziz, 25 tahun bersama suspek utama kes bunuh terbabit, pemandu teksi.

"Haaa? Biar betul?"

Saya terkejut mendengar penjelasan wartawan terbabit berhubung kerjaya ibu mangsa.

"Dulu suspek dikatakan menghantar dan menjemput dia pergi dan balik kerja," ujarnya.

Jika benar maklumat disampaikan kepada wartawan 999 itu, saya rasa sudah tiba masanya Norhanim mencari kerja lain, kerja lebih diredhai Allah S.W.T.

Baca tampalan ini, sedikit 'clue' untuk anda dari saya.

25 ulasan:

  1. "Jika benar maklumat disampaikan kepada wartawan 999 itu, saya rasa sudah tiba masanya Norhanim mencari kerja lain, kerja lebih diredhai Allah S.W.T."

    Lain macam bunyi je bang? Mesti perempuan tu kerja tak elok ni..

    BalasPadam
  2. Jumpa masa perhimpunan nanti, saya bisikkan kepada awak, ok?

    BalasPadam
  3. Abang Mazidul ... kerja apa tu, kasi terang sikit :)

    BalasPadam
  4. lain macam je ayat..adakah kerjanya seperti tugasan yang saya sedang buat sekarang ni???

    BalasPadam
  5. Clue yg diberikan seakan2 dia bekerja sebagai GRO!.

    BalasPadam
  6. ini petikan dr clue itu .." ada juga membela GRO. Pada awalnya GRO hanya regular dihantar ke tempat kerja dan kemudian dijemput pulang. Namun kemudian. lahir bibit-bibit cinta berkepentingan, GRO membayar tanbang menggunakan tubuh, pemandu puas tersengih"...

    tak kan tak dapat clue.........

    BalasPadam
  7. sorry bro mazidul...

    saya lari topik sket....

    nak mintak tolong.... kupas cerita video ini....



    thanz...



    http://www.youtube.com/watch?v=pQVdGmhV9Ow&feature=related

    BalasPadam
  8. dari awal lagi aku dah syak mak budak ni lain macam....anak die mati langsung tak sedih.....

    buat2 muke sedih ade la.....setuju sangat dengan erisar..

    http://erisar.blogspot.com/2010/03/devil-inside-us.html

    BalasPadam
  9. dah agak dh...tgk muke pon dah boleh agak.muka mcm x bersalah...semoga dia berubah..amiin

    BalasPadam
  10. kan akak dah bilang... TUDUNG2nya smue nmpak BARU...nak bg nmpak baek...
    smpai skg dia still cuba nak tegakkan benang basah mngatakan anak lelakinya yg berusia 1 thn 6 bln tu anak kpd suami dia yg meringkuk di penjara sejak 3 thn lebih yg lalu.
    patut dia dok diam2, jgn nak cari publisiti sgt... jgn nak bt statement itu, ini akhirnya sndiri dpt aib...

    BalasPadam
  11. Salam... berdasarkan clue yang diberikan, sudah terfikirkan pekerjaan yang dilakukan...

    * saya berburuksangka ke???

    BalasPadam
  12. Ada ayat "jika benar..." lalu, itu mungkin sahaja..

    BRO, saya tak biasa main bisik-bisik ni... kang belum abih bisik, saya dah terbahak gelak... sebab geli telinga...

    hakhakhak!

    BalasPadam
  13. hmm..ada yg cepat menanggapi sesuatu perkara dan ada juga yang perlu ditunjuk..

    kita sama-sama lah berdoa agar peristiwa ini dpt membuka hati dan pemikiran Norhanim..

    BalasPadam
  14. yup..setuju dgn kata2 bloggers kat atas..kerja apa lagih..tapi cover line kata kerja lain...masih isteri org..tp bersekedudukan dgn jantan..dapat anak-dera mcm budak tuh anak patung..pas tuh wat plak muka seposen-konon nak raih simpati...x faham lah..species mcm nie...x knal dosa, pahala, halal & haram...doniaaaaaa sudah nak kiamat...

    BalasPadam
  15. Salah satu drp kerjaya yg tertua di dunia agaknya. Insaflah Dik...

    Monolog :-
    "Ya, kami bukan berada di kasut mu Dik... (baca : bukan kami yg mengalami apa yg sedang kamu tanggungi). Walaupun kami berhak bersuara, yg penting adalah hakmu ke atas dirimu sendiri - Hak yg hakiki - Jgn menodai hak dirimu semahumu - Nur kasihNya melimpah-ruah, tiada alasan utk memggapainya - Semuanya masih belum terlambat - Cubalah, yakinlah..., yakin kepada diri sendiri"

    BalasPadam
  16. Sg Pelong,
    naik nama 2/3 titik nila rosak susu sebelanga.

    mungkin Sg Pelong adalah sebuah bandar yang sibuk.

    BalasPadam
  17. Ok. Faham. Roger.

    Hanim, dah cukuplah tu belakangkan Tuhan. Harap berubahlah.

    Tuhan dah bagi 'hint' tu.

    BalasPadam
  18. salam bro mazidul,
    saya rasa tak payah nak interbiu perempuan itu buat dia rasa dia sgt penting.. yang penting sekarang pastikan dia jugak bertanggungjawab atas kematian anaknya itu.. she is an accomplice and she is not someone that we should put a spotlight on.. setiap kenyataan yang diberi buat saya rasa jelak sebab anak mati baru nak sedar..
    moga Allah swt kurangkan perasaan marah saya terhadap dia.. amin

    BalasPadam
  19. tak payah lah nak buat simpati minah oi....

    pelikkan bila ada orang lebih sayangkan jantan dari sayang anak sendiri...

    emooo aku emoo jap...

    akhir zaman kata, agung2kan kejahilan, belakangkan kebenaran..hah ni lah dia...

    BalasPadam
  20. Kerja apa pun yg dilakukannya, saya dok rasa pegangan agama dia agak lemah selemah hati wanita yang dilanda masalah tetiba ada ayat-ayat prihatin dari seseorang yg bernama lelaki, cair beb!

    Kah kah kah!!!...

    BalasPadam
  21. kojo apo laiee..
    jadi pelasurr la tuhh..
    isk3..kalo org siam kate jadi pari2 time tgh mlm.. :D

    BalasPadam
  22. “Hampir-hampir kefakiran itu membawa kekufuran”

    Itu Hadis yang sering kita dengar. Maka itu setiap harta org kaya ada haknya buat org miskin.

    Pemimpin atau ketua kenalah sentiasa menjaga anak buahnya agar tidak sampai fakir.

    Imam kena rajin berkerja, zakat kita terlalu banyak terkumpul.

    Jika pun ramai pelacur dari kalangan bangsa kita yang dulunya beragama Islam. Perlu ada pihak yang mencari jalan mengutip mereka. Jika ada pertubuhan yang ingin melihat pelacur ini kembali ke agama Islam kita... tidak baik kita tertawakan pertubuhan ini. Tak baik kita persoalkan kononnya mahu cari nama; saya pernah baca masalah ini. Pernah diuar-uarkan di media massa arus perdana.

    Jika kita tahu seseorang itu telah jauh menyimpang ke arah kesesatan apa peranan kita sebagai khalifah.

    Isteri yg berzina tak punyai hak di dunia ini lagi, samalah suami yang berzina. Jika kita biarkan golongan penzina ini terusan bermaharajalela maka inilah musibahnya. Syaitan itu beranak pinak; kita tak kan terdaya menangkis serangan syaitan ini nanti.

    Tunggulah gegaran bumi yang bakal menjunamkan semua kita nanti.

    BalasPadam
  23. salam
    pendapat saya kita semua tak payah emosi sangat.tak perlu kita kaji dan berdebat pasal siapa siapa dia,pekerjaan dia,anak siapa dlm kandungan..yg penting kita sebagai masyarakat hrus peka pd masalah sekeliling.apa fungsi masyarakat lebih tepat lg jiran2 sebelah rumah.rukun tetangga,ketua komoniti spt ketua blok,ketua kpg,tok imam,tok siak dll.jika semua memainkan peranan sya rasa kes dera.buang anak dadah,rogol dpt dibanteras.saya perhatikan masyarakat melayu islam telah menyimpang jauh.kita lebih suka melihat sahaja sesuatu keburukan dan tidak berani menegurnya.takut dikatakan bz body @ jaga tepi kain org.ahli agama kurang mendekati masyarakat,jika anda jarang kesurau/masjid anda akan dipulau.sepatutnya mereka secara berpasukan mendampingi masyarakat yg memerlukan bantuan dan bimbingan.pemimpin setempat sepatutnya berjumpa masyarakat,bukan masyarakat jumpa pemimpin.dr situ kita tau keadaan sebenar.teori manusia telah gagal dlm menyatupadukan manusia,kita telah terpesong jauh.kita hanya menuding jari dn berkata-kata,GRO,bohsia,bohjan,mat rempit,mat gian dsb adalah manusia tidak berguna tapi apakan peranan anda???Bilakah kali terakhir anda menegur anak jiran anda yg masih sekolah menghisap rokok atau merempit guna motor bapak dia.bilakah kali terakhir anda menerima lapuran dari jiran anda yg memberitahu yg anak perempuan anda memakai pakaian menjolok mata?.apa jawapan anda?sya berani kata 1/10 sahaja yg sanggup melakukan demikian.

    sekian

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.