Esok saya akan kembali ke Malaysia. Dalam tempoh 5 hari ini pelbagai pengalaman saya raih di Jakarta, Indonesia ini.
Dalam perjalanan ke hotel saya terlihat gereja menggunakan perkataan 'Allah' terpampang di tepi jalan utama.
Saya sempat membuat tinjauan di Kampung Beting, Koja, Jakarta Utara, terkenal selepas dakwaan penduduk menjual 25 bayi dengan harga kurang RM370 dibongkar media tempatan.
Di kampung sama saya terlihat anak kecil tidak mempunyai sijil kelahiran ini, begitu juga lebih 800 anak lain di kampungnya.
Di kampung dihuni hampir 3,000 warga setinggan itu saya juga berpeluang melihat manusia menghuni rumah begini.
Beberapa kali juga saya melintasi antara mall terbesar di Jakarta, tanpa singgah.
Saya kagum melihat majoriti rakyat Indonesia, pengguna telefon Black Berry, 'bb', ke 3 teramai di dunia.
Saya sempat meninjau Rumah Sakit Umum Koja.
... dan berpeluang melihat kelibat kenderaan digelar 'Kancil' di Indonesia ini.
Di Ibu Pejabat Polis Daerah Jakarta Utara saya menemubual pegawai polis wanita ini.
... dan merakamkan gambar berikut berhampiran pejabat beliau.
Di lokasi sama saya dimaklumkan 'sidik jari' ertinya cap jari dan tiada hubung kait dengan bapa saya.
Saya menjadi 'pemulung', pengutip sampah buat seketika.
Menjamu selera di restoran nasi padang, enak.
Pencemaran sampah kilang, berleluasa.
Saya membeli beberapa barangan di Mangga 2, premis membeli-belah terkenal di kalangan pelancong Malaysia.
Tidak terlepas dari pandangan, teksi mewah ini.
Saya dimaklumkan Glenn Josh, 'Upin dan Ipin' terkenal di Jakarta dan Bogor.
Lelaki ini lena tidur di gerai di tepi jalan utama.
Selama tugasan di Jakarta saya dibantu krew berikut.
... dan pemandu, Andika Praseptyan.
Terima kasih kepada mereka semua.
jauh perjalanan, luas pengalaman.
BalasPadamtq kerana berkongsi cerita perjalanan di sana.
p/s : mewah sungguh taxi tu..Vellfire!
memang banyak cerita nak bawa balik ke Malaysia ni...semoga selamat tiba ke Malaysia :)
BalasPadamTerima kasih juga kepada Sdr yang sudi berkongsi cerita dan pengalaman. :)
BalasPadamYou may keep my souvenir until Im in KL or during your next trip to JB.
BalasPadammahalnya pengalaman pada mata telinga dan hati.
BalasPadamKempunan jika tak dapat jejak kaki walau sekali ke sana...
* Tiada sesiapa nak jadi penaja.
terima kasih berkongsi cerita,dapat juga ilmu@maklumat
BalasPadamAntara manis pahit tu, jarang orang ada peluang sebegitu. Pasti ada yang meninggalkan kesan di hati..
BalasPadamwahh banyak ker shopping di Mangga 2 tu??? tengok gambar kat sini ..rindu nak jejak lagi kaki ke sana ...
BalasPadamFrom The News dan Kak Cik, terima kasih sudi membaca.
BalasPadamAzrul, ada 2 story untuk 999, 1 MHI.
Hazrey, key chain? Kasut kulit?
Deeja, huh! penatnya tuhan sahaja tahu.
Zeq, bukan jauh, 2 jam flight.
Azie, banyak duit habis bagi tips.
Mrs Nor, beli t-shirts untuk kawan-kawan dan anak buah. Saiz saya tak berapa banyak.
Salam,
BalasPadamYa, Mangga 2 memang syurga warga pelancong Malaysia kalau berkunjung ke Jakarta, saya yang lelaki pun boleh gelap mata masa shopping kat sana dulu kalau perempuan pasti pejam mata..hehehe..tak hairan la kalau terpaksa beli beg besar tambahan kat Mangga 2 kerana ia pengalaman pernah terjadi kat saya dan rakan-rakan. Saudara mazidul pun beli beg tambahan juga ker? hehehe
Jauh perjalanan luas pengetahuan.... berkongsi pula pengetahuan dengan kami semua. Untung berganda2.... Bro untung, kami pun untung.
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian catatan pengalaman yang amat bermakna. Kalau saya pergi pun mungkin pengalaman yang berbeza.
BalasPadamtqvm bro
BalasPadamTak sabar nak mendengar & melihat visual kehidupan suka/duka/positif/negatif dari sana.
BalasPadam