Selasa, Mac 02, 2010

Update Perhimpunan Bloggers (Sharing Is Caring!)

Pembaca dihormati.

Saya percaya undang-undang sivil dan syariah negara ini akan menentukan nasib mereka terbabit dalam kes pembunuhan Syafia Humairah Sahari. Biar mereka menerima balasan setimpal dengan perbuatan kejam dan keji berlaku.

Sejak kejadian, ramai antara kita berasa sedih dan marah. Apapun kehidupan kita harus diteruskan.

Berikut beberapa perkembangan terkini berhubung 'Perhimpunan Bloggers' bakal berlangsung pada 6 Mac ini, Sabtu, di Commonwealth Forest Park & Resort di Kompartmen 3, Hutan Simpan Bukit Lagong, KM23 Jalan Kuala Lumpur-Rawang, Selangor. Sila rujuk perincian kedudukan lokasi di blog Ondscene.

Saya difahamkan atas usaha gigih menggunakan kemahiran dalam bidang perhubungan awam,  blogger Hazrey di Johor telah menghantar emel kepada badan terbabit menguruskan Malaysia Book of Records pada jam 12.32 tengahari tadi. Jika permohonan berjaya, kita bersama akan mencipta rekod kategori 'Perhimpunan bloggers paling ramai', InsyaAllah. 

Pihak penganjur sedang berusaha mendapatkan 'door gifts' (baca: biarpun lokasi tiada pintu papan) untuk diberikan kepada 100 bloggers terawal, the early birds. Selain daripada sumbangan 2,000 tin minuman kesihatan X10, syarikat penerbitan Karangkraf dilaporkan berminat menyumbang sejumlah majalah dan cenderahati kepada penganjur untuk diagihkan kepada semua. Manakala Hazrey juga cuba mendapatkan syarikat menjual barangan sukan, Al-Ikhsan di Johor untuk menaja beberapa barangan keperluan. 

Pada awalnya, waktu perhimpunan ditetapkan di antara jam 3 dan 6 petang. Hasil perbincangan terkini, masa ditukar. Semua bloggers boleh mula mendaftarkan diri pada jam 12 tengahari, InsyaAllah saya dan bloggers lain akan berada di  lokasi untuk menyambut ketibaan anda semua (baca: tiada bunga manggar). The exact location for registration akan diumumkan kelak.

Sewaktu pendaftaran, bayaran RM10 akan dikutip setiap seorang kecuali mereka berusia 12 tahun ke bawah. Wang itu untuk BBQ dan membiayai sewa tapak. Apapun, semua diminta membawa makanan dan minuman secara 'pot luck' dan akan dikongsikan bersama rakan bloggers lain. Bawalah apapun jenis hidangan, asalkan halal dimakan. Sharing is caring!

Oh ya! Berkebarangkalian besar perhimpunan sama bakal mendapat liputan media cetak dan elektronik, InsyaAllah. Jadi untuk menunjukkan semangat kebersatuan, SEMUA bloggers dipersilakan memakai baju berunsur warna merah. Selain bloggers, you are free to wear whatever attire suits you. 

Jika ada antara bloggers, berhasrat menyumbangkan door gifts (baca: barangan syarikat berlogo dibolehkan) atau hadiah bagi acara cabutan bertuah, sila SMS saya di talian 013 6330 360. Kami amat menghargai pemberian anda, really.

Baiklah.

Tujuan perhimpunan bakal diadakan untuk semua bloggers berlatar belakang berbeza bersua muka. Kita akan bersembang sambil makan dan minum. Dibolehkan berlari-lari anak jika lenguh kaki duduk. Oleh itu, acara tarik upih pinang, tarik tali atau tarik telinga (rujuk: gambar) tiada dalam aturcara dirancang. No treasure hunt dan no sukaneka. Bawalah ahli keluarga dan rakan biarpun mereka bukan bloggers. They are most welcome! Ops! Jangan lupa bawa tikar lapik berguling-guling jika penat berdiri dan duduk. Itu antara acara dibenarkan dan si pelaku tidak akan dituduh mengikut Kanun Keseksaan.

Sekali lagi, khusus bagi pembaca blog ini, sila nyatakan STATUS samada anda boleh menghadirkan diri atau tidak bagi tujuan kami mencongak bilangan bloggers bakal menjayakan perhimpunan ini.

From the bottom of my heart, thank you!

Update Pengurus Unit Perhubungan Awam Kumpulan MKSB, Zaini Zaa menghantar SMS kepada saya. Beliau akan membawa 400 majalah Wawancara dan Cermin untuk diagihkan kepada peserta. Thanks.

Update Pemilik blog Ondscene memaklumkan saya, 30 sukarela Jabatan Pertahanan Awan 3, JPA3 menawarkan diri menguruskan hal berhubung logistik. Justeru saya ingin merakamkan ucapan terima kasih awal kepada pasukan JPA3 kerana sudi terbabit dalam perhimpunan ini.

Update Difahamkan ada individu bermurah hati menyumbangkan 10 kek untuk juadah semua. Terima kasih.

Update Blogger Hazrey di Johor masih menanti respon badan menguruskan Malaysia Book of Records dan keputusan syarikat menjual barangan sukan, Al-Ikhsan di Johor Bahru, Johor berhubung sumbangan.

Update Pengarah Urusan Future World Avenues bersetuju menyumbang 3 bilik sebagai hadiah acara cabutan bertuah.

Update Siapa bawa Zara ke Kuala Lumpur? Menitis air mata membaca tampalan terkini dia :(

Update Mereka hadir tidak perlu membayar yuran masuk ke lokasi. Wang kutipan RM10 covers all. Sukarelawan penganjur akan berada di pintu masuk untuk menguruskan ketibaan anda semua.

56 ulasan:

  1. Bro Maz...saya dah tak sabar nak join gathering kali ni...sedang menghitung hari nak ke sana...jumpa bro kat sana nanti :)

    BalasPadam
  2. Azrul, Azrul dan Ayu, dah 2 orang. Penganjur 5, jumlah 7 bloggers.

    Cuma memerlukan 993 bloggers lain sahaja lagi.

    Hu! Hu! Hu!

    BalasPadam
  3. Insyaallah kalau takder apa2 hal sampai kot saya di sana...

    BalasPadam
  4. Count me in, please. Thank you.


    *Jika ada aral last minit, sorang jer kurang. Tak ketara sangat kot...

    BalasPadam
  5. Vic dengan hubby pun insyaAllah akan menyusul. Bro.. kalau vic sampai lambat (bukan disengajakan tapi sesat cari tempat) sila simpankan door gift untuk vic yer... ala... bleh la (sambil kenyit2 mata)

    BalasPadam
  6. Azieazah, puan dibenarkan datang hanya membawa mulut sahaja tanpa pot luck :) Tapi kalau ada jelly berwarna-warni di dalam bekas plastik, it is a bonus.

    Vic, thanks sudi datang walaupun sudah 2 kali rumah dimasuki percuri. Mengikut ramalan saya, penjenayah itu warga Indonesia berusia 27, bujang. Cari Templer Park, jalan terus, lokasi sebelah kiri jalan besar. Senangkan? Nanti kita usahakan agar ada manusia menjadi penunjuk arah.

    Amad, terima kasih.

    So, 7+3 lagi bloggers = 10.

    We need only another 910.

    BalasPadam
  7. sedih :(

    simpankan door gift dgn minuman tu ye.mana tau kot en mazidul turun sini bole combi sambut dgn kapet merah kat epot hehe (^_^)

    *bodek tp ikhlas :D

    BalasPadam
  8. abg dul,

    acu insyaallah akan pegi dgn anak2 sedara acu 3 org...

    btwn,jeli warna warni yg abg dul suka makan aritu acu yg buat lol bukan kak azie... ;-)

    BalasPadam
  9. cam mana nak pg sana tu ?

    nak bayar cam mana bank in?

    BalasPadam
  10. saya dan kawan-kawan saya pun boleh dtg kan
    :)

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum En Mazidul,
    selamat berjaya dalam usaha ini. Cuma bagi saya , selain dari berkumpul, kalau boleh pada hari itu, setiap blogger yang hadir update blog mereka secara serentak (saya rasa En Mazidul tahu blog boleh di update melaui fon, jadi tak payahlah usung notebook) dan kalau boleh update isu yang sama, seperti kisah penderaan yang berlaku baru baru ini

    BalasPadam
  12. Semoga aktiviti murni seperti ini akan mengeratkan lagi perpaduan sesama manusia. ;)

    BalasPadam
  13. macam nak join jugak...
    tp kena pujuk hubby dulu...
    wish me luck!...
    hehe

    BalasPadam
  14. Thanks BRO...

    yup.. my jelly cuma kaler KUNING n PURPLE jer...
    hmmm... tahun ni takda bonus..

    heeeeee... dapat exception nih, bestttt..!

    bleh kot kalu nak buat hitch hike kat tepi jalan tuh? Ahaks!

    BalasPadam
  15. Echah, tak apa, nanti kita post kan gambar banyak-banyak ya.

    Acu, Ish! Maaf lah, sebab nampak jeli semua asyik 'duduk' di hadapan Azie SAHAJA masa itu.

    Husna, thanks. Datanglah.

    Alangtrio dan Jai, so yu guys aren'y coming, right?

    So, we still need, 988 bloggers to go!

    BalasPadam
  16. Husna, Trolak ke lokasi bukan jauh mana pun ...

    Datanglah.

    BalasPadam
  17. saya nak sgt menyertainya..tp memandangkan waktu itu kerja dan tarikh diberikan terlalu dekat, xdapat la nk pergi.uh..rasa rugi..harap akan diadakan lagi dimasa akan datang.huhu

    BalasPadam
  18. RoseHana, kata pepatah Melayu, hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih.

    Kuantan ke Kuala Lumpur, dekat amat.

    BalasPadam
  19. suruh azie buat karipap * ermm jgn ngelat :p

    mana tau kot karipap hang laku.bole ekspot mai sini satu kontena..hahh sape punye idea??

    aku jugak yg bagi idea ekeke :D

    BalasPadam
  20. Azie, SILA buat karipap! Acu akan bawa jeli (baca: siapa bawa jeli sebenarnya masa last gathering eh? Keliru ...)

    BalasPadam
  21. Mazidul - Saya bukan blogger tapi salah seorang peminat blog Encik Mazidul. Niat hati begitu juga tapi 6 Mac tidak berkesempatan. Insyallah future gathering kita bersua.

    BalasPadam
  22. baca persiapan u all buat utk gader nanti pun dah buat sy jeles ...tu belum tengok gambar yg sahih ditampal di sini nanti...makin ler jelesss ...eeeeeeeeeee gerammmmmm .. tp jarak dan waktu, mengikat terus kaki dan keinginan utk turut serta.. huwaaa sob sob sob sob ( baca:nangis dlm ati)

    BalasPadam
  23. MrsNor, tak apa nanti kita buat gathering di gerai Din Tokyo ke, Kedai Cikgu ke, di Kota Bharu ya.

    BalasPadam
  24. Wah! Makin dekat tarikhnya semakin hangat...

    Setakat hari ini, InsyaAllah : Saya + Seorang Anak lelaki 13thn, Cik Wangi, Pn. Zatul + 2 anak bwh 12 thn.

    Takpe, jgn Pening lalat... moh kite lihat ringkasan di bawah :-
    (1) Dewasa : 4 orang
    (2) Kanak-kanak : 2 orang

    BalasPadam
  25. Pn Liza, blogger you seorang sahaja kan?

    Counter, 987 to go.

    BalasPadam
  26. Hmm..saya dari kejauhan ini akan ..mendoakan yang terbaik untuk para bloggers yg akan memecahkan rekod...klu berjaya memang org Malaysia baik-baik seperti yg dikatakan oleh orang Arab sini...
    Selamat berjaya, teruskan siratulrahim!!

    BalasPadam
  27. ok jadi mazidul. mungkin lewat skit sbb husband nak pegi pibg meeting dulu.

    ee seronoknya...

    BalasPadam
  28. Salam tuan,
    Blogger politik macam saya boleh join sama ker ? Mohon maklumkan yaa..

    BalasPadam
  29. Albanjari, tidak ada masalah. Sedangkan mereka bukan bloggers juga dijemput hadir.

    Let me extend my personal invitation to you.

    BalasPadam
  30. Salam dan terima kasih tuan, InsyaAllah..harap tidak ada program mengejut hari tersebut.

    Terima kasih atas jemputan peribadi dari tuan. Dah lama nak jumpa tuan..sebenarnya..

    BalasPadam
  31. Hehehehehe..
    izinkan saya gelak lagi di sini..

    Pasal jeli jer dah buat MAZ ni pening...
    Nampaknya makanan bersidang depan Puan AA akan berulang lagi kah? ohohh tidakkkk...!

    ECHAH.. hang jangan memandai aarrr.. Karipap? Nak dera aku ler tuh? Atau hang belajaq dari BRO ALID?

    Btw, mana ALID ek? Dah bertahun tak nampak batang idung kat sini...

    BalasPadam
  32. BRO, membaca updates nampaknya ada banyak cenderahati yang bakal diagih..

    InsyaAllah, andai saya sempat sampai awal seperti Urusetia, saya bersedia membantu untuk mengagihkan, juga bersedia untuk membantu. No hal, BRO. Sebut jer...

    Sharing is caring... Termasuk share buat kerja, kan?

    BalasPadam
  33. Bang..cam best je bunyi..tpi sy duk jauh sngtlah..tak leh nak join..papepun sampaikan salam saya pada semua yg hadir(tu pun kalau larat nak bawakle slm tu)..hehehe...ops!!..tak lupa salam utk bro Ods..jgn ingt keje je...minda kene rehat gak!!!!

    BalasPadam
  34. Ha??? Kak Azie nak tolong agihkan. Kak Azie darling... simpankan untuk vic ye kalau ku terlambat. Namun akan ku usahakan untuk tidak lambat. Dah paksa hubby bertolak kul 8 nak kejar door gift punya pasal.

    BalasPadam
  35. Geram dan tak tahan lagi nak membaca entry tentang ni. Jeles sbb x dapat join. Waaaa!!! Dah lama tunggu program mcm ni tp saya plak x dpat pegi sbb sudah di sabah. Sambung blaja. Dulu masa keje kat kl ada perjumpaan dgn blogger sy x dapat join sbb jauh. Aduhai. Jelesnye. Dah la tempat yang nak buat tu dkat dengan tmpt saya tinggal dulu. Macam nak balik semenanjung ja hujung minggu ni tp ada kelas plak. Bro nanti buat lagi ye. Jadikan acara tahunan k.

    BalasPadam
  36. nak jugak! insya Allah sampailah saya kesana nanti. tapi, takut sesatlah... =p

    BalasPadam
  37. saya bersama 2 orang lagi (azam ayop(softcatcher)dan zulfaiz(tiada blog)) INSYAALAH akan sampai ke tapak perhimpunan..
    doakan kami..

    BalasPadam
  38. 983 to go! (17 bloggers, pembaca blog ini telah membuat pengesahan kehadiran).

    Bawa lagi ramai keluarga dan rakan, no problem at all.

    BalasPadam
  39. mcm nak join je... nampak mcm best... Blogger yg jual bio aura pon boleh join ke? :)

    BalasPadam
  40. Bio, boleh join. Asalkan bukan bloggers jual orang.

    BalasPadam
  41. memandangkan dollah yankee nak ke Kuala Lumpur pada hari yang sama, dollah yankee tak keberatan untuk singgah dan sama-sama participate dalam perjumpaan itu, apa perlu isi form ka?

    BalasPadam
  42. Dollah, no form, just bring yourself and RM10.

    19 bloggers so far 'mendaftar' di blog ini.

    BalasPadam
  43. Salam... target nak kumpulkan berapa banyak orang? Insyaaalah nanti saya akan war-warkan kepada kawan2 blogger dan 'club' yang saya join ya...

    BalasPadam
  44. Bang, saya maybe datang sorang je..Ayu tak dapat datang..huhu (T_T)
    dia ada program kat sekolah..biasa la cikgu kena jaga anak murid... :p

    BalasPadam
  45. Rahmat, thanks bro.

    Azrul, datanglah seorang tetapi jangan menggatal. Of course saya akan report kepada Ayu jika awak didapati berperangai ganjil di celah gadis ayu.

    BalasPadam
  46. Cam best la...

    ada pnginapan yg bleh disewa ke kat situ tuk blogger jauh cam saya......

    BalasPadam
  47. saya dengan ini berikrar tidak akan berperangai ganjil dikalangan awek-awek semasa gathering tersebut...muehehe :p

    BalasPadam
  48. salam bro. esok jalan ke sana (tempat perjumpaan di rawang) takde gangguan ker dgn LTDL 2010? rujuk www.itis.com.my

    BalasPadam
  49. saya dan teman baik [juga blogger]
    serta anak2 kami [pun blogger jugak] insyaallah akan hadir..
    :D

    BalasPadam
  50. i am coming.Hopefully semua selamat sampai. Memandu berhati2 k,olz...ramai lagi rakan2 bloggers yg belum tahu,sila war2kan di facebook. Salam..

    BalasPadam
  51. En. Mazidul,
    Ade dapat sms saya?
    Ok ke? Kalu ok, ate teman ON kan 4 perkara yg tak seberapanya itu...

    Mari berpantun 2 kerat :
    Masak sambal tumis di dinihari,
    CFP&R, nantikan kedatangan kami...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.