Sewaktu menuntut di sekolah menengah, kita diajar berhubung sistem kasta di India. Berikut pecahan sistem terbabit.
Brahmin (berkulit putih, paderi dan guru), Ksatriya (berkulit merah, pendekar dan pemerintah), Vaisya (berkulit cokelat, petani, pedagang dan pelukis), Sundra (berkulit hitam, buruh) dan Pariah (berkulit hitam, buruh kasar).
Secara dasarnya, sistem kasta antaranya membezakan layanan diterima individu mengikut kategori kasta mereka. Contohnya, Brahmin dilayan lebih mulia berbanding Pariah. Saya percaya sistem sama tidak diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat India di Malaysia.
Itu sedikit review berhubung pengetahuan am.
Jika diimbau sejarah, pada awal tahun 60 an, panggung wayang di negara kita mempunyai kelas berbeza berdasarkan 'tangga kambing', kelas biasa, kelas 2 dan kelas 1, 'first class'. Penonton kelas biasa duduk di bahagian bawah panggung manakala penonton first class, duduk di kerusi bahagian atas. Bayaran tiket first class lebih mahal, maka penonton dapat melihat skrin secara lebih jelas kerana lokasi kedudukan tinggi.
“Oi! Duduklah! Bukan nak tengok kepala engkau! Aku nak tengok wayang!”
Antara jeritan sering ditempik penonton kelas biasa.
Kini sistem sama masih wujud tetapi first class dipanggil ‘gold class’. Namun jika diteliti tidak semua panggung menawarkan keistimewaan itu kerana majoriti Cineplex menyediakan tempat duduk selesa untuk semua. Justeru majoriti penonton berada pada ‘kasta’ sama.
Lihat pula sistem penerbangan di negara kita. Syarikat penerbangan Malaysia Airline System, MAS masih menawarkan tempat duduk kelas berbeza, business class dan economy untuk penumpang. Pada masa sama syarikat penerbangan baharu seperti Firefly dan Air Asia mengambil pendekatan berbeza. Semua penumpang, tokoh koporat mahupun menteri duduk di kerusi sama dan menerima layanan serupa seperti penumpang lain. Sitem 'kasta' dihapuskan.
Dalam penerbangan ke Johor Bahru, Johor menggunakan perkhidmatan Firefly bulan lalu saya berpeluang bersembang panjang, bertukar buah fikiran bersama Datuk Mukriz Mahathir, Datuk Badruddin Amiruldin dan Datuk Fadzilah Kamsah menaiki pesawat sama. Terfikir, jika menaiki MAS, masakan peluang itu terbuka bagi individu bukan bergelar datuk duduk di kelas ekonomi seperti saya. Itu semua berlaku kerana sistem 'kasta' tempat duduk ditiadakan.
Bermula 1 April 2010 kerajaan memansuhkan bayaran wad terhadap pegawai dan pesara perkhidmatan awam mendapat rawatan di hospital kerajaan. Kenyataan itu dikeluarkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.
Bagus. Tindakan itu dilihat mengurangkan beban kewangan pesara berusia emas.
Menurut beliau, kelayakan pegawai pengurusan tertinggi, gred 45-54, kelas 1 bilik seorang, gred 31-44, kelas bilik berdua, gred 21-30, kelas 1 bilik bertiga dan gred 1-20, kelas 2.
Ops!
Sehingga kini hospital kerajaan di Malaysia masih membezakan layanan terhadap individu mengikut kelas berasingan (baca: 'kasta') biarpun semua bergelar pesara.
Janggal benarkan jika bekas ketua pengarah dirawat di bilik sama degan bekas kerani di hospital? Sedangkan rawatan diterima sama. Jika ketika bertugas, pangkat memisahkan mereka, mengapa tidak jurang itu didekatkan sewaktu bersama menghabiskan sisa hidup pada usia tua? Mengapa ruang dan peluang berkongsi ilmu agama disekat begitu sahaja? Barangkali ada kerani berulangkali menunaikan fardu haji, dia berilmu, sedangkan mungkin ketua pengarah tidak sekalipun pernah mencium Hajarul Aswad. Tempoh rehat mereka itu pasti boleh dimanfaatkan sebaik mungkin, berdiskusi berhubung ilmu akhirat sekiranya sistem 'kasta' moden itu dihapuskan.
Sekadar renungan untuk semua.
Benar. Antara sedar atau tidak, soal kasta tidak ketara sekarang..
BalasPadamtapi
double standard ler kan?
Contoh: Bekas majikan saya dulu, tidak akan ambil pekerja yang berbangsa INDIA (yg gelap), sebaliknya hanya ambil pekerja yang cerah, cantik bergaya. Sedangkan bidang kerja tak berhubung dgn public pun. (MAAF, tiada niat komen racist)
Untung jadi orang lawa.....
Memang kebanyakaan kita tidak terperasan perkara ini kerana ia telah diamalkan sejak dulu lagi. Apa yang diungkitkan oleh Sdr Mazidul ada benarnya. Tapi kita kena lihat gulongan mana yang membuat peraturan itu. Tentu mereka mahukan privilege ini ketika mereka bersara nanti. Mereka masih belum boleh menghayati tujuan dan nikmat persaraan.
BalasPadamAllah! Tepat yang amat kata kata bro hari ni.
BalasPadamSiapalah kita berkasta kasta sedang mati di hitung standard yang sama aja..
Saya bersetuju dengan penulis kalau boleh biarlah 'tiada unsur kasta' ini... terutamanya di rumah sakit...
BalasPadam* saya layak di wad sendiri tapi nak duduk dengan orang lain...lebih suka dan selesa berada di wad yang ada kawan bercerita - taklah sunyi...
..menarik..pegi Haji pun dikastakan jugak, betul? Bayar puluh2 ribu, hotel dpn pintu Masjidil Haram...bayar minimum..duduk 500m-3km jaraknya...kalau dh namanya manusia tu, mana2 pun ada kasta...
BalasPadam..cuma satu yg saya tahu, tuhan tk akan mengkastakan sapa2...mati tetap bungkus dgn kain putih tk berjahit..kalau vip, vvip sekalipun..mana boleh bungkus pakai kain songket..betul?
Nota: ..info dr kwn, dalam Pariah kt M'sia ni, masih ada berpuluh2 pecahan kasta didalamnya..
Legacy dari penjajah.. sudah dididik masyarakat kita pasal kasta dan kelas.
BalasPadamSebab tu keluar cerita antara dua darjat, dan banyak lagi filem melayu yang berkisarkan percintaan antara dua manusia dari latar belakang berbeza, contoh, gadis anak orang kaya, yang lelaki orang kampung dan sebagainya..
Dan samada kita suka atau tidak, perkara kasta/kelas ni memang wujud walaupun tidak sejelas macam kasta India tu.
Kak Azie - majikan sy plak langsung tak kisah. Gelap ke cerah ke... asal dia rasa leh buat kerja dia ambik tapi biasanya yg kulit cerah tak banyak hal bila dah ambik bekerja... tp yg kulit gelap kerap ponteng kerja, bila kita bagi surat amaran... dia punya cerita cukup putar alam... kadang2 terasa dibodohkan..
BalasPadamp/s: kepala union di kompeni saya berkasta pariya la... masalahnya... yg india pun tak sanggup nak auta dia... yg melayu plak pi angkat dan julang dia jadi presiden. Confusing~!
bersyukur dilahirkan di Malaysia yang boley dikatakan tidak terlalu mementingkan warna kulit atau kasta, cuma masih ad sesetengah org yang mengamalkannya dan byk jugak yang amal double standard..
BalasPadamsgt sukar tuk kita hapuskn 100% kerana ia bergantung pada individu itu sendiri, kerajaan buat la apa-apa program pun, klu xde kesedaran dr individu, sume tu takkan berhasil..
sama2 la kita renungkan..
manusia disisi Allah adalah sama rata, hanya dibezakan dgn amal yg dibuat jer...
mazidul, abg i kata entry u ni well said. banyak yang tersurat dan tersirat!
BalasPadamkalau dulu orang melayu di'kasta'kan oleh raja, bangsawan, ahli ugama dan rakyat jelata tapi sekarang (pasca mahathir) orang melayu (walaupun lebih profesional dan enterprising) di pisah dan dimanipulasi oleh golongan kapitalis (majoriti bangsa lain)selain terperangkap sebagai hamba politik bangsa sendiri.
kasta kerusi, kasta meja dan kasta layanan.
BalasPadampstt: masuk masjid kalau ada kasta letak kerusi berukir boleh?
satu baris kerusi Plastik..
Jika sesiapa mengamati tulisan saya dalam Tajuk Malaikat Maut Mengintai Selalu (MMms) pasti perasan saya sering bersungut tentang masalah ini.
BalasPadamSenin lalu saya ke Klinik Kardio, sampai di sekitar jam 9:00 pagi hanya selesai jam 2:00 petang. Saya sendirian ke sana. Suami yatim piatu. Congaklah berapa lama tu. Jumpa doktor pakar sebenarnya tak sampai pun 10 minit. Lama menunggu.
Ini masuk tahun kedua saya berulang alik ke sana. 27.5.09 Temujanji kedua saya di klinik pakar ini. Temujanji pertama tak pasti; biasanya kalau tak kritikal 3 bulan baru berjumpa semula dgn doktor. Cuma makan ubat sahaja dalam tempoh dua tahun. Doktor pakar masih tak dapat kesan apa sebenarnya masalah jantung saya.
Sempat bersembang dengan seorang rakan India dia bersama isteri tersayangnya.
"Patutnya kena bedah 3 bulan lalu, doktor pinta RM6,000 saya tak ada duit minta duit kebajikan... ini hari baru tahu!"
Tak pasti doktor boleh kesan berapa tahun jangka masa rakan India saya ini; dah kesan duit pula tak ada. Silap-silap tak sempat bedah dah gol.
Itu nasib Pria seperti kami.
Bukan saya impikan layanan sebagai menteri selepas berpencen tapi baikilah khidmat ini bagi kami staf sokongan apatah golongan pesara seperti saya ini. Tak kisah duduk di kelas mana janji layanannya okey!... kan?.. kan?
Siapa nak sponsor saya ini jika ditahan di wad, teringin juga nak rasa duduk wad satu. Mungkin angin di sana sejuk sikit kut!.