Jumaat, Mac 12, 2010

Pelakon Ditahan Di Premis Perjudian

"Ada pelakon drama!," kata jurukamera.

Saya kemudian pantas memasuki premis perjudian elektronik di tingkat bawah berhampiran Hotel Grand Season, Jalan Pahang, Kuala Lumpur pada jam 11.40 malam tadi.

Saya perhatikan wajah pelakon wanita terbabit.

"Dia famous berlakon drama pada tahun 90 an," bisik rakan lain.


Terus terang, saya memang langsung tidak mengenali wajah wanita didakwa pelakon duduk membatu di sebelah teman lelakinya berkacamata berbingkai putih itu. Saya yakin dia tidak berjudi mungkin sekadar menemankan insan tersayang menghabiskan wang. Namun dia tetap dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan. 

17 mesin judi dirampas, 17 pemain lain ditahan mengikut Akta Rumah Judi Terbuka 1953 termasuk pasangan suami isteri berusia 50 tahun (gambar: kanan). Premis tanpa lesen terbabit beroperasi sejak lebih setahun lalu, pernah diserbu pihak polis sebelum ini.

Saya kemudian mendekati lelaki Indonesia berketurunan Minang, 28 tahun, duduk di kerusi dengan tangan bergari di belakang.

"Saya tak kerja tetapi datang ke sini main mesin (baca: berjudi). Selalu menang dan malam ini bagi pinjam RM100 sama kawan," katanya bangga kepada saya.

"Awak kata tak kerja, mana dapat duit main judi?," soal saya.

Dia mendiamkan diri. Lelaki Indonesia itu mendakwa datang ke Malaysia menggunakan pas lawatan sosial.

"Jadi awak datang ke sini bukan melancong? Tetapi berjudi?," soal saya lagi.

Dia diam membisu.

"Mana dapat duit?," gesa saya.

"Saya ada abang dan kakak di sini, minta dengan dia oranglah, " jawabnya.

"Ish! Tak kan umur 28 tahun minta duit dengan abang dan kakak. Alasan kamu itu, masa nenek saya masih dara lagi, saya dah dengar tahu," balas saya.

Saya bosan melihat wajahnya lalu menoleh ke kanan dan terpandang warga emas duduk bersila di kerusi. Tubuhnya kurus kering, wajahnya berkedut seribu dan saya anggarkan usianya mungkin sekitar 70 an.

"Pak cik main Facebook ke di sini?," tanya saya bergurau.

Dia tersenyum biarpun saya amat yakin dia tidak tahu apa itu 'Facebook'.

"Main mesin," katanya ringkas dan jujur.

Saya berasa amat simpati melihat dia, pada usia 'bonus', saat kubur memanggil, dia terperangkap menjadi tahi judi.

"Pak cik balik lah tidur, berehat," saya memperingatkan lelaki layak saya panggil ayah itu.

Premis perjudian terbabit diserbu atas permohonan saya setelah meminta wartawan 999 membuat tinjauan awal di premis sama minggu lalu. Perincian laporan akan disiarkan pada minggu hadapan, 18 Mac 2010.

Sebelum ke hotel terbabit, bermula jam 9 malam, Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap, D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen, IPK Kuala Lumpur diketui DSP Razali Abu Samah bersama 17 pegawai dan anggota menyerbu 5 premis perjudian di deretan kedai sama di Jalan Mega Mendung, Jalan Klang Lama.

Kesemua premis dilapor hanya dibuka di antara jam 6 petang dan 10 malam untuk mengelak diserbu pihak berkuasa.

Dalam Ops Dadu terbabit, 34 pemain dan 5 penjaga premis berusia di antara 20 dan 50 tahun dicekup, 102 mesin judi elektronik dan wang tunai RM2,547 dirampas.

"Ini bini saya, orang Thailand, anak umur setahun setengah," kata penjaga premis kedua diserbu, selamba.

"Gila! Budak kecil pun you mahu bawa datang sini ke?," balas saya.

"Sana rumah tak ada orang jaga," ujarnya.

Manakala di premis bersebelahan, lelaki India warga tempatan, 25 tahun, pekerja premis ditahan.

"Saya baharu kerja 3 bulan, gaji RM1,000," jelasnya.


Gambar: Penjaga premis

Di premis dijaganya, pelbagai mesin simulator permainan kanak-kanak diubahsuai menjadi mesin judi. Amat jarang saya melihat mesin judi seperti itu. Tepat, oranng Malaysia sesungguhnya kreatif (baca: tidak bertempat).

Sewaktu semua pemain (baca: pejudi) di arah menaiki van untuk dibawa ke IPD Bricfields, baharu saya tersedar, majorit mereka Melayu.


Gambar: Majoriti Melayu

Cerita terkini dimaklumkan kepada saya, lelaki berusia 50 an, kini terpaksa tidur di hadapan satu daripada premis perjudian di Kuala Lumpur akibat dihalau isteri, muak dengan tabiat buruk suaminya itu. 

Padan muka!

16 ulasan:

  1. Di Mahkamah Rendah Syariah Kluang pagi tadi, 10 lelaki didakwa atas kesalahan judi nombor ekor. Di bawah seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, membeli atau berada dalam rumah judi adalah satu kesalah yang boleh dihukum denda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


    Yang menjadi tumpuan, kes lelaki umur 72 tahun, pesara kerajaan, mempunyai 5 anak dan ramai cucu, mengaku salah membeli tiket judi 5 keping, seringgit setiap satu. Pendakwaan dilakukan pendakwa Syarie Hafizul Hakim bin Ibakarim di hadapan hakim Mohd Zahri bin Salikin. Hakim menjatuhkan hukuman denda RM 2,000 kepada warga emas ini. Sebelum menjatuhkan hukuman, Yang Arif menasihati beliau supaya insaf dan bertaubat serta tidak mengulangi kesalahan ini pada masa akan datang.

    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  2. ayat paling akhir amat pedih.."majoritinya melayu"..

    aduh..sampai bila? melayu melayu..

    BalasPadam
  3. Salam BRO MAZ..

    saya pernah melihat beberapa premis seumpama. Memang pengusaha sangat pandai menyorok kedai, ada tapi macam tak nampak.

    Kedai biasanya terselit antara kedai2 besar atau di lorong yang jarang orang masuk dan meriah bila malam.. sekali sekala siang (sbb pemain pun kerja jugak).

    Pintu kedai memang tak macam pintu, tapi sekali pandang macam dinding jer. Tiada tombol tapi ada butang kecil mcm loceng, jika hendak masuk, press dan ada orang buka dengan pantas ditutup kembali.

    Betul. Majoriti Melayu, yang sangat sangat ingin kaya cepat dan mudah. tapi tak mudah jugak pun. Duduk dengan stress tunggu duit berganda sampai ke senja or subuh... Beruk pun menyampahhh...

    BalasPadam
  4. Apa nak jadi dgn bangsa Melayu yg ditahan ni? (baca : Agama Islam hanya keturunan).

    Saya amat berharap pihak yg berkuasa pergilah ambush hari2.

    Si Penjudi banyak benda lain lagi boleh dimain - Peniaga pula, banyak benda lain lagi boleh dijual - Mengapalah SUSAH2 buat kerja yg MENYUSAHkan diri? SUSAH sangat ke nak berfikir dgn waras (baca : memang betullah statistik lebih 400,000 penduduk Malaysia mengalami gangguan jiwa - Bak kata Hazrey : Mental disorder).

    BalasPadam
  5. ...setahun lebih beroperasi tanpa pengetahuan pihak pengurusan hotel?..hmmm mungkin ramai drp mereka pun tompang sekaki, blh buat duit segera...

    ...apa tindakan undang2 atas pihak hotel kerana membenarkan perjudian haram ini di premis mereka?

    BalasPadam
  6. salam... amat menyedihkan sekali... :((

    BalasPadam
  7. Bro...sy selalu gak tgk kat tmpat2 judi mcm ni terutamanya tempat2 nombor ekor...pemandangan yg biasa sy nampak...semuanya org2 lama,pak haji pun ada gak..dan majoritinya mestilah orang Melayu...sedey tgk fenomena spt itu..bila mereka semua nak insaf,rumah kata pergi..kubur kata mari...malu kalau anak2 sy yg nampak.......

    BalasPadam
  8. Emmm! nasiblah saya tak kena serbu, RM3,000 tu mana nak korek, kalau dipenjara satu hal juga.

    Dulu saya pun kaki ikut kawan ke tempat macam ini; tapi bukan kaki judi. Tak dinafikan saya yang tenguk pun asyik banget. Kalau dulu ada mesin kuda lari tu, kemudian mesin yang ada buah anggur segala tu! Jactpot ke apa nama mesin ini!.

    Waktu solat Jumaat pun saya tenguk penuh, siap pakai Baju Melayu lagi. tapi tak adalah pula pakai ketayap; kalau sambil main pakai ketayap itu kira lebih!.

    Yang saya serik tu kalau memang kawan saya ini siap belanja makan (bukan duit judinya... kira duit gajinya) kalau kalah muncung sahaja balik; perut saya masuk angin!. Berjam jadi bodyguardnya tak bergaji. Melampau betul.

    BalasPadam
  9. Pernah saya katakan bahawa selagi ada permintaan selagi itulah ada penawaran.

    Penguatkuasaan sebenarnya tidak menyelesaikan masalah melainkan dengan pendidikan agama utk menghapuskan faktor permintaan.

    Kenapa bila dihebohkan oleh pihak berkenaan (baca: 999 atau Bro Mazidul) baru penguatkuasa terhegeh-hegeh ambil tindakan? Apa jadi kalau pihak berkenaan itu diam saja?

    Waaa... letih lor kalau pihak berkenaan nak cover 1Malaysia nih.

    Kah kah kah!!!...

    BalasPadam
  10. huhuhu..dimana-mana tempat samada berlesen atau tidak memang bangsa Melayu yg mengunggulinya..keluar masuk tanpa rasa malu atau segan apatah lagi nak menghormati pegawai jbtn agama yg sdg bertugas membuat operasi..bila dah kena tangkap mcm2 alasan bak kata bro maz..'zaman nenek kita dulu lagi dah dgr alasan ni..'

    BalasPadam
  11. Dulu ada sebuah kedai mesin kuda haram di tempat lama saya bekerja.. Paling kesian kebayakan pekerja termasuk Guard (juga seorang lelaki melayu berumur) boleh menghabiskan keseluruhan gajinya pada hari pertama dapat gaji dengan main mesin kuda.

    Pernah duit RM3 ribu yang diberikan isteri untuk membeli motor 2nd hand pun selamat dalam tempoh sehari.

    Isteri yang kecewa datang ke pejabat bertanya kenapa syarikat tak bayar gaji berbulan pada suaminya... akhirnya rahsia suami terbongkar... bukan sahaja pada isteri... tapi seluruh kompeni..

    Malunya... rumah kata pergi, kubur kata mari.. (ini baru betul zaman Tom Jones tau!)

    BalasPadam
  12. Berjudi bagi bangsa MELAYU seolah-olah sinonim dan menjadi warisan yang tak boleh nak dihapuskan..
    Macam mane nak atasi masalah ni Bro??

    BalasPadam
  13. acu penah lihat sorang pompuan lingkungan umur 40an..ISLAM & BERTUDUNG...sanggup buka kan tudung dia semata2 nak masuk ke kedai magnum nak beli nombor ekor...sedih nye acu tengok...

    Nau'zubillah....

    BalasPadam
  14. Ni dah peringkat ketagih macama dadah, tak kira usia kalau dah gian, tak kira malu. Dah kena cekup baru tahu nak tutup muka. dunia...dunia penuh dengan kegilaan.

    BalasPadam
  15. kok ye nak menang kumpulkan semua duit yg berminat beli semua nombor hari tu tentu menang ... tu lah tak mau berpakat hrp nak menang sendiri memang tak payah... lupakan je melangut tengok keputusan lepas tu melopong.. mapiauuu.. disimpang jln dpt rm..

    BalasPadam
  16. elok kerajaan HALALKAN judi kuda, macam JUDI TOTO, kurang sikit kos anggota yang memantau dan membenterasnya, hanya pantau orang Islam.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.