Rabu, Mac 24, 2010

Gadis 12 Tahun Dilacurkan Di Malaysia

"Pada 2 Oktober 2009, kita selamatkan 1 gadis berusia 12 tahun di sempadan Brunei dan Sarawak.  Anak kecil itu dilacurkan selama setahun di Limbang," ujar Arist Merdeka Sirait.

Arist, 52 tahun, Sekretaris Jenderal Komisi Nasional Perlindungan Anak, Indonesia.

Saya menemubual beliau di Pasar Rebo, Jakarta Timur jam 3.30 petang tadi. Tambah Arist, 138 lagi gadis Indonesia berusia di antara 12 dan 14 tahun masih berada di Sarawak.

Berita itu mengejutkan bagi saya tetapi dakwaan itu disertakan bukti, gambar anak gadis bogel dibariskan untuk dipilih pelanggan.

Semua itu akan saya kongsikan bersama penonton dalam 999 kelak.

16 ulasan:

  1. Salam...

    Ya Allah! Apa punya manusia (setan) yang melakukan hal itu... dan orang yang melanggan juga!

    *sedih*

    BalasPadam
  2. Bile nak siar bang? Innalillahi... traficking, luar biasa.

    BalasPadam
  3. Bisnes yang dilihat sangat menguntungkan. Pemerdagangan orang...

    BalasPadam
  4. SAYA RASA NAK MENJERIT! MENJERIT SEKUAT-KUAT HATI!

    BalasPadam
  5. Kanak-kanak!...menurut segala arahan...itu yg dicari oleh pelanggan kot.

    Pendek crita...nafsu bole meratah bayi berumur 3 bulan... sehinga yang berumur 80++ tahun. nafsu memang giler...berada dalam setiap manusia...alim maupun jahil...AWAS

    BalasPadam
  6. yang risaunya memula kena DAGANG,
    lepas itu, sendiri pula memperdagangkan diri..

    BalasPadam
  7. Mana nak kurang ,asyik2 muka mangsa yang terpapar,muka buaya tembaga yg mendalangi jenayah tu entah ada tak. Kalau gambar beratus2 budak bawah umur yg dilacurkan boleh ada dlm simpanan takkan tak boleh tangkap pelaku atau ketua komplot tu.

    BalasPadam
  8. macam ner leh masuk malaysia ni? musykil la..

    BalasPadam
  9. Sedih n geram... manusia mcmana lah sanggup melanggan budak umur 12 tahun untuk memuaskan nafsu..

    BalasPadam
  10. Apa nama golongan manusia yang berhati binatang sanggup meniduri budak kecik? Patutnya golongan pelik ni wajib diserahkan kepada golongan pelik bernama puak kanibal je..

    BalasPadam
  11. salam kat semua

    Phidophelia? Tu semua sakit..gila..yang rawatannya hanyalah rejam sampai mati..

    BalasPadam
  12. Orang yang selalu dalam kegilaan yang terus hidup dalam kegilaannya sendiri dengan menganggap kegilaannya adalah kewarasan. Satu fikiran sonsang yang menjasi penyakit sosiologi manusia yang telah diterang oleh Rasulullah iaitu perang menentang hawa nafsu sebagai perang no 1.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.