Saya dan krew 999 berada di Sungai Tinggi, Trong, Perak.
Sejak dari 6 petang hingga 12 malam, kami mengharung Selat Melaka bersama Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, APMM Wilayah Utara.
Bot menggunakan 'pukat sodok' atau 'pukat sorong' rakus memusnahkan khazanah laut. 80% pekerja bot, warga Myanmar dan Thailand tanpa dokumen perjalanan sah. Pukat terbabit tidak mengenal anak ikan, kerang dan siput membiak di kawasan paya bakau. 2 dalang di sebalik kegiatan terbabit diberkas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia minggu lalu sewaktu cuba merasuah pegawai agensi terbabit, RM35,000.
Lebih 700 nelayan Melayu amat terhimpit, 999 sekadar membantu.
Tampalan terperinci akan saya catatkan sejurus berpeluang untuk makan dan mandi.
Salam BRO MAZ...
BalasPadamya begitulah, bahagian masing-masing.
Wartawan cari skop berita, hebahkan supaya sama2 penonton tahu, ambil iktibar dan serba sedikit merasa takut untuk melakukan, juga memberi kesedaran..
pihak lain dengan peranan masing-masing...
*Sudah lama, bertahun lamanya tidak lagi berpeluang merasa mencari kerang di selut yang boleh menyedut badan semakin tenggelam.. ngeri bila diingat pengalaman nyaris kena sedut..
Tahniah APMM, harap tuan-tuan dapat bekerja lebih gigih dalam suasana yang mekin mencabar ini.
BalasPadamKera di hutan disusukan... anak di rumah mati kelaparan.
BalasPadamTapi kini ada pepatah baru, Pendatang Asing disusukan (disusukan pakai netek tokey cina boroi yang pentingkan keuntungan semata2), nelayan tempatan mati kelaparan.
.. pihak bertanggung jawab dalam isu ini seharusnya dipersalahkan; nelayan kita itu mana ada kudrat mahu menghalang 'pukat sodok' atau 'pukat sorong'yang rakus itu...
BalasPadam... takkan sampai nak berparang pula ...
Meowwwww???
BalasPadamsalam en mazidul....
BalasPadamsaya juga berasal dari daerah ini, malah sgt dekat dgn situasi ini
dikelilingi dgn mslh dan pkrjaan ini
alhmdlillh, msih ada yg sudi meliht permslhn org kg saya meski pon kini tdk lg menetap di daerh tersebt
tp, di harpkn...
apbila mnyalhkan agensi atau jabatan tertentu...
berani lah en mazidul untuk terus menyatakan angkara siapa...
contohnya jika jbtn hutan di salahkan,
jgn katakan jabatan hutn,
tapi catatkan terus pegawai2 yg berkenaan kerana saya pasti dan yakin, kakitangan bawahan tdk mampu berbuat apa2 bila sudh ada pgawai atasan yg memberi keizinan melakukan perkara haram...
*hny sbg contoh*
thanks