Ahad, September 18, 2011

Mana Satu Motosikal Milik 'Hantu Bonceng'? (Eksklusif!!)

Umat Islam di Malaysia masih menyambut Hari Raya Aidil Fitri dan minggu ini majoriti kita memenuhi jemputan ke rumah terbuka.

Begitu juga saya.

Sewaktu berlegar-legar di kawasan perumahan, saya terlihat motosikal berwarna merah, justeru nombor pendaftaran kenderaan terbabit sekaligus menarik perhatian saya. Untuk rekod, warna kegemaran saya, merah dan biru.


Sewaktu beredar, saya terlihat pula motosikal berwarna biru diparkir di luar blok bersebelahan.


Motosikal Honda EX-5 dibiarlan basah terkena hujan turun lebat, peliknya ruang memakir kenderaan di bawah blok masih banyak kosong.

Untuk pengetahuan pembaca, seumur hidup, saya tidak pernah memiliki motosikal, apatah lagi lesen menunggang kenderaan terbabit.

Dulu sewaktu kecil, saya hanya berpeluang menunggang basikal Raleigh tua, itu pun dibrek menggunakan kaki. Kekadang kaki terseliuh, betis terluka dan ibu jari terkoyak di hujung.

Apa pun motosikal di atas kelihatan sama seperti motosikal lain.

Bezanya cuma ...


Sejak bilakah 2 motosikal dibenar menggunakan nombor pendaftaran sama?


Hei! Buat apa saya perlu menyibuk berhubung motosikal serupa tetapi tidak sama?  Barangkali satu daripada motosikal itu milik 'hantu'. Hantu cuba mengelirukan pihak berkuasa dan sukar dikesan.

Seperti kandungan blog ini, saya hanya sekadar memaparkan berita berbentuk fakta di sini.

My weekend sons, semua lelaki, sedang berada di rumah. Lebih molek jika saya melayan mereka semua mungkin menanti duit raya.


Makan kuih sambil menonton filem Hantu Bonceng!

17 ulasan:

  1. Ish...hantu camni yang akan menyusahkan orang lain.

    BalasPadam
  2. musykil2.... memang sah milik 'hantu bonceng'

    BalasPadam
  3. salam bro mazidul,
    khabarnya cerita hantu bonceng ada unsur penghinaan islam.. kecoh di facebook, saya sendiri tak berpeluang utk menonton filem tersebut.. mungkin bro mazidul boleh periksa? atau pelawat blog yang lain boleh sahkan? kalau benar ianya amat serious..

    BalasPadam
  4. smti,

    motor lain-lain.. tapi nombor pendaftaran sama? macam orang lain-lain tapi no ic sama... ada yang tak kena tang mana2 la tu...

    BalasPadam
  5. Salam Saudara Mazidul,

    Disebabkan kes sebegini menyebabkan motorsikal adik saya tidak dapat diperbaharui cukai jalannya kerana terdapat laporan kecurian motorsikal di mana nombor pendaftarannya sama dengan motorsikal adik saya.

    Padahal, motor adik saya tidak hilang.

    BalasPadam
  6. pasti salah satu berhantu... baik minta pihak berkuasa siasat...

    BalasPadam
  7. haha! saya tak pelik sebab saya pernah membuat laporan polis pada sekitar awal tahun 2000 kerana kereta saya ketika itu WDY 4045 mempunyai 4 saman tertunggak (black list lagi) di Petaling Jaya, Perak dan Kedah. Kesalahan dibuat oleh kenderaan "motosikal", sedangkan kenderaan saya adalah kereta!
    Setelah membuat laporan polis, mereka menyuruh saya membuat laporan lanjutan ke JPJ. saya tak buat pun, saya jual kereta tu dan beli kereta baru.

    BalasPadam
  8. permandangan lazim di kg seri aman puchong neh...
    meh dtg tgk sendiri!

    BalasPadam
  9. dah la kawasan yang same ye..nampak cam 'mudah' je perkara mcm ini terjadi

    BalasPadam
  10. Pernah dengar cerita rumah dikepung SB(polis),gara-gara perompak guna nombor kereta yang sama.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.