Isnin, September 05, 2011

Di Mana Untungnya Rakyat?

Di Malaysia, banyak parti politik.

Antara parti sering bermain di mulut masyarakat, BN, PKR dan PAS.

Kita semua akur, setiap parti dianggotai oleh manusia. Sifat manusia tidak sempurna, justeru parti juga memiliki kekuatan dan kepincangan tersendiri.

Lumrah politik, perbalahan pendapat, kutuk mengutuk, keji mengkeji antara agenda terserlah.

Kejadian itu sekian lama kita dengar dan kita saksikan.

Pemimpin berlainan parti tidak sebulu sedangkan kita berkongsi negara satu. Apakah sebenarnya mereka semua mahukan?

Persoalan lebih penting, di mana untungnya rakyat?

24 ulasan:

  1. salam tn mazidul....

    kat malaysia darul demo nie...politiknya bukan bertujuan untuk memberi keuntungan kepada rakyat..tp sudah terbalik..memperkudakan rakyat...poning2 tgk perangai org politik sekrang....

    BalasPadam
  2. Kawan saya kata: Masuk politik boleh buat bisnes. Bila ada kuasa, money makes money. Semua ahli politik anytime bleh jadi kaya!

    BalasPadam
  3. Pemimpin yang bersilih ganti, kaya nampak di mata, kita rakyat biasa - kalau tidak berusaha, begitu - begitulah juga!

    BalasPadam
  4. part untung tu mmg ssh nak cari, yg banyaknya rugi...seriously...

    BalasPadam
  5. Yang Berkuasa Untung Bro.. Rakyat jadi mangsa.. tu je

    BalasPadam
  6. Salam..
    Yang untung rakyat yang dapat laba..Yang rugi rakyat yang dapat bala..Untung dan rugi terlalu subjektif untuk di huraikan..selalunya ada pihak yang akan rugi jika ada yang untung..dan kadang-kala ada pihak yang sanggup melakukan tindakan yang merugikan pihak lain untuk memperolehi keuntungan..tanggungjawab sosial di zaman ini kurang diambil perhatian..umpana enau di belukar, melepaskan pucuk masing-masing..

    BalasPadam
  7. mmg x untung apa2..persoalannya....kata buat suma utk rakyat, jadi klu rakyat x untung, sapa yg untung?

    BalasPadam
  8. Bagi pekerja swasta macam saya (kilang) tak nampak untungnya..bagi saya siapapun memerintah,yang penting harga barang stabil,berpatutan,yuran sekolah tak tinggi dan negara selamat,aman,makmur dah ler..

    BalasPadam
  9. Persoalan ini juga berlingkar dalam minda saya. Jawapnnya mudah. Tiada untungnya pada rakyat, sebaliknya ia menyuburkan rasa dengki dan dendam kesumat.

    Politik kebencian ini semakin cacamarba.

    Saya rasa, terlalu banyak sifat busuk hati dalam kalangan sesetengah pemimpin politik, terutamna pembangkang.

    Meminjam kata-kata Tun Dr. Mahathir, sifat busuk hati menyebabkan apa sahaja kebaikan yang dibuat dipandang dari sudut negatif...

    BalasPadam
  10. entahlah dunia politik sekarang macam2..lebih kepada perebutan kuasa yang mungkin bakal memecah belahkan rakyat...siapa yg benar dan siapa yang betul???

    BalasPadam
  11. Memanglah kalau di fikirkan kewujudan pelbagai parti boleh menyebabkan perpecahan dikalangan masyarakat namun jika kita memilih sistem tiada parti, sistem beraja mutlak contohnya lagi banyak masaalah.

    Di dldalam sistem beraja mutlak tiada cara untuk menukar raja tersebut walau seteruk mana pun raja tersebut, ini menyebabkan kezaliman boleh berlaku, menteri dan pelbagai jawatan penting di isi dari kalangan keluarga, itu yg menyebabkan mereka boleh buat apa sahaja.

    Namun di Malaysia juga jika tidak diikhtiarkan cara meperbetulkan keadaan, sudah ada iras-iras nak jadi begitu.

    Antara cara yg difikirkan boleh mengawal keadaan supaya kurang penyelewengan ialah sistem pilihanraya perlu di perbetulkan, disinilah kewajaran tuntutan Bersih 02 dipenuhi.

    Tuntutan Bersih 02 berkaitan 8 perkara itu bukan untuk memenuhi kehendak mana-mana parti politik tetapi lebih kepada melindungi kepentingan rakyat jelata tanpa mengira parti mana yg dianutinya.

    Apabila pilihanraya di jalankan dengan telus akan menyebabkan mana-mana parti yg memerintah takut melakukan penyelewengan sebab rakyat dengan cepat boleh menukar kerajaan yg korup tersebut.

    Namun dibawah sistem sekarang, kerajaan yg memerintah dengan mudah boleh memanipulasi keaadaan dan menutup kesalahan mereka dengan tidak mendakwa mereka yg bersalah ke Mahkamah.

    Apabila keadaan ini berlaku, para pelaku dari kalangan pihak atasan menjadi tidak takut membuat salah kerana mereka tahu kerajaan yg memerintah akan melindungi mereka dan jangka hayat parti yg memerintah masih panjang kerana mereka boleh mengawal undi melalui kuasa yg ada pada mereka.

    Oleh itu kita sebagai rakyat perlu berfikiran terbuka, jadikan politik untuk kepentingan rakyat bukan menjadikan rakyat untuk kepentingan orang politik.......

    Terima kasih Mazidul, semoga anda membuang ketaksupan anda kepada mana parti politik, jangan kita di perbodohkan oleh org politik.....

    BalasPadam
  12. saya setuju dengan pendapat En. Mazidul.

    BalasPadam
  13. apa untungnya pengguna apabila ia masuk ke kedai dan dapati barangan yang sama tetapi brand berbeza?

    BalasPadam
  14. Tak usah kita tengok dari satu sudut sahaja.. kita kena tengok pada pelbagai sudut.. jika kita amati kitaran hidup kita, setiap yang baik pada kita ada buruknya pada orang lain, begitu juga sebaliknya.. pemimpin mana pun dalam dunia ini, tidak akan mampu memuaskan hati semua pihak.. untuk puaskan sebelah pihak, mesti kena sacrifice pihak yang satu lagi.

    Dalam issue ini, pada pandangan saya, berbagai parti politik itu bagus, sebab akan menluahkan berbagai idea.. tetapi setiap idea itu mestilah ada kawalan.. bukan sewenang-wenangnya boleh dilaksanakan.. sebab itu juga ada pertubuhan NGO yang tidak menyebelahi mana-mana pihak (sepatutnya)

    BalasPadam
  15. dunia perniagaan pun ganas juga...
    tengok apa yg berlaku pada arwah sosilawati.

    BalasPadam
  16. Tumpang lalu,.

    Saya pernah terfikir soalan yg sama.Jika rakyat inginkan itu dan ini dan parti politik bertungkus lumus mati matian utk tunaikan.. makanya, rakyat yg untung.

    Masalahnya,.

    ada segelintir golongan yg 'hidupku, matiku hanya kerana partiku'..seolah olah, partinya adalah agamanya.

    Bila Parti A find out something bad ttg parti B,
    Parti B akan korek kejadian parti A walaupun 100 tahun dulu..
    Dan parti A akan ungkit kisah parti B yang berkaitan.

    Akhirnya, sapa yg untung?

    BalasPadam
  17. Gaji & allowance pemimpin sepatutnya dihapuskan.

    Jika disekolah, murid2 akan memilih ketua darjah yg boleh buat kerja/dipercayai kerana tiada unsur wang ringgit terlibat. Setiap murid perlu belajar untuk cemerlang dlm peperiksaan - Ketua darjah juga perlu belajar disamping melakukan tanggugjawab sbg ketua darjah. Menjadi ketua darjah = extra work/extra resposibility.

    Seorg pemimpin perlu excel dlm pelbagai bidang - akhlak/agama, business, life, mentality, etc. Barulah mereka faham/merasai masalah/kesusahan rakyat & dpt membantu rakyat/menjadi contoh yg baik kpd rakyat.

    Adakah pemimpin2 di Malaysia boleh jadikan contoh yang baik?

    Mungkin tuan Mazidul sering dijemput ke gerai/restoran dan dibelanja oleh tuan gerai/restoran tanpa banyak soal.

    Mungkin pemimpin2 juga sering dijemput ke gerai/restoran dan dikenakan charge yg lebih tinggi - kalau boleh nak cash (takut diorg larik, x bayar).

    Selagi ahli politik/memimpin dianggap sbg 1 kejaya - bukan sbg beban/tanggungjawab. Selagi itulah rakyat akan rugi.

    ..yg paling basic2, jadi imam ketika solat (saya bukan pro pas, pkr, bn, etc)

    BalasPadam
  18. Rakyat hendaklah memilih pemimpin yang mempunyai intergriti dan mempunyai sifat kepimpinan dan mahu berkhidmat kepada rakyat tanpa melihat partinya. Jika tak ada calon yang punyai ciri-ciri tersebut, pilihlah calon bebas tanda protes.

    BalasPadam
  19. Rakyat tidak akan mendapat apa2 keuntungan jika parti-parti tersebut saling menjatuhkan masing2..semoleknye mereka bertanding memenangi hati rakyat dengan menyediakan dan memuaskan kemahuan rakyat dan bukannya saling menjatuhkan satu sama lain.. hanya pendapat kudus dari saya

    BalasPadam
  20. Bang Mazidul..

    Jika kita perhalusi politik sekarang ini jelas perpecahan sedang berlaku..politik apakah yang sedang kita bawa sebenarnya? adakah islam mengajar kita berpolitik seperti ini? baik PAS,PKR dan Umno semuanya sama jer.. yang pasti umat islam bertelagah sebab politik.

    Bukan menolak politik, tetapi berpolitik lah secara berhemah. kutuk mengutuk dah jadi lumrah sekarang ini sedangkan orang melayu terkenal dengan budi bahasa yang lembut tambah lagi penganut agama Islam.

    BalasPadam
  21. bang mazidul,

    BN,PAS & PKR.. bila jari menyentuh keyboard rasa kaku, idea bertalu2 untuk cuba merungkai berkaitan politik.. tapi tak terucap langsung..emmm..

    SMTI

    BalasPadam
  22. SEMUANYA PARTI2 CIPTAAN MANUSIA DAN UNDANG2 CIPTAAN MANUSIA YANG TIDAK IKUT ISLAM LANGSUNG..SEMUA MENJAGA KEPENTINGAN DIRI SENDIRI. BUKAN SAHAJA MALAYSIA BAHKAN NEGARA ISLAM LAIN JUGA SEMUANYA PARTI CIPTAAN KEPENTINGAN MANUSIA. LEBIH BAIK BERIBADAT KEPADA ALLAH KERANA MASA PUN SEMAKIN BERGERAK PANTAS.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.