"Masa saya tiba di Hethrow Airport, ada lelaki Cina Malaysia datang menjemput. Saya naik kereta dalam 2 jam sebelum sampai ke rumah teres dua tingkat di London," ujar Sofea.
Dia tiba di London pada bulan April 2004.
"Siapa ada di rumah itu?," soal saya.
"Tiga gadis Melayu termasuk saya, seorang berasal dari Sabah dan tujuh Cina," balasnya.
Biar pun tinggal serumah, Sofea mendakwa tidak begitu rapat dengan gadis lain.
"Di sana, kalau setiap kali pelanggan datang, semua perempuan berkumpul dan duduk di sofa. Pelanggan kemudian pilih gadis mana dia suka," tambahnya.
Rumah teres terbabit terletak di Albert Road.
"Rumah saya tinggal itu dekat dengan Queen's Park," tambah Sofea.
Barangkali tubuh genitnya sentiasa memikat perhatian pelanggan.
"Saya berasa selesa dengan pelanggan orang putih sebab dia orang gentle dan lebih hormat biar pun saya kerja menjadi 'ayam'. Mungkin juga sebab di Malaysia, saya pernah kena rogol dan kena pukul dengan lelaki Melayu," jelasnya.
"Dalam tempoh sehari berapa ramai pelanggan awak?," soal saya.
"Lima termasuk Cina dan Melayu dari Malaysia," balasnya ringkas.
Menurut Sofea, dia mengenali ejen menguruskan kemasukan pelacur Malaysia ke London sewaktu menetap di Kuala Lumpur. Menurutnya, semua gadis dilacurkan di kota besar itu menggunakan pas lawatan sosial sebagai pelancong.
"Kos tambang kapal terbang dan passport, ejen caj 1,000 Pound. Itu kira hutang dengan ejen, dalam tempoh 2 minggu saya sudah membayar balik," kata Sofea.
"Berapakah kadar bayaran dikenakan kepada pelanggan?," tanya saya.
Untuk rekod, di Malaysia pelacur boleh dilanggan dengan harga di antara RM200 dan RM300 mengikut bangsa dan usia.
"Di London, khidmat seks terbahagi kepada dua sesi, 30 minit 60 Pound, sejam 100 Pound. Taukeh ambil separuhl, saya dapat separuh," jelas gadis berasal dari utara Semenanjung itu.
"Seratus Pound, kira-kira RM500, jadi awak dapat RM250. Kalau 5 pelanggan sehari, RM1,250 sehari?," soal saya.
"Lebih kuranglah. Rumah ada 5 bilik, saya kongsi bilik dengan gadis Cina. Makan, kami kumpul duit 10 Pound setiap seorang, ada orang masakkan makanan. Makan senang, 3 kali sehari," terangnya.
Sofea bekerja di London dan Birmingham selama 3 bulan sebelum pulang ke tanah air.
"Saya pergi ke London 4 kali sebelum ini," katanya.
Untuk rekod, sebelum ke London sewaktu berusia 17 tahun, Sofea pernah diberkas pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kerana bertugas sebagai pelayan pelanggan.
Dia sepatutnya ditahan di pusat pemulihan akhlak selama 3 tahun tetapi berjaya melarikan diri.
Perincian kisah hidupnya, pasti akan mengejutkan pembaca bakal saya kongsikan kemudian.
Salam En Mazidul
BalasPadamBlog masih ada malware lagi ker?bila saya check kat google ada link blog yang En Mazidul letak kat blog ada malware,jadi buang dulu semua link tu baru ok.
Mungkin link ni
nutrasur-mirinconcito.blogspot.com/, artodyssey1.blogspot.com/, raquelartpintura.blogspot.com/.
calcinhafrufru.com.br/, sucikudus.blogspot.com/, nutrasur-mirinconcito.blogspot.com/.
uish....ada juga rakyat kita meng'ayam'kn diri kat sana ye?xsangka sungguh...huhuuhu
BalasPadamishhh...ada gak ya pompuan cam Sofea tu...hope geng2 lelaki group kita nanti x kena goda..hi3
BalasPadamMaaf luar tajuk.
BalasPadammengapa blog mazidul kena virus apabila saya buka..ia berjangkit pada blog saya ..
sementara waktu saya keluarkan url mazidul dari blog saya...
mengapa jadi begini....
mungkin ada orang tak suka kut...///
Kalau badanpun diserah kepada sesiapa sahaja, apalah sangat kalau nak dikira halal atau haram makan di sana.
BalasPadamSofia, sudah jauh terpesong daripada landasan agama.
Siapa akan membela dia? Entahlah..
Membaca picisan berita seumpama ini menyebabkan saya sering berdoa, moga tiada anak-anak saya menjadi sepertinya.
Sofea... Sofea...
BalasPadamsofea.. sedap nama tu, tp indah hanya pada nama.. harap2 sofea cepat kembali ke pangkal jalan sebelum terlambat... :|
BalasPadamhttp://chantekdress.blogspot.com/