Selasa, September 27, 2011

WARGA ASING Memenangi TENDER 'Nombor Cantik' JPJ? UPDATE I+II

Saya memang kurang arif berhubung proses tender nombor pendaftaran kenderaan diuruskan Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ.


Namun saya difahamkan, pemilik kenderaan baharu ingin membeli 'nombor cantik' melalui kaedah tender lazimnya mengisi borang tender, menyediakan satu salinan kad pengenalan atau passport dan sejumlah bidaan dalam bentuk wang pos untuk dihantar kepada JPJ sebelum tamat tarikh ditetapkan.

Difahamkan, di bawah salinan senarai nama mereka berjaya memenangi tender nombor pendaftaran kenderaan, WVV.

Senarai I


Berikut pula salinan emel senarai harga nombor, dilaporkan cuba 'dijual' kepada orang ramai berminat untuk memilikinya.

Senarai II


Close up ...


 Lebih close up ...


Teliti Senarai 1, nombor pendaftaran WVV 1666 dibeli oleh Yayu dengan nombor passport AN636700. Nombor pendaftaran terbabit, WVV 1666 ditender dengan harga RM480. Untuk rekod, salinan dokumen sama dipaparkan untuk tontonan umum di pejabat JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur beberapa hari lalu.

Perhatikan Senarai II, nombor pendaftaran SAMA cuba dijual dengan harga RM1800.

Perbezaan harga, RM1320.

Passport bernombor AN636700 dipercayai milik warga Indonesia. Jika dia memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial, dia tidak dibenarkan memiliki kenderaan di Malaysia.

Status sebenar dokumen perjalanan Yayu akan dipaparkan kemudian sebaik saya mendapatkan maklumat dari pihak berkuasa berkaitan.

Lebih menarik, 13 nama lain tercatat di Senarai I juga dipercayai warga asing dan bidaan sebilangan mereka mencecah ribuan ringgit.

Apa pun, itu bukan isu utama,  mungkin mereka berkemampuan.

Hairannya, bagaimanakah nombor pendaftaran dimenangi oleh warga asing itu kemudian dilaporkan cuba dijual dengan harga berlipat kali ganda?

Dijual oleh pihak ketiga, warga tempatan.

Barangkali sebilangan pembaca blog ini sudi berkongsi penjelasan di sebalik persoalan itu.

Saya kurang arif dalam hal bidaan ini tetapi percaya hal ini mampu diperjelaskan oleh kakitangan JPJ terbabit dalam bidaan nombor pendaftaran.

Sebarkan.

KEMAS KINI I

"Runner membuat kerja ini 'otai' bang. Selepas semua nombor pendaftaran dimenangi warga asing itu disahkan JPJ, dia terus fax kertas tawaran harga (lebih mahal) kepada dealers kereta berbanding harga bidaan," jelas sumber.

Dia mendakwa kes sama pernah berlaku sebelum ini.

"Cuma sebelum ini tidak begitu ketara, nama warga asing digunakan, sikit. Kali ini sudah melampau! Kalau hendak mengadu berhubung kes ini, kepada siapa? Bukan ada channel," ujarnya.

"Fakta, warga asing disahkan oleh JPJ memenangi tender nombor pendaftaran cantik. Persoalannya, dia orang mesti ada kenderaan baharu untuk didaftarkan?," soal saya.

"Sepatutnya begitulah," jawab sumber.

Wow! Hebatkan.

Berpandukan kepada maklumat di Senarai I, Chan Than Ven berjaya membida nombor pendaftaran WVV 1717 dengan harga RM1,610 manakala Dewi Endarwati sanggup membelanjakan wang berjumlah RM1,410 untuk memenangi nombor WVV 1771. Juga warga asing, Mom Sen, pada hemat saya, pastinya individu berharta kerana membida WVV 1888 dengan harga RM3,410

Untuk rekod nombor terbabit cuba dijual dengan harga ... (Klik imej untuk lebih menjeaskan imej).


RM5,800!

Status Yayu?

Melalui maklumat diperolehi, dia memasuki Malaysia pada Jun 2011 menggunakan permit kerja sebagai pembantu rumah. Barangkali dalam tempoh kurang 3 bulan, dia telah mampu mengumpul wang untuk membeli kenderaan sekaligus berupaya membida nombor WVV 1666 dengan harga RM480.

Jimat membawa berkat.

Lumayan benar pendapatannya sebagai pembantu rumah. Jadi kerajaan Indonesia tidak seharusnya berasa ragu untuk terus menghantar wanita warganegara jiran itu untuk berkhidmat di negara kita.

Sedikit maklumat berhubung kes ini telah saya kongsikan bersama Ketua Pengarah, KP JPJ, Datuk Solah Mat Hassan dan beberapa pegawai beliau di Putrajaya. semalam, Datuk Solah menghantar pesanan ringkas kepada saya memaklumkan beliau akan meneliti perkara ini.

Sekalung tahniah juga kepada beliau kerana kontrak sebagai KP JPJ disambung.

KEMAS KINI II

Jam 12.38 tengah hari tadi saya dimaklumkan oleh Pegawai Perhubungan Awam JPJ Putrajaya, KP telah meminta pegawai bahagian terbabit untuk menyediakan draf jawaban kepada persoalan dicatatkan di blog ini.

Umum tahu, blog ini bukan media alternatif ternama, sekadar dijadikan wadah untuk berkongsi maklumat bersama semua pembaca.

Terdapat belasan nama warga asing didapati memenangi tender nombor pendaftaran cantik, itu fakta. Saya bersedia menghantarkan salinan 2 senarai di atas beserta nama dan nombor telefon runners dipercayai cuba menjual nombor terbabit, jika diperlukan oleh JPJ Putrajaya.

Saya percaya salinan Senarai II turut dihantar kepada ramai dealers kenderaan.

Jika tindakan itu mengikut prosedur sebenar, JPJ tidak perlu memberikan penjelasan.

'Rujukan JPJ senarai permohonan tender yang berjaya siri WVV mukasurat 16.

1555 Tiah AM478907 RM480
1616 Dede Supriatin AN101993 RM1610
1633 Neang Ngorl N0743020 RM710
1663 Sreymom Horng N0767469 RM710
1666 Yayu AN636700 RM480
1688 Ilmi Ardani AM600186 RM1680
1717 Chan Than Ven N0745769 RM1610
1771 Dewi Endarwati AM816975 RM1410
1777 Nurleni AM730293 RM710
1811 Nuryanti AM465796 RM560
1833 Warsinah AM759656 RM420
1883 Yublina Ataria AN347620 RM480
1888 Mom Sen N0696292 RM3410
1889 Sulastri AM896283 RM480
1911 Thary Thorn N0963983 RM420
1919 Adolfina Pihu Atandima AN347547 RM2910'

Untuk rekod, setiap nombor terbabit disenaraikan untuk jualan.



16 ulasan:

  1. melampau la kalau mcm tu. patutnya kene la eksklusif untuk warga malaysia sahaja.

    *

    nombor saya cantik juga. tapi bayar rm50 saja. heheh~

    BalasPadam
  2. Smti..

    Tak sabar tunggu kisah tentang Yayu ni...


    Nombor dijual dgn harga tinggi.. Kemana disalurkan hasil kutipan tu ye??? Teringin jgk nak tau....Smti..

    Tak sabar tunggu kisah tentang Yayu ni...


    Nombor dijual dgn harga tinggi.. Kemana disalurkan hasil kutipan tu ye??? Teringin jgk nak tau....

    BalasPadam
  3. Abang Mazidul,

    Menarik pendedahan ini. Setahu saya dulu, minimum nak tender no. kenderaan adalah RM 200 setiap satu nombor. Rasanya ada tauke besar dibelakang, dan persetujuan 2 hingga 3 pihak nak buat urusniaga begini. Dalam dunia hari ini, siapa ada duit dia akan gandakan lagi duit yang ada, yang kaya akan semakin kaya.

    BalasPadam
  4. mungkin ada Dalang luar dan dalam jpj itu sendiri yg menyebabkan perkara ini boleh berlaku...duit....apapun boleh.....

    BalasPadam
  5. Minta izin kongsi dalam blog.. apa pon memang ada sendikit yang buat kerja ni.. masakan warga asing yang kerja sebagai pembantu rumah nak bida no. kenderaan.. sedangkan aku yang warga tempatan pernah nak bida no. ni urusan sikit punya payah.. ni pulak pembantu rumah.. bila masa dia pergi JPJ.. bila masa dia g beli kenderaan baru.. emmm JPJ kena jawablah..

    BalasPadam
  6. moga dijauhi dari keturunan ini, sebab sedih bila nak melawat(bila kena TERBALAS) siapa lagi nak melawat jika tidak sanak saudara..

    BalasPadam
  7. Pelik juga ye...kenapa orang DALAM tak nampak perkara ini dan mengambil tindakan segera. Nak kena ada orang bising baru nak gerak sana sini.

    BalasPadam
  8. SMTI
    'Penjualan nombor' pendaftaran memang dilarang sama sekali. Tapi banyak sangat jalan kerja(workaround) yang membolehkan ianya dilakukan, hanya dengan penyerahan dokumen yang diperlukan - tak kiralah 'siapa' penyerah dokumen itu, samada pemilik dokumen sebenar mahupun agen2 dan runner2 ini.

    Saya rasa yg paling dikesali disini ialah penyalahgunaan loophole oleh pihak runner tersebut.
    1- Mudah sangat mereka mendapatkan identiti (passport) warga asing untuk tujuan tender begini. Yang perlu diserahkan semasa membida/tender nombor hanyalah salinan dokumen terbabit.
    2- Juga ada workaround untuk menjual semula nombor yg dimenangi melalui tender hanya dengan penyerahan paperwork - saya tahu prosesnya tapi nak jelaskan disini agak panjang juga.

    Ringkasnya:
    - tender itu sah dari segi undang2 kerana mempunyai dokumen lengkap.
    - 'penjualan semula' nombor itu juga sah dari segi undang2 kerana mempunyai dokumen lengkap yakni, yang penting didaftar atas kenderaan baru (dan kemudiannya boleh di'tukar hakmilik') kepada pemunya lain.

    Tuan2 lihat sahaja ruang iklan seperti di majalah Motor Trader, melambak iklan jualan nombor 'cantik' - malah nombor yang dah bertahun lama dulu pun masih boleh dijual semula.

    Eh, jadi panjang jugak komen ni... :-)

    BalasPadam
  9. MESTI ADA ORANG DALAM

    Mesti ada pihak yang makan komisyen (dlm kes ni RASUAH & salah guna kuasa).

    Lagi pun, secara peribadi, salah seorang ahli keluarga rakan saya adalah seorang pegawai JPJ, kata rakan saya, simple je cara saudara dia yang bkerja sebagai pegawai JPJ tu dapat lesen memandu, caranya KEY IN SENDIRI.

    Ini mungkin kes terpencil, tp ia berlaku.

    BalasPadam
  10. mesti ada loop hole dimana-mana.. Tapi betul, kalau masalah macam ni.. ada undang-undang yang sahih ke mengenai masalah macam ni?

    BalasPadam
  11. kalolah Bang Dul pon x paham, sy neh lagilah. bilerlah negara kita neh nak 'bersih' yea? siket2 dalang, siket2 sindiket...sigh!

    BalasPadam
  12. Pandainya buat duit...
    Pandainya mendapatkan duit...
    Duit... duit... Mata & hati jadi gelap.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.