"Seminggu sebelum puasa, Teh singgah sembahyang Maghrib di Masjid Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur. Masa itu ada satu saf sahaja, Teh di hujung kanan. Waktu sujud terakhir, tiba-tiba ternampak kelibat orang mengambil dua beg Teh di sebelah kanan kepala bila kita sujud," ujar Teh.
Teh Syuhada Sarip pernah bertugas bersama saya menjayakan program 360 suatu ketika dahulu. Kini Teh pengacara rancangan bual bicara, Wanita Hari Ini, WHI.
"Selepas sembahyang Teh tengok memang beg sudah hilang. Dalam beg itu ada dua handphone, kunci kereta dan duit sikit. Bayangkan, Teh bertelekung, mengelabah, ish! mana beg aku? Hendak menelefon tidak boleh sebab sudah kena curi, start kereta pun tidak boleh juga sebab kunci hilang. Teh duduk di tangga masjid, tidak tahu hendak buat apa. Nasib baik, berkebetulan kawan Teh datang dan tanya, Teh! Engkau buat apa di sini?," jelasnya.
Kenalannya itu kemudian membawa Teh ke Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras untuk membuat laporan.
"Abang bayangkan, Teh pergi membuat repot polis pakai telekung!," katanya.
Selesai membuat laporan polis, dia kemudian kembali ke masjid sama.
"Waktu itu ada pengawal keselamatan tetapi orang tua. Pak cik itu tunjukkan kepada Teh rakaman CCTV. Boleh nampak semua pergerakan suspek. Mula-mula dia cuba mengait duit dari dalam tabung masjid, lebih kurang lima belas minit kemudian, jelas dalam rakaman CCTV, dia menjengkit kaki, berjalan dari belakang saf. Bila dia agak jemaah semua hendak sujud, cepat cepat dia mengambil kedua dua beg Teh," terangnya.
"Berapa umur suspek, lebih kurang?," soal saya.
"Teh jangka dia dalam 17 tahun, kurus. Dia memakai baju dan jeans hitam dengan cap. Teh rasa dia itu macam auw! sikit sebab lepas mengambil beg itu dia berjalan dengan dua tangan dia terangkat ke atas," ujarnya sambil menggayakan pergerakan suspek.
"Guard kenal ke suspek?," tanya saya.
"Katanya mungkin budak-budak tinggal dekat kawasan itu. Beg Teh dia campakkan dekat kawasan kantin masjid," balasnya.
Berdasarkan rakaman CCTV, saya percaya pihak polis mampu menjalankan siasatan sehingga suspek berjaya diberkas.
Jika sukar, serahkan rakaman itu kepada saya untuk dipaparkan di blog ini.
Tak faham. Masa kejadian berlaku, pakcik tu takder perhatikan CCTV ker?
BalasPadamsaya pernah 2 kali hilang barang dalam surau R&R, dua2nya telekung, saya letakkan telekung yg masih berlipat betul2 didepan saya, sementara saya betulkan ikatan rambut saya perasan perempuan (INdon) kat sebelah melambakkan telekungnya ala2 nak melipat dan telekungnya yg dilambakkan secara tak langsung menutupi lipatan telekung saya.
Sebaik saya nak pakai telekung saya, ia cuma sehelai telekung yg lusuh, koyak dan berbau hapak dan perempuan itu lesap mcm tikus mencicit dlm gelap (kejadian berlaku waktu lewat maghrib, saya terperangkap di dlm jam). Peliknya org kanan kiri saya mcm tak perasan apa2...tp saya halalkan dah...moga dia jadi lebih baik setelah pakai telekung saya atau makan hasil jualan telekung saya tu...
itu belum lagi kawan2 saya hilang brg2 kemas dlm handbag sama spt yg mangsa2 lain alami, modes operandi yg sama...
alahai siannya Teh..
BalasPadamsemoga cepat diselesaikan.
Bro Mazidul nak tahu tak,banyak entri yang sebelum ni saya tak dapat nak baca sebab malware tu,seharian jugaklah tak berani nak buka.
kat tempat ibadat pun manusia nih masih nak melakukan dosa.. astaghfirullah...
BalasPadamsmti...
BalasPadammanusia akhir zaman... dalam rumah Allah pun buat perkara mungkar.. mudah-mudahan lepas ni dia kemabali ke masjid bukan utk mencuri tapi beribadah... aminnn...
ermm....saya penah hilang kasut di surau city square...nasib baik dia cuma amek kasut jek...bkn beg saya...sempat gak saya call member kat opis di tingkat atas utk hantarkan kasut..klu x, jwbnyer berkaki ayam la saya masuk ke opis..
BalasPadammohon share ya bro. Tak boleh link ke blog awak. www.fauziahsamad.com
BalasPadamKJee, no problem at all Sis.
BalasPadampapar je kat fb...bagi semua orang tengok..
BalasPadamMasyaAllah, manusia zaman sekarang. Mencari kesenangan dengan jalan yang mudah..
BalasPadamSMTI
BalasPadamMasjid di kampung saya, Selayang Baru pun ada berlaku kejadian yang sama. Semasa jemaah sedang rukuk, pencuri beg siap tunjuk isyarat tangan 'peace' di celah kangkang dan bawak lari beg.
BalasPadamMacam macam hal.
Teh dah ternampak orang mengambil begnya semasa beliau sujud, hukum fekah membenarkan yakni harus bagi Teh membatalkan sembahyangnya pada masa itu dalam maslahah untuk menyelamatkan harta benda, bahkan diharuskan juga untuk menarik perhatian orang awam lain (kalau ada) atau (kalau tiada) menarik perhatian sebahagian jemaaah lain yang sedang solat untuk mengejar dan menangkap pencuri tersebut... wallahuaklam.
BalasPadamsekarang ni nak solat pun dah tak aman + tak khusyuk + nak cepat. sebab time sujud tu pun boleh aje org rembat barang kita. aduh~
BalasPadam