Selasa, September 20, 2011

Pengkid Pembunuh

Pengkid memang terkenal kerana bersifat cemburu dan sanggup berbuat apa sahaja untuk memenangi hati kekasih mereka, juga berjantina sama, perempuan.

Sebelum ini sebilangan pengkid membuat keputusan menoreh pergelangan tangan sendiri dan menelan aspirin berlebihan, kononnya untuk membunuh diri akibat gagal dalam percintaan sesama jenis.

Kalau mati sekali pun, mereka tetap dikebumikan sebagai perempuan. Berperangai dan berperwatakan seperti lelaki  tidak menjadikan mereka lelaki. Keratlah rambut, bengkunglah buah dadah sehingga leper dan kasarkan suara, mereka tetap perempuan.

Terkini, pengkid berusia 25 tahun dilaporkan menikam teman serumahnya, Suriani Md Saad, 29 tahun di Sungai Petani, Kedah.

Motif kejadian dipercayai cemburu, baca di sini.

Barangkali  sebilangan perempuan sudah terlalu bosan dengan kerenah lelaki lalu memilih untuk hidup berpasangan bersama perempuan.

Untuk rekod, pengkid diharamkan sebelum ini, klik di sini dan kelompok sama juga pernah terbabit dalam kes pembunuhan di negari sama, baca di sini.

Uniknya, dalam kedua kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, di Sungai Petani dan Alor Setar itu, suspek kemudian cuba membunuh diri namun berjaya diselamatkan. Kita pastinya pernah terbaca kes, perempuan membunuh diri kerana dikecewakan oleh lelaki tetapi sikap pengkid lebih dahsyat, mereka sanggup membunuh dan membunuh diri kerana perempuan.

Tolol!

Berikut petikan komen dihantar pembaca mendakwa pengkid kepada saya Februari lalu.

'Hanya kami saje yg pahm kenapa kami jadi begini. Sy dah bercinta dgn pengkid hampir setahun. Dia ada kisah silam sendiri.derita yang dia tanggung sebab dirogol oleh saudara kandung sehingga melahirkan seorang anak so, salah kah dia memilih untuk menjadi pengkid? Kami tak memerlukan lelaki yg ibarat syaitan bertopengkan manusia!'

Baca ulasan saya berhubung petikan di atas  di sini.

Untuk memahami 'kelebihan' sikpa pengkid berbanding perlakuan majoriti lelaki, baca luahan hati janda berbuah hatikan pengkid di sini dan teliti juga luahan gadis, pelajar kolej swasta, masih bercinta dengan pengkid sehingga ke saat ini, di sini.

Saya percaya pembaca juga barangkali mempunyai kenalan pengkid dan mengetahui kisah mereka, kongsikan di sini.

13 ulasan:

  1. manusia kini lebih suka dan gemar melakukan kerosakkan dan dosa, tak tahu apa sangat yang di banggakan.. melangar fitrah kehidupan manusia.. bila di tegur mulalah mengeluarkan fatwa berdasarkan isi hati dan pendapat sebegini... ingatlah hidup bukan hanya hari ini dan esok.. kerana ... "HARI PEMBALASAN" pasti tiba....

    BalasPadam
  2. Bro MAS,

    Saya ada ramai kawan dari golongan pengkid, majoritinya mempunyai hubungan baik dengan kawan2 tapi tidak dengan Allah. Saya setuju untuk mengatakan yang pengkid ni kalau bab cemburu mmg takut. Gila punye kuat cemburu!

    BalasPadam
  3. uish...mmg ngeri bro....kecoh gak taman sy duduk ni pasal pengkid tikam prmpuan tu.....

    BalasPadam
  4. saya ada beberapa kawan yang pengkid..bangga pulak tayang kat FB gambo dia dgn gf dia..yang pengkid jadik cikgu pun ada,ke sekolah pakai tudung,baju kurung,tapi kat luar..Hmm..Moga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada mereka

    BalasPadam
  5. Di antara membunuh dan bunuh diri, tang mana nikmatnya?

    Buat yg masih terperangkap di dunia itu, kembalilah ke alam realiti - Lebih banyak nikmat di sini.

    BalasPadam
  6. abang Mazidul,

    Saya minta maaf kalau perbezaan pendapat kita menyebabkan saya di"unfriend" .. saya tak ada masalah kalau di"unfriend",, cuma ingin mohon maaf kalau bunyinya macam saya sokong Namewee.. saya tak sokong beliau,, cuma mahu kalau ada tindakan, biarlah saksama,, bukan sebab dia berbeza politik dari kita, tapi Namewee terlepas.. isu ini abang Mazidul pernah utarakan hampir 20 tahun lepas di tepi Gelanggang Tenis Pusat Sukan ITM Shah Alam - kenapa ada orang digantung belajar, sedangkan yang bercouple ramai terlepas? maaf bukan mahu mengungkit kisah silam abang Mazidul, cuma mengingatkan.. Sekali lagi maaf kalau tersinggung.. yang silap, salah saya.. jangan hantar 666 ke rumah saya ye?

    BalasPadam
  7. salam abg mazidul..sy tertarik dgn tampalan abg kali ni..sy ade rmai kwan tergolong dlm golongan pengkid dan lesbian..klau tgk dari luaran mreka yg lesbian ni same sje sperti wanita normal yg lain..bila dgr dorg bercerita berkaitan "teman lelaki" dorg pun same mcm wanita normal bercerita..bkan nak bkak aib sesiapa tapi ade slh sorg dr kwan sy tu sudah berkahwin dan skrg mngandung msih sukar utk tgglkan pengkid tersbut..msih krap bertelagah dgn tman wanita baru pengkid tu..alasan dorg mudah trauma dgn skap lelaki..tp yg sy tak fhm klau bnar die trauma dgn skap lelaki knape die bleh mngandung dan rela utk bkahwin..jdoh dia bsame suami die bkan diatur oleh kluarga tp ats khendak dan kmhuan dia sendiri..dan yg pling mnyedihkan die pnah kate pd sy slepas bsalin die akn mntak cerai dgn suami dan akn mnjage ank tu dgn pengkid tersbut..bnyak kali sy dan rkan2 len cube nsihatkan..tp bak kate org kt xkan brubah klau kt sndiri takde rase nak brubah..mkin lame mkin rmai golongan pengkid yg mrosakkan khidupan org len..bkan sy kate smua jhat tp tak bleh nak nafikan lbih rmai yg jahat sbnrnye..tk..

    BalasPadam
  8. salam..sy akui, saya juga mempunyai ramai kenalan 'pengkid'..tambah2 lg, apabila saya membuat kajian mengenai 'pengkid' dalam menyiapkan Latihan Ilmiah..hasil drp kajian,rata2 informan mengatakan bahawa naluri mereka sejak kecil yg mendorong mereka berkelakuan demikian..namun, melalui analisis sy, ini bukan naluri, tetapi nafsu semata-mata..bertambah lagi apabila mereka juga dikelilingi degn golongan spt mereka..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.