Khamis, September 22, 2011

Kaedah Efektif Mengesan Suami Bernikah Di Siam (Pendedahan Berfakta)

Saya yakin, bilangan perempuan menerjah tampalan ini lebih ramai berbanding jumlah pembaca lelaki.

Mengapa?

Kerana lelaki beragama Islam dibenarkan beristeri secara sah lebih daripada seorang. Manakala poligami dipandang bak madu tetapi pahit oleh majoriti perempuan.

Awal malam tadi saya menghubungi kenalan di Alor Setar, Kedah, Hamid, 48 tahun.

"Biasanya, lelaki ingin berkahwin di Siam mesti ada contact dengan kenalan di sempadan samada di Bukit Kayu Hitam, Padang Besar, Danok, Golok atau Betong. Dalam kereta ada pemandu, pasangan hendak bernikah dan kawan baik. Selalunya begitulah. Pemandu kekadang bertindak sebagai broker," ujar Hamid.

Klongek, di Selatan Thailand, destinasi tujuan.


"Masuk ikut Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam, terus ke Klongek kira-kira 40 minit kalau naik kereta. Di sempadan, pasangan ingin bernikah wajib cop passport dahulu, kalau tidak surat nikah tidak dapat disahkan oleh Konsul Malaysia di Songkhla," jelasnya lagi.

"Maksudnya, di passport lelaki mesti ada cop Imigresen Siam?," tanya saya.

"Ya," jawab Hamid.

"Berapakah modal kalau hendak bernikah di Siam?," soal saya.

Lazimnya, nama 'Siam' lebih popular dikaitkan dengan perkahwinan berbanding Thailand.

"Sebilangan broker caj di antara 6 dan 10 ribu ringgit. Paling murah kira-kira 2 ribu tetapi kalau buat sendiri saya anggarkan memang murah, kurang RM600 sahaja. Pembahagian dia macam ini. RM350 dibayar kepada juru nikah bersama saksi, RM100 kos pengangkutan dan makanan, RM50 dibayar kepada Pejabat Pentadbiran Agama Islam Wilayah Songkhla, RM20 bayaran untuk pengesahan surat nikah di Konsul Malaysia. Konsul memang minta surat nikah, salinan passport serta bukti kemasukan ke Siam secara sah dan salinan MyKad. Jarak di antara Jabatan Agama dan Konsul Malaysia kira-kira 30 kilometer sahaja," jelasnya.

"Baru baru ini keluar berita di surat khabar, kata purata 100 pasangan Malaysia bernikah di Thailand sebulan," ujar saya.

"Hish! Lebih 100, saya biasa tengok sebab juru nikah di Klongek itu, bapa saudara saya," balasnya.

Saya difahamkan Klongek, satu daripada 16 lokasi pasangan dari Malaysia dikenal pasti kerap bernikah.

"Siapa antara mereka pernah bernikah di Siam?," tanya saya lagi.

"Orang biasa ada, orang kenamaan, VIP pun ada. Melalui pemerhatian saya Jabatan Agama Islam kita banyak songel, menyukarkan proses pernikahan. Daripada berbuat maksiat, lebih baik nikah di Siam," balas Hamid yakin.

Saya terhenti buat seketika sebelum melontarkan soalan berikut.

"Hendak bertanya soalan agak sensitif sikit, boleh?"

"Boleh," jawabnya ringkas.

"Apakah kaedah terbaik untuk isteri pertama mengesan suami kalau dia bernikah di Siam?," soal saya.

"Periksa cop passport suami, teliti kalau ada cop masuk ke Siam. Ada juga kes, isteri pertama terjumpa surat nikah suami di Siam, tercetus Perang Dunia Ke 3. Sebilangan suami terkantoi apabila kawan-kawan dia iri hati lalu menyampaikan berita berhubung pernikahan kepada isteri. Lepas itu, satu lagi kalau keluarga perempuan tidak berpuas hati dengan jalan pintas pernikahan itu, dia orang akan mencari lelaki sekaligus memungkinkan berlakunya kekecohan. Masa itu tembelang boleh pecah," ujarnya.

28 ulasan:

  1. bermadu memang manis.. tapi tanggungjawabnya berat utk dipikul.. baik beristeri satu jika tidak mampu utk adil

    BalasPadam
  2. Pertama kali kakcik membaca nama Klongek tu. Pelik bunyinya.

    Sdr MAS, kakcik bercadang mengadakan pertemuan blogger di rumah kakcik pada bulan hadapan. Kalau Sdr berkelapangan, kakcik sangat mengharap agar Sdr dapat turut serta. Dah lama sangat kita tak 'berjumpa', kan? :)

    BalasPadam
  3. tak cukup efektif petunjuk tu bro..kami geng motor penuh paspot cop keluar masuk sepadan siam..tapi masih lum kesampaian utk tambah satu lagi la...he he..

    BalasPadam
  4. Kesian kekawan yang baru nak kemas baju gi Siam sebab ada assignment. Hahahahah. tulis benda lain boleh tak? Hahahah.

    BalasPadam
  5. dari data pengkomen sebelum ini, lebih ramai lelaki yang meminati topik ini - kebarangkalian perempuan baca dan bookmark untuk rujukan kemudian hari...hehehe

    BalasPadam
  6. sentiasa berdoa mohon agar dijauhkan POLIGAMI ni dari idup saya (amin...)
    bukan TAMAK atau KEDEKUT tak mahu berKONGSI
    cuma risau HILANG kewarasan diri

    BalasPadam
  7. SMTP. Sila ke blog saya Mazidul. Kjee pun ada tumpang sekaki tampalan awak ni. Hehehe

    BalasPadam
  8. AKU PUN ADA HATI GAK NAK KAWIN DUA....PSSSSTTTT

    BalasPadam
  9. Bro, check out this blog http://www.wanzarma.blogspot.com/

    BalasPadam
  10. Klongek juga merupakan tempat membeli-belah peralatan outdoor yg bagus sbb ada mcm2 barang berkaitan yang dijual termasuklah helmet pilot USAF semasa Perang Vietnam, pakaian loreng US Marine (original 2nd hand) malah lighter Zippo zaman perang vietnam pun ada....

    Org di utara tak perlukan passport memadai dengan border-pass saja. Lepas 6 bulan, boleh dibuang, buat semula. Sukar jugak isteri nak kesan. Heheeheee....

    Normally, bila si suami mati baru terbongkar, tahu-tahu anak bini muda dah besaq panjang dah. Heemmm...

    BalasPadam
  11. Kalau masuk ikut golok xpyh cop pasport,seberang jer sg dh smpai ke siam,pastu nikah di Narathiwat ke patani ke,kalau mcm nih mcm ner plak nk tau ya...tapi skrg bahaya lah,lum smpat nikah dh kena tmbak...

    BalasPadam
  12. kawin senang boleh pergi siam...nak tanggung jugak senang ada duit senanglah tetapi satu lagi jangan lupa nak jawab kat akhirat esok...

    BalasPadam
  13. Berhajat En. Suami?!! Harus 'kreatif' ya hihi..

    Follow sini la ;)

    BalasPadam
  14. camne ye kalau suami beralamat sempadan di malaysia... masuk ke Siam menggunakan border pass.... sebab jarak tpt nikah tu dalam 30 je kan.....hehehehe

    BalasPadam
  15. camne ye kalau suami beralamat sempadan di malaysia... masuk ke Siam menggunakan border pass.... sebab jarak tpt nikah tu dalam 30 je kan.....hehehehe

    BalasPadam
  16. ada juga blog yg menceritkan lebih detail proses2 nak nikah kat siam.. boleh "search"...

    BalasPadam
  17. menarik article ni..saya terfikir kalau2 ade yang betul2 merujuk apakah tujuan poligami sebenarnye. saya kesian pd pasangan dan anak2 yang terbabit dalam kancah poligami ni. kadang2 yang saya dengar sekarang alasan berpoligami kerana "cantik..i fall for her" "dari buat maksiat, baik kahwin" tak pernah pulak dengar "saya nak bela nasibnya sebab dia susah dan yatim piatu"...hmmm..buatkan ramai wanita bujang di luar sana berfikir dua tiga kali untuk berkahwin.

    BalasPadam
  18. "ishhh.. mana cik abang ni letak pasport dia ni...???..tetiba terasa mcm nak check kot2 ader 'cop luarbiasa'...susahhati dh ni.."...:)))

    BalasPadam
  19. Kenapa tak mahu nikah di negara kita saja ? Tak susah kalau tahu caranya.
    www.kadikluang.blogspot.com

    BalasPadam
  20. kalau kat sarawak ni rasanya ramai yang kawen kat indon je...tapi tak pernahlah saya nak tanya camna prosedurnya...kalau En.Mazidul bongkarkan pun menarik juga..

    BalasPadam
  21. Kami membawa pasangan untuk berkahwin secara sah di pejabat Majlis Agama Islam di Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai (Atas Kedai Kek Bee's)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606
    SILA LAYARI WEB KAMI :
    kahwinthaibest.blogspot.com

    BalasPadam
  22. Saya salah seorang yg nikah d siam.pendek kata mudah,murah,pantas.he he..benar 100 pasangan sehari.hati hqti kaum wanita kalo suami anda ilang dua hari tak tau kemana.awas....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.