Siaran secara langsung menuntut cabaran tersendiri.
Sebaik tiba di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, awal pagi tadi, perut berkeroncong kerana tidak mempunyai masa terluang untuk minum pagi.
Bagi kru membawa bekalan makanan dan minuman dari rumah, mereka kenyang.
Jam 6 pagi, majoriti petugas sibuk membuat persediaan, lihat kru Hot FM mengangkat kanopi untuk bersiaran secara langsung dari lokasi sama.
Penerbit lokasi program bual bicara, Malaysia Hari Ini, MHI, mengambil peluang memberikan taklimat ringkas kepada kru teknikal dan produksi berhubung siaran langsung bakal dipersembahkan kepada penonton pada jam 7 pagi.
Dalam samar cahaya hening subuh, kru teknikal memastikan audio dan visual akan dipancarkan secara sempurna kepada penonton di rumah.
Lazimnya, pada waktu sama, perantara terbabit melayan permintaan bergambar oleh mereka berada di lokasi.
Barangkali mereka tidak mengetahui betapa 'kritikal' keadaan kami pada waktu itu. Alasan sibuk bakal mengakibatkan sebilangan mereka bermasam muka sebelum beredar. Makan selagi berupaya, semua permintaan ditunaikan, sebilangan terpaksa ditolak berikutan kekangan masa.
Berikut keadaan di lokasi kira-kira 40 minit sebelum siaran secara langsung dipancarkan dari Dataran Merdeka. Hakikatnya, perantara bertugas di studio berada dalam keadaan lebih selesa, pastinya. Studio di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, dilengkapi sistem penghawa dingin, kerusi empuk dan sarapan pagi untuk semua petugas.
Di lokasi, kami berdiri dengan perut kosong sambil cuba memastikan mikrofon dan alat dengar, ear-piece, tiada gangguan, dibantu kru teknikal.
Pada masa sama, stesyen televisyen dan radio lain juga melaksanakan tugas hampir sama.
"Hey! Mazidul," jerit penyampai radio Era, Aznil Nawawi.
Kami sempat merakamkan gambar.
Biar pun lebih berusia berbanding saya, Aznil, pengacara berbakat memenangi pelbagai anugerah penyiaran tanahair tetap kelihatan muda, ceria dan bertenaga.
Seperti dijangka, dia dikelilingi ramai peminat sambil memberikan peluang kepada mereka untuk mengabadikan gambar bersama.
Semua kru teknikal dan produksi bersedia membuat liputan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2011 menjelang jam 7 pagi.
Sedikit masa terluang digunakan untuk meninjau persiapan kenalan bidang penyiaran lain. Ally Iskandar Mardzi sempat berkunjung ke stesyen radio Hot FM dan ditemubual ringkas oleh Farah Fauzana.
"Sempat promote minta pendengar Hot FM menonton MHI," jelas Ally.
Untuk rekod, TV3 dan Hot FM berada di bawah Media Prima Berhad.
Pada sesi awal siaran, saya dan Ally berada di lokasi sama dan kemudian dipisahkan.
Saya yakin Ally juga bersetuju jika saya catatkan sewaktu siaran secara langsung sebegitu, skrip tidak diperlukan. Kami tidak mempunyai ruang untuk memegang kertas tebal dan membaca kandungannya. Ketika itu ilmu pengetahuan asas berhubung majlis sambutan tahunan itu memainkan peranan penting.
Kami kongsikan maklumat tepat bersama penonton berdasarkan pengamatan suasana sekeliling dan berpandukan fakta dibaca sebelum siaran langsung. Keyakinan dan kemahiran dari aspek penyampaian, satu ciri perlu dimiliki.
Suasana di sekitar bising dan tubuh mula berasa panas berikutan dikelilingi orang ramai datang untuk memerhati.
Sementara menunggu giliran bersiaran, saya rakamkan gambar anggota polis berpangkat konstabel, Muhammad Syafiq Mahmod, 23 tahun.
"Berapa lama sudah menjadi polis?," soal saya.
"Baru setahun encik, sekarang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi," balasnya sopan.
Terlintas di fikiran, sebagai anggota polis, anak kelahiran Kampung Kubu Dedap, Segamat, Johor itu juga bakal merasai hasil transformasi berjaya negara dari aspek keselamatan. Namun pada masa sama, hari kecil berbisik, cabaran bakal didepani pasukan disertainya juga berkebarangkalian bertambah getir.
Penjenayah semakin bijak dan lebih ganas justeru mereka berupaya melakukan perkara tidak mampu dijangkau dek akal manusia.
Sedang acara berlangsung, terik matahari mula terasa membakar kulit namun tugasan dipertanggungjawabkan harus dilaksana dengan senyuman.
Sewaktu berdiri di tepi jalan di hadapan bangunan Sultan Abdul Samad, biarpun bersiaran secara langsung, saya dan Ally tanpa teragak-agak membuat keputusan spontan menyapa beberapa individu kenamaan. Menariknya mereka semua membalas sapaan kami.
Biar pun bahang panas semakin terasa, senyuman dan jelingan pelakon dikenali ramai berikut menyejukkan sedikit perasaan.
Tidak pula kelihatan Namewee dikatakan bersifat patriotik di lokasi. Teringin benar hati untuk melihat kelibat anak kelahiran Muar, Johor, berulangkali mencetuskan pelbagai kontroversi dan penghinaan terhadap bangsa Melayu dan Islam itu.
Setiap kali bergerak ke lokasi berbeza, kru teknikal terpaksa memastikan wayar disambung ke kamera berada dalam keadaan baik. Jika tertanggal atau putus, siaran pasti terganggu. Justeru biar pun cuaca semakin panas, tugasan tetap dilaksanakan sebaik mungkin.
Setiap kali bergerak ke lokasi berbeza, kru teknikal terpaksa memastikan wayar disambung ke kamera berada dalam keadaan baik. Jika tertanggal atau putus, siaran pasti terganggu. Justeru biar pun cuaca semakin panas, tugasan tetap dilaksanakan sebaik mungkin.
Semua cabaran dan keunikan, pahit dan manis itu kami tempoh semata-mata untuk berkongsi berita berhubung antara detik bersejarah negara kita cintai, Malaysia.
Andai kata diturutkan perasaan dan bisikan hati berikutan tekanan dilalui, mungkin kami berada dalam keadaan begini.
Barangkali anak kecil itu penat, kehausan dan kepanasan.
... namun kerana minat tidak berbelah bagi dalam bidang penyiaran sekaligus bertujuan melaksanakan tanggungjawab dipikul, semangat kami semua tetap begini ...
smti..... liputan En Mazidul & ally baguslah pagi tadi.....
BalasPadamsmti, menarik..
BalasPadamTerbaik bang Mazidul...bila nak pergi pulau saya buat cerita..saya boleh tolong bawakkan...
BalasPadam...hehehe, ketawa saya melihat telatah seorang budak kecil yg menggayakan baju melayu Jalur Gemilang, mukanya masam, lagi di usik Ally dan abg Mazidul, lagi membara hatinya, namun begitu, kakak disebelahnya senyum meleret.
BalasPadamcredit untuk semua pekerja belakang tabir...syabas
BalasPadamTuan Mazidul, boleh tolong periksa kebenaran "link" berikut tak?
BalasPadamhttp://www.ngoab.gov.bd/Main.php?Id=66
Salam saudara Mazidul...puas melihat post nie..anda membawa saya masuk ke perarakan itu (saya tak pergi-masalah kesihatan)...tentang namewee..dia masa tu tengah tido kot..malam tadi ..... lebih (agaknya..haha)
BalasPadamsejuta penghargaan buat semua crew yang bekerja keras, bertahan dengan tekanan, panas, bising, lapar, dahaga & pelbagai karenah orang sekeliling. kami menonton dari rumah dengan penuh keselesaan. keep up a brilliant work.
BalasPadamMerdeka kah kita...
BalasPadamawal2 pagi dah berkumpul di dataran...solat subuhkah anda2 semua...mudah-mudahan tanggangjawab anda pada tuhan mengatasi tanggungjwb anda smua kpd maha pencipta...skdr persoalan yg dilontar..jgn ada yg mrh2 n maki sy dgn persoalan yg dikemukan..bkn berprasangka buruk...
BalasPadamsmti...tahniah utk abg mazidul dan abg ally... :)
BalasPadammana gambar dengan aznil?
BalasPadamBukan sedikit kerjanya tu...
BalasPadamliputan yang terbaik...:)
BalasPadamhttp://www.afifsamshuri.com
namewee sibuk dgn nasik lemak die daa..
BalasPadamsmti
BalasPadamsmti
BalasPadam