Ahad, September 11, 2011

Lebih 1.3 Juta PATI Di Malaysia

Hasil program 6P, lebih 1.3 juta pendatang tanpa izin, PATI, didaftarkan.

Maksudnya, selama ini Malaysia dibanjiri PATI. Mungkin semua orang tahu fakta itu cuma sudah muak untuk berbicara mengenainya.

Persoalan lebih penting, bagaimanakah mereka membolosi negara kita? Sedangkan peairan Malaysia dikatakan dikawal ketat oleh pelbagai pihak berkuasa seperti Angkatan Tentera Laut Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta Jabatan Imigreresen.

Lebih mencuit hati, PATI bukan sahaja memasuki Malaysia secara haram malah berani pulang untuk berhari raya di negara asal menggunakan laluan tidaks sah. Sebilangan PATI terkorban akibat menempuh gelora lautan.

Dalam laporan dikeluarkan kerajaaan, dianggarkan 50,000 PATI tidak mempunyai pekerjaan. Jadi apakah mereka lakukan di negara kita?

14 ulasan:

  1. Apa lagi.. yang 50K tu jadi penjenayah Bebaslah dalam negara bro..

    BalasPadam
  2. penguatkuasaan yg lemah atau rasuah,itu yg bermain difikiran kita.yg mana tak ada kerja ada yg melakukan jenayah terutamanya kes rompak.

    BalasPadam
  3. andaikata 10% dari PATI tu bawa masuk senjat api, apa akan jadi ????

    BalasPadam
  4. PATI yang tidak mempunyai pekerjaan akan tinggal di rumah kongsi kawan mereka di tapak pembinaan. Mereka juga akan cuba mencari pekerjaan. Kalau bernasib baik, mereka akan digaji tanpa permit oleh kontraktor. Kontraktor suka sebab tak payah keluar duit ribu riban nak bawak mereka masuk. Kalau diorang ditangkap, kontraktor boleh lepas tangan dengan mengatakan mereka "bukan pekerja" mereka.

    BalasPadam
  5. masalah penghapusan PATI ni sebenarnya lebih kepada hendak seribu daya, tak nak seribu daya...

    BalasPadam
  6. saya benci dengan PATI..bukan apa, kalo kat stesen bas butterworth, setiap hari ahad, penuh dengan depa saja..seolah2 saya duduk kat tempat orang..dan saya xdak kebebasan..tempet menunggu dipenuhi dengan orang2 depa..apatah lagi bas..

    BalasPadam
  7. ada diorg buat kat cini? duk kaco anak dara org, bini org...pas2 buat muk tembok....mmg x suma mcm tuh..tapi kebanyakannya cam2....

    BalasPadam
  8. sangat kurang selesa dgn mereka
    kebanyakan mereka kalo berkumpulan, sgt kurang sopan <--bercakap berdasarkan pengalaman peribadi

    BalasPadam
  9. paling tak suka kalau terpaksa selisih dengan diaorang. bau badan tuh masyaallah.... tak pasti la apasal badan mereka berbau yang sedemikian itu...

    BalasPadam
  10. BETUL KATA NIK FARIZ MEREKA KERJA SECARA BEGITU..BUKAN SALAH MEREKA DATANG BERAMAI2 KE NEGARA INI..MEREKA JUGA DATANG MENCARI REZEKI. NEGARA JUGA MEMERLUKAN TENAGA BURUH YANG RAMAI. TANPA MEREKA LUMPUH INDUSTRI NEGARA. KAN MALAYSIA TERGILA2 SGT NAK JADI NEGARA MAJU DAN WAWASAN 2020. INILAH SALAH SATU MASALAH YANG KENA HADAPI. PENGUATKUASAAN TIADA SEPERTI KATA INSPIRA. BAGI KATA ROZI TU MEMANG BODOH KALAU ORANG DAH KERJA BURUH MEMANGLAH BAU BUSUK SELALU BERPELUH...COMMENT TU PUN BOLEH PASTE KAT SINI.....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.