Jumaat, September 09, 2011

Ambulans Tidak Bebas Kemalangan

Ajal maut ditentukan Allah.

Nukilan saya kali ini barangkali bakal  mengundang pelbagai komen manis dan pahit. Apapun selagi komen itu dilontarkan secara profesional dan beradab, tidak salah.

Ketika memandu di jalanraya, sebaik mendengar bunyi sirem ambulans, majoriti pengguna jalanraya secara spontan memberikan laluan kepada kenderaan itu. Bunyi siren sekaligus memberikan isyarat pesakit sedang dihantar ke hospital.

Berikutan itu pemandu secara automatik memperlahankan kenderaan dan memastikan ambulans dipandu laju bergerak di lorong bersebelahan.

Secara amnya, ambulans 'dihormati' kerana kita percaya nyawa pesakit kekadang bergantung kepada tempoh masa kenderaan tiba di hospital untuk pesakit diberikan rawatan segera.

Malangnya kebelakang ini berlaku tragedi membabitkan ambulans sehingga mengorbankan nyawa.

Baca di sini.

Warga emas dan jururawat terkorban dalam kemalangan terbabit.

Di Sarawak, ibu mengandung anak kembar terkorban akibat ambulans terbabas, klik di sini  manakala di Sabah, ambulans turut terbabit dalam kemalangan maut seperti di laporkan oleh New Sabah Times, di sini.


Berikutan kemalangan membabitkan ambulans, Kementerian Kesihatan mengarahkan kes disiasat, klik di sini.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, pada ketika ini tiada had laju ditetapkan kepada ambulans membawa pesakit ke hospital.

Pembaca akhbar Berita Harian meluahkan pandangan berhubung sikap pemandu ambulanas ...

'Pada pandangan saya, pemandu ambulans tidak perlu tergesa-gesa untuk sampai ke hospital yang diarahkan sehingga menyebabkan nyawa pesakit yang dibawa terancam. Sejak akhir-akhir ini banyak berlaku kemalangan maut membabitkan kenderaan jabatan dilaporkan.

Jika pemandu kenderaan jabatan tidak ego, kemungkinan besar kemalangan maut dapat dielakkan. Justeru, walaupun hakikatnya mereka bertanggungjawab membawa pesakit mendapatkan rawatan segera, aspek keselamatan ketika di jalan raya jangan dipandang mudah'

Klik di sini untuk perincian pandangan.

Ringkasnya, biarpun menggunakan siren dan bergerak berlandaskan status kecemasan, ambulans tidak bebas dari terbabit dalam kemalangan.

Dikejar tidak dapat, dikendong berciciran. 

Baca kisah Misteri tandas meletup dan jika ingin mendapatkan bekalan minyak wangi Kasturi Syifa' sila klik di sini.

8 ulasan:

  1. Pendapat saya byk faktor blh berlaku kemalangan,contohnya:pengalaman dr segi pemanduan,kerosakan mekanikal pada ambulan dan mgkn juga terlampau ikut perasaan...

    BalasPadam
  2. SMTI..

    para pemandu lain.. kalau nampak ambulan dari belakang.. bagi lah laluan agar mereka dapat sampai cepat ke destinasi...

    hari nie hari orang.. esok lusa mungkin hari kita pula naik ambulan...

    BalasPadam
  3. SMTI

    pemandu ambulans juga manusia biasa. Saya, anak kepada bekas pemandu ambulans selalu berdoa agar perjalanan ayah, pengiring, pesakit selamat sampai ke hospital.

    jika ada pemandu ambulans / bekas pemandu ambulans yang sudi berkongsi pengalaman mereka, pasti sedikit sbyk kita boleh memahami tugas nya. ^_^

    BalasPadam
  4. Sy petugas ambulans call. Kemalangan ambulans ni byk puncanya. tak dnafikan ad dsebabkan masalah ambulans i2 sendiri, masalah pemandu i2 sendiri dan PENGGUNA JALAN RAYA yang lain.

    Mcm situasi pernah blaku pada saya, ambulans yg dnaiki..enjin mti dgn tiba2 dan trus dlangar blakang. pemanduan tidak cekap dan peka, yg pling byk adalah pguna jalan raya yg lain. folow jarak yg hampir dgn ambulans. pguna jalan raya lain segaja tak beri laluan.

    saya rasa kalo nk real mrasakan naik ambulans. en. mazidul bolehlah datang ke jabatan kecemasan & trauma (mers999) HKL/HTAR/ Hosp. Sungai Buloh.

    BalasPadam
  5. Tiada siapa ingin kemalangan. Banyak faktor mendorong kepada berlakunya kemalangan. Sikap manusia, permaslahan mekanikal dan jalanraua itu sendiri. Kelajuan ambulans seharusnya tidak menlebihi 10kmj lebih dari kelajuan yang dibenarkan bagi jalan tertentu. Kebamyakan pemandu ambulans cuba sedaya upaya untuk memberikan penekanan kepada defensive driving kerana mereka membawa ramai nyawa didalam kabin.

    BalasPadam
  6. Sebenarnya. Pengguna jalan raya hanya boleh bertindak mengikut keadaan dan rasional. Misalnya, kenderaan A berhenti di persimpangan lampu isyarat yang menunjukkan isyarat merah. Ada ambulan dibelakang kenderaan A,B dan C tersebut. Kenderaan A boleh dan ada hak untuk tidak melanggar lampu merah tersebut. Kalau kenderaan A melanggar lampu merah tersebut dan berlaku kemalangan dgn kenderaan yang bergerak dari arah lain yang lampu isyarat hijau. Kenderaan A tetap salah. Jadi, guna rasional dan lihat keadaan sekeliling.

    BalasPadam
  7. cakap mmg senang...semua nye salah ambulans...cube duduk dalam ambulans dulu...baru tahu ape sebab ambulans bersiren ber"beacon"........ingat suka2 kew nk pasang bentu semua???nama pun kecemasan...tapi masih lagi mengikut peraturan jalan raya...tapi alangkah sedih nye ade juga segelintir PENGGUNA JALAN RAYA yg mengambil kesempatan mingikut belakang ambulans..ini boleh menyebabkan pemandu ambulans hilang fukos pada pemanduan dek kerana takut di langgar dari belakang pula....ini yg bole menjadi PENYEBAB UTAMA kemalangan ambulans....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.