Lazimnya kru 666 membuat tinjauan ke lokasi dihubungkan dengan dakwaan kewujudan entiti paranormal.
Malam tadi berbeza.
Saya bertemu Adam, baru tiba di tanah air awal pagi semalam dari Bahrain menziarahi ibunya.
"Huh! Abang mesti berminat tahu berita ini. Kawan merakamkan gambar sebelum ini bertanya, saya masih jumpa abang lagi ke?," ujar Farid menemankan Adam.
Dia kemudian memaklumkan saya 'berita' itu.
Sejak mengenali Farid dan Adam, mereka kelihatan bak isi dan kuku.
Jam 12.20 malam, kami disertai Razali berada di atas fly over dikenali sebagai 'Jambatan Pulau Pinang', Petaling Jaya, Selangor, menaiki kenderaan dipandu oleh Farid.
"Accident!," kata Farid.
Pantas kenderaan diberhentikan di kawasan selamat.
Mangsa, pelajar kolej swasta, berusia 18 tahun, kelihatan duduk bersandarkan tubuh rakannya. Melihatkan ambulan belum tiba di lokasi, Farid mendekati mangsa.
Untuk rekod, sebelum menuntut di kolej dalam jurusan kejururawatan, Farid pernah berkhidmat sebagai petugas unit ambulan hospital.
"Baringkan dia," arah Farid kepada teman mangsa.
Dilaporkan mangsa membonceng motosikal sebelum kemalangan berlaku.
"Tadi ada kereta rosak, sebaik sampai untuk memberikan bantuan, kami parkir trak dan terus menyalakan lampu. Belum turun, motosikal terlanggar bahagian belakang trak, tidak sempat keluarkan kon lagi," jelas petugas Lebuh Raya Damansara-Puchong.
Saya dapati motosikal terbabit dalam kemalangan itu tidak mengalami kerosakan teruk.
Seperti dijangka, bahagian belakang trak penunda tidak kemek.
"Kalau boleh, mangsa jatuh terhentak jangan didudukkan. Takut kalau berlaku kecederaan pada tulang belakang dia," ujar Farid.
Mangsa kemudian dibaringkan.
"Kejadian berlaku pukul 12.03 malam," bisik lelaki berdiri berhampiran saya.
Mengikut waktu jam tangan saya, ambulan tiba di lokasi jam 12.31 malam.
Farid turut membantu mengangkat mangsa ke pengusung sebelum ambulan bergerak ke Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Penunggang motosikal dipercayai patah tangan turut dibawa menaiki ambulan.
Semoga mereka kembali pulih seperti biasa.
Sebelum tiba di lokasi kejadian kemalangan, kami berada di bawah jambatan berhampiran kilang Motorola terbabit. Saya sempat merakamkan gambar berikut.
"Dua bendera nampak macam digantung terbalik dan dipintalkan di tengah, complete dengan pemberat sekali," komen Adam.
Lapan mata kami memerhatikan Jalur Gemilang dimaksudkan.
"Kalau betul bendera diterbalikkan, itu maksudnya nation is in distress, darurat, lepas itu terpintal pula," tambah Adam.
Jika tali pengikat bendera terbabit terputus, mengapa dibiarkan begitu sahaja?
Sehingga Jalur Gemilang kelihatan kaku, tidak berkibar lagi.
Untuk rekod, keadaan dua bendera negara itu boleh dilihat secara jelas oleh ribuan pemandu dan penumpang kenderaan lalu-lalng di Lebuh Raya Damansara-Puchong dan Lebuh Raya Persekutuan.
"Siapalah menggantung bendera macam itu?," soal Farid.
Soalan Farid tidak mampu kami jawab.
Mei 2011, gambar bendera dikibarkan secara terbalik saya rakamkan, baca di sini.
Soalan Farid tidak mampu kami jawab.
Mei 2011, gambar bendera dikibarkan secara terbalik saya rakamkan, baca di sini.
Barangkali mata kami tersalah pandang justeru melahirkan tafsiran kurang tepat.
Bagaimanapun kepada pihak bertanggungjawab, sila perbetulkan kedudukan bendera itu dengan kadar segera!
54 tahun negara mencapai kemerdekaan, masih tidak pandai mengantung bendera.
Jalur Gemilang tidak sepatutnya berada dalam keadaan sebegitu.
Kemas Kini I
Saya menghantar pesanan ringkas, SMS, kepada pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, Zey Iskandar Mohd Jalil dan pada jam 11.39 pagi tadi beliau menghubungi saya.
"Saya sudah maklumkan kepada pihak atasan (MBPJ) dan kita akan check," kata Zey.
"Siapa menggantung bendera itu?," soal saya.
"Kalau di tempat official, MBPJ tetapi kalau tempat macam itu mungkin orang luar," balasnya.
Saya sedang menunggu penjelasan berbentuk fakta dari MBPJ.
Jam 12.42 tengah hari tadi, Zey sekali lagi menghubungi saya.
"Saya meeting tadi. Sebaik menerima SMS abang hantar, saya maklumkan kepada Timbalan Datuk Bandar. Penguatkuasa kemudian diarahkan untuk ke lokasi dan menurunkan bendera itu," jelas beliau.
"Jadi siapa menggantung bendera itu?," tanya saya.
"Itu kita tidak tahu sebab MBPJ hanya menggantungkan bendera di kawasan protokol sahaja," balasnya.
Terima kasih kepada MPBJ kerana melaksanakan tindakan segera.
Kemas Kini II
Jam 12.42 tengah hari tadi, Zey sekali lagi menghubungi saya.
"Saya meeting tadi. Sebaik menerima SMS abang hantar, saya maklumkan kepada Timbalan Datuk Bandar. Penguatkuasa kemudian diarahkan untuk ke lokasi dan menurunkan bendera itu," jelas beliau.
"Jadi siapa menggantung bendera itu?," tanya saya.
"Itu kita tidak tahu sebab MBPJ hanya menggantungkan bendera di kawasan protokol sahaja," balasnya.
Terima kasih kepada MPBJ kerana melaksanakan tindakan segera.
bukan tak sayang negara dan menghargai kemerdekaan, sayang dan bersyukur sangat; tapi sekarang ni hati saya dah tak bersemangat nak mengibarkan jalur gemilang seperti zaman Che Det dulu. kemelut politik semasa negara dan perangai orang2 yg terlibat semua sangat menjengkilkan. Semangat Jalur gemilang ada kat stadium jer masa tengok bola... huhu
BalasPadamklu x reti gantung jalur gemilang, baik xyah gantung...buat sakit mata...sakit hati.....
BalasPadamBro,Sepanjang apa yang saya lihat dan perhatikan di banyak kawasan prumahan dan perdagangan, "tak ada satu pun rumah bukan Melayu yang memasang Bendera di rumah atau premis perniagaan masing masing, memang tak ada semangat patriotik langsung. Parasit negara, terutamanya bangsa Cina. Salah siapa kalau jadi macam ni ye?
BalasPadambendera ni mmg diikat terbalik....lihat bahagian pemberat seperti batu diikat pada bahagian warna biru.....tali pula tidak putus....ini mmg amaran atau tanda2 untuk menjatuhkan malaysia......
BalasPadamyelah.. memang nampak sangat bendera tu diikat terbalik.. memang melampau orang yang mengikat macam tu..
BalasPadampihak majlis bandaraya takkan gantung bendera macam ni....saiz pun kecil...saya pernah ke lokasi dan ada 2 sebenarnya bendera yang digantung begini, 1 menghadap ke jalan klang-kl, lagi 1 kl-klang.....takkan lar 2 sahaja bendera malaysia yang pihak majlis gantung....?
BalasPadamPerang, saya tidak menuduh pihak berkuasa tempatan menggantung bendera dalam keadaan sebegitu.
BalasPadamOleh itu saya mengambil inisiatif menghubungi mereka bertujuan mencari fakta sebenar.
Zas, menghargai kemerdekaan bukan bergantung kepada siapa memegang tampuk negara.
BalasPadamPerdana Menteri bersilih ganti, kemerdekaan tetap milik kita bersama, setakat ini.
Di sini, kawasan sekitar rumah saya ni masih banyak lagi rumah yang menggantung bendera Malaysia..
BalasPadamSebab kami semua adalah warga/waris angkatan tentera walaupun ayah kami sudah bersara atau dah tiada..
sebelum raya lepas ada saya nampak di sebuah premis di kwsn kg, meletakkan bendera terbalik... dan premis itu dimiliki oleh seorang pembangkang (melalui bendera parti yg saya nampak)... saya bukan orang politik, tapi saya mahu tekankan di sini, walaupun siapa sahaja yang memimpin, walau parti mana pun yg menang pilihanraya, hari Merdeka tetap 31 Ogos pada setiap tahun! Bendera Malaysia tetap jalur gemilang... kenapa mereka masih tidak mahu faham?
BalasPadamSemangat nak kibar jalur gemilang kat keta, tapi asyik tertanggal je dan ilang entah kemana...lagi satu kain jalur gemilang hujung yang berkibar mudah hancur dan koyak....RM3 je kadang-kadang dapat pree. Kalau RM5 hinggit pun tak pe asal berkualiti sket.
BalasPadamish..tak baiknya depa buat camni.
BalasPadamSMTI.
BalasPadamsaudara mazidul... saya kurang setuju dengan melekatkan bendera tiang bendera di atas bumbung kereta kerana membuatkan bersepah-sepah di jalan raya. saya merasa sedih melihat jalur gemilang jatuh dan dipijak oleh kereta lalu lalang. apa kata jalur gemilang di letakkan di atas deskboard kereta. baru semangat mari......
BalasPadam