Lazimnya pemilik restoran mamak, kaya raya.
Mereka jarang 'diganggu' kecuali oleh pihak berkuasa tempatan, itu pun jika pengusaha melanggar peraturan ditetapkan. Kalau setakat meletakkan kerusi dan meja di ruang pejalan kaki, sebilangan mereka langgar sahaja. Jika peralatan dirampas oleh pihak berkuasa, mereka akan membeli kelengkapan baru, duit banyak.
Namun kebelakangan ini, majoriti pengusaha restoran mula menggigil. Apa tidaknya, kumpulan penyamun bersenjatakan parang bermaharajalela. Selamba mereka dilengkapi topi keledar bertutup muka memasuki ruang terbuka di restoran dan menyamun barangan berharga pelanggan.
Saksikan paparan You Tube, aksi penjenayah dirakamkan oleh kamera litar tertutup di restoran mamak, di Shah Alam, Selangor, klik di sini.
Melalui maklumat saya perolehi, suspek bukan berbangsa Melayu dan menggunakan motosikal.
"Tidak lama lagi selesailah," ujar kenalan polis.
Saya percaya kenyataan itu benar dan berharap kumpulan terbabit ditumpaskan dengan kadar segera.
Pasukan polis dari Bahagian Jenayah Berat Selangor dan Kuala Lumpur pastinya sedang sibuk mengumpul maklumat dan mengesan penjenayah terbabit. Penjenayah tidak akan dibenar menunjukkan taring berulang kali.
Akhbar Harian Metro hari ini melaporkan, restoran makanan laut di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur turut menjadi sasaran penjenayah mempunyai modus operandi sama.
Penjenayah bersenjatakan parang tetapi menaiki kereta. Hasil rompakan dikaut dianggarkan bernilai lebih RM21,200.
Dibahagikan lima, setiap penjenayah mendapat imbuhan kira-kira RM4,240.
Laporan lengkap kes di sini.
Dalam 2 kes terbabit, adalah pelanggan mendapat ganti rugi?
Entah, barangkali tidak.
Mungkin mulai sekarang pengusaha restoran harus menampal kenyataan berbentuk disclaimer atau penafian.
'Pengusaha restoran tidak bertanggungjawab jika pelanggan, teman dan keluarga mereka dirompak atau disamun semasa menjamu selera di premis ini. Keselamatan pelanggan, tanggungjawab mereka sendiri'
Jika kegiatan jenayah berterusan, pelanggan bakal takut dan mungkin mengambil keputusan untuk tidak berkunjung ke restoran terbuka. Sukar membayangkan, andai pengawal keselamatan bersenjata api terpaksa digajikan untuk sentiasa bersedia menjaga kesejahteraan pelanggan.
Hemat saya, kumpulan perompak kelihatan kurang profesioanal tidak sukar ditumpaskan. Mungkin dalam waktu terdekat, kita akan membaca kenyataan berikut di akhbar.
'Sewaktu polis menghampiri penjenayah terbabit, mereka diserang menggunakan senjata tajam. Berikutan itu pihak polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan sekaligus menumpaskan kumpulan itu'
Kenyataan biasa kita baca dan mungkin akan menjadi kenyataan.
Jangan pula selepas itu ada pihak tampil berhimpun dan mendakwa mereka hero, sudah. Maklumlah, sekarang ini komunis dianggap pejuang.
kalua dapat, taser-kan saje mereka..nak sgt samun barang letrik, biar mereka rasa renjatan letrik
BalasPadamSemalam dengar citer dekat seksyen 25 pun ada kedai mamak kena samun JAM 5.30 dah heboh kat FB.
BalasPadamhttp://www.myinsurans.com/
sy cadangkan pengusaha2 restauran mamak.. sediakan bungkusan asid.. sebagai senjata lawan balas..
BalasPadamkata sahabat2 kita "lawan tetap lawan".. !!
perenggan terakhir itu memang sangat menarik dan cantik...
BalasPadamtakut-takut yang penyamun juga berhak juga menyamun...haha!
simpati dgn semua mangsa. sy sendiri rumah dimasuki pencuri yg kebas semua barang2 berharga termasuk laptop yg banyak berjasa kpd sy selama ni. habis kerja seumur hidup dibawak lari...sial betul pencuri2 tu!! mintak depa kena langgar lori hancus bersepai! kalau pendatang, biar depa mampuih ditelan laut masa belayar balik! bulan puasa setan ditambat tp mrk ni bapak setan betul!
BalasPadamSMTI
BalasPadamkita semakin rasa tidak selamat (ketakutan)
BalasPadamRasanya pengusaha restoren 24jam seperti juga kedai2 24 jam, jarang simpan wang tunai yg banyak pada sesuatu masa...
BalasPadamKalu tidak, mau puluhan ribu agaknya perompak tu dapat.
Betul, pelanggan yang tidak brnasib baik, redha jer la bila barangan bernilai dikebas perompak.
ayat terakhir tu sangat bermakna dan dalam maksudnya... :)
BalasPadamLagi satu, budaya kedai makan 24 jam sebenarnya tak elok untuk masyarakat.
BalasPadamSedangkan negara maju sendiri, jam 10 malam ke atas kedai makan dah tutup.
Lagipun makan berlemak dan berminyak selepas 12 tengah malam memang mengundang penyakit.
smti
BalasPadam