Rabu, September 14, 2011

Penjelasan Berhubung Dakwaan Kilang Munchy's Diserbu JAKIM

'TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BeRSALAH, MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DALAM BISKUT .. TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM&KEPENTINGAN UMAT ISLAM. DR PEG. JAKIM-HJ. JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)'

 

Saya percaya ramai antara pembaca menerima pesanan ringkas, SMS terbabit.

Jika dilihat dari aspek penulisan, maklumat kelihatan meragukan tetapi wajar untuk saya menyingkap fakta sebenar.

Sebaik membaca SMS itu, pasti ramai ingin tahu berhubung status kesahihan kandungannya. Justeru pada jam 1.45 tengah hari tadi saya menghubungi Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan, Bahagian Hub Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Ustaz Amri Abdullah.

"Saya mula menerima SMS itu sejak 2 hari raya tetapi kadar penerimaannya semakin meningkat sejak semalam. Setakat ini, saya telah menerima lebih 20 panggilan dari orang ramai dan ratusan SMS," jelas beliau.

"Nama Haji Jalil Raihan memang ada di JAKIM?," soal saya.

"Tidak ada. Ini kira macam SMS berantai. Memang pada tahun 2005, JAKIM pernah membuat pemeriksaan di kilang Munchy's di Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor tetapi siasatan telah selesai, tidak ada masalah," balas Ustaz berasal dari Pahang itu.

Maksudnya, SMS disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu palsu.

Sila kongsikan tampalan ini bersama kenalan, terima kasih.

36 ulasan:

  1. tahun 2005?
    siasatan mungkin telah selesai tapi pemantauan mesti selalu...
    bangunlah...berat tanggungjawab tu...

    BalasPadam
  2. SMTI

    En.Mazidul.tahun 2005 tu. Sekarang da 2011. Macam² boleh jadi.

    BalasPadam
  3. Zara, untuk pengetahuan awak, saya bukan ahli board of directors Munchy's.

    Hanya sekadar mencari maklumat dari sumber betul berbanding mempercayai terus informasi dihantar melalui SMS secara semberono.

    Saya percaya JAKIM tetap menjalankan usaha penguatkuasaan dan menyiasat setiap aduan dikemukakan oleh orang ramai.

    BalasPadam
  4. Saya pun turut kongsikan kat sini;

    Penjelasan Mengenai Kilang Munchy's Diserbu JAKIM | Biskut dicampur Arak - http://www.anastasyea.com/2011/09/penjelasan-mengenai-kilang-munchys.html

    BalasPadam
  5. sentap tau pasal fitnah dalam industri makanan ni...bukan kita sokong sesiapa tapi hentikanlah tabiat suka share info yang kita sendiri taktahu kesahihannya lebih2 lagi dalam FB.
    Terima kasih atas tampalan ini bang Mazidul.saya nak bubuh kat FB.

    BalasPadam
  6. sentap juga sekejap...sbb sy penggemar biskut munchys...ada je PHD ni...huhuhuhu

    BalasPadam
  7. Ini jelas menunjukkan bahawa kita jangan terlalu cepat mempercayai sesuatu dakwaan tanpa usul periksa. Terima kasih abang Mazidul kerana berkongsi maklumat ini.

    BalasPadam
  8. sebab tu tak boleh percaya sangat bila ada unsur2 " sebarkan"...tak pasal2 kita pun memfitnah orang jugak..saya share link ni di FB ye sebab saya tahu di FB.

    BalasPadam
  9. X BAIK LA...RAMAI PEKERJA YANG AKAN TERJEJAS..BAGILAH BUKTI SEKALI...SAYA BEKERJA DI MUNCHY SELAMA 6 TAHUN DI BAHAGIAN STOR..TIADA ARAK YG DIBAWA MASUK..RAMAI KAWAN2 SAYA DI BAHAGIAN BANCUH..TIADA ARAK YG DIGUNAKAN...YG JADI KEMUSKILAN HANYALAH BAHAN2 YG DIIMPORT..ITU SAHAJA YG BOLE DIPERTIKAIKAN..

    BalasPadam
  10. Pada Zara dan Queenie,

    Syarikat Munchy mempunyai sijil halal yang sah sehingga 2013. Semestinya JAKIM membuat pemantauan berterusan sehingga sijil halal diperbaharui.

    JAKIM adalah badan yang sah untuk mengeluarkan sijil halal di Malaysia. Kalau kita memilih untuk tidak mempercayai sijil JAKIM dan memilih untuk mempercayai sumber lain, maknanya semua produk mempunyai sijil JAKIM harus kite elakkan kerana perasaan was-was.

    BalasPadam
  11. tak boleh pandang ringan isu makanan halal ni..

    pasal tu semua kena alert jugak smpai ada yang ambil tindakan..

    tahniah abg mazidul :)

    share taw..tp dah link pun :)

    http://aida4eva.blogspot.com/2011/09/tiada-unsur-arak-di-dalam-biskut.html

    BalasPadam
  12. Assalamu'alaikum Mazidol.. terima kasih.. di wall FB sy berdedai2.. kisah ini.. sy share kesana ye.. terima kasih :-)

    BalasPadam
  13. Mazidul dan Nasa,

    Terima kasih berkongsi maklumat. Lepas ni boleh makan biskut tanpa was-was sebab stok saya banyak lagi =)

    BalasPadam
  14. thanx for da info. sy pon terima gak sms nih dr mak sedara. tambahan lagik sy anak jati batu pahat. sangat2 tersentap biler dpt sms cam nih. dahlah sy penggemar biskut munchy's dr kecik lagik. yelahhhh kekononnya nak support produk anak kelahiran tmpt sndri heheheheh

    BalasPadam
  15. Salam tuan, saya ada sedang makan di meja hadapan tuan di Padang Kota semasa tuan sedang membuat panggilan tu... Saya percaya bukti yang tuan kemukakan.. Terima kasih kerana merungkai kisah sebenar...

    BalasPadam
  16. SMTI...saya dah kongsikan ker twitter...tq for the info... :)

    BalasPadam
  17. fuhh ..
    batu pahat selamat ..
    mudah-mudahan xde prkare yg xptot t'jadi ..

    BalasPadam
  18. SMTI terima kasih En. Mazidul kerana membuat panggln ke pihak JAKIM utk pengesahan.

    BalasPadam
  19. Yang untung dari sms palsu ini adalah syarikat telekomunikasi. Entah berapa juta sms yang disebarkan.

    BalasPadam
  20. Bro Mazidul - TQ for the info, mohon kebenaran tampal kat FB...

    BalasPadam
  21. nsb baik dpt mklumat ni..terima ksh bang..sbb nye sy bru dpt sms ni smlm..aduhaiii..

    BalasPadam
  22. rasanya badan tertentu kena mainkan peranan utk selalu buat pemantaun kerana tahun 2005 hingga 2011 adalah jangka masa yg agak pnjg..mungkin mase tu mereka pndai mnyembunyikan sesuatu dr pihak yg sedang mmbuat pemantaun..cube buat pemantauan secara mngejut..makanan tu akan jadi darag daging bagi umat islam yg membelinya..wallahu'alam..

    BalasPadam
  23. Nur Zulaika, komen itu sepatutnya dihantar kepada pihak JAKIM bukan di sini.

    Carilah web site JAKIM.

    Usah keliru, saya hanya mendapatkan komen dari pihak sama dan dikongsikan di sini.

    Melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan adalah tugas pihak telah diberikan amanah itu.

    BalasPadam
  24. UNDANG2 TERLALU RAPUH BAGI MUKA SANGAT. SEKALI LANGGAR UNDANG2 TUTUP TERUS JANGAN DIBIARKAN BEROPERASI LAGI.. HABIS CERITA..BERAPA BANYAK JAKIM NAK PANTAU BARU KILANG BELUM LAGI RESTORAN2,FOODCOURT DSBGNYA YANG TUMBUH BAGAIKAN CENDAWAN. MEREKA JUGA MANUSIA YANG SIBUK KENA MENJALANKAN IBADAT ALLAH. ITULAH HUKUM ISLAM TIDAK DILAKSANAKAN KERANA IA BERSANGKUT PAUT DENGAN KESEJAHTERAAN MANUSIA..JANGAN MENGEJAR DUIT SEMATA2.

    BalasPadam
  25. baru tgk post ni... @sha: ni bukan kisah langgar undang2, ni kisah berita tak benar disebarkan. dan kedua, di komen2 atas tu dah ditulis sijil halal diberi pada munchy's sampai 2013, so maknanya dia dah disahkan halal. :)

    BalasPadam
  26. Salam..Tipical Malaysian budget dia jerk buat kerja..org lain tak reti buat kerja heheee.. bukan satu kepala guna untuk letak cop halal, approve halal..byak kepala.. byak document..awak yg sekadar ada skrin ngan keyboard, suka2 bg info share bagai tanpa usul periksa..haiyo.. plz la, wake up.. thanks to mr mazidul.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.