Sewaktu dalam perjalanan ke Kampung Ulu Slim, Slim Village, Perak, saya, Rahmat dan Zaki terserempak kes kemalangan jalanraya.
Mangsa, 17 tahun menunggang motosikal dilaporkan terbabas lalu terperosok ke dalam longkang berhampiran Kampung Penderas.
"Nasib baik dia pakai topi keledar. Motosikal dan dia masuk sekali ke dalam longkang," kata wanita saksi kejadian.
Akibat kemalangan dikatakan berlaku kira-kira jam 3.10 petang, remaja terbabit mengalami luka ringan. Melalui pengamatan, daya ingatannya juga didapati terganggu.
"Bila saya naik motosikal?," soalnya.
Ambulan tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit selepas dihubungi dan membawa mangsa ke Hospital Slim River untuk diberikan rawatan.
Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Kampung Ulu Slim.
Entah mengapa, sebaik melintasi kampung Melayu di kawasan pedalaman terbabit, hati saya tergerak untuk mengubah haluan dan meminta Rahmat memandu ke perkampungan orang asli, Pos Bersih.
Hampir jam 4 petang, kami tiba di Pos Bersih, perkampungan dihuni suku kaum Semai. Spontan mata saya tertumpu ke Sungai Slim mengalir berhampiran penempatan itu.
Panorama melambangkan kebebasan anak kampung, saya rakamkan.
Betapa 2 anak kecil itu kelihatan selesa duduk di atas tunggul kayu hanyut tanpa gangguan sebelum terjun ke permukaan sungai mengalir perlahan.
"Berhenti dekat orang ramai duduk itu," pinta saya.
"Saya beli petai 100 papan, RM50. Jual RM55, dapat untung RM5 jadilah. Setakat ini saya sudah sampai ke Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor dan Perak, menjual petai," ujar Rabu a/l Injot.
Ayah kepada 6 anak itu kemudian menunjukkan kami kereta miliknya, diparkir berhampiran rumah dibina percuma oleh kerajaan.
"Saya untung, setiap minggu bila ada Pekan Rabu, orang cakap nama saya," gurau Rabu.
"Itu Dahan, abang dia Pinang, dulu tinggal di Kampung Orang Asli Sungai Bill," ujar Rabu lagi.
Dahan a/l Nai kelihatan lebih pendiam, dia hanya mendengar perbualan di antara saya dan Rabu.
"Orang asli di sini ada simpan minyak senyoyong ke?," soal saya.
"Ish! Mana ada, minyak petrol lagi penting. Tanpa petrol, kereta dan motosikal langsung tidak boleh jalan," balas Rabu.
Semua tertawa, Rabu, 46 tahun, memang petah berkata-kata, mencuit hati bak pelawak.
"Orang tua dahulu lain, memang banyak ilmu. Contohnya, kalau dia jampi sabun, kemudian bagi kepada anak dara untuk mandi, lepas mandi sahaja, mesti anak dara itu gilakan dia. Itu kira bomoh, dalam bahasa Semai, kami panggil 'bahalak'," celah Dahan.
Saya kemudian mengambil peluang merakamkan suasana di sekitar sambil Rahmat dan Zaki melayan mereka berbual.
Melihat keramahan mereka dan keletah Rabu, tiba-tiba tercetus soalan di benak fikiran saya.
"Kalau orang asli sekarang melanggar undang-undang jalanraya, polis saman ke tidak?," tanya saya.
Sebelum ini, kita sering mendengar kes polis trafik didakwa melepaskan pesalah orang asli dari tindakan undang-undang kerana simpati terhadap mereka.
"Sekarang? Polis saman kalau kita salah. Dia kata, awak ada lesen, mesti sudah tahu undang-undang. Selalunya bila kena saman, kami buat rayuan, bolehlah kurang sikit bayarannya," jelas Rabu.
Tiba-tiba Rabu mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket baju.
"Saya gunakan bunyi (ring tone) lagu orang asli," ujarnya.
Dia kemudian membuat panggilan menggunakan pembesar suara, berborak dengan rakan sekampung.
Spontan, saya mengeluarkan telefon bimbit.
"Wow! Signal Celcom full bar. Di kampung saya, Sungai Bill, bukan kawasan pedalaman, tidak ada signal Celcom, apatah lagi telefon rumah," jelas saya.
Sila baca di sini berhubung keluhan orang kampung, bak dinafikan hak berhubung secara selesa di zaman moden ini.
Setakat ini, barangkali keluhan itu tidak didengari pihak pengurusan Celcom dan TM. Mungkin dalam pilihanraya akan datang, rintihan penduduk kampung akan diambil kira oleh kelompok tertentu.
Statistik terkini mencatatkan, 23 pengunjung kawasan perkelahan di Kampung Sungai Bill, terkorban di antara tahun 1993 dan 2010 akibat lemas. Dalam kes kecemasan, penduduk kampung terpaksa memandu kira-kira 5 kilometer ke pekan terdekat, Slim Village untuk membuat laporan berikutan ketiadaan sistem komunikasi.
Wajarkah begitu?
Untuk rekod, kesemua penduduk kampung berbangsa Melayu.
Saya percaya, jika perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat lawatan mengejut ke beberapa kampung masih tidak dilengkapi sistem komunikasi sempurna, pasti banyak pihak akan membuka mata.
Begitu lumrah di negara saya cintai ini.

BalasPadamKakcik suka ayat yang menyentuh hati ini. :)
Merdekakah kita ? Kesian bila memikirkan kesusahan sesetgh dari masyarakat Malaysia yang tidak sepatutnya di terjadi.
BalasPadambelum pernah sampai area pos bersih nie... hanya dengor rakan2 yang mengajar di sk pos bersih tu je bercerita...
BalasPadamnice sharing.....
saya ada ulasan juga mengenai perkampungan orang asli, tetapi kawasan perkampungan ini tidak semoden yang saudara Mazidul lawati.
BalasPadamhttp://mukapp.blogspot.com
Masyarakat orang asli di Gua Musang masih lagi kebelakang http://mukapp.blogspot.com
BalasPadamSMTI.
BalasPadamSMTI... :)
BalasPadamKat sarawak ni lagi banyak kawasan takde line telefon...betul2 menyusahkan..
BalasPadamTerima Kasih kerana sudi mempromosikan SAKURA ENTERPRISE CATERING dalm blog En.Mazidul...
BalasPadam-Eyla Hashim
sakura_enterprise@yahoo.com
en mazidul, sebagai pemberita elok rasanya jika membuat lapuran juga tentang talian digi dan maxis. Ada tempat tiada talian celcom tetapi terdapat talian maxis begitu juga sebaliknya.
BalasPadamPada pendapat saya Pos Bersih termasuk dalam projek ICT luar bandar.
walaupun puak mereka hanya sedikit di negara kita, mereka tetap membantu dalam sosio ekonomi negara seperti bercucuk tanam.hasilnya mereka jual .harus di majukan kawasan seperti ini.
BalasPadamTUNGGULAH BILA BENCANA BERLAKU BEKALAN ELEKTRIK TERPUTUS DAN SEMUA SISTEM TELEKOMUNIKASI TIDAK BERFUNGSI. MASA NI ADA KITA FIKIR TENTANG KEMAJUAN TIDAK BUKAN. HANYA MAKANAN...JANGAN MEMANDANG RENDAH DENGAN TARAF HIDUP MEREKA.MEREKA NAMPAK DAIF DARI LUARAN TAPI KAYA DENGAN SUMBER SEKITARNYA. MAKANAN
BalasPadam"Saya percaya, jika perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat lawatan mengejut ke beberapa kampung masih tidak dilengkapi sistem komunikasi sempurna, pasti banyak pihak akan membuka mata".
BalasPadamBiasalah tu, bila big boss turun buat spot check... barulah org2 bawahan kalut-ribut nak buat kerja... :)