Rabu, September 21, 2011

50 Anak 100 Cucu Dan 30 Cicit (Semua Isteri Tolong Periksa Passport Suami Jika Mereka Tidak Cerdik)

Sejurus membaca maklumat berhubung tajuk di atas, saya terpesona.


Luiz Costa de Oliveria, 90 tahun, berasal dari Sao Paulo, Brazil, ayah kepada 50 anak hasil perkongsian bersama 4 isteri.

Kini dia dilaporkan mempunyai 100 cucu dan 30 cicit.

Paling menarik kenyataan isterinya ...

"Suami tidak pernah mengabaikannya selain selalu mengambi berat tentang anak-anaknya"

Baca berita lengkap di sini.

Sebilangan lelaki Malaysia juga cuba memyamai keupayaan Luiz dengan menambah bilangan isteri.

Klik di sini untuk laporan usaha mereka.

Semua isteri sila periksa passport suami.

Apa pun saya amat yakin, majoriti suami berkahwin di Thailand bertindak bijak. Otak mereka diakui bergeliga. Pastinya suami tidak menggunakan passport dicop oleh Imigresen Thailand, bimbang jatuh ke tangan isteri pertama. Lebih mudah menggunakan perkhidmatan membonceng motosikal disediakan warga jiran di sempadan.

Jika berkunjung untuk tujuan bernikah pastinya mereka mempunyai kenalan untuk menguruskan pergerakan keluar masuk tanpa passport perlu dicop.

Tidak molek jika bakal pengantin baru membonceng motosikal dalam perjalanan ke masjid.

Dengarnya, wang RM500 sudah memadai menampung majlis pernikahan di Thailand, jika tidak menggunakan khidmat broker.

7 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.