Gambar berikut saya muat naik dari sini.
Sebagai wartawan, hati terasa hiba melihat keadaan jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd. Nor, sebelum dia menghembuskan nafas terakhir di Mogadishu, Somalia.
Arwah dilaporkan terkorban sehari sebelum 55 anggota dan petugas media menyertai Misi Kemanusiaan ke Somalia pulang ke tanah air.
Ketika tampalan ini ditulis, jenazah Noramfaizul sedang disembahyangkan di masjid Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Tugasan wartawan, biar di mana sekalipun mereka berada, melaporkan berita manakala jurukamera berfungsi sebagai perakam visual. Tanpa kombinasi hasil kerja kedua pihak, berita tidak dapat dipaparkan secara lengkap.
Klik di sini untuk membaca perincian kes wartawan dan jurukamera dunia terbunuh sewaktu melaksanakan tugasan mereka.
Hakikatnya, penonton televisyen dan pembaca akhbar berpeluang melihat dan membaca berita dilengkapkan visual dan gambar dirakamkan oleh jurukamera. Perincian risiko ditanggung oleh kru media jarang diberikan perhatian.
Seperti dimaklumkan oleh ketua jurukamera Bernama TV dalam temubual secara langsung di TV3, saya juga pasti serangan seumpama itu, kali pertama berlaku kepada kru media negara kita semasa menyertai misi kamanusiaan di luar negara. Cuma hemat saya, dalam misi berikutnya, keselamatan petugas media di zon bergolak harus diperkemaskan. Pemakaian vest kalis peluru, satu daripada tindakan bijak wajib dilaksanakan, bertujuan melindungi tubuh merek.
Melihat posisi mangsa ditembak menggunakan mata kasar, jika vest kalis peluru digunakan, barangkali tragedi hitam itu dapat dielakkan. Apapun, jika bercerita fasal ajal dan maut, kejadian mengorbankan jurukamera itu dianggap takdir.
Wartawan dan jurukamera tidak kebal, tubuh mereka mampu dirobek oleh peluru dan senjata tajam.
Melihat posisi mangsa ditembak menggunakan mata kasar, jika vest kalis peluru digunakan, barangkali tragedi hitam itu dapat dielakkan. Apapun, jika bercerita fasal ajal dan maut, kejadian mengorbankan jurukamera itu dianggap takdir.
Wartawan dan jurukamera tidak kebal, tubuh mereka mampu dirobek oleh peluru dan senjata tajam.
Berikutan itu, syarikat penyiaran dan percetakan media di Malaysia juga harus meneliti kaedah terbaik untuk melindungi kru berkhidmat di dalam negara jika tugasan mereka terdedah kepada bahaya. Wartawan dan jurukamera bertugas di meja jenayah contohnya jika perlu harus diiringi kakitangan keselamatan syarikat sewaktu melaksanakan pembongkaran kes berbahaya. Tindakan ganas penjenayah di Malaysia juga tidak mampu dijangka. Kes penjenayah menghampiri mangsa sasaran lalu melepaskan tembakan pada jarak dekat bukan asing.
Manakala pen, buku nota dan kamera milik petugas media tidak mampu menghalang serangan pihak tidak bertanggungjawab.
Pihak gentar, kegiatan jahat mereka didedahkan oleh media.
Manakala pen, buku nota dan kamera milik petugas media tidak mampu menghalang serangan pihak tidak bertanggungjawab.
Pihak gentar, kegiatan jahat mereka didedahkan oleh media.
Air mata saya mengalir melihat keranda Noramfaizul, terbayang jika saya berada di tempatnya.
Hanya ucapan takziah mampu saya hulurkan kepada keluarga dan rakam Noramfaizul, semoga roh arwah ditempatkan bersama roh orang beriman.
Hanya ucapan takziah mampu saya hulurkan kepada keluarga dan rakam Noramfaizul, semoga roh arwah ditempatkan bersama roh orang beriman.
Al-Fatihah.
Al Fatihah
BalasPadamAlfatihah.
BalasPadamTakziah
BalasPadamsalam tuan mazidur. siapa kata dunia wartawan penuh glamor dan menyeronukkan. sebenarnya ia disifatkan penuh mencabar dan merbahaya - kaki kanan di luar jaring besi sementara kaki kiri di dalam lokap...
BalasPadamtanpa wartawan yang berani tak akan ada berita terkini. jadi kepada yang membenci dunia penyiaran...bersyukurlah kerana tanpa warga media, dunia akan beku!
bagi saya kejadian yang berlaku, tidak sahaja terjadi di luar negara sebaliknya boleh terjadi di mana-mana sekalipun.
al fatihah kepada keluarga allahyarham...semoga rohnya dicucuri rahmatnya. Dia lebih menyayangimu.
Al Fatihah..
BalasPadamAl-fatihah. Semoga rohnya diletakkan bersama org2 yg beriman.
BalasPadamAl-fatihah buat wira negara..
BalasPadamAl-fatihah
BalasPadamsemoga arwah ditempatkan dikalangan hamba2Nya yang soleh. amin
BalasPadamKetika berita ini terpampang di muka depan akhbar di negara kita, saya bertemu dgn mak saudara mangsa yang merupakan kawan saya....
BalasPadamanak arwah ada 2 orang..
Simpati dan salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa.
smti... Al-fatihah..
BalasPadamBro, salam takziah untuk keluarga arwah. AlFatihah untuk arwah dan mereka yang mendahului kita. Besar jasa arwah kepada kita dan umat Islam sedunia. AlFatihah.
BalasPadamAl-Fatihah untuk Jurukamera Bernama Noramfaizul Mohd Nor.. xyah nk salahkan sape2.. beliau kene tembak dgn sniper yang guna peluru jenis AP.. kalau guna jaket kalis peluru pun tembus jugak.. doakan yg terbaik utk arwah disana..
BalasPadamAssalam Mazidul,
BalasPadamSMTI dan mami doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan kekasih Allah swt..amin amin ya rabbal alamin
Al-Fatihah
BalasPadamTakziah kepada keluarga Allahyarham...
Al-Fatihah.
BalasPadamAda orang kata sebab bendera malaysia macam bendera Amerika...sebab itu org suka tembak.
BalasPadamKeputusannya,kita kena kempen tukar bendera masa pilihan raya nanti.