Minggu lalu, 2 kenalan saya pergi ke Hospital Sungai Buloh, Sungai Buloh, Selangor.
"Kami tiba di hospital kira-kira jam 9 malam. Kawan saya kena migrin teruk. Urat di dahi timbul, mata dia merah, hendak berjalan pun tidak larat. Masa mendaftar, Medical Assistant, MA secara bersopan meminta maaf. Dia kata, kami kena tunggu di antara 5 dan 6 jam sebelum berpeluang mendapatkan rawatan," ujar rakan pesakit.
"Macam mana awak tahu dia MA?," soal saya.
"Kalau di Hospital Sungai Buloh, MA memakai baju hijau, seluar dan kasut hitam. Umur dia dalam lingkungan 30 an," jawabnya.
Selepas pendaftaran dibuat, pesakit kemudian masuk ke bilik triage dan diperiksa oleh staff nurse.
"Macam mana awak tahu si pemeriksa itu staff nurse?," soal saya.
"Di atas tudung dia ada line biru. Staff nurse merekodkan tekanan darah, suhu badan dan denyutan nadi pesakit dan mengklasifikasikan kawan saya sebagai pesakit luar," balasnya ringas.
Mereka kemudian dilaporkan bergerak ke ruang menunggu.
"Saya anggarkan lebih 40 pesakit menunggu di ruang sama termasuk kanak-kanak. Bila saya tengok monitor hanya 2 bilik sahaja beroperasi sedangkan kalau tidak silap saya, semua ada 5 bilik," ujarnya.
"Maksudnya ada 2 doktor sahaja bertugas?," tanya saya.
"Ya. Melihatkan bilangan pesakit terlalu ramai, rakan meminta saya menghantarnya segera ke klinik. Biar pun dalam kesakitan, dia kasihan melihat pesakit kanak-kanak dan berfikir tanpa dia, giliran rawatan mereka boleh disegerakan," jawabnya yakin.
Untuk rekod, kedua mereka, pelajar jurusan kejururawatan di kolej swasta.
Saya enggan mengulas mengenai perincian keadaan pesakit kerana dia masih bernyawa sehingga ke saat ini. Dalam kes terbabit, tiada juga masalah ditimbulkan oleh MA atau staff nurse bertugas.
Saya kemudian menghubungi beberapa sumber boleh dipercayai di Kementerian Kesihatan Malaysia, KKM.
Menurut mereka, sebilangan pesakit menghadapi masalah samada berhubung sikap mahu pun layanan kakitangan hospital, menghubungi Biro Pengaduan Awam. Aduan itu kemudian dipanjangkan ke Bahagian Aduan, Unit Komunikasi Korporat KKM. Berdasarkan maklumat diperolehi, kakitangan Bahagian Aduan bertindak menghubungi hospital terbabit sekaligus meminta Pengarah atau kakitangan perhubungan awam hospital (jika ada) untuk menjalankan siasatan. Hasil siasatan wajib dikemukakan kepada KKM dalam tempoh 5 hari bekerja.
Saya difahmkan, pesakit berpeluang mengemukakan aduan mereka menggunakan talian 03-888 33 888 tetapi hanya di antara jam 8 pagi dan 5 petang sahaja. Unit Aduan tidak beroperasi pada waktu malam, jauh sekali di subuh hari.
Jika tidak berpuas hati dengan layanan sebilangan kakitangan hospital kerajaan atau swasta pada waktu malam, pesakit dan keluarga terpaksa tidur terlebih dahulu dan menunggu sehingga jam 8 pagi, keesokkan hari sebelum berpeluang mengemukakan aduan.
Kepada pesakit memiliki kemudahan emel, buka laman sesawang www.moh.gov.my dan cari e-aduan. Catatkan fakta butiran aduan secara terperinci. Saya dimaklumkan, kakitangan Bahagian Aduan meneliti perincian komplen dihantarkan oleh pesakit pada setiap jam sepanjang waktu bekerja.
Fail dilengkapkan dengan nombor rujukan akan dibuka bagi setiap aduan tidak mampu diselesaikan pada kadar segera.
Hakikatnya, setakat ini KKM tidak menyediakan talian 24 jam untuk pesakit melontarkan aduan mereka dengan kadar segera.
Saya pernah melalui pengalaman buruk di hospital sebelum ini, klik di sini. Untuk rekod, malangnya pada waktu itu, Menteri Kesihatan, Datuk Sri Liow Tiong Lai masih tidak mempunyai akaun Tweeter untuk maklumat disalurkan secara langsung kepada menteri kabinet itu.
Senario terkini berbeza, melalui Tweeter beliau boleh dihubungi oleh keluarga pesakit dan dalam kes ini. keprihatinan beliau terserlah.
Namun secara logiknya, wajarkah semua pesakit menghubungi Menteri Kesihatan setiap kali berhadapan masalah di hospital?
Melalui tinjauan rambang saya jalankan, tidak kelihatan papan tanda 'No kamera' di hospital apatah lagi melarang penggunaan kamera video.
Bak kata orang tua, omongan kosong tidak berguna tanpa bukti. Teknologi terkini menyediakan kemudahan untuk tujuan pembuktian kes.
"Adakah papan tanda dilarang merakamkan gambar atau video di dalam kawasan hospital?," soal saya.
"Setakat saya tahu, tiada," balas sumber.
Bagi mengesahkan kenyataan itu, saya menghubungi rakan bertugas di hospital.
"You are right, no signage dilarang merakamkan gambar. Di dalam wad automatically memang dilarang tetapi itu pun tidak ada black and white kata tidak dibenarkan," balasnya.
Maksudnya, pesakit dan keluarga, jika perlu berpeluang merakamkan detik pengalaman jelek samada di hospital kerajaan atau swasta menggunakan kamera dan video telefon bimbit sebagai bukti.

Namun setakat ini, pesakit rakyat Malaysia masih berkhemah. Dakwaan berhubung perangai dan perlakuan buruk sebilangan kakitangan hospital tidak dipaparkan di You Tube.
Mungkin belum tiba masanya lagi.
Jika terdesak berikutan aduan mereka dipandang sepi sebilangan pesakit berkebarangkalian memaparkan bukti untuk dijadikan bahan tontotan awam sekaligus mendesak KKM bertindak tegas jika dakwaan ternyata benar.
Petang semalam, saya difahamkan Bahagian Komunikasi Korporat KKM akan mencadangkan kepada Bahagia Perkembangan Perubatan supaya papan tanda dilarang merakamkan gambar diletakkan di hospital di seluruh Malaysia.
Logik akal, tidak molek merakamkan gambar di dalam wad kerana berkemungkinan mengganggu privacy pesakit.
Jika di luar wad, apa masalahnya? Mengapa pengawal keselamatan bertugas serta kakitangan hospital bimbang benar jika pesakit atau pelawat membawa kamera ke hospital?
KEMAS KINI

SMTI
BalasPadamSMTI
BalasPadamterima kasih daun keladi
kalau boleh nak baca lagi hari hari
kena take note ni,dan ingatan jugak untuk kita semua untuk catat nama staff serta waktu yang tepat,sebab bahagian aduan pun susah nak siasat kes kalau maklumat tak lengkap.
BalasPadamtertunggu-tunggu jugak kes hazrey,samada adik iparnya dah betul2 sembuh atau belum
serik dgn layanan kasar nurse hospital KKM atas pengalaman peribadi...
BalasPadamsebenarnya layanan kasar nurse2 kerajaan ni dah berkurangan berbanding 10 tahun dulu... nurse2 generasi baru ni dah dilatih PR sklll kaw2 kot..haha
BalasPadamAnda Rabun Warna? : Chromagen Membantu Anda Melihat Warna Seperti Individu Normal! Dapatkan Konsultansi Dari Vision Care Optometry
bilangan pesakit ramai, petugas kurang pun satu hal.
BalasPadamdoktor yang baru kerja lagi tertekan
kedaimakcik.blogspot.com. pengalaman peribadi pada 2008. komplen telah dinyatakan kepada pengarah hospital pekan. pm for details.
BalasPadamkami pernah bawa arwah mak ke hospital ni. sungguh!! kami menunggu hampir 6jam..dari jam 10 mlm,sehingga habis koleksi cerita, segala teknik urutan, bawa arwah mak pusing2 dalam kawasan, kemudian hampir jam 4pagi baru arwah mak diperiksa,.staff mereka baik2 belaka, tp mungkin sbb kekurangan kakitangan!
BalasPadamAs salam ..sekadar ingin berkongsi itulah rialitinya hospital S.blh..tahun lepas isteri saya telah disahkan Dr dari h.u.malaya ..bayi sudah mati seminggu dalam kandungan ..kami rujuk ke sg.blh sebab dkt dgn rumah..kami disuruh balik cam aje...tak cukup katil kata mereka dll.sedangkan isteri saya pekerja Kerajaan..sedih dan geram.. saya tenguk warga asing ramai aje masuk...adakah mayat bayi ddalam perut patut di simpan seminggu lagi..akhirnya oleh krna takut jadi apa2 pada isteri terpaksa pergi k swasta..mujur ada simpanan sedikit kenalah dlm rm1300..utk 2 hari bagaimanalah nasib org yg tak mampu ya..Moralnya.. ada duit beli takaful utk cover masuk Hospital kalau tidak ..wallahua'lam
BalasPadamSalam,
BalasPadamSaya pun pernah kene jugak ni..
Waktu dalam 4-5pagi mengalami kesukaran utk bernafas n pegila PPUM utk check n lepas selesai dgn MA semua tunggu jumpa Dr. and bile jumpe Dr. tu dia dengan tenang bleh cakap..
Buatpe datang tido je la.dalam hati saya ni kalau boleh tido and takde kene mengena dgn kesihatan jgn harap aku nak pegi PPUM ni,nasib klinik swasta dah tutup je dalam jam-jam macam tu..Agak terkilan jugakla dengan sikap dan layanan Dr tu..Walaupun tak teruk atleast jgn la halau...Goverment Hospital senang je..Kalau tak terok/nazak anda tak perlu datang..Kalau dah nazak/terok baru dialu"kan datang..
Sekian
slm encik Mazidul..pengalaman saya (yg selalu dimasukkan ke hospital) sememangnya ADA larangan bertulis/ hitam putih utk tidak membenarkan pesakit/ pelawat MENGAMBIL GAMBAR didalam wad..
BalasPadamKami(pesakit) diminta untuk menandatangani borang bhw memahami segala peraturan yg telah ditetapkan..yermasuk larangan mengambil gambar didalam wad tetapi setakat ini tidak dpt saya dipastikan samada ia berkuatkuasa disemua hospital kerajaan atau pun tidak.. hospital yg saya maksudkan adalah Hospital Seberang Jaya (milik penuh kerajaan).
Saya sekadar berkongsi info :)
smti
BalasPadamsmti
BalasPadamsmti..
BalasPadamabng MAS ..saya pun pernah snap gmbar masa kt sepital ampang..tapi tdak dilarang la plak..huhu tak tau plak nnti jadi satu larangan..upsss
ni link yg ada gmbr masa menunggu giliran di hospital ampang
http://dvillahati.blogspot.com/2011/09/sarah-ashraf-diserang-cirit-birit.html
tengok nasib...
BalasPadamSMTI
BalasPadambilangan staff tidak dapat menampung kebanjiran pesakit...
BalasPadamsmti
BalasPadamx semua nurse cmtu..ade gk yg ok..tp..tp..tp..yg sy jmp sume nurse kasar2..tmbh2 yg treat org tua..haihh..xtau nk ckp
BalasPadam~SMTI~
BalasPadamTakut tertangkap gambar yg "Menangkap sukma" gamaknya...
BalasPadamteringat mase kene maki dgn nurse dan doktor depan org ramai kat poliklinik seksyen 7 shah alam dulu..smpi skang ingt lagik..tak terpikir pon nak report mase tuh
BalasPadam