Jam 6.47 petang tadi, saya menerima panggilan nombor tidak dikenali.
"Ada orang beri tahu, encik Mazidul tulis fasal rumah di Seksyen 2, Shah Alam itu," kata pemanggil.
Spontan saya melontarkan soalan.
"Encik ini siapa?"
"Saya diamanahkan menjaga rumah itu," jelasnya.
"Tiga malam lalu. saya dan kru 666 pergi ke sekitar rumah itu. Saya minta encik baca dahulu apa ditulis di blog dan bukan hanya mendengar dan mempercayai cakap orang. Sebenarnya, saya dan kru telah lama cuba mengesan owner rumah. Untuk pengetahun encik, setiap kali orang membangkitkan kisah rumah dikatakan berhantu di Seksyen 2, gambar rumah sama dipaparkan. Kami sebenarnya bersimpati dengan owner rumah dan bimbang kalau dia dianiaya. Itu semua ada dicatatkan di penghujung tampalan di blog," jelas saya.
Beliau memberikan respon berikut.
"Saya tahu"
"Lebih molek kalau encik Google, 'rumah berhantu Seksyen 2', nanti tengok apa orang lain pernah tulis. Kisah kononnya rumah sama pernah dihuni oleh pelajar Universiti Teknologi Mara, UITM Shah Alam dan dikatakan keluar dari rumah itu keesokkan harinya kerana didakwa berhantu. Ditambah pula dengan kisah kononnya selepas itu seorang daripada mereka meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya," kata saya.
"Untuk pengetahuan encik Mazidul, rumah itu pernah disewakan kepada pelajar UITM 30 tahun lalu tetapi mereka tinggal sekali dengan owner rumah," jelas beliau.
Baca berita dan gambar rumah 2 tingkat disebarkan itu di sini, di sini, di sini, di sini, di sini dan banyak lagi paparan lain.
"Jadi dakwaan kononnya rumah itu pernah diduduki kira-kira 9 tahun lalu, tidak benar?," tanya saya.
"Tidak," balas beliau ringkas.
"Dakwaan kalau disewakan RM50 sebulan, orang tidak sanggup duduk di rumah itu?," soal saya.
"Tidak benar sebab dalam rumah masih ada barang, perabot dan lain lain, owner memang tidak mahu bagi sewakan kepada orang," balasnya.
Sejak beberapa hari, kru 666 cuba mendapatkan bantuan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor untuk mengesan pemilik rumah tetapi gagal.
Sejak beberapa hari, kru 666 cuba mendapatkan bantuan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor untuk mengesan pemilik rumah tetapi gagal.
"Saya tuliskan dalam blog, kalau betul di rumah itu ada orang mati dan mayat disimenkan di dinding seperti didakwa, pasti sudah lama pihak polis bergegas menjalankan siasatan," sambung saya.
Beliau tertawa.
"Itu semua tidak benar dan fitnah. Saya pun tidak tahu mengapa ramai orang menyebarkan berita palsu itu," katanya.
"Itulah, kalau boleh encik berhubung dengan owner, beri tahu dia, kru 666 berminat untuk masuk ke rumah sama, kita minum teh pada jam 12 tengah malam dan kalau boleh, izinkan kami membuat rakaman audio video di dalam rumah sekaligus menyingkap fakta sebenar. Tempoh hari sewaktu berada di luar pagar rumah, kru berbincang. Mereka amat bersimpati jika semua dakwaan itu tidak benar. Kami hanya ingin membantu membersihkan nama rumah terbabit sebab selama ini tiada pihak memberikan penjelasan," cadang saya.
"InsyaAllah saya akan maklumkan kepada owner, saya hanya sebagai pemegang amanah," ujar lelaki berusia 50 an berasal dari Klang, Selangor itu.
Untuk rekod, kru 666 tidak dibayar oleh mana mana pihak untuk menjalankan tinjauan. Kami hanya sekadar penyingkap fakta di sebalik pelbagai dakwaan berhubung kes paranormal.
Maklumat itu juga saya kongsikan bersama beliau.
Untuk rekod, kru 666 tidak dibayar oleh mana mana pihak untuk menjalankan tinjauan. Kami hanya sekadar penyingkap fakta di sebalik pelbagai dakwaan berhubung kes paranormal.
Maklumat itu juga saya kongsikan bersama beliau.
Could be a free-loader, bro.
BalasPadamIf he really is the house-keeper, why not ajak dia duduk sekali minum teh jam 12 malam.
This, I've gotta see.
Kalau dia sanggup, I'm IN.
menarik ni!
BalasPadamI want in too Mazidul...
BalasPadambro mazidul, entah la betul ke tak dakwaan rumah berhantu tu... tapi ini dialami sendiri oleh kwn kepada rumate sy ms kami sama2 belaja di uitm dlu... mereka pernah sewa di situ... just imagine, mlam tidur dlm blik... tp bila pagi tengok2 tidur kat ruang tamu.... btul atau tak.. wallahualam.... why not bro cuba singkap misteri rumah tu... mungkin kalo dakwaan rumah tu tidak berhantu tu betul, maka nama tuan rumah tu turut akan bersih... lama dh kami nak tahu kebenaran rumah tu sebabnya saban tahun isu yang sama juga kedengaran....
BalasPadambest ni..ingin juga tahu kebenarannya..
BalasPadameloklah tu.. masa bujang dulu2.. kawan2 pun dok citer.. cubalah kesan butiran owner kat pejabat tanah ke? takkan tak bayar cukai pintu owner tu?
BalasPadammari kita tgk, sape yg kena.. :)
excited plak nk twu psl next story...
BalasPadamcheck3!
SMTI.
BalasPadamAssalamualaikum,
BalasPadamSMTI.
Kalau kebenaran dapat disingkap, sekaligus rumah tak bersalah atau hantu yang tak bersalah tu pun dapat dibersihkan. Kalau benar seperti didakwa, sangat kasihan terfitnah sebegitu. hantu jugak yang jadi mangsa, mentang2lah depa tau boleh nak jawab balik desas desus dan khabar angin tu...
smti,
BalasPadamsemakin menarik....
dahsyatnya. kali terakhir rumah tu diduduki 30 tahun yang lalu... isk3x
BalasPadamExcited nak tahu kebenaraan.. betul or sekadar rekaan.. good luck en mazidul
BalasPadampun nak tau the truth.rumah tu mmg femes dah time sy blaja kt UiTM 10 yrs ago.
BalasPadamtidak perlu pening kepale. sy saudara kepada owner.. tiada hantu dan dakwaan tentang student sume ni karut. dan sy anak kepada pemegang amanah yg berhubung encik mazidul tempoh hari.. sy sndiri pernah tido dirumah ini.. tiada apa2 yang berlaku.. k.. peace.. =)
BalasPadambetulkah ??
PadamNak kata xkena...
PadamSaya setuju dengan Alif. Saya rasa En.Mazidul tak dapat fakta yang sebenar. Waris-waris yang duduk berhampiran rumah itu semua tahu kes-kes yang didakwakan tu sebenarnya berlaku di rumah lain di Jalan Kenanga dan Jalan Bunga Raya. Malangnya, bila masuk blog, gambar yang keluar ialah rumah ini. sila betulkan sebelum kami ambil tindakan.
BalasPadamAlif, saya tidak pening kepala. Rasanya yang pening kepala adalah pemilik rumah.
BalasPadamKru 666 sekadar ingin membantu. Hemat saya, selagi tidak ada pihak berani membuat penjelasan beserta bukti, selagi itu rumah terbabit akan terus dicop berhantu, even 10 years from now.
Itu hakikat.
Saya percaya, bukan mudah membersihkan imej rumah itu. Jika terlalu enteng, pastinya awak sebagai blogger telah lama menulis fakta sebenar.
Stephen, so far I haven't recieved any feed back yet from the 'pemegang amanah'.
BalasPadamHe said that he would call me back.
Nurul, yet to be proven.
Decent, me too.
klu satu tmpat tu femes berhantu..mmg berhantu tu. owner mmg akan mati2an x ngaku,takut value ruma jatuh kot.
BalasPadamsmti
BalasPadamrasanya rumah tu x berhantu.. cube kite tanya pada anak kecil "sapa nk dengar cerita hantu" ape reaksi mereka? suka kan?.. adakalanya pencerita tambah "ajinomoto" utk sedapkan cerita.. fikir2kan la.. :)
BalasPadamsalam bro mazidul.firstly thanks coz link kan blog saya dalam entri bro. Saya pun nak tau kisah sebenar yang betul pasal rumah ni. Sebab apa yang saya tulis cuma saya ambik dari blog orang lain dan saya pun tak cakap yang betul rumah tu berhantu.Cuma apa yg sy tulis maybe betul n maybe tak.So, kalau bro boleh keluarkan kebenaran cerita ni memang menarik.Sebab dapat bersihkan nama rumah tu kalau cerita tu tak benar dan menyangkal apa yang student uitm cakapkan tu.Bukan sorang dua yang cakap tapi ramai..So, harap bro dapat rungkaikan misteri rumah ni..Maybe rumah ni, maybe rumah lain..Kalau rumah lain, yang mana..Lagi menarik tu..^_^
BalasPadamSalam bro mazidul, dengar kata dah direnovate rumah tu, betui ke...yg peliknya kenapa bro jemput nite tea kat rumah tu dia tak terima jemputan bro n kepada dia tak jemput bro teruskan mencari realiti dlm rumah tu untuk membersihkan nama rumah tu
BalasPadamZuar, Qwan and all, sehingga ke hari ini saya masih tidak dihubungi oleh pemegang amanah terbabit.
BalasPadamApapun, itu hak beliau dan pemilik rumah, kru 666 hanya membuat permohonan sahaja.
Terima kasih.
En mazirul ada tak no contact owner or pemegang amanah rumah tu.I ADA cara selesaikan and nak ambik rent
PadamSila e mail kpd saya nantha2708@Yahoo.com
mmg menarik kalao kisah sebenar rumah ni dapat dirungkai...ermm..owner rumah tak kasik ke abg mazidul n kru 666 masuk dalam n buat lawatan n tinjau sendiri 'kawasan' ?
BalasPadamSalam,
BalasPadamsaya pembaca baru bg blog ni... juz tertarik dgn cerite ni.. hope 666 mmg dpt masuk n find the true as i can see time yang 666 pergi rumah tu dah dibersihkan and dah di cat baru compare dgn gambar dr blog lain.. maknenyer mmg rumah tu ade org jage or mmg nak disewakan ke org lain.. so good luck 666... mmg nak tau sgt ape dah jadi dgn rumah tu..
kisah rumah hantu tu memang famous...sy pn mndapat maklumat tntng sume ni dri intrnet dan juga dri mulut ke mulut...sy pn nk prcya or xnk prcya pn xpsti juga..(konpius)..hehe...tpi sebagaimana yg en mazidul cakapkan bhawa pihak 666 brsedia untuk brjmpa dngn owner rumah bgi merungkai persoalan yg selama ini brlaku...btul x en mazidul?jikalau sume ini fitnah semata mata knpa pihak owner tidak cbe membersihkan sume ini..bgi pluang kpd en mazidul dan kru 666 tnggal bberapa hari ke kt rumah tu ke kn bgi mmbuktikan bhawa cerita ini btul atau tidak..btol x en mazidul?hehe..sy bkanlah nk prcya sngt cerita tntng plajar uitm yg mnyewa n mmbabitkan kmatian kerana hidup n mati sseorang adalah krana tkdir yg tuhan tlah ttapkan n sbgainya tpi sbgaimana yg kita thu bhawa jika rumah ditinggalkan xbrpenghuni bgitu lama,mngkn akn ada mkhluk2 len yg akn tnggal kt ctu kn.ditambah pula bhawa sejarah kwasan shah alam dulu adalah kwasan berbukit n kwasan klapa sawit,jdi tidak hairanlah jika dahulu tapak rumah trsebut adalah tempat atau "rumah" bgi mkhluk2 itu tnggal...kita sume thu kn ad mkhluk2 len ciptaan tuhan hdup di muka bumi ini selain drpda mnusia...cntohnya alien ke or mkhluk asing ke kn,hehehe...tpi yg pnting kta sume msti prcya pada tuhan n ape yg brlaku ad hikmahnya...mohon maaf sy ucapkan ye klau sy ada trtulis bhasa yg mngores hati ke n sesapa yg terasa ye...:-)...peace
BalasPadamAbg Mazidul,
BalasPadamPlease see if this is true?
http://www.mudah.my/Double+Storey+House+SS+2+Shah+Alam-13076699.htm
http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=2169450&st=160&p=47838735&#entry47838735
Saya dah lampirkan alamat blog ini ke Forum Lowyat.
Betul betul berharap supaya dapat mengetahui cerita sebenar.
Salam saudara.. ini kah rumah yang dimaksudkan?
BalasPadamhttp://www.mudah.my/Double+Storey+House+SS+2+Shah+Alam-13076699.htm
kamon2...ungkap misteri...
BalasPadamMcm menarik je.. ikot bro.. mana tau dpt jackpot ke, first prizr ke.. ahahahaha
BalasPadamWhy bother psl rumah ni..owner tak kisahpun..kalau krpochi sgt kalau betul rm 50 belilah then buatlah apa saja..pemegang amanah tu pun tak kuasa nak layan agaknya..ke dia tu actually demi the other side..calllah balik no.dia;).
BalasPadamalamak....harga dia murah....elok jugak kalau saya membelinya..huhuhuh....
BalasPadammmg murah....murah ya amat mesti ada sebab......kalau sanggup amik risiko ok. rasanya owner/pemegang amanah skang yg nk jual pun mesti dah puas ikhtiar kot. eiii.....seram lak.
BalasPadambro..samapi sekarang pun masih belum ada kata putus ke?andai benar semua ni nape perlu mendiamkan diri..kenapa pemegang amanah dan bukan owner yang berkata2...jom kite terjah
BalasPadamSebenarnya pmegang amanah itu sbenarnya hantu..'Kerana beliau dengki thadap tuan rumah tersebut lalu beliau mngada2kan crita umah tbabit..
BalasPadamSbenarnya pmegang amanh itu lah hantu sbab beliau mgkin dengki dgn pemilik rumah lalu beliau ada2kan kisah hantu terbabit..
BalasPadamBro mazidul sy bekerja di penang sbagai pnjawat awam ..sy sy dpt tawu ada sebuah rumah alamat jalan pantai bukit kecil 3 quensbay pulau pinang.._rumah tersebut dikatakan berhantu kerana pernah terjadi kes pembunuhan di rumah tersebut..sy harap bro mazidul akan rungkaikan misteri tersebut..
BalasPadambg saya mana2 rumah pun, even rumah kita kalau ditinggalkan lama tanpa berpenghuni lebih dari 3 hari.. jin akan bertandang... ni kan pulak rumah yang lama tak diduduki. Kata bapa mertua saya dari seberang yang juga imam kampung/daerahnya beritahu insyallah nak jauhkan atau nak halau jin2 yang suka atau menginap dirumah kosong dibacakan yassin selama 30 malam tanpa tertinggal 1 mlm, dan sembahyang berjemaah dirumah tersebut selama 30 malam insyallah boleh pulihkan rumah tersebut.. dan boleh diduduki seperti biasa tanpa gangguan asalkan penginap tu terus bersolat dan amalkan membaca yasin.. insyallah... kita berusaha tuhan yang tentukan semuanya...
BalasPadamxde feedback lg dr pemegang amanah rumah tue??pelik xkan xnak bersihkan nama rumah tue kl dah mazidul dan kru666 nk bt liputan hal yg sbnrnya..
BalasPadamthen then then ape jd dah sekarang? hihi.. excited nak tahu ^_^
BalasPadamErr..dimana penyudah cerita ni ye? Saya terbaca di blog ard, then google2 lagi rupanya 666 ada buat siatan.. Menarik! Tp nak tau ending. .
BalasPadamCakap pasal rumah berhantu di Shah Alam ni saya pun terasa juga sebab saya pun owner sebuah rumah hinggap di sana, cuma bukan rumah yang famous di Internet tu. Tapi saya nak kongsi la satu pengalaman menyewakan rumah kepada pelajar2 kolej ni (minta maaflah kalau ada pelajar UiTM yang terasa)... sekarang pun dah banyak college kan... orang kata siapa ada rumah sewa boleh buat duit... tapi sakit sebenarnya...sebab ramai orang suka nak sewa rumah, rumah nak glamour sebab flat malu, rumah nak perabot, nak ada air-cond, ada washing machine, ada wifi dan lain2... lepas tu sewa bilik bayar nak murah, itupun tuan rumah kesian bagilah sewa RM200 - RM250 sebulan. Dan kemudian... mereka-mereka yang suka sangat tulis blog rumah berhantu juga ni lah sebenarnya yang HANTU. HANTU yang TAK BAYAR SEWA RUMAH, LEPAS TU LARI MALAM, LARI BAWA PERABOT, LEPAS TU TULIS DALAM BLOG RUMAH2 ORANG2 DI SHAH ALAM BERHANTU. SEBAB PERANGAI SUKA CILOK PERABOT RUMAH ORANG DAN TAK BAYAR SEWA RUMAH JUGALAH REZEKI MEREKA DISEKAT TUHAN SAMPAI LEPAS GRAD BERTAHUN2 JUGA MASIH TAK DAPAT KERJA, LEPAS TU BUANG MASA TULIS BLOG BUKAN2 (KONON BALAS DENDAMLAH KAT TUAN RUMAH) DAN KATA RUMAH ORANG MACAM2 ... HABISKAN BERAS MAK BAPAK ATAU "TANAM ANGGUR" DARIPADA BANYAK MEMBACA DAN PRAKTIS CAKAP BAHASA INGGERIS UNTUK PERGI INTERVIEW KERJA , MACAM DIA BAGUS JE...So, lebih baik la saya sewakan rumah sewa kat minah-minah kilang dan pekerja restoran, sekurang-kurangnya walaupun mereka kurang berpelajaran dan tak pandai menipu tapi hati murni dan tepat bayar sewa rumah bulan2...dan tak cakap besar serta berlagak...so fikir-fikirkanlah...
BalasPadampatutnya tuan rumah bersihkan dan duduk situ sebulan dua. kalau orang tengok rumah semak samun sapa yg nak duduk
BalasPadamsaya pernah duduk dibilik sewa dibelakang umah banglo ni...tiap2 hari saya dok melepak dibalconi rumah menghadap belakang rumah ni...setiap malam lah kami duduk n memandang rumah banglo ni. Saya pelajar uitm dulu dan tak pernah pulak nampak atau dengar apa2 dari banglo ni...kalau berhantu pasti tiap malam kami duduk melepak akan rasa seram....kalau nak diganggu rasanya paling strategik la bilik2 kami yg ada kat belakang rumah banglo ni sepatutnya diganggu setiap malam...bilik air kami pon kat luar rumah...hahahah...kesimpulannya rumah ni mmg tak berhantu pon...
BalasPadamteringin nk tau ending
BalasPadamteringin nk tau ending
BalasPadamLatest update pasal rumah ini.
BalasPadamSekarang tengah hangat pasal Vila Nabila pula...
Layan jugak citer banglo seksyen 2 kt astro ria..
BalasPadamSy ke entry ni lepas tgk telemovie ni kat astro..bile dh jdkan drama kat tv...makin buat org percaya...kesian kpd owner..kalau sbnrnye cerita pasal hantu ni xbetul...
BalasPadampada pendapat saya idea rumah banglo nie berhantu maybe mcm buatan aje ... bunuh anak bini then masukkan and simenkan dalam dinding ... ehhh pembunuh tu kontraktor ke buruh indon kot?? senang2 nak buat dinding dalam satu malam ...boleh senang2 ke buat dinding tambahan?? and saya pon pernah menonton filem Inggeris hampir serupa dengan cara pembunuhan tu ....tak ingat filem apa ... agak logik jika bekas2 penyewa yang memburuk2kan tuan rumah yang diorg tak puas hati ...
BalasPadamAdik sy baru kene rasuk semalam 20 dec 2013...
BalasPadamSedih sy tgk die histeria smalam
Semua ni banyak bohong jer...karut...semua kesan pengaruh filem dan media massa....
BalasPadamAda number tuan rumah..?? Pliss sgt terdesak saya nak duduk ngn kawan2..xde rumah yg available.. :)
BalasPadamI Think , Dekat Shah Alam Syeksen 13 Pun Ada Je Iklan Dye . Bnyk Lah Area Shah Alam Iklan Sewa Rumah Ni . Cari Je -,-
PadamSerammmnyewwww
BalasPadam