Sabtu, September 24, 2011

Sudah Jumpa 2 Kaki Dia!

"Hah! Sudah jumpa 2 kaki dia!," kata Mushairil.

Mushairil Azmil, adik bongsu saya berada di Tanjung Malim, Perak sewaktu menghubungi saya kira-kira jam 10 malam tadi.

"Kaki dia orang sorok dalam longkang. Masa diekori tadi, dia hulurkan duit, mula-mula RM10, lepas itu RM20, kemudian semua. Amin cakap kepada dia, saya bukan mahu wang," katanya.

Azmil menggelar dirinya 'Amin' sejak kecil lagi.

Dia kemudian merekodkan gambar menggunakan telefon bimbit dan menghantarkan rakaman berikut kepada saya melaui MMS.


Dia dilaporkan menggunakan papan gelungsur untuk bergerak di pasar malam sambil menagih simpati pengunjung.

"Ada handphone," ujar Azmil.


"Minta dia kira berapa jumlah collection malan tadi," pinta saya.


"Total kuripan dua pengemis, RM461.90. Pecahannya, seorang kutip RM202.75 dan seorang lagi, RM259.15," balas adik.

Berikut gambar kaki palsu disorokkan pengemis sama di dalam longkang berhampiran pasar malam dan cuba dipakai kembali selepas pasar malam ditutup.


Pengemis warga Kemboja terbabit ditemui oleh Azmil di pasar malam Tanjung Malim.

"Pengemis dahulu along rakamkan gambar dia di Seksyen 7, Kota Damansara pun ada sekali di sini. Tadi ada 3 orang dan seorang lagi pengemis perempuan membawa anak kecil," ujarnya.

Klik di sini untuk mengetahui perincian kisah pengemis di bawah. 

Berikut gambar pengemis sama dirakamkan malam tadi.


"Along, tadi bila Amin tanya, dia orang cakap semua naik bas dari Kuala Lumpur, lepas itu menyewa 3 orang serumah di sini," jelas Azmil.

"Di Tanjung Malim?," soal saya untuk kepastian.

"Ya," balasnya.

Fakta, semua pengemis Kemboja terbabit berupaya berjalan menggunakan kaki palsu tetapi bertindak menggelungsur.

Kaki palsu disembunyikan sebelum mereka memulakan operasi mengemis.

Tanpa kaki, mereka kelihatan tidak berupaya melakukan pekerjaan lain selain mengemis. Walhal hakikatnya mereka mampu bergerak bebas ke mana sahaja.

Sekaligus terus memperdaya dan menipu rakyat Malaysia.

Biarkan sahaja, lagi pun kita bak tiada pihak berkuasa untuk memantau kegiatan pengemis terbabit. Jika ada, pasti sudah lama tipu muslihat mereka dikekang.

16 ulasan:

  1. tu diaaaaa....modal xdak pn tp leh kaut rm80 sehari....kalo sebulan?adui....

    BalasPadam
  2. uish....marah gak ase bila baca link bro td....lepas ni lebih rela sy bg sedekah kat org jual tisu atau penyapu lidi ke....huh..ada kaki palsu leh gak nk usaha....tgn elok,mata xbuta ada banyak lg keje yg leh dbuat dr mengemis....

    BalasPadam
  3. orang lain kalau nak cari $80 sehari punyalah teruk kena kerja..

    BalasPadam
  4. orang lain kalau nak cari $80 sehari punya lah teruk kena kerja

    BalasPadam
  5. merata-rata dia menjalankan kerjanya..terus2 org kita tertipu:(

    BalasPadam
  6. Encik, maaf, sebelumnya. Blog encik kena malwarelah kalau buka dari chrome
    Baik Encik lihat, mana salah satu link kawan Encik yang menyebabkan malware. Kalau tak buang cepat2, nanti blog encik pula jadi penyebab malware kepada blog2 lainnya. Sementara, saya remove link Encik dari blog list saya. Nanti kalau dah tak de malware saya pasang semula. Timekasih

    BalasPadam
  7. Mamat kemboja ni baru je aku tjumpa kat uptown Country homes...huhu

    BalasPadam
  8. Yang mengikuti blog ini mungkin tak akan terpedaya, tapi yang tidak tahu? Buta2 je kena tipu. :(

    BalasPadam
  9. Kalau nak sangat mengelungsur, buangkan aje kaki palsunya tu!

    BalasPadam
  10. pihak berkuasa malas nk wat keje la tuu...makan gaji buta jer...jgn nk suruh pegi siasat,org buat aduan pun boleh buat tak tahu je...sakit hati..

    BalasPadam
  11. Geng Pengemis Kemboja rupanya. Ternyata mereka mendapat 'hujan emas' di Malaysia. Nasib baik saya bukanlah pihak yg berkenaan. Kalau tak, dah lama geng macam ni kena tapau, pulang balik kat Kemboja. Buat semak Malaysia saja... Sapa2 ada kenal pihak yang berkenaan? Bolehlah panjang2kan isu ni ke deria telinga & kuasa mereka.

    BalasPadam
  12. Aduiiiii, 1 pasar malam je cekau RM200 lebih....kita yg sihat nih....nak dapat byk tu pun jenuh mandi peluh.... Tak boleh jadi nih....pihak berkuasa mana pi....?

    BalasPadam
  13. TANGKAP DAN TANGKAP MEREKA.. LATIH MEREKA BEKERJA DI SEKTOR PERKILANGAN ATAU MANA2 SEKTOR YANG BERSESUAIAN DENGAN OKU MEREKA. UNDANG2 DIPERKETATKAN. KALAU SESIAPA DIDAPATI MEMINTA SEDEKAH DIKHALAYAK RAMAI DIHUKUM SEBAT MANDATORI

    BalasPadam
  14. sy baru jmpak dia dekat pasar malam seberang jaya,penang tadi....pakai baju yang sama...sy terperasan dia sbb pnah baca pasal pendedahan pengemis ni....! ramai jugak org bagi duit kat dia td...cis!! masih bermaharaja lela pengemis ni..tak guna....!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.