Selasa, Jun 02, 2009

Manohara Odelia Pinot

Manohara Odelia Pinot, isteri Tengku Temenggong Muhammad Fakry, putera ketiga Sultan Kelantan, kini kembali ke Indonesia.

Model berusia 17 tahun itu dilapor melarikan diri semasa berada di Singapura dengan bantuan polis Singapura dan Kedutaan Amerika Syarikat.

“Manohara dianiaya secara fizikal. Dia telah dicederakan di bahagian dada dengan pisau cukur,” dakwa ibu Manohara, dipetik AFP.

Kes Manohara mendapat liputan meluas di Indonesia, dimuatkan di dalam berita dan program bual bicara stesyen TV tempatan. Dalam sidang media, Manohara mendakwa didera secara seksual, mental dan fizikal.

“I have been treated like an animal,” kata beliau dalam temubual disiarkan di YouTube.

Sejauh manakah kebenaran kenyataan itu belum dapat dipastikan setakat ini kerana tiada bukti dikemukakan. Manakala istana Kelantan setakat ini mengambil pendekatan mendiamkan diri.

Selagi kes ini tidak diselesaikan, jutaan rakyat Indonesia pasti memandang serong terhadap dakwaan layanan buruk diterima warganya itu, sekaligus nama Malaysia menjadi sebutan dalam konotasi negatif.

25 ulasan:

  1. Itulah padahnya kahwin dengan budak. Baru 17 tahun, apa yang dia tahu?

    Budak tetap budak, walaupun fisiologinya menepati ciri kedewasaan, tambah lagi kalu mak jadi batu api....

    Anak mak..

    BalasPadam
  2. ngape org ternama suka dgn wanita 'luar' walopun sejarah membuktikan byk problem bila berlaku krisis & perceraian..??

    sgt kurang ke wanita cantek & berbudi bahasa dimalaysia.konpius..!

    soal ajal,maut & jodoh sudah tertulis dimahfuz namun jodoh kita yg carik bukan begitu..??

    BalasPadam
  3. Saya sebagai rakyat Kelantan pun tak tahu bila Tengku Muhammad Fakry nikah..

    Tapi kita cuma dengar cerita satu pihak jer..

    Tak tahu sape yg dipihak benar..

    BalasPadam
  4. Abg mazidul.. bukak youtube, then search for below title, indonesian people is making fun of our AGONG.

    "Putra Raja Kelantan Culik, Sekap dan Silet Model Indonesia! Manohara Odelia Pinot"

    BalasPadam
  5. kalau boleh en mazidul paparkan isu ni..saya sendiri x dpt nilai mana yg betul dan mana yg salah..

    BalasPadam
  6. Betul melibatkan 4 penjuru..Moral warga Malaysia di mata dunia, Kerabat Diraja, nikah cerai n campur tanganKeluarga..
    kena ada tangkisan, mendengar dari kedua belah pihak.ADIL.

    BalasPadam
  7. ..kes bercampur dgn rasa GERAM rakyat terhadap intitusi RAJA, ambil kesempatan memanaskan cerita..agak kurang adil.

    mcm saudara cadangkan Issue perkahwinan n gosip elok direndahkan/kurangkan cerita.,,sudah berangkai dari berita kepada cerita.

    BalasPadam
  8. mungkin ini bertujuan untuk mencemarkan institusi kesultanan negara kita.

    BalasPadam
  9. hmm..bila kawin ngan warga luar macam2 yang berlaku...lepas ni kita tengok sape yang betul sape yang salah..

    BalasPadam
  10. mudenye dah kawin..kawin kerane ape?kerana cinta? atau uwang?lu pikirlah sendri

    BalasPadam
  11. di dera secara fizikal? buktinya??? macam ada satu propaganda terancang setelah Institusi Raja gagal ditembusi pada awalnya....hermmm

    BalasPadam
  12. mmg muda lagi dia ni hmm.. tunggu dan lihat perkembangan masalah ni

    BalasPadam
  13. hmm, apa yang tak kena dengan institusi raja kelantan; sama bermasalah seperti masyarakat biasa... manusia semua sama!!

    BalasPadam
  14. Kdg2 hal yg kecik diperbesarkan...dah budak, luka sikit jadi isu..pe2 ntah..

    BalasPadam
  15. saya pelajar Malaysia yang belajar di Indonesia...hari2 since dia sampai Indonesia dari bangon tidur sampai nk tido balik..xhabis2 crita pasal manohara..ada je setiap stesen tv nk wawancara dia..itu baru menyentuh manohara..media menambah2 lagi berita2 lain tentang ketidakpuashati rakyat Indonesia kepada Malaysia..dari TKI sampai sempadan negara..termasuk cerita artis Indonesia yg tidak dibenar buat show kat Malaysia..mmg xphm knpa dorang ni xpuashati..panas je dengar..semoga kes ini cepat selesai..dan siapa yang bersalah patut dihukum sewajarnya.

    BalasPadam
  16. Huda, terima kasih atas informasi itu.

    Lihat sahaja YouTube, penuh dengan cerita sama. Kawan saya di Bandung mengadu muak melihat kisah sama dipaparkan di kaca TV.

    Update us yah!

    BalasPadam
  17. Media Indonesia memang suka dengan cerita ceriti macam ni. Remember the debate about who is the rightful owner of lagu Rasa Sayang?

    Itupun diaorang blow out of proportion. Why? Because to them, it is good to have an issue to bantai Malaysian.

    When their maid or their citizen do something to us termasuk samun dan membunuh rakyat kita di sini, adakah kita pergi bersorak ramai ramai depan Kedutaan mereka, bakar bendera mereka?

    Kita lebih civilised dari mereka, itulah hakikatnya.

    Dan perkara pokoknya ialah, siapa ibu Manohora ini? Adakah dia memiliki semua kekayaan yang didakwanya? Siapakah suami ibu kepada Manohara ini? Some does not know the con in them.

    Hanya segelintir media Indonesia yang memaparkan siapa sebenar ibu Manohara yang membangkitkan isu ini 'kezaliman' ini.

    Dan of course, Istana Kelantan perlu keluarkan satu justifikasi terhadap kejadian ini, dengan segera.

    BalasPadam
  18. di youtube, begitu meluas berita tentang manohara ini. sebelum ini tidak kenla manohara, berlakunya kes ini, dia dikenali...

    BalasPadam
  19. hanya jauhari yang mengenal manikam

    BalasPadam
  20. kepada lelaki kaya tg berada di Msia, carilah gadis tempatan yang tidak kurang cantik,pandai, dll. Jgn suka pd seseorg krn rupa, gadis kita pun tidak kurang dr org luar tu. Ada beza ke 'RASA' nya????


    anti lelaki melayu khawin bangsa asing

    BalasPadam
  21. Salam...

    Dia keda dera dgn pisau cukur atau dia nya yang pisau cukur ni?.
    Well......

    BalasPadam
  22. Dia ni PENIPU BESAR nampak gayanya.
    Kalo tak kenapa sumer lawyer dia dah tarik diri sbb takde bukti?
    Dia pulak siap buat roadtour lagi!
    Mengalahkan konsert artis tu!
    Bukannya cantik sangat pun.
    Bodoh lagi ada la.
    Buang duit, buang masa je layan org sewel camni.

    BalasPadam
  23. Dia masih boleh berkata2, masih boleh berjumpa org lain, masih boleh bergossip, dan yang penting masih boleh makan....hihihihi....kalau org Indon yg datang dgn Izin r tanpa Izin, buat rakyat Msia ada yg trus takleh makan 'mati' tu kira mcmne? rasanye kita kena wat roadtour smpi Amerika....

    BalasPadam
  24. banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah yang berlaku. Yang empunya diri lebih mengetahui, susah nak menghukum biarlah mahkamah yang menentukannya waima didunia mahu akhirat.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.