Khamis, Jun 18, 2009

Bukan Mudah

Seperti biasa sejurus tamat siaran 360, hotline akan dihujani pelbagai komen. Tidak terkecuali komen berhubung episod ‘Penagih Simpati’ disiarkan malam tadi. Kepada anda tidak berpeluang menonton, sila saksikan rakamannya di tv3.com.my.

Berikut sebahagian daripada SMS dihantar penonton.

Minta pihak penguatkuasa MAIK sita pusat Tahfiz Amal dan serapkan murid ke Pusat Tahfiz kerajaan – Hj Kamarudin Mahmod, Kangar, Perlis

Tahniah di atas coverage Sekolah Tahfiz Amal. Sudah lama kegiatan semacam ini tidak didedahkan – Hj Hakim Amir, Petaling Jaya, Selangor

Tq Mazidul di atas pendedahan aktiviti Sekolah Tahfiz Amal di Kedah. Sangat menyeluruh coverage dibuat. Saya akan buat laporan polis hari sabtu ini – Azli, Alor Star, Kedah

Minta guru tahfiz ditemubual, jika ada anak, suruh anaknya turut sama menjual ke sana kemari. Pihak berwajib patut selamatkan anak-anak ini sebelum sesuatu buruk berlaku – Azmi, Kuantan, Pahang

Saya rasa lebih baik cikgu sekolah tahfiz di Kedah dipaksa keluar minta sedekah!! – Cikgu Zul, Johor Bahru

Selamat sejahtera. Program 360 lebih banyak memalukan banyak pihak. Bukankah bagus mencari penyelesaian bagaimana cara membantu sekolah ugama daif. Kesusahan insan lain tidak perlulah diperbesarkan. Bersyukurlah dengan nikmat kita ada – Tiada identiti

Tuan, sedih saya melihat paparan Sekolah Tahfiz Kedah. Tuan mendedahkan masalah tapi tidak mencadangkan penyelesaian. Tuan nak jadi hero tapi tuan telah memusnahkan program menghasilkan hafiz. Tindakan tuan sama dengan Yahudi – Tiada identiti

Cerita mual. Cerita lama buat rancangan baharu – Tiada identiti

Aku suka tengok 360. Tapi aku menyampah tengok Mazidul Akmal Sidik. Tolong tukarkan dia dan ganti dengan orang lain. Lepas tu baru aku akan tengok 360 – Tiada identiti

Kesimpulan saya, bukan mudah menyenangkan hati semua orang.

36 ulasan:

  1. Sifat TELUS zaman dah maju,
    ambil sudut kebaikan buat apa nak MALU(HIPOKRIT/MENAFI) sudah sifat begitu, seperti biasa perkara baik ada yang tak suka (takut bebayang sendiri).

    TAHNIAH saudara teruskan.

    Pendedahan untuk buat perubahan, itu bermakna mereka tidak faham antara teguran menghina/buruk dengan pendedahan sebenar.

    Hanya INSAN yang tidak buat kerja/ego sahaja malu untuk dikomen.

    Lebih baik Mudir/ guru itu tampil membuat penjelasan mengakui dan buat pembetulan supaya orang ramai tidak salah anggap sampai bila2,

    siapa yang nak marah bila kita AKUI kelemahan pentadbiran sendiri, yang penting menerima kelemahan dan NIAT nak perbaiki.

    Wajarnya semakin ALIM tingkat agama seseorang makin merendah diri, jika MAKIN ego..PARaH laa.

    Tiada Insan yang tak buat silap.

    TAPI di sini ada INSAN yang MALU nak mengaku buat silap (tadbir).

    BalasPadam
  2. Salam buat Mazidul. Telah berkata Saidina 'Ali r.h. - Antara perkara mustahil di dunia ini- Dapat memuaskan hati semua orang! Ia adalah sesuatu yg tidak dapat di capai. So, kita buatlah kerja yg kita yakin benar. Dont bother with others!

    BalasPadam
  3. Hahah bro. Tak boleh handle komen yang last tu. Hahaha. Mesti kecik kecik dulu si penghantar sms tak dapat kasih sayang yang cukup. Hahahahaha.

    Dan menyamakan kita sebagai Yahudi turut menggambarkan betapa si penghantar tidak nampak bahawa kanak-kanak itu semua memerlukan perlindungan. Wait, kalau kita Yahudi, diaorang tu apa? Di tanah Palestin, Yahudi laknatullah memaksa anak anak kecil mengangkat senjata, mencari sedikit wang untuk menyara hidup. So siapa Yahudi?

    Yelah, bukan anak depa, senanglah depa kata.

    Seorang lagi yang kata bersyukurlah dengan nikmat yang kita ada? Apa tu? Di Johor, ada sekolah maahad yang turut diiktiraf Universiti Al-Azhar, takder pulak bebudak tu pergi jual minyak angin. Kenapa? Nikmat yang kita ada - yelah nikmat yang dia dapat, sebab dapat mempergunakan anak anak kecil yang masih comel comel untuk mengaut keuntungan. Kalau betul niat pengusaha sekolah itu baik dan ingin beramal dan memperoleh pahala, suruhlah pengajar pergi jual. Kenapa nak suruh bebudak tu bagai buruh paksa dengan alasan kebajikan? Kalau betul nak tolong orang susah, kenapa susahkan lagi bebudak yang berasal dari keluarga susah?

    Diaorang tu dah susah, bertambah susah. Esok kalau apa apa berlaku pada bebudak tu, gunakan alasan agama sebagai lame defence kepada mak bapak. Padahal agama mengajar kita untuk mencegah.

    Anyway, I like the Buddha story. Tahniahlah kat Ajib. Lepas ni aku nak marah sami menyamar. Haha. Nak samakan diaorang seperti Yahudi, boleh?

    BalasPadam
  4. nasib baik bro bgtau awal2 sms saja...kalo bleh cll,alamat tak tido la bro sampai malam..huhuhu..namanya manusia..rambut pun dah tak sama hitam..pendapat lain2..keep it up bro

    BalasPadam
  5. Sabar En Mazidul,

    Biasalah...manusia ni sering x puas hati...org yg sensitif ni selalunya xbuka minda...myb diorg xpikir...kekadang isu yg diketengahkan xmendpt perhatian penuh dr pihak tertentu..mungkin selepas ni akan ada tindakan.

    BalasPadam
  6. itulah namanya manusia..kotnya pon...bagila komen yg membina @ kalo terasa diri tu lg bagus dr pengacara/wartawan sediada..silalah kemukakan cadangan nk joint sekali wat liputan @ cari berita..baru tahu cara wartawan bekerja... cakap saja xde guna..cakap serupa bikin baru ada betul!! apapun syabas bro Mazidul..tanpa anda dan team 360 xde sapa nk bongkar kisah sebenar di sebalik tabir kehidupan..

    BalasPadam
  7. * Tuan nak jadi hero tapi tuan telah memusnahkan program menghasilkan hafiz. Tindakan tuan sama dengan Yahudi – Tiada identiti *
    > silap tanggapan mereka ini, cerita ini utk memberi kesedaran pada mereka2 berkenaan bahawa masih ada cara penyelesaian yang terbaik daripada meminta sedekah cara yang begitu..fikir2kn lah~~

    BalasPadam
  8. Bro Maz

    Komen paling last tu aku rasa IQ dia kurang lah...

    Suku suka dia je

    Tapi memang betul kata Bro
    Bukan mudah menyenangkan hati semua orang.

    Wasalam

    BalasPadam
  9. Malam tadi mmg sy mengikuti 360 ni. Sy rasakan penjelasan yang diberikan oleh guru di tahfiz berkenaan seakan-akan penjelasan yang tidak bermaruah. Cukup dengan hanya tawakal / beserah sahaja tanpa mempedulikan apa yang akan terjadi pada pelajar2 tersebut.Silap2 duit jualan barangan tu masuk poket sendiri. Sapa tau kan. Kene pulak takde audit yang bertauliah. Janganlah gunakan budak2 untuk dapatkan duit.

    BalasPadam
  10. Jualan amal ni pun terjadi di sekitar Kajang dan Bangi. Terutama di Petronas IKRAM (Berhampiran UNITEN) boleh dikatakan setiap kali saya isi minyak kat situ mesti ada bebudak ni. Selalu saya bagi duit pada budak tersebut tanpa membeli barang. Pesan saya pada mereka. GUnakan duit ni untuk beli makanan atau pun air. Kesian sangat saya tengok muka dieorang. saya pun anak yatim juga.

    BalasPadam
  11. salam bro..teruskan ape yang termampu..sekurang-kurangnya banyak yang tbongkar

    BalasPadam
  12. betul..betul..ala dia jelous la tu tak dapat masuk tv..

    tapi pasal "jualan amal" saya rasa tak sesuai la budak2 ni yg buat. Apa kejadahnye aktiviti ko-kurikulum kena buat jualan amal..padahal banyak lagi cara contonye fwrd kertas kerja kat badan2 koporat ke atau mana adun.. mintak lesen yg betul.. jgn la mempergunakan budak2 plak biar la budak2 tu jalani kehidupan masa kecil dgn gembira & normal mcm kanak2 lain..dah la diorg ni yatim piatu & anak2 fakir.. kalau betul org yg menwujudkan sekolah tu nak membantu buat la cara nak membantu..

    Minta la sangat2 abang Mazidul dapat ulasan drp pihak bertanggungjawab..bukan nak memalukan, tapi diaorg ni kalau tak masuk tv tak satu Malaysia tau, tak geraknye.. mcm2 alasan yang diaorg bagi nanti tak ada laporan la, tak cukup kakitangan la pendek kata mcm2 ada lah..

    bagi pihak MAIK ke JKM ke Jabatan Pendidikan dan mana2 lagi jabatan kerajaan & NGO yang bertanggungjawab dan perihatin tolong la anak ini.. Tunjukkn la tampok pemerintahan yg BN pegang ni sebagai satu contoh jgn nanti bila dah 3/4 Malaysia Pakatan Rakyat yang menang baru nak take action...Moga generasi kita akan mewarisi sekala tindak tanduk kita yang positif..Insya Allah..Amin

    BalasPadam
  13. Dulu langsung tak berminat dengan 360 ni. Tapi kebelakangan ni sya berminat untuk tengok 360. Mengupas isu2 semasa yang berlaku pada masyarakat sekeliling kita skrng ni. Sebab bukan semua orang tau tentang apa yang berlaku(contohnya pasal tajuk malam tadi).
    Teruskan usaha. Saya menyokong kuat rancangan ini.

    BalasPadam
  14. Mungkin satu hari nanti, orang luar akan beranggapan bahawa Tahfiz ni diwujudkan sekadar untuk menggunakan kanak2 bagi menjual barang bukan lagi untuk mengaji Al quran dan sebagainya

    BalasPadam
  15. betul..bukan mudah nak puaskan hati semua org. teruskan usaha anda dlm 360.

    BalasPadam
  16. Zeq, Love Islam, Ariyon, terima kasih.

    Hazrey, saya call penghantar SMS tu. Saya cakap, kalau sudi datang uji bakat, boleh ganti saya.

    Mied, 360 sebenarnya mencuba sedaya upaya untuk menemubual pengetua sekolah. Bagaimana beliau tidak sudi menjelaskan apa berlaku. Pengetua sebelumnya ditukar, bila ditanya mengapa, jawabannya, 'Ada masalah', full stop.

    Nidza, memang saya selalu bersabar :)

    Yuhana, thanks.

    BalasPadam
  17. Salam Mazidul...mmg betul bukan senang nak memuaskan hati semua pihak..semlm sempat tgk (mak saya mmg gemar tgk rancangan mazidul..dari 999 pastu sekrang 360) jadi mmg nampak le kebenaran di sebalik org suka menyembunyikan...kalau betul nak didik jadi Hafiz, adakah itu caranya? kawan saya pun ramai bergelar hafiz tapi tak pernah pun pergi buat kerja amal (ini bukan keje amal tapi lebih kepada menjadi buruh) macam ini..dan nak selesai, kita sendiri kena fikrkan sendiri le..takkan Mazidul dah tolong buka kan mata kita semua, takkan kita masih tunggu apa nak kena buat kot..sendiri fikir sbb masing2 ada akal..tahniah bro..keep up the good work! saya sokong anda!

    BalasPadam
  18. Anas, kirim salam dengan mak awak. Kekadang terfikir, kalau semua saya kena buat, payah.

    Saya kira masing-masing mempunyai tanggungjawab. JAIK kena jalankan tugas, tambahan pula kenyataan mereka ingin menutup sekolah terbabit dicetak dalam media sebelum ini. Jika yakin benar, laksanakan.

    BalasPadam
  19. salam Mazidul..insya Allah saya sampaikan.maaf mencelah lagi..ya, benar apa yang mazidul cakap..masing2 mempunyai tanggungjawab.kalau setiap agensi hanya tgk dan lihat..dan org awam/masyarakat masih menyokong dengan menghantar anak-anak yatim ke sana..masih berleluasa kegiatan mereka ini..rasa-rasa mazidul akta buruh boleh dipakai tak untuk perkara sebegini?...sbb menggunakan individu bawah umur untuk aktiviti perniagaan (jual minyak angin..bum..etc..)

    BalasPadam
  20. yg tiada identiti tu org bunian kot muahaha... *gelak sat :p

    yg mual tu kena mkn buah mangga sbb pregnant kot ekeke :p

    org kita ni cpt meraban kalo kena tegur..sekurangnyer ade yg bukak mata bila ade pendedahan dlm 360.betul tak?

    nafas kita yg dipinjam ini jgn ler asik nak menyampah kat org..sekurangnyer sumbangan en mazidul mendpt ganjaran diakhirat nnt.so anda yg 'menyampah itu' buat ler sesuatu utk bekalan anda sendiri.

    renung-renungkan dan muhasabah diri sendiri.. :D

    BalasPadam
  21. salam bro Mazidul, itu la realiti sesetengah orang kat Malaysia ni... kalau kita buat pendedahan hal-hal yang benar pun ada yang tak berapa senang walhal pendedahan tu dilakukan untuk penyelesaian..

    Teruskan usaha...we all support you!!
    Yang kata tindakan bro macam Yahudi tu, saya rasa otak dia kat kepala lutut la...hehe :P

    BalasPadam
  22. Hehehe...Suami saya ckp org Tanjung malim mmg kuat sabar...

    Gempak tu En. mazidul call org tu...huhuhuhu..


    Selamat Hari bapa....

    BalasPadam
  23. Mazidul..kerjaya awak mencabar....yg berani saja dapat melakukannya...syabas Mazidul...

    BalasPadam
  24. selalunya kerja mulia yang kita buat tidak mendapat kepuasan semua pihak, mungkin individu tidak bernama tersebut berasa dengki dan cemburu melihat kehebatan bro beraksi di depan kamera..

    BalasPadam
  25. ces,sms last 2 memg da ilang akal btol org nye..kutuk3 kerja org plak.bgus tindakan bro maz tepon die soh dtg ujibakat..kot2 leh soh die wt 1 episod die sendiri..tgk sket bagus sgt ke die 2..

    cuba lah bro maz g umah die plak..kot2 die malu dipelawa lam tepon,nk kene bjemput plak kn..
    wahahahahaha

    BalasPadam
  26. Husna, SMS terakhir dia hantar kepada saya, "Teringin wa jumpa lu, manalah tahu bila jumpa hilang menyampah wa kat lu. Saya balas,"Kalau lu menyammpah kat wa pun, itu perasaan lu, wa suka dengan semua orang dan kalau lu menyampah sekalipun wa bukan mati pun" :)

    Entahlah, ramai manusia cuba menghakimi kita hanya dengan menonton kita di kaca TV. Apapun, saya fikir, itu semua hak individu.

    BalasPadam
  27. Saya hairan kenapa bila nak mengkritik atau mengutuk, tak berani ke depan, tapi pakai nama samaran atau tak letak identiti. Takut apa kalau rasa diri itu benar, betul tak?

    BalasPadam
  28. selagi bernama manusia..selagi tu lah tak pernah rasa cukup/bersyukur dgn ape yg ada..

    mmg susah nak puaskan hati org.. yg pasti..puaskan hati sendiri dulu..

    BalasPadam
  29. aku confident yang hantar sms tanpa nama tu, mesti kakitangan tahfiz tu jgk..

    BalasPadam
  30. Tahniah pada Tuan Admin (Sdra Bro Mazidul) dengan PENDEDAHAN sebegini.

    *p/s:- "Berkata Benarlah, walaupun ianya PAHIT".

    BalasPadam
  31. Fiza, suatu masa sesuai saya akan berundur dari dunia penyiaran ini. Terlalu banyak cabaran, onak, duri dan sembilu. Kekadang terpijak, menyakitkan. Namun, jika tiada cabaran langsung, tidak wajar kita bergelar manusia. Kan?

    BalasPadam
  32. SALAM. BERKATA BENAR ITU PEDIH
    UBAT ITU RASA PAHIT

    SAYA SEBAGAI GURU DISIPLIN PALING TIDAK DISUKAI DI SEKOLAH....KERANA CUBA MENEGAKKAN UNDANG UNDANG DI SEKOLAHH

    BERSABARLAH SAUDARA MAZIDUL...MASIH RAMAI YANG MENYOKONG ANDA

    BalasPadam
  33. Moral of the story.. Malaysia adalah sebuah negara Islam yang tidak akan memberi penekanan dalam setiap sistem pendidikan Islam.

    BalasPadam
  34. dalam Kad Pengenalan dia memang tertulis TIADA NAMA bin ANONYMOUS

    HAHAHAHA

    Bersabarlah.. Apa2pun u hanya menjalankan tugas.. :)

    BalasPadam
  35. Kalau bab mengutuk, memang masing-masing nak menyembunyikan diri. Cuba tampil kalau yakin apa yang disuarakan tu benar. Apa yang Mr Mazidul dan pihak terbabit lakukan ni adalah dikira berani kalau nak dibandingkan dengan pengecut-pengecut yang mengutuk di belakang. Bagi pengecut yang kata 'di 360 hanya pandai bercakap tapi tiada penyelesaian' memang tidak bole saya terima. Takkan nak biarkan satu pihak yang membuat semua kerja? 360 telah membuat satu KEJAYAAN mendedahkan dan menyedarkan masalah terkini, jadi apa salahnya pihak-pihak lain yang tersedar tu mengambil langkah yang seterusnya...fikir-fikirkanlah wahai pengecut-pengecut yang hanya berani bercakap di balik tabir.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.