Isnin, Jun 29, 2009

Hakim Vs Peguam

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman 10 sebatan kepada pesalah, Muhammad Syafiq Abd Wahab, 20 tahun, di premis mahkamah 15 Julai ini atas kesalahan merompak. Zainal memutuskan akan melaksanakan sendiri hukuman sebat mengikut Seksyen 293(1) Kanun Acara Jenayah itu sambil disaksikan kedua ibu bapa pesalah.

Bagaimanapun, Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesawan berkata Zainal tidak wajar bertindak sebagai hakim dan penghukum kerana mencabul doktrin pemisahan kuasa di antara eksekutif dan badan kehakiman.

Manakala, presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Tan Sri Abu Zahar Ujang melihat tindakan terbabit sebagai satu pembaharuan dalam sistem kehakiman negara sekaligus menjadi teladan mengelak golongan muda terjerumus ke kancah jenayah.

Apapun, setiap pesalah harus dihukum, kaedahnya kita serahkan kepada golongan bijak pandai undang-undang menentukannya.

*144 kes H1N1, Selsema Babi disahkan setakat ini

19 ulasan:

  1. SALAM...KERANA ADA SEBILANGAN HAKIM SEPERTI INI....ADA UNDANG2 TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN...HUKUMAN SEBAT INI WAJAR DITERUSKAN...BIAR HAKIM ITU TUNJUKKAN SEBAGAI TELADAN

    BalasPadam
  2. Terima kasih kpd Hakim yang buat pembaharuan, nanti bila pencen PUAS hati.

    BalasPadam
  3. BETUL2..den setuju bonar cara HAKIM tu...hal REMEH macam tu pun ada je TAK SETUJU...itu le PASAl bebudak sekarang NAIK LEMAK. Orang nak NGAJAR...ada je yang dia tak setuju...suruh yang asyik nak KOMEN tu...GUNA otak dan TENGUK keadaan SEKELILING...MORAL remaja kita ni dah TERUK...BILA kita nak MULA bertegas..jika asyik nak PANGKAH je cara orang...

    BalasPadam
  4. semoga institusi kehakiman negara makin meningkat tinggi nilai ketulusan keadilannya di mata rakyat dan dunia!

    BalasPadam
  5. setuju dengan kate2 dr Tan Sri Abu Zahar Ujang...

    kalau tak wat cm ni smpai bile2 pun drg xkn serik

    BalasPadam
  6. kesian 20 tahun dah jadi perompak dan disebat..

    sepatutnyer dia masih kat kolej study.

    kecik2 anak tak disebat bila besar org lain yg terpaksa sebat mcm cerita p ramlee 'anak bapak' :)

    mesti sedeh parent dia ekk.

    BalasPadam
  7. eh...kenapa hakim tu???
    pelik nya...!!!

    kuasa die bukan untuk mghukum pnjenayah..tapi just give the decision n judgment according to the law itself!

    die tak de hak untuk buat begitu..
    nk pecah rekod jd hakim yg pertama dlm negara ke hukum pnjenayah dgn tgnnya sndiri..???

    this is an encroachment to the Separation of Powers!!!

    BalasPadam
  8. Nak buat 10 sebatan tu sekali gus ke? Adoiiiii...

    Setau saya, sedangkan di penjara pun hukuman sebatan itu tidak dijalankan sekali gus kerana sekali sebatan, kulit boleh terkoyak dan nampak daging!

    BalasPadam
  9. Satu tindakan yang baik sebagai tauladan.
    TAPI, kalau dah rotan, tak payah simpan kat lokap lagi dah. Baik dia insaf dan mulakan kehidupan baru.
    Anak semuda 20 tahun sepatutnya meneruskan pelajaran atau mengikuti latihan industri untuk menjadi warga Malaysia yang dapat menyumbang kepada ekonomi negara, bukan disimpan dalam penjara bertahun-tahun.
    Jadikan hukuman rotan sebagai tauladan untuk dia kembali bertaubat dan memulakan kehidupan baru. Tetapi denda atau kerja di bawah Jab Penjara wajib dikenakan untuk membayar kos yang ditanggung dari wang rakyat.
    Bagi perogol dan perompak bersenjata, mereka perlu disimpan di penjara. TETAPI mereka juga perlu bekerja. mungkin tidak sekejam buruh paksa Jepun dan Inggeris di zaman penjajahan mereka.
    Tetapi mereke mesti diwajibkan bekerja untuk membayar kos makanan, tempat tinggal serta gaji dan upah kakitangan penjara dan penyenggaraan penjara itu sendiri
    TIDAK ada yang percuma perlu disediakan kepada pesalah jenayah.

    BalasPadam
  10. Petama, sebatan tu bukan sama macam dalam penjara...sebatan guna rotan kecil je...jangan salah anggap...

    Kedua, kenapa semua benda nak kena bangkang?Tak bolehkah dalam satu hal berkaitan mendidik anak-anak dan generasi muda kita bersetuju dan bersepakat...bukannya hakim tu jatuhkan hukuman ketuk kepala dengan tukul ke hape ke....ROTAN DENGAN ROTAN KECIL je...baca peghakimannya baik-baik...

    Silap2 bapak dia kat rumah pernah rotan dia dengan rotan yg lebih besar dan lebih dari 10 kali...tetapi hakim nak jadikan pengajaran sebab itu di kamar mahkamah dan di depan parents dia...

    Kadang2 heran dgn manusia sekarang...semuanya serba tak kena...bila tak diambik tindakan kata terlalu bebas...bila ambik tindakan kata separation of power la...susah rupanya bila manusia makin 'bijak'...zaman tok nenek kita dulu senang kan...serahkan anak kat cikgu sekali dengan hadiah rotan...

    Oh ya...kot2 ada yg nak kata saya hanya bercakap, saya ada anak juga bersekolah dan saya jenis yg jumpa guru besar untuk bagi izin kalau perlu anak saya dirotan maka saya izinkan...yeap..old school..:D

    BalasPadam
  11. selseme babi.....sye yg kt rembau nih..kununnyer selamat..alih2..da ade stu kes....bhyenyer!

    BalasPadam
  12. kalo disaksikan mungkin ada sikit pengajarannya...knp xsuruh je mak bapak dia yg laksanakan hukuman...tapi takut rotan sikit jer...kang tak insaf2...buat hakim yg membuat hukuman ini...mmg bagus...tp kalo merompak bukan kena potong tgn ker? itu lagi bagus...

    BalasPadam
  13. memang sokong sangat. biar die merana dan malu atas perbuatannya yang tak malu tu..buat apa nak malu kene hukum.bile buat salah tak malu pulak.kalo boleh orang ramai tengok lagi baik. beri pengajaran

    BalasPadam
  14. sblum komen..ada baiknye kite tau secara fakta..bkn main wat tuduhan melulu tnpa usul periksa...

    renungkanlah..:)

    BalasPadam
  15. Bro Maz

    Peguam tu KAFIR kan?

    Kafir memang macam tu...

    Apa yang ita orang Islam buat

    Semua dia bangkang

    Kebanyakkan peguam ni aku tengok

    Belagak pandai...

    Sebenarnya bodoh.... sebab depa

    tak pass 'Add-Math'

    Lepas tu berlagak tunjuk pandai...

    Suruh dia belajar dulu pasal Islam

    Dan suruh dia PASS Add-Math dulu

    Baru boleh tunjuk pandai...

    Sekian

    BalasPadam
  16. Kalau rotan yang akan dipakai bukan rotan yang lazim digunakan di penjara.. ok lah.. kalau tak, rasanya agak melampau.

    Tapi apa-apa pun, pembaharuan itu wajar. Macam hukuman yang macam ni, "community service" - contoh 300 jam kutip sampah, cuci public toilet dsb. Jangan dipadatkan lagi penjara..

    BalasPadam
  17. keputusan yang di ambil memang bagus cuma mungkin boleh dikurangkan 2 hingga 5 sebatan sahaja..

    BalasPadam
  18. sekali-sekala ubah, apa salahnya. semoga dengan adanya perubahan seperti ini, orang nak lakukan kesalahan memikir berkali-kali. ada nilai positif juga.

    BalasPadam
  19. bukankah ini salah satu lagi episod kelakar dalam sistem kehakiman kita.?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.