Selasa, Jun 16, 2009

Pekerja Cemerlang Celcom

Jika talian broadband Celcom sibuk bermakna bilangan pelanggan syarikat telekomunikasi terawal negara itu bertambah ramai. Pelanggan setia menagih perkhidmatan ditawarkan dan sedia membayar kos perkhidmatan terbabit. Saya percaya Celcom mahukan pelanggan berterusan bukan pelanggan jangka pendek.

Justeru, tidak hairan mengapa Celcom menghantar jurutera berpengalaman, Karim Mohamed, Shahidan Nordin dan pelatih mereka berkunjung ke rumah saya buat kali ketiga. Speed 7.2 Mbps, Signal Strenght : Excellent, maklumat itu tercatat di atas skrin komputer riba saya. Bagaimanapun saya masih mengalami kesukaran connection sejak seminggu lalu.

Saya teruja melihat kesungguhan mereka bekerja, tidak jemu mencuba pelbagai alternatif bertujuan sama, menyelesaikan masalah dihadapi pelanggan seperti saya.

Trouble shooting bermula.

“Modem ni abang beli bila, setahun lebih dah?,” tanya Karim.

“Huih! Tak sangka, modem macam perempuan rupanya, bila dah tua banyak tak kena. Asyik searching for network sahaja, tapi tak jumpa,” gurau saya.

“Aku rasa, aku tahu. Tengok ni, anti-virus Kapersky enables anti-dialer, sebab itu modem tak boleh dial,” ujar Shahidan.

Karim kemudian mengubah setting Kapersky membenarkan connection berlaku.

“Pada usia 42 tahun saya cuma inginkan kehidupan lebih tenang. Tak nak fikir banyak tentang anti-virus. Ada anti-virus jenis mudah guna?,” celah saya.

Sepantas kilat Karim menggantikan Kapersky dengan Avast. Masalah selesai dalam sekelip mata biarpun mereka bertiga ‘bermaustautin’ di rumah saya lebih 2 jam.

Bagaimanapun, Kapersky saya gunakan kurang 2 bulan lalu manakala masalah connection bermula sejak Mac 2008.

“Kami dari Kuala Selangor tadi, terlepas peluang makan durian sebab datang sini,” sambung Shahidan sebelum pulang jam 5 petang tadi.

“Tak apa. Nanti pergi dekat Balai Polis Sea Park, RM9, makan durian, all you can eat,” balas saya.

Apapun, kepada mereka bertiga, jika berkunjung sekali lagi ke Petaling Jaya, hubungi saya, lunch will be on me.

Rumusan saya, jika majoriti tenaga kerja Celcom seperti mereka, saya percaya syarikat terbabit akan terus cemerlang menerajui perkhidmatan broadband negara.

24 ulasan:

  1. aIK, LAIN PULAK NADA KALI NI? dALAM POSTING SBL NI, bRO mAZIDUL MACAM MARAH2, TAK PUAS ATI DGN SERVIS CELCOM.

    POSTING KALI NI NAMPAK LEBIH LEMBUT.

    C'ON BRO, BUKAN SEMUA ORANG BERNASIB BAIK MACAM BRO MAZIDUL. DILAYAN DENGAN BEGITU BERHEMAH DAN BERDEDIKASI.

    SAD TO SAY, BRO ADA NAMA, CELCOM PERLU JAGA. RAMAI LAGI YANG HADAPI MASALAH MACAM, BRO, TAPI DEK KERANA NAMA TAK SEHEBAT BRO, MACAM MELUKUT DI TEPI GANTANG LAH...

    SAYA SEORANG DARIPADA YANG HADAPI MASALAH POOR SERVICE BROADBAND..

    BalasPadam
  2. tuan pakai os vista ke??
    rugi wo kapersky tukar ngan avast feee home edition...
    anti virus kapersky tu tuan beli ke sedia ada??

    BalasPadam
  3. berkenaan anti virus tadi...
    nape bro MAZ tak cube LINUX....
    kalu bro tak tau linux nie aper....bro google la....
    linux nie OS(operating systm) cam windows ngan mac(apple punya OS)
    linux nie hacker2 yg melawan windows...
    so for now...im using linux....
    antara kelebihan linux nie...
    no virus....
    maksudnye takkn ader virus yg akan menyerang anda walau sehebat mane pun virus tu....hhehehe
    n yg penting linux nie free...
    tkder stu pun prisian yg berbaya jika bro gune linux nie....

    BalasPadam
  4. saya masih tidak berpuas hati dengan servisnya...

    5 akaun pejabat saya (agensi kerajaan)disekat disebabkan amaun tertunggak yang bukan salah kami..

    pihak kami dikenakan caj prorata yang bukan digunakan oleh pihak kami dimana ketika itu pihak kami belum menggunakan lagi malahan kami belum menerima sim card + modem...

    Pihak kami enggan membuat bayaran prorata yg dikenakan, tapi setiap bulan disekat dengan alasan kami tidak membayar caj prorata tersebut....ADILKAH...???

    saya telah hubungi pihak celcom dan beliau memaklumkan akan rebate amaun tersebut... Tapi dah dua bulan berturut-turut disekat... Dan saya terpaksa hubungi careline untuk cerita perkara yang sama... Lepas tuh boleh dia kata "kes ni tengah siasat lagi"... Apa kes ni?


    kenapa lambat sangat nak settle... ke saya perlu jadi pengacara TV3, baru boleh 20 orang datang office saya....

    BalasPadam
  5. untung anda kerana anda sorang selebriti....
    ade antara rakyat biasa siap diherdik dan dimarahi kerana mengadu akan permasaalahan ini....:(

    BalasPadam
  6. Mungkin kerana kamu adalah azidul akmal sidik, aka layanan yg diberikan adalah TIPtop. mungkin kalo orang lain, belom tentu!!

    BalasPadam
  7. Najib, saya down graded from Vista to XP. Kapersky saya beli RM98.

    Ibrahim, kalau servis tidak memuaskan, saya akan komplen. Jika servis memuaskan, saya harus menyatakan keadaan sebenar. Apapun saya masih mengekalkan entries berhubung Celcom sebelum ini.

    Ryu, thanks for the advice.

    Eija, saya pun menghubungi Careline sebelum ini. Bagaimanapun kelihatan tidak begitu caring.

    Apez, awak bagi tahu saya siapa berani herdik customers?

    Noor, hidup seperti saya banyak cabaran. Awak belum pernah lagi melihat bagaimana saya dimaki dan dimarahi dalam kes lain, kan? Barangkali awak hanya tahu perkara manis kerana saya kongsikan bersama pembaca. Kisah duka dan sengsara pun banyak ...

    BalasPadam
  8. sy guna talian celcom dah bertahun..so far ok jer :)

    sy guna wifi streamx kat rumah dan sgt berpuas hati.

    BalasPadam
  9. setakat ini, celcom broadband saya belum ada masalah besar, masalah sikit2 tu adalah..

    BalasPadam
  10. Bang..
    agak2 depa entertain masalah abang tu sbb abang selebriti tak? Kalau macam kami ni..ermmmmm hampeh laaa..berkulat la menunggu.

    BalasPadam
  11. Bro,
    Sebab bro ade "tools". Kalau tak puas ati leh bawak ke MHI atau 360. Celcom cuak la skit takut kene komplen kat dalam tv. Orang macam kite orang tak semesti nye dapat layanan macam tu.

    Saya setuju pasal care line..macam robot.

    Ayat last die akan tanye "Ape lagi yang sye boleh bantu"..plastik nyer...!!!!

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum Mazidul.

    Sy ingin utarakan pendapat sy dengan tindakan mazidul kali ini.

    Sy rasa tindakan mazidul mewarwarkan semalaya bahawa servis celcom adalah teruk, tidak memuaskan, lambat hanya kerana saudara mazidul tidak boleh access connection 3G/HSPDA ke internet.

    Jika diteliti post ini, kesalahan sebenar adalah pada saudara sendiri. Sebab utaman saudara tidak boleh connect ke internet, adalah kerana salah satu fungsi anti-dialer yang terdapat pd antivirus berkenaan. Jika saudara CELIK IT, rasanya tidak perlu smpai 3 org jurutera berpengalaman turun ke rumah anda, hanya untuk setting balik antivirus anda. Logikkah itu?

    Harap selepas ini, sebelum en mazidul terbitkan sebarang berita/blog, sila muhasabah diri dulu. Try usahakan sehabis boleh punca masalah berkenaan, sebelum mewancarnakan ke satu tanah malaya.

    Sekali lg sy utarakan, masalah sebenarnya adalah pd en mazidul sendiri. Pada zaman IT sekarang ini, masalah yang disebabkan anti-virus adalah amat tidak logik.

    Fikirkanlah...

    BalasPadam
  13. Bro Maz

    Oleh kerana berhampiran rumah kita ada seorang Boss telco operator, saya cuba bertanyakan kepada beliau kenapa 'coverage di Seksyen 11' masih 'tak cantik'

    Menurut 'boss' tersebut,
    1. Upgrade equipment masih belum sampai.
    2. Setahun 2 kali upgrade kerana pertambahan pengguna dan pertambahan 'pengguna' dan 'lalulintas' 'broandband' di Kota Damansara adalah yang antara yang tertinggi di Lembah Kelang... (Iye ke???)
    3. Masalah kekurangan sampan tuan...
    4. Pengilang alatan komunikasi tidak dapat memenuhi permintaan telco telco yang ada terutamanya kilang di Germany dan Italy. (Mau taknya lembab orang Eropah ni... buat kerja sikit lepas tu... piket... buat kerja sikit lepas tu piket...)

    Sekian terima kasih

    BalasPadam
  14. Bro..macam mane syarikat penyedia broaband nak bagi servis terbaik skrang..org malaysia takut dengan radiasi tapi nak servis broadband tip top..

    BalasPadam
  15. Shiniraz, anti virus Kapersky baharu installed kurang 2 bulan lalu. Masalah connection bermula SEJAK saya melanggan broadband Celcom bulan Mac 2008. Itu kenyataan.

    FYI, majoriti daripada pengguna broadband di Seksyen 11, Kota Damansara berhadapan masalah sama.

    Memang saya buka IT expert, tetapi tidaklah sebodoh mana dalam bidang ini :)

    Teringin saya ingin membaca entry anda, cubalah menulis. Jangan biarlan blog itu kosong begitu sahaja.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum abang mazidul,

    Untuk pengetahuan abang, abang adalah orang yang bertuah kerana pihak teknikal, pihak network, dan pihak IT boleh sampai kerumah. Mungkin jugak disebab kan title abang. Bersyukurlah.

    Sedangkan pelanggan lain walaupun dikatakan dah sebakul komplen dibuat, belum tentu ada yang sampai kerumah.

    Sebagai orang yang berpelajaran dan berfikiran terbuka. TIDAK wajib rasanya pihak celcom menghantar pekerjanya ke rumah pelanggan untuk memformat atau membaiki atau berbuat apa sahaja pada PC atau komputer riba pelanggannya. Kenapa? kerana celcom adalah syarikat yang hanya menawarkan perkhidmatan rangkaian kepada pelanggannya. Bukannya menawarkan perkhidmatan membaiki komputer riba. Celcom adalah Network Provider.

    Sekiranya pihak celcom berjaya menghantar pekerjanya ke rumah pelanggan dan melakukan sesuatu yang bukan berkaitan dengan network, itu adalah extra mile yang telah diberikan kepada pelanggan sedangkan ianya tidak tertulis didalam sebarang perjanjian bertulis antara pelanggan dengan pihak pembekal rangkaian.

    Syukurlah abang mendapat kelebihan ini. Sesungguhnya bercerita tentang kebaikan seseorang adalah digalakkan dalam agama, berbanding bercerita tentang keburukannya.

    Apa sekalipun. Saya ucapkan selamat maju jaya untuk abang mazidul.

    BalasPadam
  17. Osazizi, saya bukan pengguna tidak pandai mengucapkan terima kasih atas bantuan orang lain.

    Bagi saya, jika pelanggan tidak mendapat servis dijanjikan, mereka harus mencari saluran betul untuk memperbaiki keadaan. Saya juga pernah menemui jalan buntu sebelum ini, to recap post sebelumnya, saya pernah menghubungi dan membuat aduan di Careline sebanyak 8 kali, namun ketika itu tiada tindakan diambi. Kemudian saya hubungi GM Central Region Celcom sebelum saya mengutarakan masalah didepani melalui media.

    Pengguna lain berhadapan masalah sama juga harus mengambil langkah sama. Kita ada media cetak dan media elektronik. Jika sekadar merungut dan berhenti berusaha, maka masalah tidak akan selesai.

    FYI, masalah saya hadapi LEBIH kepada soal teknikal, BUKAN soal laptop saya. Maaf, saya harus memperbetulkan kenyataan awak.

    Selamat berjaya dalam hidup ini :)

    BalasPadam
  18. taian streamyx kat rumah pun kadang ada problem... call 100 mmg jenuh juga nak tunggu... tapi layan ok... sbb mereka ajar saya satu persatu nak setting balik selepas buat flush... itu kalau pakai streamyx... kalau pakai yang macam cucuk USB tuh... belum pernah rasa... sedang berfikir mahu langgan sbb senang nak pakai kalau travel atau balik kampung...

    BalasPadam
  19. Yang ini lain pula bunyinya kalau nak dibandingkan dengan nota dibawah...Huhuhu..Lumrah manusia, bila ada yang tak berkenan dan tak kena di hati, mulalah, robotlah apa lah...
    Cumanya...mungkin Celcom Broadband adalah yang terbagus buat masa sekarang ni jika nak dibandingkan dengan Telco lain...Celcom Broadband estimated 5GB usage untuk cust setiap bulan, kalau nak compare dgn Maxis, boleh tahan slow nye dan cuma 2GB sebulan yang mrka boleh bagi...Sbb nak buat cane, benda ni sharing basis...ramai user yang try to upload and download in the same time, masalah yang sama...CONGESTION...tapi tu lah, mmg tak boleh nak buat apa, upgrading pon ambil masa...nak tanak kena tunggu, kalau tanak tunggu terpaksa amek alternative lain la...nak REFUND? Huhuhu..orang yang "bertuah" je la kot yang boleh dapat refund...Mmg salah ni bukan salah cust, tapi biaselah, mana2 pon ade terms and conditions, procedures...Ikut je lah...Kalau rasa membazir bayar every month tapi srvce teruk atau speed out of expectation, mungkin boleh try provider lain...Celcom broadband mmg ikut location, nak laju, terpantas, mungkin boleh la, tapi kat tempat yang kurang orang pakai...Ape2pun, bagi saya, Celcom Broadband antara yang terbaik "BUAT MASA SEKARANG"...sekarang ni la, tak tahu lah kot2 ade yang lebih baik dari ni lepas ni...kalau ada yang lebih bagus, dari Celcom Broadband pas ni pun, nak wat cane...Celcom hv to take necessary action lah so tt cust tak lari, tu je..

    BalasPadam
  20. biase la tu..orang terkenal..bagi servis baik punye..sy gune celcom broadband mmg paling lembab di dunia..sedangkan kawasan saya takdelah solok sangat.area skudai. tapi tak tau nape slow sangat.baik tak yah..

    BalasPadam
  21. rasanya SPYWARE byk dlam BLOG saudara dan LAptop..biasa laa Blog panaz dan ada yang tak suka setuju.

    spyware boleh melambatkan serba serbi...perlu cari jurutera rapat secara peribadiatau kawan2 rapat untuk update antivirus n spyware setiap kali memblog dan memLaptop..

    setahu saya(selepas selidik/bertanya 10 jurutera dan tokey kedai PC) symantec norton paling maksima protec semua virus n spyware.

    BalasPadam
  22. salam NOR..AVg punya kelebihan tertentu, Kasper punya kelebihan jugak,
    avast juga ada terrornya, dan saudara Mazi juga perlu bersedia (menampan) kena PING IP sebagaimana saya pernah kena...insan yang dengki, mengakibatkan Laptop server HANG sekejap sahaja, kepada Insan itu sila cuba lagi sehingga berjaya.

    BalasPadam
  23. saya dah pun terminate celcom tu.. sbb problem aje.. :(

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.