Ahad, Jun 28, 2009

Biarlah Diberhentikan

Kerajaan Indonesia nekad membuat keputusan memberhentikan penghantaran pembantu rumah mereka ke Malaysia berikutan kes penderaan berlaku. Pada masa sama, kita tidak mampu menafikan beberapa laporan polis dan tindakan undang-undang diambil terhadap majikan terbabit dalam kes penderaan sebelum ini.

Bagaimanapun, hemat saya, kerajaan Indonesia tidak dapat menolak fakta sebilangan majikan juga didera pembantu rumah di negara mereka sendiri. Berikut petikan laporan media Indonesia pada 17 Februari 2007, saya terjemahkan ke Bahasa Malaysia.

20 Januari 2007, Bandung, Indonesia - Pembantu rumah, Uniyawati Alias Uun membunuh majikannya, Marsiah di Jalan Cibadak, Bandung, Jawa Barat, Indonesia. Mangsa berusia 70 tahun, diikat dan didera sehingga mati. Beberapa barangan berharga antaranya telefon bimbit milik Marsiah dilaporkan hilang. Uun juga dikatakan sering membawa teman lelakinya masuk ke rumah majikan. Polis Indonesia mengesahkan, pembunuhan terbabit berunsurkan dendam kerana Marsiah tidak memenuhi tuntutan pembantu rumahnya selama 20 tahun itu untuk meminjam wang. Selain Uun, teman lelakinya dilapor turut terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Justeru, rakyat Malaysia tidak harus berasa hairan apabila kes berikut berlaku di negara kita.

Tahun 2007, lebih 1200 PRA melarikan diri, setiap majikan kerugian di antara RM3000 dan RM5000, kos menguruskan kemasukan mereka secara sah ke negara kita.

November 2008, PRA Indonesia dikesan menggunakan seluar dalam berzip, tempat menyembunyikan barangan berharga majikan dicuri. Pensyarah universiri berusia 50 tahun mendakwa kerugian RM50,000.

November 2008, warga emas, Miati Bakri, 69 tahun mati ditikam PRA Indonesia di Taman Perumahan Karang Maju, Kuantan, Pahang. Selepas menikam mangsa, PRA Indonesia, berusia 16 tahun terbabit melarikan diri, meninggalkan Miati berlumuran darah.

13 Januari 2009, PRA Indonesia ditahan di Selangor mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana menghantar SMS palsu berbentuk ugutan jenayah kepada ayah mangsa culik, Syarlinie Mohd Nashar.

Februari 2009, PRA Indonesia, Hanni, 20 tahun dilapor memukul kepala majikannya, Phang Kian Huang, 42 menggunakan kerusi kayu di Flat Sri Mahsuri, Jalan Padang Tembak, George Town, Pulau Pinang. Phang dimasukkan ke unit rawatan rapi.

Kini 320,000 pembantu rumah asing, PRA berkhidmat di Malaysia. Lebih 270,000 daripada statistik itu, warga Indonesia. Menurut presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia, Datuk Raja Zulkepley, 150,000 PRA masuk ke negara ini secara haram.

Selain Indonesia, PRA dibekalkan Filipina, Kemboja, Sri Langka, Thailand, Vietnam, India dan Nepal.

Justeru, mengapa perlu bergantung kepada Indonesia sahaja?

* Rakyat Malaysia menyambut dingin kerja pembantu rumah - Datuk Dr S. Subramaniam, Menteri Kesihatan.

27 ulasan:

  1. Bagus la tu.. sekurangnya dapat la mengurangkan warga indon yang berlambak kat Malaysia nie.. Dah tau tak bagi datang sini nanti datang jugak masuk secara haram.. dah hanyut kat tengah laut nanti menyusahkan org malaysia jugak nak pegi cari!!

    Untuk rakyat kita juga bagus sebab sekurangnya orang kita tau susah-senangnya nak menjaga anak sendiri seperti mana mak bapak kita jaga kita dulu.. selama ni main lepas tangan je kat bibik indon... percaya bulat2.. kalau baby anda dah kene bwk lari apa jaminan yang anda ada? masa tu la nak pegi tv3 menangis merayu-rayu mintak pulangkan anak..

    warga indon kat sini byk membantu sesama sendiri jika melakukan jenayah.. malah bibik yg mungkin ada di rumah anda digunakan sebagai mata/umpan mereka. kes sebegini dah byk berlaku tapi mengapa kita masih belum sedar??

    BalasPadam
  2. btol!!sokong!!!
    yang peliknye ade "org" mcm risau plak bile indon kate xnak anta amah dah..ape kes???
    cam xde negare lain nk supply amah..huhuhu
    payah sgt xyah amik maid..jimat!!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam
  3. Afiq, manusia bila tertekan, mereka bijak mencari alternatif lain.

    Kalau dapat maid dari Filipina, senang anak-anak belajar bahasa Inggeris. Sebelum ini pun, memang ada majikan menggunakan khidmat mereka.

    BalasPadam
  4. http://pkrpasdap.blogspot.com

    sudah tiba masanya wanita berada di rumah dan peluang kerja yang sempit ini diberikan kepada lelaki untuk masa gawat ini...

    kembali kepada hukum alam..lelaki berjuang di luar dan wanita tangannya untuk membuai anak...

    BalasPadam
  5. Bro. MAS klu terlalu bergantung dgn maid nih..nnt takut generasi akan datang hilang identiti bangsa Malaysia...bahasa, paling bahaya...AGAMA lah...

    BalasPadam
  6. Tau takpe..
    Buang duit keluar buat apa.. Siapa yang untung? Lepas tu menyusahkan.
    Bak kata Tok Guru "..apa buat sampah ni, menyusahkan!"
    Siapa yang rugi.

    Kalau setakat alasan untuk senang suami-isteri bekerja, sebab anak ramai takde siapa nak jaga atau bagi mengejar gaji bersih lebih seribu-dua lebih baik tak payah ambik PRA, tarak untung!

    BalasPadam
  7. Kita harus menerima hakikat majoriti daripada kita memerlukan pembantu rumah kerana kesibukan bekerja. Kos menghantar anak ke pusat asuhan tinggi jika bilangan anak ramai. Justeru, menggajikan pembantu rumah RM500 sebulan dilihat sebagai jalan keluar.

    Saya secara peribadi tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah setakat ini. Sewaktu kecil anak saya dihantar ke rumah orang saya kenali hati budi pada jam 7 pagi dan dibawa pulang pada jam 6 petang kecuali hujung minggu.

    Syukur, semuanya berjalan lancar tanpa masalah.

    BalasPadam
  8. kehidupan mendesak macam mana sekali pun terpulang pada kebijaksanaan Ibu dan Bapa untuk mencorak masa depan anak2....lahirnya manusia bagaikan kain putih....terpulang pada kita bgaimana kain tadi ingin dicorakkan....warna-warni...biru...Merah...Hitam dan Lain-lain

    BalasPadam
  9. menteri kesihatan atau sumber manusia?

    BalasPadam
  10. bagus la..
    areQue skew sgt2 dorg tk nyibuk kat cni dah..
    wat menyemak jew...

    areQue tk rugi sesen pon..huahauhaua..Malaysia pun tak rugi walau pun nilai kerugian tu nmpk sket...

    hahaha..phm ke?

    apapun, padan gak muka dorg indon tu...at least..bile dh tk de bibik kat malaysia ni..dptla pmpuan2 malaysia yg masih tanam anggur tu isi kekosongn jwtn tu..

    ekonomi pun blum pulih spnuhnya..jimat skit duit kite drpd dok salurkan kat indon2 nun..

    apapun...
    *peace no war..hidup Malysia!

    BalasPadam
  11. Salam En. Mazidu!
    Lama tak lawat blog ni. Sekadar berkongsi maklumat statistik orang gaji.

    Bancian sehingga 31 Julai 2009

    Pembantu Rumah

    Indonesia 230,141
    Bangladesh 23
    Nepal 89
    Myanmar 127
    India 224
    Vietnam 858
    Philipines 10,004
    Pakistan 6
    Thailand 372
    Cambodia 8,713
    China 15
    Sri Lanka 769
    Laos 2
    Uzbekistan 0
    Kazahkstan 1
    Lain-Lain 11
    JUMLAH 251,355

    Sumber: Jabatan Imigresen

    BalasPadam
  12. Zakaria, saya hargai masa saudara melawati blog ini. Faham, kita sibuk dengan tugas seharian :)

    Thanks for the stats too.

    Siaran 360 bertarikh 8 Julai saya bercadang merungkai topik ini.

    BalasPadam
  13. Nampaknya bila ada kes besar baru nak buat perubahan...

    selama ini mungkin Malaysia terlalu berharap kepada PRA warga Indonesia.

    BalasPadam
  14. pembantu rumah adalah juga manusia yang ada keinginan untuk bersuami, ada anak dan bekeluarga. Bila sudah berkeluarga, mereka juga ingin mendapatkan pembantu rumah. Bila negara semakin maju, semakin kurang orang yang ingin menjadi pembantu rumah, akhirnya kita bergantung kepada pembantu rumah dari negara-negara jiran kita yang lebih miskin. Tetapi lama kelamaan negara-negara ini akan maju juga. Akhirnya kita tidak boleh dapat lagi pembantu rumah yang murah.

    BalasPadam
  15. Kalau dah kerajaan Indonesia membuat keputusan macam tu, kita terima aje. Kerajaan Filipina pun dah tawarkan PRA Islam dari wilayah selatan Filipina. Kita pun patut terima tawaran kerajaan Filipina tu. Apa nak bergantung sangat dengan PRA Indonesia?

    Soal isteri/ibu perlu berhenti kerja tidak patut timbul. Kadang-kadang dalam sesebuah rumahtangga, sumbangan isteri perlu untuk menstabilkan ekonomi rumahtangga lebih-lebih lagi jika tinggal di kawasan Lembah Klang, walaupun pendapatan isteri sebenarnya hak isteri. Dan perlu juga terima hakikat, lebih ramai graduan wanita berbanding lelaki membanjiri pasaran pekerjaan.

    Dan lagi satu, sudah tiba masanya semua syarikat tak kira dari sektor swasta atau awam mengadakan pusat asuhan/jagaan di kawasan pejabat, supaya lebih "convenient" kepada ibu-bapa bekerja menghantar anak-anak mereka di situ, dan memantau.


    Saya pernah mengambil PRA Indonesia bekerja dengan saya, hasilnya dia lari tengah-tengah malam mengikut teman lelakinya setelah beberapa kes pembohongannya terbongkar. Tak sempat saya nak berhentikan dia, dia dah lari, dan mencuri beberapa barang dari rumah saya. Saya serik. Sekarang saya hantar anak saya ke taman asuhan yang disediakan oleh majikan saya. Hati saya amat senang!

    BalasPadam
  16. saya slh seorg yg guna khidmat PRA Indonesia.dh xde pilihan lain, org kita xnak keja ni.saya terpaksa ambik PRA sbb both selalu outstation.parents pulak jauh,sape nak tlg jaga anak2?setakat ni maid sy byk membantu & x penah buat hal lagi.br setahun keja.

    BalasPadam
  17. Ok la tu diberhentikan terus...tak perlu sangat bergantung kepada maid ni...

    BalasPadam
  18. Sebeanrnya kita tidak memerlukan pekerja asing sebagai pembanu rumah.
    Sayangnya majoriti termasuk menteri kabinet sendiri membiarkan rumah mereka di diami pekerja asing tanpa melihat aspek keselamatan negara yang lebih luas.
    Bayangkan lebih 30 ribu rumah kediaman dikuasai orang asing.
    Negara luar sudahpun menjajah Malaysia.
    Kenapa ini terjadi? Ego tinggi yang melihat pembantu rumah pekerja hina kelas bawah.
    KIta sebagai umat Islam tidak memandang mulia pekerjaan ini.
    Sebab itu tidak ada pendekataan menggalakkan pekerja dari kalangan rakayt tempatan.
    Terdapat banyak kejadian pembantu rumah menjadi bahan untuk salah laku sumbang di rumah.
    Terlalu keap kejadian suami tidak bertanggungjawab menggoda dan melakukan jenayah seks terhadap pembantu rumah dari peringkat menggoda, memegang, meraba, sehingga kepada melakukan zina dengan pembantu rumah. Hampir kebanyakan terjadi kerana pembantu rumah ini takut. Isteri sentiasa menyalahkan pembantu rumah bila kejadian telah berlaku. Yang sebenarnya suami dan lelaki yang memulakan gangguan seksual ini.
    Kalau lebih banyak pusat penjagaan kanak-kanak yang diadakan dengan pelepas cukai kepada ibu dan bapa, serta gaji pekerja ini mendapat subsidi dari kerajaanm isu pekerja asign tidak timbul sama sekali.
    Dan bayangkan setipa tahu tidak kurang 20 bilion ringgit mengalir keluar secara sah dan tidak sah dengan kehadiran pekerja asing ini.
    Kenapa kerajaan tidak membendung dengan menyediakan insentif dan rebat cukai kepada ibubapa?
    Kenapa tidak menjadikan profesion pembantu rumah satu profesion mulia dan tersusun. Mungkin dengan mewajibkan potongan SOCOS dan EPF?

    BalasPadam
  19. Salam Bang Mazidul.
    Sebelumnya saya ingin memuji blog abang yang cukup menarik. Namun besar hati saya jika abang menuliskan beberapa berita dengan "seimbang". Tidak berat sebelah atau condong pada kepentingan kelompok tertentu.Terima kasih merespon komentar saya pada posting abang sebelumnya. Jawaban abang memang bijak mengungkap fakta. Namun sejujurnya kerongkongan saya tercekat oleh tulisan abang yang menurut saya tidak cover both sides...seperti ada dendam pribadi yang tersembunyi atas orang-orang Indonesia. Menurut saya sangat disayangkan kesan-kesan itu diperjelas dengan fakta-fakta "kejahatan" yang abang tuliskan disini kebanyakan sering menyudutkan para pekerja ini. semua fakta yang abang tuliskan di sini, mengapa hanya kejahatan yang dilakukan oleh pembantu rumah tangga, sebagaimana kasus serupa juga dialami di indonesia. Ada juga majikan yang memperlakukan pembantu rumah tangga dengan tidak manusiawi (saya tidak mengatakan ini majikan di Malaysia tapi juga di Indonesia. Mereka hampir-hampir tidak punya jadwal libur, malah ada yang harus stand by bekerja 24 jam. Saya melihat ada sindrom-sindrom kecemburuan sosial bagi warga suatu negara jika terlalu banyak orang-orang asing di negaranya sendiri. Mereka akan mengeluh, mencari-cari kesalahan puak atau bangsa lain tersebut. Misal orang Jerman yang mengeluh pada orang-orang turki yang menjadi pendatang di negaranya. Orang-orang Australia yang mencibir pada kita yang berwajah Melayu/Indonesia, orang-orang pribumi pada orang Cina...terus terang saya tidak melihat ketenangan dengan sentimen pribadi ini...kejahatan tetap bisa dilakukan siapa saja, tak mengenal batas negara, suku atau agama. Saya kagum dengan bang mazidul yang tajam pada tulisannya tapi sayang kalau pandangan abang jadi subjektif dan tidak seimbang dan semakin memperkeruh suasana. Jika menuliskan kejahatan pembantu rumah tangga, cobalah ungkap kejahatan yang dilakukan oleh majikan-majikan mereka. Saya maklum ini blog abang pribadi...memang terserah abang mau menulis bagaimana, mudah-mudahan saja pandangan seperti ini tidak dibuat di suratkabar umum yang pembacanya sangat bervariasi. Saya takut tulisan seperti ini hanya akan makin membuat jurang antara orang-orang yang disebutkan dalam tulisan tersebut... kapan lagi damai di bumi jika perseteruan terus saja dikumandangkan.


    Linova Medan

    BalasPadam
  20. Linova, sila rujuk post bulan ini bertajuk 'Nasi berlauk babi'.

    Bagi saya, perbuatan salah tetap salah, perbuatan betul tetap betul.

    Hakikatnya, kerajaan Indonesia telah membuat keputusan memberhentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia, keputusan itu dihormati.Biarpun mungkin menimbulkan sedikit masalah, namun saya percaya rakyat negara ini mampu menanganinya.

    Pada masa sama, saya yakin sebilangan rakyat Indonesia sekaligus kehilangan peluang pekerjaan khususnya sebagai pembantu rumah di negara ini.

    Lebih 270,000 pembantu rumah Indonesia berkhidmat di Malaysia berbanding 50 kes penderaan berlaku setahun, bukan satu statistik dominan. Apapun, pada masa sama, saya mengutuk sikap sesetengah majikan manusia bertopeng binatang.

    Untuk pengetahun saudara, saya wartawan pertama membuat liputan kes Nirmala Bonat. Kisah layanan tidak berperikemanusiaan terhadap Nirmala dipaparkan berita TV dan hampir semua muka hadapan akhbar di Malaysia pada ketika itu.

    BalasPadam
  21. Peluang pekerjaan untuk Rakyat tempatan banyak la.. Maka, tak ramai lagi yang menganggur kan..

    BalasPadam
  22. Bro Maz

    Inilah akibat kebodohan orang Melayu sendiri...

    Dengan bangsa C1N1 kena bodoh bodohkan

    Dengan Indon pun kena bodoh bodohkan

    dan banyak lagi bangsa lain yang memperbodohkan orang kita Melayu

    Bila dah terlambat...

    macam macam terjadi

    Kenapa saya kata bodoh...

    Anda semua yang baca ni kena fikir dalam dalam, luas luas, tinggi tinggi dan fikir lama lama...

    BalasPadam
  23. saya tak pernah guna khidmat orang gaji atau pembantu rumah.

    fenomena ambil pembantu rumah ni sebab orang malaysia banyak duit lebih dan malas buat kerja rumah...

    BalasPadam
  24. kita boleh ambil orang gaji dari negara asia tenggara yang lain seperti thailand, filipina dan sebagainya

    BalasPadam
  25. Ada ke orang malaysia nak keje jadi orang gaji ni? mesti bnyk lak belanja kalau pakai pembantu tempatan ni...kalau setakat jaga anak bolih lah budgetkan dalam rm2-3 ratus tapi kalau kena buat semua keje rumah pula camana? kena buat utk diorang caruman kwsp,socso,insuran lagi silap2 mau rm1 ribu lebih kena gajikan mereka. Tolak dari perbelanjaan kita..apa kita nak makan pakai?

    BalasPadam
  26. hantar jer anak kat nursery,.sekurang2 anak lebih terdidik dari biar maid jaga kat umah sampaikan anak2 pun ckp dah ada bunyi indon.. saya ada pengalaman antara anak hantar kat nursery dan anak yg dijaga oleh pembantu warga indonesia.. perkembangan anak2 lebih terdidik bila di hantar ke nursery.. tp tgk2 jugak la nursery yg nak dihantar tu.. jgn salah nursery plak

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.