Khamis, Jun 25, 2009

Babi Bukan H1N1

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyarankan terma Influenza A, H1N1 kini ditukar kembali ke selsema babi. Sebelum ini semua media diarah menggunakan terma H1N1 sahaja.

“Orang kita lebih kenal babi daripada khinzir atau H satu, N satu atau H one N one,” kata beliau dalam Buletin Utama jam 8.08 malam tadi.

Teringat catatan pembaca blog ini, Alidyangon dalam post saya sebelum ini. Beliau bergurau, katanya, jika kanak-kanak terlihat babi di masa akan datang, komen mereka, "Tengok tu, H1N1".

Justeru, bersama kita izinkan anak kita berkata, "Tengok tu, babi!".

18 ulasan:

  1. mana-mana lah,babi, khinzir, pig flu,hog flu, tapi sampai skrg masih jadi persolan kenapa manusia yg demam babi dpt nama... Saya baru je siapkan report utk asssignment pasal H1N1, memang mereka kata 'it is safe to consume pig product & pork....' tapi virus tu bukan dari babi...confuse skit... ada sapa sapa boleh explain?

    BalasPadam
  2. ermm....bukan ker salah satu virus tuh datng dari BABI??

    BalasPadam
  3. kita kan org Malaysia???
    tak salahkan kita guna 'babi' tu pun..atau khinzir..
    hmmmm...nanti habislah semua perkataan BM nak jd word lain laks...

    risau apa akan jd dgn BM di masa akan dtg..

    BalasPadam
  4. setuju!! guna je perkataan BABI tU!! Apa salahnya,. dah itu kenyataan.

    BalasPadam
  5. Itulah, perumpamaan 'gila babi', nasib baik tidak digantikan dengan 'gila H1N1', kan? :):)

    BalasPadam
  6. Aku dengar di Israel tak boleh bela babi betul ke ??? ada sesiapa boleh sahkan perkara ini.

    BalasPadam
  7. molek sangat la kalu tukar balik perkataan H1N1 jadi virus selsema babi tu...

    BalasPadam
  8. Kes makin meninggkat

    kerajaan menyeru jangan panik..alahaii..

    macam mana tidak panik angka naik macam tempat menyukat banjir..paras berjaga-jaga, lepas tu paras BAHAYA..

    BalasPadam
  9. Den memang sokong kalau guna balik perkataan BABI tu...biar nampak sket betapa teruknya VIRUS tu. Kalau sebut H1N1...macam panggilan nama MANJA je dengarnyer...

    BalasPadam
  10. pada pandangan saya, arahan Datuk Seri Dr. Rais Yatim tidak menyikut saranan oleh badan-badan kesihatan seluruh dunia untuk memanggilnya Selsema A H1N1.

    Wabak ini di panggil Influenza A H1N1 kerana itulah nama saintifiknya. Pada mulanya, ia dikenali sebagai selsema babi, tetapi saintis mula mendapati bahawa selsema ini tidak berasal dari babi.
    Setakat ini, ada manusia yang menjangkitkan babi dengan A H1N1 di Amerika Syarikat, tetapi ttiada babi yang menjangkitkan manusia.

    BalasPadam
  11. bodoh.. takde pendirian teguh !! macam lalang !! patutnya selsema babi H1N4 .. ada sesapa nak pakai plet nombor tu ??

    BalasPadam
  12. (merujuk ayat manja --jebatteja)Nampaknya jika ada insan yang nak memaki insan mahkluk ILLAHI juga, samada secara lisan atau bertulis boleh menggunakan..
    ''H1N1 ''

    ..tukar dari perkataan ' BODO* '
    , juga pernah digunapakai dalam BLOG ini.

    `¬¬subhanaLLAH..Genetik maki memaki, dijauhi dari keturunanku.

    BalasPadam
  13. salam. sensetif sangat ka kalau guna nama babi???? nak jaga pihak lain.....babi kena tukar nama.....

    mereka yg makan babi pun tak mau dikaitkan dgn babi. tahun pun dianngapap tahun sial tapi daging dianggap no satu.....pelik kan......

    SIAL PUNYA BABI......

    BalasPadam
  14. saya setuju dengan luxen..mungkin boleh di gabungkan menjadi istilah 'virus babi H1N1'

    BalasPadam
  15. setuju dgn jebateja, klu guna BABI nmpk la penyakit tu mcm eiiiii....
    klu H1N1,cam xde pape pon...ade gak yg terpinga2,ape ke bendanye H1N1 tu..? huhuhu

    BalasPadam
  16. en mazidul..

    kat sabah ni org dusun pelihara babi bawah rumah jer tp nmpknyer virus tu dah mangli kot :)

    BalasPadam
  17. Hari ini, 27 Jun 2009, Datuk Seri Rais mengumumkan nama sesuai, 'H1N1 Selsema Babi' :)

    BalasPadam
  18. nama pun boleh jadi hal.
    kelakar..
    teruskan je selsema babi.
    kenapa masa selsema burung dahulu tidak dinyatakan sebagai H0N1.
    kenapa bila ada kaitan babi nk tukar nama.?

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.