Ahad, Jun 14, 2009

Nyawa Semurah Besi Buruk

Majoriti premis membeli barang lusuh, kotor, berbau busuk dan bersepah. Kebanyakkannya tidak berlesen tetapi beroperasi secara terbuka di tepi jalan mahupun di kawasan perumahan.

Kerajaan menggalakkan kitar semula barangan terpakai melalui pelbagai kempen dilaksanakan bertujuan memelihara alam sekitar. Tetapi jika diperhatikan secara teliti, kebanyakkan barangan plastik, kaca dan kertas kemudian dijual ke premis membeli barang lusuh tanpa diketahui status lesen.

Setiap pengusaha premis wajib memohon permit besi buruk daripada polis untuk mendapatkan lesen. Manakala pihak berkuasa tempatan mengeluarkan lesen premis barang lusuh dengan sokongan permit polis terbabit. Jusreru, premis barang lusuh turut dikenali sebagai premis besi buruk.

Jam 5.30 pagi semalam 2 pengawal keselamatan kilang, warga tempatan, Supil Rasban, 75 dan warga Nepal, Gangga Bahadur, 32 tahun maut dibunuh sekumpulan penyamun. Batang besi seberat 20 tan bernilai antara 3 dan 4 ribu ringgit dilarikan dari kilang di Batu 6, Jalan Bukit Kemuning, Seksyen 34, Shah Alam, Selangor. Pihak polis meminta pengusaha premis besi buruk menghubungi pihak berkuasa sekiranya ada pihak ingin menjual batang besi.

Sekilogram besi buruk dianggarkan berharga 20 sen sahaja. Itu harga nyawa manusia.

4 ulasan:

  1. Dari sudut kemanusiaan..aduzzz

    memang murahnya
    tanpa mengira bangsa agama, demi mencari rezki.

    Simpati

    BalasPadam
  2. Manusia sekarang sanggup buat apa sahaja demi wang walaupun nyawa manusia menjadi taruhan...

    Simpati kepada mangsa...moga pihak berkuasa dapat menangkap penjenayah2 tersebut...

    BalasPadam
  3. manusia dah hilang sifat kemanusiaannya...

    kesian betul...kesian pada manusia yang dah hilang kemanusiaannya dan kesian pada si mangsa kerana menjadi mangsa kepada "manusia" tersebut..

    BalasPadam
  4. harga nyawa manusia bergantung kepada kewarasannya..

    maruah manusia bergantung kepada nilai kemanusiannya..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.