Krisis ekonomi dunia dirasai di negara kita. Banyak syarikat terpaksa gulung tikar, berhenti berniaga. Kesannya, ramai warga berkelayakan, menganggur sentiasa mencari peluang pekerjaan.
Pada masa sama ramai warga kita mencari peluang berkerja sambilan di rumah bertujuan meraih pendapatan tambahan menampung perbelanjaan keluarga. Membelek akhbar tempatan, mereka terjumpa iklan syarikat menjanjikan pekerjaan sambilan menjanjikan bayaran lumayan sehingga mencecah RM3000 atau lebih sebulan. Antara kerja ditawarkan, memasukkan data komputer, data entry, melipat kotak atau memasang aksesori barangan hiasan wanita di rumah.
Semua syarikat mengenakan bayaran juru runding, consultation fee antara RM180 dan RM200. Tanpa disedari, kontrak secara jelas mencatatkan, wang dibayar tidak akan dikembalikan. Maka, bermulalah mimpi ngeri. Pemohon terpengaruh janji manis bersetuju membuat bayaran kemudian berulangkali menghubungi syarikat bertanyakan soalan mengapa pekerjaan dijanjikan tiada? Setiap kali, kakitangan syarikat, memberikan seribu satu alasan sehingga pemohon bosan.
Kes penipuan saya catatkan di atas berulang, cuma mangsa berbeza. Apabila terlalu banyak aduan dikemukakan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, syarikat akan memberhentikan operasi dan berpindah lokasi.
Siaran 360, 24 Jun bakal membongkar kes penipuan sekian lama berlaku, semoga menjadi pengajaran kepada masyarakat.
Pemilik dan kakitangan syarikat diserbu kelak pasti akan membenci saya malah mungkin berdendam. Apa pun, itu antara risiko kerjaya saya pilih sejak 14 tahun lalu, justeru saya redha.
Bagi saya, perjuangan tanpa risiko tidak layak digelar perjuangan.
Bro Mazidul, rata-rata iklan kerja sambilan yang menawarkan pendapatan lumayan yg ada di akhbar2 tempatan kita statusnya agak meragukan. Kesian juga kepada pencari kerja yang semuanya mengharap dapat pekerjaan yang boleh menampung kehidupan mereka tetapi akhirnya ditipu oleh syarikat-syarikat sebegini. Tak kisah la kalau syarikat yang diserbu akan membenci bro Mazidul sekalipun, asalkan mangsa yang teraniaya mendapat keadilan... :)
BalasPadamSalam. Memang tak dinafikan dalam iklan di internet berlambak2 iklan mengenai kerja di rumah, data entry dan sebagainya. Yang buat rasa tertipu tu adalah sebelum kerja kene masukkan sejumlah duit kemudian baru boleh start kerja. Kerja apa mcm ni. Ikut pada logik, kalo kite kerja dimana2 tak perlu nak bayar duit dahulu, syarikat yang akan bagi duit ganjaran atau gaji. Apa semua ni. Tak boleh ke bendung gejala2 mcm ni.
BalasPadamKalo abang tak dedahkan gejala yang kurang sihat mcm ni, sampai bile2 orang lain akan mudah tertipu. Maklumlah skrg ni ramai kat luar sana nak mencari pendapatan sampingan.Kebaikan yang dibuat akan mendapat keredhaan daripada Allah S.W.T..Saya doakan agar abang terus cemerlang dalam kerjaya skrng ni. Insyaallah.Pepatah orang tua2. BERANI KERANA BENAR,TAKUT KERANA SALAH
BalasPadamSaya juga hampir terkena. Nasib baik sedar dari awal masa time interview lagi. Kerja senang. dgn bayaran yg nak diberi tu is too good to be true. Saya harap dgn pendedahan ni lbh ramai yg dpt mengelak drpd kena tipu oleh diorg ni. Nak2 skrg ni ekonomi kurang baik.
BalasPadamPerjuangan amanah serta kerja
BalasPadamTeruskan En Mazidul
Asalkan tidak ada tekanan dari orang dalam.
Semoga 360 menjadi satu wadah yang terbaik dlm memperjuangkan suara rakyat Malaysia..
BalasPadamyup satu perjuangan. PUAS.
BalasPadamwalaupun orang lain(paper suratkhabor yang pentingkan keuntungan masih terima IKLAN sebegitu..amanah juga (macam juga menerima keputusan TOTO dalam akhbar Melayu/malaysia)
dengan pendedahan meluas melalui media spt 360 harap2 berkurangan la yang menjadi mangsa penipuan bisnes spt ni..
BalasPadamSdr mazidul,
BalasPadami made a link to ur blog from my blog.
Do tell me if you prefer not to.
Take care.
Surat khabar yang cari keuntungan...rakyat terjerat,... inilah zaman semua manusia mencari keuntungan...tapi itu akhbar di KL, saya pernah cuba nak iklan kan kerja sambilan sbg title, tapi syarikat akhbar tu tak setuju... ini di sabah... macam kes along juga iklan mereka merata rata...bila dah ada yang mati atau setgh mati baru bertindak....
BalasPadam"Bagi saya, perjuangan tanpa risiko tidak layak digelar perjuangan."
BalasPadamsokong statement 2 bro maz..
nk duit pon kene la bjuang mati2an..ne leh dpt dgn petik2 jari je.
ya, sy pun tak sabar nak tengok, insyaAllah... sy memang suka tengok orang yang kena kantoi... that's 360!
BalasPadamhmm, nak jadi kaya cepat, semua itu merepek!! donald trump pun kata tu sume bodoh... tapi, bagi yang dah terkena, jadikan je lah sebagai pengalaman dan pedoman...
salaam
kes yg latest rugi 150 ribu adehhh..!
BalasPadammcmane tu ekk dgn mudah beri duit sebyk tu.. :(
apapun mengambil duit org lain dgn niat serong/menipu akan mendpt balasan samada cpt atau lmbt sahaja..
percaya dgn hukum karma..!
abg mazidul. masa saya baca entry ni, saya cakap style abg mazidul bercakap dalam tv..
BalasPadamBro Maz
BalasPadamKes penipuan macam ni memang kerap berlaku pada mereka yang tak aware.
Semuga pendedahan ini akan membuka mata pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya
..Rasanya perkara spt ini perlu didedahkan juga. Kasihan kat pengganggur-pengganggur itu, beriya-iya nak kerja ditipu mereka yang suka mengambil kesempatan di atas kesusahan org lain..
BalasPadamsekurang-kurangnya dapat menolong menyedarkan org yg bakal ditipu.. Penipu lak mungkin berasa lebih takut kerana telah mula diperhatikan..
Terimakasih
BalasPadamLaporan itu nanti
ilmu berharga buat semua
dan sekalung penghargaan
buat TV3 dan EN MAZ 360
:-}
salam..bagus bongkarkan..saya pun pernah terkena benda ni....huhu
BalasPadamsaya sokong 360..
BalasPadam