Ahad, Jun 21, 2009

Belajar Berbahasa Malaysia

Wanita berketurunan India, 37 tahun kelahiran Negeri Sembilan terpaksa merengkuk di penjara selama 2 bulan kerana dituduh menggunakan kad pengenalan palsu. Selain daripada kekeliruan berhubung dokumen pengenalan diri, dia didapati gagal bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Teringat saya kepada Namewee, 26 tahun, warga Malaysia berketurunan Cina pernah mengubahsuai lagu Negara Ku ke bentuk rap sewaktu menuntut dalam jurusan Komunikasi Media di Taiwan beberapa tahun lalu.

Lagu Negarakuku, ciptaannya dimuatkan ke You Tube, mengakibatkan kontroversi tercetus di negara kita.

“I can’t speak in Malay,” katanya sebelum ditemubual secara langsung.

“If I were you, definitely, I would try my best,” nasihat saya.

“Saya cakap Melayu, serupa cakap dalam kopitiam,” guraunya.

“Saya pun tak minta awak bercakap macam orang Melayu,” tegas saya.

Dalam bual bicara program Malaysia Hari Ini terbabit, saya bercakap dalam Bahasa Malaysia manakala Namewee bertutur dalam Bahasa Inggeris tidak begitu teratur.

Masalah sama juga didepani ramai warga berketurunan Melayu pernah saya temui dan temubual.

“I am not fluent in Malay,” alasan mereka.

Walhal saya percaya mereka makan budu, tempoyak dan cencaluk. Terus terang, saya muak mendengar alasan terpancul dari mulut mereka.

Bahasa Malaysia, bahasa kebangsaan, termaktub di dalam perlembagaan negara.

Jika warga Malaysia gagal berbahasa Malaysia, apakah tafsiran kita?

22 ulasan:

  1. SALAM....BAGAIMANA KITA HENDAK MENDAULATKAN BAHASA MELAYU????PENGAJARAN KITA DI SEKOLAH PUN HENDAK DITUKAR KEDALAM BAHASA INGGERIS...SEPATUTNYA KITA MEMPERBANYAKKAN BAHAN DI DALAM BAHASA MELAYU.

    DAHULU DI MALACCA, BAHASA MELAYU MENJADI BAHASA LINGUA FRANCA...ORANG YANG MAHU BERDAGANG DENGAN MELAKA PERLU MENGETAHUI BAHASA MELAYU.

    MAKA TIDAK HAIRANLAH RAMAI ORANG MALAYSIA ,MELAYU PUN SAMA YANG TIDAK MAHU BERCAKAP DALAM BAHASA MELAYU...LOW STANDARD KONON.

    PEMERINTAH KITA TIDAK TEGAS....

    BalasPadam
  2. moralnya kena da undang2,,buat secara sukarela tak pakai.
    iklan pengajaran dll,
    tida ada unsur bisnes buku..

    BalasPadam
  3. Kebanjiran orang asing ke negara kita semakin meresahkan. Saya setuju dengan Wan Norizan, pihak berkuasa kita tidak tegas menyebabkan hal ini berleluasa.

    Dalam hal wanita India yang dijadikan contoh, kita boleh uji DNAnya dengan adik beradiknya yang mempunyai kad pengenalan.

    Ironinya, sudah 37 tahun usianya, langsung tak tahu bertutur bahasa kebangsaan?

    Dari estet mana datangnya? Agaknya memang tiada orang Melayu di situ, atau dia memang bukan warga kita?

    Fikir-fikirkan..

    BalasPadam
  4. salam.

    first time comment ni bang :)

    saya teringat pada issue bahasa inggeris dalam pendidikan sains dan matematik yang masih tak selesai sampai sekarang ni. and saya amat tertarik dengan cadangan seorang ahli akedemik...kalau bahasa inggeris syarat wajib lulus spm; maka tingkatkan sama syarat wajib lulul untuk bahasa malaysia tu.
    fair and square!

    BalasPadam
  5. bahasa inggeris mmg penting dan sy mmg galakkan anak-anak berbahasa inggeris walopun sy ni yg ado..!

    tak pandai berbahasa inggeris mcm omputih pun takpe asal jgn malu mencuba..betul tak??

    ..................

    bangsa asing warga malaysia atau org malaysia sendiri yg dok malaysia sejak lahir tatau berbahasa malaysia mmg melampau tuu.. :(

    BalasPadam
  6. wajibkan kaum lain untuk lulus bahasa melayu lah...!!!!!!!!

    sekolah india n tamil n sekolah cina, kat sekolah diorg tu..ada ke tak sebenarnya subjek untuk lulus bahasa melayu..????

    keliru kenapa beria-ia menuntut hak sama rata dengan orang melayu..tapi, nak cakap bahasa melayu pon tak reti...1!!!!!!!!

    akai ada ka>>>

    sgt geram knapa mereka tak tau bahasa melayu tapi dok menumpang kat negara kita ni dah berkurun-kurun...

    teringat pulak "kisah benar seorang tan sri y aku tulis di blog aku..."

    itu dah sah2 menunjukkan mereka mmg tak berhak langsung nak tuntut keistimewaan yg sama dgn org melayu..!!!!

    BalasPadam
  7. salam bro mazidul...

    teringat komen saya sebelum ni tentang penggunaan bahasa Melayu dikalangan orang2 bukan Melayu..

    saya geram juga dengan segelintir warga Malaysia yang kurang fasih berbahasa kebangsaan walaupun sudah berpuluh tahun menetap dan juga lahir di Malaysia...

    kerajaan juga saya lihat tidak tegas dalam isu ini...boleh tengok pak-pak menteri, orang awam kita dikaca tv...sesetengah mereka kalau diwawancara tidak menggunakan bahasa Melayu untuk bila bercakap..

    BalasPadam
  8. ish...

    kalo dok kat malaysia tp xreti2 ckp bahasa melayu supe jek xpyh dok malaysia ni..

    dah name pon MALAYsia..

    mesti kene terer ckp bahasa MELAYU..

    kalo sy jd dowg la kn,da segan silu dok cni..

    tol x bro maz?

    BalasPadam
  9. 7 tahun lepas lps abis sekolah saya hanya berbahasa melayu di rumah.sbb kat skolah hanya ada kawan cina dan jepun.jarang2 ada kwn melayu.selalu nya communicate in english or cantonese or japanese.bekerja di restoran jepun yg tukang masak nya ramai berbangsa melayu.saya selalu dituduh sebagai berlagak.bukan na berlagak pun tapi tak biasa.kalo sms bhs melayu saya selalu pening nak faham.

    tp lepas tu belajar sikit2 utk beckp melayu balik...lama2 suda ok wlupon berterabur.skrg ni pun byk pepatah melayu n peribahasa ygsy tak tau..yg penting keinginan untuk mencuba :)

    BalasPadam
  10. Saya tidak suka dengar orang cakap 'Mereka-mereka' kerana perkataan itu tidak wujud dalam kamus. Redundancy.

    BalasPadam
  11. kalau dah kerajaan yg berbangsa melayu pun terkinja-kinja nak memartabatkan bahasa inggeris, Apa Nak Dikata bak kata XPDC..!

    BalasPadam
  12. huahuahahuah..apa nak dikata..???sendiri mau ingat lah..

    kadg2 geram lak aku tgk drama2 kat TV ckp bahasa inggeris rojak...
    cuba la contohi "upin ipin"..

    walaupun kartun, tapi ia betul2 menunjukkan identiti majmuk masyarakat malaysia...

    sedih melihat org yg dah tak sayang dgn bahasa sendiri..:(

    BalasPadam
  13. apalah nak jadi. rakyat malaysia sendiri pun tak fasih bahasa melayu. bukannya suruh cakap macam ayat dalam buku. memang tipu lah kalo nak cakap bahasa melayu skit pun tak tau. Semua tu auta je bang..

    BalasPadam
  14. Bro Maz

    'Jika warga Malaysia gagal berbahasa Malaysia, apakah tafsiran kita?'

    Pada hemat saya

    Mereka adalah orang yang SOMBONG DAN BODOH DAN TIDAK HORMAT kepada bahasa negara mereka sendiri.

    BERLAGAK macam bagus bila bercakap tapi bahasa Melayu pun tak tau, padahal dah lahir dan duduk di Negara ini berpuluh tahun.

    Bangla, Myanmar, Vietnam, Indon, Pilipino dan lain lain pendatang pun fasih setelah 2, 3 tahun bekerja disini.


    Mereka memang tidak mengenang budi sebab mereka cuma mengenang Negara Asal nenek moyang mereka 'China' walhal, negara mereka sendiri sudah tidak ingat pada mereka semua ni.

    Pelajaran Sejarah di Sekolah Cina pun mereka cuma belajar sejarah Negara China.

    Bila langgar undang undang jalanraya, mula lah mengaku, saya talak tau ondang Malayu. Baca talak tau, apa pun talak tau.

    Bodoh Sombong dan perkauman tebal

    itulah jawapan yang setepat tepatnya.

    Sekian

    Nota: Aku duduk kat Myanmar baru berapa tahun pun dah boleh cakap Myanmar. Bukan setakat Bercakap... Membaca dan Menyanyi dalam bahasa depa pun oleh... kerena aku bukan Bodoh Sombong macam orang Cina di Malaysia yang Bodoh dan Sombong dan sifat perkauman mereka yang terlalu tebal.

    BalasPadam
  15. Bro Maz

    Hodup GPMS hidup Melayu

    BalasPadam
  16. haiya.. semua blog tulis pasal melayu... semua org ckp melayu, lama2 terus layu lah .. hmm.. siapalah gamaknya yang memberi nama "melayu" kepada bangsa ni ... rentikan le ckp pasal bangsa melayu ni, rasa nak muntah pun ada.. itulah padahnya ramai sangat yang dah jadi pandai dan bijaksana.. akhirnya, memandai-mandai dan jadi pijaksini..

    BalasPadam
  17. Saya tgk temubual abg mazidul ngan Namewee tu di MHI. Promosikan dvd. Alamak, BM dia teruk betullah. Macam tak penah duduk di Malaysia. Pelik lah...

    BalasPadam
  18. Sebenarnya, saya sduah lama fikirkan hal ini, saya pelik, lahir di malaysia, duduk di malaysia tetapi tidak reti berbahasa melayu iaitu bahasa rasmi malaysia, orang luar mesti pelik, rakyat malaysia sendiri tidak reti menggunakan bahasa negaranya sendiri. kadang-kadang bila lihat orang yang tidak reti berbahasa malaysia ni,tanya balik pada dia, awak pendatang ke? atau awak ni dari negara mana?

    BalasPadam
  19. berambuslah kalau tidak reti berbahasa malaysia,

    BalasPadam
  20. Isu bahasa, patut menjadi dasar negara.. patutnya perkara ni dari awal dulu diperkuatkan. Cuba tengok contoh negara Korea (South)., warga dorang mengagungkan bahasa kebangsaan mereka lebih dari bahasa asing, walaupun tentera USA lama berkubu kat sana, tapi banyak tentera USA kat sana yang bercakap dalam bahasa Korea sesama mereka. Camana boleh jadi begitu?.. lu pikir lah sendiri!!
    bagi saya tak salah berbahasa asing, tapi jangan sampai bahasa ibunda kita diperlekehkan sesuka hati..
    peace!

    BalasPadam
  21. bahasa melayu ini sudah menjadi satu bahasa rasmi, bahasa negara, bahasa kebangsaan. Malah dalam konsep 1Malaysia, ditekankan konsep bahasa malaysia

    BalasPadam
  22. sebilangan rakyat masih tinggal dalam suasana perkauman berbanding suasana kebangsaan. sekolah berdasarkan kaum, parti politik berdasarkan kaum, bisnes berdasarkan kaum, jadi tidak hairan ada yg tidak boleh berbahasa melayu walaupun status rakyat malaysia. pada mereka bahasa melayu adalah bahasa kaum bukan bahasa kebangsaan.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.