Bagaimanpun, sejak PLKN dimulakan pada tahun 2004 pelbagai kejadian tidak diingini berlaku. Tragedi terburuk, antaranya, pelatih mati lemas, terkorban akibat pergaduhan dan mati kerana masalah kesihatan. Dilaporkan setakat ini 16 pelath PLKN meninggal dunia, 11 kematian ketika menjalani latihan, 5 lagi ketika pelatih bercuti.
Negara juga digemparkan apabila jurulatih PLKN, Zuki Mohd, 30 tahun, anggota tentera berpangkat koperal dituduh merogol pelatih perempuan 19 tahun di dalam keretanya di Setiu, Terengganu pada 28 Februari 2004. Suspek dituduh mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan pada 19 Disember 2005, Zuki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dikenakan 3 sebatan. Bukti jelas, tindakan jurulatih itu bagai haruan makan anak.
1 September 2006, pelatih, Mohd Rafi Ameer meninggal dunia. Kakak arwah, Jubaidah mendakwa pihak PLKN cuai menangani masalah dihadapai adiknya. Mohd Rafi dikatakan berulangkali mengadu demam dan bengkak kaki akibat terjatuh semasa latihan. Dia dipercayai termakan makanan tercemar najis binatang. Jubaidah memfailkan saman 10 juta ringgit melipuiti gantirugi khas, gantirugi am, gantirugi teruk dan gantirugi teladan kepada plaintif.
Terbaru, 11 pelatih di Kem Sommerset Rompin, Pahang diberkas polis kerana terlibat pergaduhan dengan pelatih lain. Mujur mangsa cedera di leher dan tubuh sahaja. Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Superintendan Mohd Haris Daud, mangsa dikata cuba meleraikan pergaduhan dipercayai berlaku di antara kumpulan pelatih dari Johor dan Terengganu.
Ini bukan kejadian pertama, sebelum ini pelatih, Haziq Jaafar, 17 tahun meninggal dunia di Hospital Kluang, Johor akibat dibelasah pelatih lain. Suspek berusia sama didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kebelakangan ini, kita mula mendengar bantahan keluarga enggan menghantar anak mereka menjalani latihan 3 bulan PLKN. Memang ajal maut di tangan Allah S.W.T, bagaimanapun ramai bimbang sekaligus mempersoalkan aspek keselamatan di kem anak mereka ditempatkan.
Komen anda?
saya rasa plkn ni x membawa apa2 faedah pun. sekadar menghabiskan duit rakyat untuk perbelanjaan diorang je. dahla 3 bulan, saya rasa meningkatkan masalah sosial adalah sebab plkn ni campur lelaki dan pompuan.
BalasPadammemanglah ajal maut di tangan Tuhan tp kita berhak mgmbil lgkah berjaga-jaga. saya x nak pergi plkn kalo saya dapat. lgpun saya ada pengesahan doktor yang saya ni mengidap asthma, saya rasa itu boleh dijadikan excuse..
Adik saya baru tamat menjalani latihan PLKN baru-baru ni...alhamdulillah tiada masalah berlaku. Saya sebagai abang mulanya risau jugak nak hantar adik saya ke PLKN memandangkan banyak kes-kes disiplin dan kematian serta kemalangan yang dilaporkan di media melibatkan pelatih.
BalasPadamMasalah disiplin dikalangan sesetengah pelatih PLKN memerlukan perhatian juga. Nak lagi yang mempunyai rekod displin yang teruk semasa dibangku sekolah. Ditambah lagi dengan semangat kenegerian antara pelatih. Tidak hairan la kalau pergaduhan sesama pelatih berlaku. Hukuman setimpal patut diberikan kepada pelatih yang tidak berdisiplin.
saya pernah menjalani latihan PLKN pada awal tahun 2008 yang lepas, di Langkawi.Pada mulanya saya enggan sertai PLKN ini. Tapi setelah 2 bulan di sana. latihannya tidak terlalu lasak, seperti yang saya bayangkan sebelum ini. Tetapi masalah seperti pelatih meninggal sebab sakit, kadang2 itu disebabkan salan pelatih itu sendiri.
BalasPadamSebagai contoh pengalaman saya, beberapa kawan saya, menghidap asthma, tidak dapat melakukan aktiviti latihan yang menyeronokkan. Oleh itu bagi membolehkan dia turut serta. dia berkeras untuk turut serta, walau diberi amaran sehingga di marahi jurulatih..
itu saja pandangan saya.. kadang2 pelatih itu sendiri yang mencari nahas,
program PLKN bagus tapi perlukan lebih pengawasan dari aspek keselamatan. Rasanya, semua orang mahukan kesihatan dan keselamatan yang terjamin sepanjang program tu.
BalasPadamsebenarnya...jika diteliti dan buat kajian data, berapa orang tenaga pengajar yang bergaya hidup Islamik, bolehkah dapatkan data JUJUR tentang akhlak mereka?
BalasPadamhanya yang terlibat sahaja tau tetapi demi kawan2, kontrak dll..malas report, tutup mata dan mulut.
Latihan PLKN adalah satu latihan utk mendidik remaja menjadi 'orang'.
BalasPadamMasalahnya sekarang, ibubapa terlalu takut dengan bayang-bayang sendiri kerana terlalu sayangkan anak-anak.
Ajal maut ditangan tuhan. Jujur saya katakan, saya sudah lalui lebih daripada itu, kerana saya memilih utk menjadi anggota keselamatan utama negara. Alhamdulillah, masih hidup.
Saya bukanlah hebat mana pun, berketinggian 1.65 m dan berat badan 56 kg sahaja. Seperti tidak percaya, saya sudah mendaki beberapa gunung, mengharungi ranjau, penat lelah dan pelbagai lagi yang melibatkan nyawa.
Hasilnya, saya berjaya diubah menjadi seorang yang berani dan bersemangat kental.
Maut? Sakit? Susah? Usah difikirkan sangat, kerana itu adalah perkara asas dalam hidup. Tanamkan dalam fikiran, Pantang Maut Sebelum Ajal. Jika Allah tetapkan kita mati sekarang, sekaranglah matinya.
Dengan kata-kata hikmah itulah, yang menjadi moral kepada pejuang-pejuang kita terdahulu diperturunkan kepada pewaris-pewaris untuk memtahankan negara.
Oleh yang demikian, perkara yang baik (PLKN) ini jangan lah dipertikaikan sangat. Banyak perkara lain yang patut dipertikaikan. Perkara ini tidak layak dipertikaikan.
Nasihat saya, fikir dulu sebelum memberi pandangan.
kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' misi plkn ingin menanamkan patriotisme dalam kalangan rakyat..kenapa tidak dibuat satu program atau mungkin pendedahan diperingkat kanak2?
BalasPadamsaya berpendapat program seperti ini lebih elok jika diadakan pada remaja2 bermasalah , mat2 rempit , dan remaja yang bergelumang dgn gejala sosial yang lain . Lebih bermakna rasanya. lebih berbaloi hasilnya.tapi tidaklah PLKN , secara konseptualnya.
Tak de apalah. Mengada2lah..
BalasPadamkes seperti itu mungkin kes terpencil dan mungkin ada segelintir yg mengambil kesempatan memperbesarkan cerita
BalasPadamPersoalannya, bagaimana mahu mendidik pelatih PLKN menjadi 'orang' kalau itu yang berlaku?
BalasPadamKpd yg menentang PLKN, tidak oerlu jadi rakyat negara ini...Bila terjadinya peperangan atau rusuhan nanti masa tu baru korang tahu penting atau tidak latihan sebegini...jika kita sakit atau mati sekali pun, ingatlah tuhan dah bagi kita sihat lebih lama dr sakit, hidup lama pun kalau tak beribadat utk Allah tak guna juga.
BalasPadampengalaman hanya mungkin hanya sekali jgn dilepaskan peluang ini...Duduk depan computer 24jam pun bosan juga, maka warnailah hidup anda dgn apa saja yg boleh diceburi
overall,plkn masih relevan buat masa ini.
BalasPadamSaya plak salah seorang pelatih plkn batch pertama 2004..
BalasPadamJika dibandingkan dari segi kemudahan, pelatih2 skg lebih beruntung..
Tapi saya tetap gembira menjalani latihan..
Pergaduhan yg berlaku mungkin berpunca drpd latar belakang pelatih yg berbeza2..
Bukan semuanya yg berada di kem mempunyai rekod2 baek di sekolah..
Ada antaranya mempunyai mcm2 masalah/ rekod buruk..
Itulah tujuan PLKN spt komen yg dinyatakan sblm nie..
Nak melatih org menjadi "orang"..
Dan jika sakit seperti asma dsbg, hanya perlu beritahu pada jurulatih/ cikgu..
Mereka tidak akan memaksa kita melakukan latihan2 fizikal tersebut..
Saya pernah tidak pergi menjalani latihan selama 2 hari kerana "sakit perempuan"..
Tidak pula dimarahi, malahan diberikan ruang utk berehat di khemah..
Dan sebagai seorg perempuan pula, pelatih2 haruslah pandai menjaga diri..
Jangan melayan jurulatih atau pelatih lelaki di kem secara berlebih2an..
Cukuplah sekadar hbgn profesional di kem.. *Cewah*
Apa2 pun, segala yg berlaku adalah ketentuan Tuhan..
Kita hanya mampu merancang..
Wallahua'lam..
pooh rasa program nie bagus
BalasPadamjust masalah nie berpunca dari pelatih itu sendiri...
sebagai contoh...
pooh telah mengikuti program PLKN nie sendiri pada tahun lepas....
ramai kawan2 pooh sengaja tidak memberitahu bahawa mereka mempunyai penyakit yg akan memberi effect selapas membuat aktiviti kata mereka tidak mahu ketinggalan...
ibu bapa juga perlu memainkan peranan dengan memberi tahu para jurulatih bahwa ank2 mereka mempunyai masalah kesihatan
ketatkan undang-undang PKLN. jadikan ianya penuh militer. bukan lagi kema musim panas dan main kawad-kawad.
BalasPadamjika berani bergaduh dalam PLKN hukum dengan cara tentera. baru terkucil dalam seluar nanti. anak muda sekarang pandai. dah tahu mak bapak diorang sayang sangat pada mereka dan sanggup ambil lowyar kalau ada sesuatu berlaku pada mereka
mereka tahu juga kalau bergaduh lebih2 pun kena buang kem. memang itu yang mereka mahukan. jgn dilayan perangai remaja sebegini
positifnya PLKN lebih banyak dari negatifnya
yang tak suka PLKN mostly mak bapak yang tak suka anak bercampur kaum kaum lain. maaf cakap tapi ini adalah fakta.pasal tu pihak dari kaum itu yang paling bising menentang PLKN
nah..
bagaimana mazidul?
bolehkah kita AKUI secara JUJUR
BalasPadamkurang pemantauan dan tindakbalas selepas aduan???
perubahan??
audit??
perubahan selepas PeNILAIAN??
menaip huruf pun akan tersilap jika tanpa edit (contoh kes kecil)
Better PLKN or Pusat Pemulihan..??
BalasPadamUtk mendidik menjadi org,adakah latihan2 ala tentera itu berkesan..?
Utk mendidik menjadi org, bukankah bengkel akidah yg perlu diterapkan..?
Apa yg penting...???
Bukan kerjasama...tp IMAN..
Tepuk dada tanya selera...
better PLKN
BalasPadamkerana kalau pusat pemulihan nanti jika semua pesertanya dalam satukumpulan masih berteriak waktu maghrib tak elok ..kan??
kecuali dlam barisan tu ada bukan Islam OK laa..
tapi ada kah wajar semasa azan ada KEM (bukan PLKN) yang masih berteriak di padang KAWAT
Untuk Zeqzeq...Pergi sendirila ke mana-mana kem PLKN, then tengok apa aktiviti diorang.
BalasPadamJangan main tuduh je. Buktikan PLKN buat latihan waktu magrib.
Ingat JLKN bodoh sangat? Jahil agama?
banyak mana remaja luar sana yang mati sebab merempit, bergaduh dan sebagainya..
BalasPadamtetapi bil aberlaku di plkn.. heboh..
sedih melihat bangsa sendiri menentang plkn..
disebabkan sikap segelintir inilah maka bertambah rosaklah anak melayu kita..
Haziq jaafar..sepupu sye..dy kene pukul...smpi skrg kes dy diam je....
BalasPadam