Rabu, Jun 10, 2009

Nasi Berlauk Babi

Tahun 2004, Nirmala Bonat, amah warga Indonesia pernah didera sehingga cedera parah. Saya wartawan pertama dihubungi Kedutaan Indonesia menyaksikan keadaan Nirmala sehari selepas mangsa berjaya melarikan diri. Saya lihat, bahagian dada dan belakang badan mangsa penuh kesan seterika panas dan jirusan air panas.

November 2008, majikannya, Yim Pek Ha, 40 tahun disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun. Nirmala menyatakan hukuman itu setimpal kesalahan dilakukan Yim.

Semalam, pembantu rumah berasal dari Jawa Barat, Indonesia, Siti Hajar, 33 tahun mendakwa dipukul, dijirus air panas dan tidak pernah dibayar gaji berjumlah 17 ribu ringgit sejak bekerja 3 tahun lalu.

Majikannya, ibu tunggal berusia 42 tahun memberi keterangan kepada polis mengaku melakukan penderaan terbabit.

Dilaporkan majikannya berulangkali berkata …

“Sorry Siti”

Akhbar melaporkan, mangsa hanya diberikan makan nasi berlaukkan daging babi.

Fakta, warga Indonesia berhijrah ke negara ini dilaporkan terbabit dalam pelbagai jenayah kekerasan, menculik, menyamun dan merompak warga tempatan. Sebilangan mereka turut mencederakan mangsa menggunakan senjata.

Bagaimanapun, memaksa Siti Hajar makan nasi berlaukkan babi dianggap tindakan melampau sekaligus tidak menghormati penganut agama Islam biarpun mangsa bukan warga Malaysia.

Saya sering menerima aduan, amah dipaksa majikan bukan Islam memandikan anjing dan menyiang daging babi.

Bagaimanapun, wujud laporan jika amah Indonesia bekerja dengan majikan Melayu, mereka seringkali menampilkan pelbagai kerenah di luar jangkaan. Ramai melarikan diri, menyeludup teman lelaki ke rumah, mencuri harta benda berharga dan mendera anak majikan.

22 ulasan:

  1. Warga Indonesia??? Ikut pengalaman saya guna bibik ni rasa serik. Macam2 hal kelakuan tak senonoh dia org...awal keje pijak semut pun x mati tapi bila dh nk habis tempoh dia buat hal. Ingat kan baik tapi berlakon jer...

    Dua tiga hari sblm dihantar balik dia curi duit, curi brg kemas....rupanya selama ni dia bertahan je perangai buruknya tu....

    Sebulan lps dia pegi...dtg plak bil telefon...dihenyaknya beribu ringgit. Masa dia keje sblm ni dia tak pernah buat mcm tu....

    Kesimpulannya...mereka ni mmg type "jahat" Dlm hati byk kesumat...kita layan baik pun dia balas tahi. Tengok aje cerita bersiri dia org...byk helah jahat membuktikan dia org mmg kaki putar...!!!

    Cuma perkara kecik mcm ni org Melayu tak report polis....so tak lah heboh sgt.

    Lps tu sy tak ambik bibik dah...puas hati hntr anak kt rumah org Melayu jer...hati tak sakit!!

    BalasPadam
  2. Sori? Dah terlambat...Apa...diorg ingat kalo dah ada amah tu, boleh diperlakukan mcm2...Nmpk sgt xder otak. Cuba keadaan negara kita pulak mcm negara amah tu..kiter pulak cari keja mcm amah...baru tau...pesalah ni patut dipenjarakan lebih 10 thn..

    Sori...sori...pi naik lori lah....

    BalasPadam
  3. betul.pembantu rumah indonesia kalo bekerja dengan orang melayu banyak lakukan masalah walaupun kite berbuat baik dengan die seperti bawak melancong, makan pakai sume exclusive..akhirnya majikan dipermainkan(sy agak mempunyai pengalaman mengenai ini).kadang2 ade yang angkuh dapat bekerja dengan Cina sebab dibayar gaji yang lumayan.ade yang sanggup mencuci & menyiang daging babi.tapi ape pun penderaan seperti ini sangat melampau dan sekaligus memalukan negara Malaysia.

    BalasPadam
  4. biasanya begitu, kalu dgn majikan cina, memang tak bagi muka.

    tapi kalu dgn melayu, majikan tu makan ati ler...

    BalasPadam
  5. hanya 10% saja yg boleh pakai. sy dh berapa kali tukar MAID. Lebih baik ambil makcik2...WARGANEGARA lagi...smpai sekarang dh 8 tahun dgn sy :)

    BalasPadam
  6. betul kata Eransha..
    kakak acu pun bertukar2 maid gak last sekali terus amik keputusan x nak pakai lagi...huh..

    BalasPadam
  7. Maklumat diperolehi menyatakan, nama majikan terbabit dalam kes ini, Michele.

    BalasPadam
  8. Orang jahat tu selalu ada, tapi jahat tu smpi tahap mana. saya tak sokong kejahatan yg mcmni. Sebagai manusia ada cara lain nak tegur kesalahan org lain. Penderaan tu bukan sifat semulajadi manusia. Selagi bernama manusia, layan la sebagai manusia. Always put ourself kat dia org nye shoes, baru tau menilaikan maruah seseorg. :) Btulkn EN Mazidul

    BalasPadam
  9. Bila saya nak ambil PRA dahulu, saya tengok biodata di laman web agensi berkenaan, rata-ratanya mengaku "rela" dan boleh menyiang daging babi, dan memandikan anjing. Minta tolong Mazidul periksa bab ini. Yang saya faham, majikan Muslim tak boleh ambil PRA bukan Muslim (macam dari Filipina) tapi majikan bukan Muslim boleh ambil PRA Muslim. Tolong periksa juga.

    Pengalaman saya dengan 3 orang PRA sepanjang tempoh 9 bulan.
    PRA pertama - tak pernah datang ke Malaysia, masih muda, bujang (samada pernah berkahwin atau tidak pernah, tak pasti), tapi saya berhentikan semasa dalam tempoh percubaan (3 bulan) kerana dia seringkali melawan cakap saya dan tidak mendengar nasihat saya terutama dalam soal penjagaan bayi saya.

    PRA kedua - tidak pernah datang ke Malaysia, sudah berusia (pangkat makcik) tapi ada 2 anaknya bekerja di sini, dia sangat sensitif dan tidak suka bekerja di rumah dua tingkat kerana katanya cepat penat, sedangkan dia mengaku dengan saya yang dia bekerja sebagai peladang di kampungnya.

    PRA ketiga - pernah bekerja di Malaysia, pulang ke kampung lepas tamat tempoh kontrak, dari segi kerja dan perlakuan pada mulanya memuaskan. Tapi selepas 6 bulan, dia mula buat perangai, bergayut di telefon rumah, anak terabai (kata jiran)sebab suka bertandang ke rumah jiran untuk bersembang dengan PRA lain, dan pengawal keselamatan mengadu pada saya, dia sudah mula membawa teman lelakinya masuk ke rumah saya. Kami bersemuka dengannya, tapi dia siap bersumpah dengan nama Allah menafikan segala aduan itu.

    Suami saya berang, dan kami berkira-kira hendak memberhentikannya kerja, tetapi dia melarikan diri pada waktu tengah malam, dan mencuri beberapa barang. Pagi itu juga kami batalkan permit kerja dia, dan sehingga sekarang dia adalah PATI (kalau dia masih berada di negara ini) kerana passportnya sudah saya hantar pada kedutaan.

    Saya dah serik. Kalau nak ambil lagi, saya sanggup ambil PRA Filipina walaupun dia bukan Muslim.

    BalasPadam
  10. selamat sejahtera semua, saya pun susah nak cakap pasal isu nie. Warga asing yang datang keje kat sini bila dah dapat keje, majikan elok depa dok buat hal plak, bila depa dapat keje majikan macam sial depa buat report. Bila buat report imej negara terjejas yang mana majoritinya dan dikenali oleh dunia orang melayu. Bila orang kita(melayu) pergi keluar kita yang diherdik. Nak diingatkan kepada semua x kire la melayu ker cina or india. Apa perasaan anda jika kita ditempat mereka. dan kepada warga asing yang bekerja disini, bersyukur dan bekerja lah seikhlasnya. Terima Kasih

    BalasPadam
  11. tidak menyokong jika menggunakan kekerasan, w'pun ramai yg menceritakan pengalaman yg idak baik.biasalah complaint is more than compliment.
    Sebagai rakyat Malaysia, jgnlah kita bergantung kepada org luar tambahan pula soal mendidik anak...Biarlah anak kita di nursery atau baby sitter, yang penting org kita, boleh juga menjana ekonomi kpd suri rumah..bolehnjuga org kita buka taska atau tadika...di sana ada belajar 'ilmu mendidik'...maid ni buat menyemak je, kalau nak ambil clener sesekali tu boleh la, tolong cuci rumah..

    BalasPadam
  12. ya betul.. bibik akak saya memang banyak kerenah; suka buat muka; suka buat kerja hentak2; nak kata gaji tak ok, ok je 500.

    tapi bibik ni sendiri pernah cerita kat saya, seorang bibik dekat2 area rumah akak saya tu selalu dilayan dengan kasar dan majikan bibik itu india; sehari dia bagi bibik ni makan sekali je dan kena mandi anjing dll tu...huh

    BalasPadam
  13. Pelek juga majoriti ada dua Versi berbeza
    -bila kerja di rumah orang melayu mmenampakkan 'BURUK sifat bibik'
    antaranya bangun lewat, curik wang rompak, ILMU hitam pulul baby dll,cerita negatif oleh bibik.

    -sebaliknya rumah kaum lain bertukar watak.cerita negatif oleh tuan rumah

    BalasPadam
  14. salam,agak2 pesta malam indonesia ada efek x?..jadi takut nak pegi
    ..esp kes manohara,ragut istri rexy dan yg dera2 ni..hmmm
    -sorry komen cam xde relate...- adeh

    BalasPadam
  15. Tepung, nasihat saya berhati2, itu sahaja.

    BalasPadam
  16. setuju dgn pendpt byk maid keja dgn melayu selalu buat hal. kalau dia keja ngn Cina, huh tahulah langit tu tinggi ke rendah. mmg dilayan mcm hamba. bab sensitiviti org Islam basuh anjing / msk babi ni, kekadang maid tu yg rela sendiri nk buat. tu semua dia dh declare dlm form sblm masuk M'sia.

    BalasPadam
  17. saya setuju dengan pendapat renmarena

    BalasPadam
  18. Pagi tadi, 15 Jun saya bertemu pembantu rumah warga Indonesia memandikan anjing dan membawa anjing terbabit berjalan-jalan. Apabila ditanya, dia mengaku Islam.

    BalasPadam
  19. manusia ni macam² ragam...

    biasa kalau kita dgr cerita pembantu rumah buat hal...

    dan

    biasa juga kalau kita dgr cerita majikan dera pembantu rumah...

    masa rumah saya ada maid dulu, Alhamdulillah... semuanya berjalan lancar... kalau dia nak call Indonesia pun dia minta permission dulu...

    BalasPadam
  20. Jgn percaya sangat ngan derang ni, saya penah jumpa maid2 di Hong kONG yg berkumpul mengaji kat masjid, tapi sanggup datang kerja samapi HK, yg derang memang sedia maklum makan babi....

    Derang yg tak kisah sebenarnya, buat apa saja demi duit

    Maid kawan saya siap cakap dia tak kisah masak dan menguruskan jenazah babi sehingga menjadi lauk, Majikannya pulak confuse sampai bertanya saya...."betul ke org Islam ada yg boleh makan babi ada yg tak boleh??? - pitam

    BalasPadam
  21. disebabkan majikan seperti inlah malaysia dapat naam buruk
    tindakan tegas perlu diambil
    dan rasanya a majikan dah pun dijatuhkan hukuman
    penjara rsanya..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.