Selasa, Jun 30, 2009

Rezeki Raja Mati

Ketibaan saya di Pasar Malam SS2, Petaling Jaya, Selangor semalam disambut dendangan lagu Michael Jackson, MJ. Lebih 8 gerai menjual cakera optik cetak rompak, kesemuanya memainkan lagu Raja Pop terbabit. Antara lagu jelas berkumandang di ruang udara pasar malam, ‘Man in the mirror’. Setiap CD compilation MJ dijual secara terbuka pada harga RM5 sahaja. Jika CD asli, harganya pasti mencecah RM40.

Peliknya, sebelum kematian MJ, saya tidak pernah mendengar lagu lagenda terbabit dimainkan di pasar malam sama. Peniaga terbabit diakui bijak, mereka peka perkembangan isu semasa. Apabila MJ meninggal dunia, pasti ramai ingin mengabadikan koleksi lagu lagenda itu dalam simpanan lalu peniaga memasarkannya.

Saya juga kagum melihat keberanian peniaga sama, gerai menjual CD cetak rompak mereka terletak kurang 100 meter dari Balai Polis Sea Park.

Mungkin mereka melihat balai itu tidak lebih daripada bangunan simen bercat biru dan putih sahaja.

* 30 Julai, Kuantan, Pahang-Lelaki berusia 78 tahun mati sewaktu berada di bilik sewa pondan berusia 31 tahun.

13 ulasan:

  1. Salamro Maz,

    Macam perli abg polis je?!!! Terangkat punggung mrk...kah kah kah

    Macamana pun duit jualan tu masuk poket penjual benda haram tu n pengedar2 nya. Sedekahle sedikit kat anak2 MJ kot. Kempunan mrk x dpt royalti. Anyway...LU PIKIRLE SENDIRI.

    BalasPadam
  2. Astroroy, perli dengan menyatakan perkara benar, 2 perkara berbeza :)

    Masalah penjualan cahan cetak rompak, perbuatan tidak berkesudahan.

    BalasPadam
  3. Sebab tu ada 360 agaknya?

    Tunggu apa?

    Media keluar, depa marah marah.

    Tak keluar, depa senyum senyum.

    I like the closing of this posting. :) Apa agaknya penyebab kematian lelaki itu? Cardiac Arrest seperti MJ? Mungkin terkejut. Haha

    BalasPadam
  4. warga emas tu adehh..kesian meninggal kat tempat yg tak sesuai.

    nak buat mcmana napsu lelaki ni tak kenal usia walaupun kubur kata mari.. :(

    innalillah..

    ......................

    kat kk rokok masih berluasa dijual ditepi jalanan dekat pasar philipine :)

    BalasPadam
  5. EH EH.. saya juga suka yang * itu!!
    Mengapa ya..? Serangan jantung kerana telalu seronok! Fikir positif! Mungkin terkejut! :D

    BalasPadam
  6. adoyai...kesian kat warga emas tu... ada apa2 hubungan ke dengan pondan tu? :)

    BalasPadam
  7. biasalah tu abg Mazidul..bile depan mata tak hargai..bile dah takde..baru la org tu nak di kenang-kenang..

    BalasPadam
  8. Bro Maz

    Inilah namanya BIJAK

    Bijak mengambil peluang yang ada

    Bukan senang nak dapat pisang

    berbuah dua kali

    1. MJ mati sekali je...

    2. Bangunan putih biru buat senyap, mungkin nak tolong peniaga kecil... apa salahnya

    Apa pun memang saya respeck dengan

    orang yang pandai dan bijak

    mengunakan peluang yang ada...

    MUSYKIL: Apa yang di buat 'ATOK' tu kat situ ek??? NI mesti tak de aqal punya worang ni...dlam erti kata lain... BODOH.. he he he he

    Nota: Penyakit lama di Negara kita

    C1N1 = Berlagak tak mau cakap Melayu dan tak hormat Bahasa Melayu serta tak hormat Raja Melayu...

    BalasPadam
  9. Kadang-kadang peniaga ni kreatif juga.. mereka boleh terfikir dengan kematian seseorang yang popular,mereka boleh tambah duit.. apalagi.. mereka tak kira yang, yang cetak rompak jual..

    BalasPadam
  10. Tapi, yang menyebabkan pasaran cetak rompak ni laku sebab harganya memang jauh murah berkali-kali dari harga yang ori.. Ditambah lagi dengan kematian seorang bintang.. buat kenangan la cdnya.. pembeli terus mencari yang murah.. Soooo??? yang mana pilihan hati??

    BalasPadam
  11. Bro...maybe it is supposed to be 30 Jun instead of July...

    Sedih kenangkan khatimah atuk 78 tahun tu...minta kita diberikan husnul khatimah dari Allah...

    BalasPadam
  12. nota kaki di bawah tu yang menarik perhatian, takdir dan segalanya ketentuan dariNya

    * minta supaya dijauhkan maksiat dan selamat dunia akhirat..

    BalasPadam
  13. apa sahaja yang boleh jana keuntungan.
    jalan..
    itu juga bisnes kan..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.