Isnin, Jun 29, 2009

Pondan Berkrim

Akhbar Harian Metro hari ini melaporkan sebilangan lelaki lembut menggunakan krim putih mengandungi hormon progesterone dan testosterone bertujuan menukar bentuk badan mereka kepada wanita dalam tempoh 24 jam. Krim tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dijual pada harga RM800 itu dikata mampu menumbuhkan payudara dan memontokkan tubuh badan.

Krim sama dilapor mengakibatkan ketidakstabilan emosi, meningkatkan sel darah merah, menyebabkan kemandulan, meransang kanser payudara dan alat sulit. Bagaimanapun, lelaki lembut sanggup berhadapan risiko terbabit demi kepuasan diri.

Pagi tadi saya menghubungi kenalan lelaki lembut, berikut perbualan kami.

“Kalau nak buat payudara harga lebih kurang 3 ribu ringgit. Bedah tukar alat sulit kosnya di antara 10 dan 15 ribu, buat di Thailand dan Singapura. Klinik di Thailand dah buat lebih lama berbanding di Singapura, dia orang compete dari segi harga," katanya.

“Lepas bedah alat sulit, boleh mengandung ke?,” usik saya.

“Tak ada lah bang,” balasnya bersuara garau.

“Habis tu untuk apa dia orang buat?,” soal saya.

Dia terdiam.

Sukarnya mengubah kejadian Allah namun hasilnya masih tidak sempurna. Manakala, sebilangan wanita dianugerahkan tubuh montok dan menggiurkan secara azali, jarang menjaganya selepas berumahtangga.

25 ulasan:

  1. Lps berkawin tu susahlah en. mazidul...bkn semua perempuan tu ada duit nak mencantikkan diri sendiri...dah tu...kalo berhias selepas berkawin sang suami pulak syak wasangka...

    BalasPadam
  2. aduiyai mcm2 hal dunia ni..dah elok jadi lelaki nak jadi perempuan. apa2 pun masing2 punya hal. tak boleh nak ditegah dah tu heheheh..

    BalasPadam
  3. bukan nak menghina golongan pondan ni tapi kelibat mereka kadang2 mengelikan hati dan meloyakan tekak..
    nak lagi ketika pihak berkuasa membuat serbuan...mencicit berlari mencari perlindungan... :)

    BalasPadam
  4. bile agama ditafsir mgikut kehendak sendiri make terbit ler kelakuan yg x yg diredhai... bukan skadar maknyah jer... urusan harian pun...

    BalasPadam
  5. Ermmm... tu la abg, manusia ni tak penah bersyukur dgn apa yang ada.

    Huhh... pasal jaga badan lepas berkahwin rasanya PERLU laa cik kak.. kalau laki nak berprasangka tu lantak dia laa, yang penting kita dah buat utk kepuasan sendiri dan yg penting utk laki jugak!

    Kalau still berprasangka, ini laa satu lagi manusia yang tak tahu nak bersyukur bila bini cantik molek untuk dia...

    hahahaaa... tul tak?

    BalasPadam
  6. di india pondan mencari wang dengan menjadi penghibur di majlis perkahwinan...mereka menari dengan memakai saree, tapi setakat ni tak de yg secantik Asyiwara rai..tetapi Awas.. mereka juga pernah cuba menipu orang luar yang tinggal di sana, dengan meinta sejumlah wang, pernah kawan saya org malaysia, yg beru berpindah ke sana, baru pindah rumah baru, tiba tiba didatnagi sekumpulan mereka, sebaik pintu dibuka, dia memasukan sebelah kakinya agar pindu tidak boleh kita tutup, lalu merayu pelbagai alasan untuk mendapatkan wang...kegiatan 'malam' saya tak pasti pulak...

    BalasPadam
  7. ksian dgn golongn seperti ini..
    rq bnyk melihat golongn sprti ini di pusat pengajian tinggi lbh2 lg kat tmpt rq bljr..

    mengapa mereka bgitu??pernah tak kita trfikir knapa???

    rq lihat di kmpus tmpt rq bljr, golongn softlan' ni tk de pon pelajar lelaki yg ingin brkawan dgn mereka..
    malah pelajar lelaki memulaukan mereka..

    salah siapa jika mereka trus berkeadaan bgitu ??? kerana tiada yg normal mahu mngajak dorg ke arah kebaikan, sudahnya mereka brkawan dgn golongn2 yg sejenis mcm mereka shj..

    kalau gitu, mcm ne ??

    udahnya, kami yg student prmpuan yg kasihankan dgn mereka la mnjd best fren..knapa???
    sbb mereka ddiscriminasikan oleh kaum sjenis mereka sndiri..

    jika ini lah yg trjd pd mereka d tmpt lain, smpai bile mereka tk mmpu untk keluar dr kemelut kecelaruan identiti ini...

    renungkan lah..

    BalasPadam
  8. Bagi pondan mereka menginginkan tubuh badan seperti perempuan. Ada sebilangan perempuan beriya-iya ingin menjadi lelaki.

    Jelasnya, jarang manusia berpuas hati dengan apa mereka ada.

    Fasal jaga badan selepas berkahwin, kenyataan saya masih tidak berganjak. Ramai isteri mengambil keputusan pencen menjaga badan biarpun usia belum mencecah 55 tahun :)

    Wahai wanita, saya izinkan anda semua bersuara ...

    BalasPadam
  9. Ahakz..kalau tenguk tajuk teringat satu iklan..LEMAK BERKRIM DISUKAI RAMAI...ahakz...

    Uikk..Mazidul ramai isteri dah pandai pasang badan sekarang ni...tenguk je lah IKLAN kecantikan diri...pehhh...banyak betul lah....

    Tapi mungkin ada yang menjadi selekeh selepas kahwin tapi tak ramai...mungkin yang tak berdandan tu pun sebab suami tak berapa nak mampu..al maklum..now EKONOMI tak berapa nak izinkan..melainkan yang si isteri tu memang keja le...

    BalasPadam
  10. i xtau kekadang i menyampah dengan pondan.. isk... geram tul bila tgk pondan..

    regards;
    Bungai Pengrindu

    BalasPadam
  11. Bang, macam mana dengan sang suami pulak? Tak payah jaga badan jugak ker lepas kawin?

    Yang boroi lepas kawin pun ramai gak bang... tak adil kalau nak tuding kepada satu gender jer...

    BalasPadam
  12. Jebateja dan Fad, ini pandangan peribadi saya.

    Sebilangan perempuan semasa anak dara bijak melawa dan melaram. Jaga pinggang, biar ramping, jaga wajah biar berseri. Tetapi majoriti mereka mula berhenti menjaga kecantikan diri apabila berumahtangga. Pelbagai alasan dikemukakan, kekurangan masa sibuk menguruskan hal ehwal rumahtangga antara paling selalu ditampilkan. Walhal semasa anak dara, tidak pernah berkunjung ke gimnasium mahu pun melakukan aktiviti senaman.

    When there is a will, there is a way kata pepatah Inggeris. Jadi, wanita harus mencari cara terbaik dan mampu untuk mengekalkan sekuran-kurangnya 70% bentuk badan. Suami barangkali TIDAK pernah mengharapkan tubuh isteri kekal 100%, sama seperti sebelum berkahwin. Itu bagai mengharap bulan jatuh ke riba, tidak ramai wanita mampu memenuhi memenuhi impian terbabit.

    Lelaki agak berbeza, perut boroi kekadang dilihat 'seksi' sebilangan perempuan mahu pun gadis. Tetapi perempuan berperut boroi, dilihat tidak menyelerakan majoriti lelaki.

    Jangan marah.

    BalasPadam
  13. klaka la entri ni...
    once dah switch gender...x bley toleh belakang lagi dah...
    kdg2 waktu mude nih kite ikot perasaan..sok da tue bru menyesal..soo....cbe lah menyerupai wanita dgn hanye melalui pakaian..jgn dok sebuk buang yng bawah tuhh.....dan yer..xble mengndung pon**

    BalasPadam
  14. moga moga golongan itu berjumpa kawan yang boleh membimbing bukannya 'menunggang'..

    Selera yang subjektif, susah bila wanita sendiri tidak tahu ianya seksi atau tidak seksi.

    BalasPadam
  15. bro mazidul..bab wanita tak jaga diri lepas kahwin tue boleh buka post baru kot..rasanya ramai wanita tak puas hati tue..boleh citer pjg lebar nanti..skang citer pasal pondan dulu ye..hahaha

    BalasPadam
  16. Isye bro..nipulak mcm perli bini sendiri lak?!! Mmg betul...bini sendiri, sendiri taula. Itu pasal klu suami mahu kawin lg satu, bini jgn naik angin lak.

    Anyway, I setuju klu topik ni di pjgkan...go go bro.

    BalasPadam
  17. Bro Maz

    Begitulah perlakuan manusia yang pendek aqal atau tidak menggunakan aqal...


    Sekian

    BalasPadam
  18. manusia tidak pernah puas dengan apa yg mereka ada.

    BalasPadam
  19. Kebanyakan lelaki juga selepas berkahwin tak jaga badan juga, si isteri mengandung lepas 9 bulan 10 hari, bersalin juga, tapi yang lelaki, mengandung tapi tak jugak bersalin! Macam mana tu?

    Si isteri juga ingin suaminya kempis perut dan jaga badan!

    BalasPadam
  20. lelaki memang suka benda-benda yang indah ni

    BalasPadam
  21. Walaupun berubah macamana pun lelaki itu jadi perempuan, tapi mesti ada juga ciri-ciri lelaki padanya.. tak percaya??

    BalasPadam
  22. Terfikir kalau benda tu dibuang tak rasa rugi keee?...kalau tengah muda masih bergetah ramai lah yang nak...tapi bila dah tua?...nak cantumkan balik benda tu bolih keee?...menyesal tak sudah...sukar menukar kejadian allah, berfikirlah sebelum bertindak.

    BalasPadam
  23. makin teruk gejala ni..
    teruk..
    lelaki jahat makin bertambah..
    lelaki yang menjadi 'terlalu baik' pun bertambah..
    berapa ciput je lalaki sejati

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.