Isnin, Jun 01, 2009

Lelaki Berbaju Kuning

Mengapa kerajaan tidak mengharamkan penjualan nombor ekor? Jawaban paling mudah, pertama, Malaysia mempunyai masyarakat pelbilang kaum, justeru banyak permintaan perlu dipenuhi, sebilangan kaum gemar berjudi. Kedua, cukai diraih seperti cukai arak dan rokok, lumayan..

Orang Melayu di bandar dan desa sudah lama terjebak mejadi kaki ekor. Mereka kepingin hidup mewah menggunakan jalan pintas. ‘Melabur’ seringgit dua, jika menang, hasilnya ribuan ringgit, andai kalah, mereka akan berjudi kembali tanpa jemu.

“Suami saya bekas askar, sebulan, duit pencen RM200 sahaja bagi saya untuk membeli barang dapur, terserah kepada saya mengatur perbelanjaan samada cukup atau tidak. Kami ada tiga anak, dua bekerja, seorang masih sekolah. Ayah dia hanya bagi RM10 sebulan buat belanja. Bakinya dia beli nombor ekor,” keluh suri rumah dari Sarawak sewaktu menghubungi saya.

Teruknya kesan berjudi.

Sifat ketagihan judi bagai tidak mampu dibendung lagi. Mereka menjadikan judi sebagai ‘a way of life’, itu kesilapan berlaku. Dilaporkan, perjudian nombor ekor kini membabitkan golongan muda, orang tua berkopiah dan perempuan bertudung. Mereka tidak segan silu membeli nombor ekor secara terbuka. Jika timbul perasaan sedikit malu, majoriti membeli nombor ekor di pasaran gelap. Tidak perlu beratur dan bimbang ditahan pihak berkuasa, mereka membeli nombor menggunakan khidmat pesanan ringkas, duit dibayar kemudian. Tidak hairan, kini, kedai runcit dan kedai kopi turut menjual nombor kepada pelanggan tetap dikenali.

Semalam saya menyertai 16 pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor, JAIJ diketui Penolong Pengarah Unit Operasinya, Haji Md Zainizam Hassan menjalankan Ops Nasib, operasi menahan orang Islam membeli nombor ekor di dua lokasi berbeza di Johor Bahru.

Saya dan jurukamera, Zulhazri Abu Bakar merakamkan visual premis dan pelanggan membeli nombor ekor sebelum pegawai JAIJ memperkenalkan diri kepada pelanggan Islam. Ramai cuba melarikan diri, mencetuskan suasana kecoh dan tegang, sehingga ada antara pelanggan terkoyak baju sewaktu meronta. Antara 11 ditahan, lelaki berbaju kuning, berusia 57 tahun. Sewaktu digari, dia tidak bertindak ganas dan hanya menurut arahan pegawai bertugas. Terlintas di hati, sewaktu melihat dia dibawa masuk ke van JAIJ …

“Datuk siapakah dia?”

Sewaktu berada di lock up JAIJ, saya lihat sebilangan mereka sibuk menelefon, mungkin memaklumkan ahli keluarga terdekat berikutan penahanan mereka.

Mereka disabitkan kesalahan mengikut Enakmen Jenayah Syariah 1997 Negeri Johor boleh didenda RM3000 atau dipenjara 2 tahun atau keduanya.

31 ulasan:

  1. huh kat opis saya pun sama bang. Sekali pakcik tu kuar duit sy tgk 150-200. Tapi dia tak beli sendiri no tu dia minta tolong cina kat sini...ishh entah lah bang tak tau nak komen apa dah..dah la taik arak..taik judik plak tu

    BalasPadam
  2. Syabas Jabatan Agama Islam Johor. Harap dapat jadi contoh kepada jabatan agama lain..

    BalasPadam
  3. pada mereka,ini mungkin jalan pintas untuk cepat kaya. kalau nasib baik menang ribuan ringgit. Jika tidak mereka rugi dan menanggung hutang yang banyak akibat berjudi.

    BalasPadam
  4. betul alasan INCOMe..
    lagipun peratus org melayu sedikit byk warga luar (lembah kelang)
    bangla,Indo dll..nak seribu daya, byk cara dgn mengirim kepada member sambil borak2 di kedai kopi salah satu jalan selamat. Di Kelantan (tiada kedai secara rasmi) sms terus kepada kawan kawan di Besut atau kirim kepada pemandu teksi...pokoknya nak seribu daya..

    BalasPadam
  5. Hmm....dah tua-tua ni patut perbanyakkan amal ibadat...bukan menambah dosa....harap diorang yang terlibat dengan judi ni insaf dan bertaubat nasuha...

    BalasPadam
  6. merata rata ada no ekor skg ni....sambutan hangat modal sikit...gi yg bernasib baik mereka pandai manipulasi duit judi contohnya tak boleh dijadikan bahan makanan.haram katanya haha....tpi oleh dibeli motor,hp kdg2 duit muka kereta pun lepas.....terbaik!

    BalasPadam
  7. bagus jugak penguatkuasaan JAIJ. tempat lain saya tak pasti, tp kalau kat penang ni nombor ekor senang je boleh dapat tepi jalan...macam drive-thru pulak. Malu tengok orang Islam beli nombor ekor..

    BalasPadam
  8. Ada menang sampai RM3,000,000 dan pergi haji.

    BalasPadam
  9. selalunya duit judi ni tak boleh simpan lama, duit haram..panas.

    BalasPadam
  10. ader despatch kat ofis saya.. setiap hari..pagi2 dtg ofis bukak suratkhabar.. ingatkan baca berita .. rupenyer tengok nomobor mana yg kena ari nie..

    umur dah 56

    BalasPadam
  11. pergi haji dengan duit haram? ada la bala kena kat Tanah Haram tu nanti..

    BalasPadam
  12. Tak akan bangsa lain bule main nombor ..melayu tak bule. kiranya bangsa lain maju didunia..bangsa melayu asyik kena cekup je. Kesianlah org melayu mcm takde kebebasan mcm bangsa lain.itu tak bule, ini tak bule. Kaki ekor atau kaki nombor ini biasanya melibatkan bisnes dan matematik. So apa jadi ngan bangsa melayu islam, Tak nak maju ke dalam bidang bisnes dan matematik? Lu jangan fikir diri sendiri lah ! Maklumkan dunia sekarang duit,duit,duit mcm lagu M.Nasir.

    BalasPadam
  13. kalo boleh tanggapan buat baik balas baik di dunia kena fikir2 dulu..
    buat jahat tak semestinya dibalas CASH..yg penting Pembalasan tetap ada di dunia dan di sana, oleh itu jika org buat jahat tak terus dibalas, lemah semangat kita nak buat baik..mungkin dibalas di sana..
    pergi haji dgn duit haram belum tentu dapat bala..ni akhir zaman..dekat..nak kiamat.

    Memang tabiat JUDI sukar dihapus, sesuai pepatah dolu2 TAHI judi, faktor umur 'lama'masih lagi berjudi, berjudi selagi belum ada insiden atau penyesalan mcm hisap ROKOK juga ketagihannya.
    ..saranan jgn berkawan dgn kawan2 seJUDI,
    --pindah lokasi/hijrah kerja dll
    --daya penarik hanya 'LARI satu nombor sahaja, tikam lagi, lari dua nombor..antara ketagihan kaki judi.

    BalasPadam
  14. Ramlee, apa maksud awak jika diringkaskan?

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. maksud saya peace to everyone.Make love not hate. International standards. sekarang kan dunia tanpa sempadan. Melayu, cina dan india kita bersatu untuk maju satu malaysia. Kita sama2 fikir. kita sama2 kawan. cuma orang melayu tak berkenan makan babi. itu saje.

    BalasPadam
  17. Ramlee, saya tidak membangkitkan isu perhubungan antara kaum. Apa pendirian awak berhubung orang Islam membeli nombor ekor?

    Tulisan anda kuran jelas maksudnya.

    BalasPadam
  18. saudara zeqzeq..thanks for sharing the info regarding the word hukum. tapi mcmana kalau hukum dunia ini dimana majority US and UK rules. mcmana tu? Ibarat mcm ni lah ..kalau si melayu tu bule buat (bule minum arak, karaoke, bule joli sana sini, awek depan belakang, makan steak kat hotel 5 star, ade strategi bisnes baik punya tapi tak main nombor ekor) pastu bule jaga protocol Melayu bile gaul ngan orang mcm saudara zeq2 yg baik hati ini. bukanke ini namanya org hipokrit..lagi awak tak berkenan orang mcm ni. Walaupun saya belum capai ahli ustaz lagi tapi yg saya tahu dunia dan akhirat kena balance. Ini hanya perkongsian suka duka kehidupan yang berlaku. so nabil ada cakap "Lu pikirlah sendiri"

    BalasPadam
  19. Pendirian saya..orang islam beli nombor ekor adalah apa yg saya katakan awal2 tadi. Duit telah menjadi kawalan hidup manusia sekarang. Selagi tak capai kehidupan yg di inginkan contohnya ekonomi, rumahtangga , keluarga yang baik, nasib yg baik selagi tulah manusia tak kira islam beli lagi. yang saya tahu bangsa asing kuat main no ekor nie compare tu bangsa kita.itu saje.

    BalasPadam
  20. sifat2 kaki judi;

    -balik ke rumah sepak anak isteri pinggan melayang bila tak dapat wang.
    - suka gadai barang kemas isteri berhutang dgn kawan duit gaji tak pernah cukup.
    -kalo tidak bagi pinjam harta perkakasan/perabot akan dijual lelong kepada yg beminat.

    Oleh itu jika terkena sedara terdekat hanya berdoa dan ajak berpindah bandar atau lokasi jauh dari kawan2nya.
    --mudahan2 keinsafan datang dgn INSIDEN kepada anak isteri atau ibu yang disayangi, selagi tidak ada insiden selagi itu..tabiat judi masih lekat...

    --antara insiden deman, kematian,kemalangan dan sakit semasa menagih wang nak berjudi/tikam.

    ****nota..maaf saudara RAMLI..kes U berprofail tinggi calang2 orang boleh menepis/anutan/gaya hidup andaian U,bagai menarik rambut dari tepung...
    SUBHANALLAH.,,nauzubillah ....azimm..wallahualam..moga kita sama-sama dilindungiNYA sebelum terlewat.AMinn

    BalasPadam
  21. En. Mazidul,

    adakah cadangan ini relevan..
    Kita tugaskan anggota penguatkuasa berada di setiap premis2 nombor ekor setiap hari untuk memantau kehadiran orang islam yang berkunjung ke pusat tersebut..

    BalasPadam
  22. cik Cute..

    Selain dari orang islam, kena pantau jugak orang yang bukan beragama islam.

    Mereka pun manusia jugak ada anak bini, gadai emas jugak, perabot pun kasi lelong jugak. so mereka pun(saya tak cakap semuanye) ade problem tahi judi.

    Cik cute tak nak bagi pandangan untuk tutup terus saje setiap premis nombor ekor ke? Ini bukan pandangan saya. Tetapi sebagai rakyat malaysia saya hormati Malaysia negara islam tetapi ade premis nombor ekor pulak tu...isk..isk..isk... . Apa2 pun Fastfood outlet dah bertapak di sini. Layan...

    P.S Suke tengok Pandangan Dunia mcm pandangan Obama . United States Presdent.

    BalasPadam
  23. alahai...org tertinggi nombor ekor pun org melayu...mcmne tu?Sapa berani tangkap?

    BalasPadam
  24. takkn org kaki nombor je..tu kat bandar jb ni melambak pusat2 disko n club, org melayu minum arak n isap dadah melambak...budak2 beli arak kat freezone tu...selamba je...intai2 sikit dlm freezone tu. budak2 skrg ni umur dah lebih 18 dah kira besar, depa buat pe saje yg seronok kn diri mereka. org melayu suke bwak awek2 indon pi kelab2, balik singgah hotel atau rumah2 sewa. Depa belanja sikit, pe pun jadi free.

    BalasPadam
  25. Jane, kalau nak buat liputan SEMUA isu dalam satu episod, saya tidak mampu.

    Baru-baru ini saya ke JB dan tinggal di hotel, The Zon. Tidur saya pada jam 1 pagi dikejutkan bunyi orang bertengkar. Dijenguk melalui tingkap, saya lihat sekumpulan anak muda sedang bergaduh, menghayun topi keledar, bertumbuk dan menyepak terajang.

    Biarpun cuba ditenteramkan lima pengawal keselamatan, keadaan masih tidak terkawal. Saya turun dari tingkat 10 dan menghampiri kumpulan remaja terbabit. Majoriti mabuk dan bertindak kurang waras. Dua MPV polis tiba dan menyuraikan mereka.

    Minum minuman keras di kawasan terbuka selepas jam 12 malam, itu masalah utama. Sesudah mabuk majoriti ingin menjadi hero sehingga tidak menyedari perkataan mereka hamburkan berbaur perkauman.

    BalasPadam
  26. En Ramlee MS47

    kita tak boleh Tutup terus premis nombor ekor sebab masyarakat Malaysia berbilang kaum..
    Tapi jika dipantau selalu kehadiran pengunjung2 yang beragama Islam di premis2 tersebut,masalah ini dapat diatasi.

    BalasPadam
  27. tul tu sdr,

    Buat selagi terdaya dengan adanya keselamatan.

    Benda baik jarang nak dapat sokongan.

    yang penting ada orang terfikir dan terbuka mata.

    BalasPadam
  28. Ramlee,

    Maaf bercakap, bila keduniaan dilihat lebih dari agama, itulah yang menghijabkan hati dan fikiran. Menghalalkan perbuatan judi dengan matematik adalah satu pandangan yang jahil dan tidak berakal.

    Judi tetap haram kerana mempertaruhkan nasib. Kenapa haram? Kerana Islam menyuruh kita berusaha dengan kederat kita sendiri serta anugerah Allah SWT terhadap akal dan fizikal kita dan bukan hanya bersandar nasib semata mata.

    Maka, yang membezakan kita dengan haiwan ialah kita memiliki akal. Fikirkan.

    BalasPadam
  29. tidak ada fikirankah mereka ini semua. main nombor ekor.

    BalasPadam
  30. kerna berjudi MARUAH diri akan tergadai sampaikan KELUARGA bercelaru. Moralnya disini, perkemas dan kuatkan tuntuan Agama. Amal ibadat harus dijaga. jangan sampai si BERJUDI habis duit gaji semata-mata ingin mengejar JUTAWAN haram. anak-isteri di rumah melopong mulut di rumah dek kerana si suami yang PENDEK Akal.

    BalasPadam
  31. "Jane, kalau nak buat liputan SEMUA isu dalam satu episod, saya tidak mampu."

    Mksd saya..itu utk JAIJ....

    saya selalu sokong Mazidul hihihi :) terutama khas utk org Melayu...
    takde sapa yg boleh selamatkan bangsa sendiri klau tak bangsa tu sendiri.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.