Jumaat, Jun 05, 2009

Pendera Darah Daging

Menurut DSP Siasatan Kanak-Kanak D11, Bukit Aman, DSP Norisah Ab. Hamid, setakat ini bagi tahun 2009, 71 kes penderaan fizikal kanak-kanak dilaporkan. Majoriti mangsa berusia antara 1 dan 7 tahun. Tahun ini 20 kes dera dilakukan ibu, 14 bapa manakala 13 kes pengasuh, kebanyakan kes terjadi di rumah. Statistik dicatatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati Selangor, negeri mempunyai kes dera tertinggi.

Jika anda mengesaki berlaku kes dera, hubungi Talian Nur 15999, beroperasi 24 jam.

Menghairankan, masyarakat Malaysia diwar-warkan penyayang, pada masa sama sebilangan warga tidak berhati perut, mendera darah daging sendiri.

6 ulasan:

  1. Anak itu sendiri adalah rezeki daripada Allah SWT...

    Mereka yang mendera anak pada pendapat saya bukan golongan yang beriman... Ajaran Islam lengkap dan sempurna... tapi mereka tak ikut... ntah² solat pun tunggang langgang... jadi macam mana nak jadi Muslim sejati... standard la kalau anak buat ragam(budak² apa tahu) tapi ibubapa perlu didik mereka... bukannya dera...

    apa² masalah sekalipun... kalau kita renungkan... penyelesaiannya ialah kembali kepada agama.

    BalasPadam
  2. anak itu permata negara,
    kalau masa silamnya diisi dengan kekerasan, maka corak bentuk masa depannya akan menjadi gelap yang berpanjangan..

    BalasPadam
  3. Tanda Ilahi ADIL bagi Masyarakat tenung, kalo orang TUA dera anak begitu juga orang muda pun mendera orang tua.

    BalasPadam
  4. Kekadang yg berlaku bkn disbbkan penderaan, ada yg berlaku disebabkan kecuaian. Di kwsn perumahan saya misalnya, seorang bayi jatuh buaian ketika pengasuhnya mengambil baju diampaian sambil berborak dgn jiran dibawah. Buaian tersebut tidak diletak sebarang lapik atau alas. Akhirnya budak tu mengalami gegaran otak dan disahkan cacat. Yg kedua, anak cikgu meninggal disbabkan lemas susu krn pengasuh tidak mengawasi.Hem...susah nak dijangka sbb segalanya telah ditentukan. jadi kedua2 ibu bapa kanak2 terbabit xdpt berbuat apa2 krn pasrah. Sbb tu sy takut nak antar anak kat umah pengasuh. Tp kalo diri sendiri yg mendera anak sendiri tu namanya mental. kena duduk kt Tg. Rambutan sana..

    BalasPadam
  5. Sifat kasih sayang dalam masyarakat kita makin hari makin luput. Beginilah jadinya.

    BalasPadam
  6. kadang saya terfikir... keadaan apakah yang di sabit kan dera...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.