Seorang ibu mengadu melalui sistem pesanan ringkas, SMS dihantar ke hotline 360, anaknya berusia 13 tahun didakawa siang malam melepak di Café Siber, CC.
‘Balik sekolah dia pergi CC. Maghrib dia balik, lepas makan dia pergi CC balik sampai jam 12 malam. Katanya buat kerja sekolah tetapi dia main orang menari nari atas skrin tu. Saya dah buat macam-macam, sampai jumpa bomoh bagi dia benci dengan benda tu (CC) tetapi tak berkesan’
Ibu itu kemudian mendakwa dia artis, pelakon drama tempatan.
Balas saya menggunakan SMS …
‘Ibu bapa harus mengawal anak, bukan sebaliknya’
Setakat ini pihak berkuasa tempatan tidak mempunyai peraturan khusus menghadkan masa operasi CC di seluruh negara. Maka, banyak premis beroperasi 24 jam. Pada hemat saya, jika kegiatan CC tidak boleh disekat setakat ini, ibu bapa harus memainkan peranan lebih tegas mengawal pergerakan anak mereka. Mereka ada kuasa.
Secara logik akal, perkhidmatan CC berbayar, bukan percuma. Setiap pelanggan harus mempunyai wang untuk menggunakan servis ditawarkan. Dalam kes ini, siapa memberikan wang untuk dibelanjakan anak itu setiap kali berkunjung ke CC terbabit?
Persoalan seterusnya, tidakkah kita sebagai ibu bapa berhak sepenuhnya mengawal pergerakan anak berusia 13 tahun, bukan 23 tahun?
Katanya lagi …
‘Anak orang lain pun ramai pergi ke CC tu dan blah blah blah’
Saya jawab …
‘Ramai juga orang lain mampu mengawal anak tidak ke CC, mengapa tidak kita? Kita sama-sama ada anak, kita jagalah bersama’
Dia marah.
SMS terakhirnya …
‘Kalau macam ini layanan talian, ok, akbar boleh tolong ulaskan cara 360 punya layanan’
Itu cara seorang ibu berhasrat meminta pandangan saya berhubung kegiatan anak sukar dikawal. Setiap hari saya menerima lebih 300 SMS, pelbagai masalah diutarakan. Kekadang kesabaran, satu tuntutan.

salam..bila lahirnya anak, ibu bapalah yang mbentuk anak mjadi yahudi nasrani atau majusi...makna kata lain..seandainya anak dididik cara garang, maka lahirlah anak yang kurang ajar dalam senyap...semua ini bergantung cara pendidikan yang diberi..saidina ali ra berkata..didiklah anak pada zaman dia berada sekarang..bukan di kira zaman tok naduk kita dulu..dan anak terbentuk ngan acuan kita sendiri...dan rumah adalah sekolah yang pertama bagi anak2..jadi kita bsbg ibubapa mesti tunjukmrole model yg tbaik..dan sentiasa mendampingi mereka...7 tahun pertama didik mereka umpama raja dan seterusnya..keterangan lebih lanjut dalam buku anis keluaran jun 2009...wallahua'lam...
BalasPadammelentur buluh, biarlah dari rebungnya...
BalasPadamadakah ibu itu tidak sedar yang dia lebih berkuasa untuk mengawal anaknya?
BalasPadammenggunakan sedikit ketegasan dalam mendidik anak adalah satu keperluan. takkanlah dia nak anak dia hanyut begitu je.. lain la, kalau itu yang mmg dia nak sebenarnya..
~~susah nak sabar dalam hal yang macam ni
boleh juga anak itu dihantar ke
BalasPadamkem insaniah, ibadah yang boleh membentuk kembali keislamannya
kecian akak tu
BalasPadamsilap tempat ngadu
dia nak ngadu anak nakal
atau CC 24jam??
atau terus ngadu kepada mana mana jabatan yg boleh jaga anak dia lagi baik bayar bulanan.
kawal anak dulu baru ngadu org luar tak betul.
mcm kes anak dia berbalah ddlm perlawanan bola sepak terus masuk campur agaknya.
gitulah kite kan bro..
BalasPadambile dh kasi jawapan cam2 org marah plak..
padahal jawapan ada pada diri mereka..
tolong salah..
xtolong pun salah..
hmm..
sabor jer lar ek..
manjakan anak berpada-pada...jgn smapi pijak kepala..mintak dijauhkan lah benda-benda ni daripada anak2 saya...
BalasPadamsalah ibu bapa yang mendidik anaknya tu. lepas tu nak marah dengan pendapat orang lain pula. ibu jenis apa tu..
BalasPadamsalam para bloggers.
BalasPadammaaf saya katakan, cara puan(kakak) tersebut tak berkesan @ takkan berkesan. sebab itu, orang tua dulu2 pentingkan didikan Agama dahulu dalam segala hal. tatacara solat, mengaji quran, berjemaah bersama keluarga, sebelum magrib saja kena masuk rumah ditakutnya gangguan Iblis ganggu. Dari peringkat asuhan kanak2 lg mereka didik sebegini. jika didikan sebegini, InsyaAllah mereka takkan "lagha" dengan dunia "sosial" hari ini.
Sebab itu, didikan Agama jadi perkara yang "Wahid" dalam segala Hal dan urusan. Baru Generasi akan Tenteram & bermoral.
Tak salah jika berhibur dan bersosial, tetapi dengan didikan secara "Psikologi" juga dapat membentuk sosial yang baik. Contohnya, kakak tadi belikan PS 2 @ PC Games yang layak dengan peringkat umurnya, dengan Syarat jika Periksa dapat Markah A @ Dapat Gred Cemerlang/ Baik baru dpt barang tersebut.
Akak tu mungkin terlupa, atok@nenek kita juga dah pernah buat perkara yang sama pada kita. Cuma kenang sejenak @ Renung kembali kisah orang2 lama mengasuh @ didik anak2 sampaikan berjaya, padahal ketika itu Darurat dan inflasi amat tinggi.
Kadang2 kita kena matangkan diri, sama2 memainkan peranan. jangan salahkan pihak@ orang lain kerana anak2 nakal kita yg cepat MELATAH.
*p/s:- teringat dulu2 zaman kanak2 main teng-teng, congkak tanah, guli, wau layang2 di kampung.