Saya pernah membuat liputan berhubung kegiatan pelajar sekolah tahfiz menjual kalendar bertujuan mengumpul dana membiayai pembelajaran mereka dalam satu daripada episod terawal 360. Sejurus selepas siaran saya menerima pelbagai respon daripada penonton. Berikut satu daripada khidmat pesanan ringkas dihantar ke hotline 360.
‘Mazidul, kamu tak ada kerja lain? Budak-budak tu pelajar tahfiz, sekolah agama, buat kerja amal, biarlah. Kamu nak sangat masuk neraka ke?’
Saya tidak berhajat ke neraka dan saya mendoakan semua umat Islam beriman dimasukkan ke syurga. Bagaimanapun program terbitan saya sekali lagi akan membongkar secara lebih terperinci kisah sebenar di sebalik kegiatan menjual barangan di kalangan pelajar Sekolah Tahfiz Amal di Alor Star, Kedah.
Saya dedahkan beberapa fakta berhubung kegiatan pengurusan sekolah dan pelajar terbabit, mungkin tidak diketahui umum.
Sebelum ini Utusan Malaysia melaporkan Ketua Bahagian Pendaftaran Sekolah Agama, Jabatan Agama Islam Kedah, JAIK, Syed Naim Ahmad, mengarahkan Tahfiz Amal terbabit memberhentikan operasi serta-merta. Kegiatan mewajibkan pelajar melakukan jualan amal bercanggah dengan Seksyen 12(1) Enakmen Pengawasan Sekolah Agama Negeri Kedah 1988. Pada masa sama Syed Naim turut mengesahkan sekolah itu tidak berdaftar. Malangnya arahan Syed Naim tidak diendahkan pengurusan sekolah hingga ke hari ini.
Puluhan pelajar berusia antara 10 dan 17 tahun saya temui di stesyen minyak, di pintu masuk institusi perbankan, di sekitar pusat membeli-belah, di gerai menjual makanan dan di kawasan rehat lebuhraya. Ditanya, mereka semua mendakwa tidak dipaksa melakukan aktiviti jualan dinaungi Kelab Usahawan Muda sekolah terbabit malah kegiatan sama direstui keluarga. Kata mereka, kegiatan kokurikulum itu hanya bermula selepas sesi pengajian di waktu petang. Bagaimanapun pada masa sama mereka mengaku berada di pelbagai lokasi di luar negeri Kedah 3 kali seminggu antara hari Isnin dan Jumaat. Laporan saya terima, kini, sekolah terbabit menghantar ratusan pelajar menjual minyak angin berharga RM10 antaranya ke Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Johor Jika disingkap, perjalanan ulang-alik antara Alor Star dan lokasi jualan amal pernah mengundang tragedi hampir 3 tahun lalu.
Jam 2.50 pagi, 29 Disember 2006, 5 pelajar sekolah sama berusia antara 12 dan 13 tahun terkorban dalam kemalangan membabitkan van dan lori kontena di Kilometer 355.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Sungkai, Perak. Dilaporkan, kesemua mangsa dalam perjalanan pulang membuat jualan amal di Kuala Lumpur..
Dua hari lalu saya menerima panggilan dari Alor Star.
“Sekolah ni ambil budak-budak miskin, anak yatim semua. Rasanya, depa tak belajarpun, sekolah cuma suruh jual barang,” kata pemanggil.
Saya tidak mengetahui sejauhmana kebenaran kenyataan itu, harapan saya, dakwaan itu salah.
Pelajar lelaki dan perempuan ditinggalkan di pelbagai lokasi, sekaligus keselamatan mereka dipersoalkan pelbagai pihak.
“Ustaz bagi sepuluh ringgit beli makanan. Saya di sini dari pukul satu tadi, balik lapan malam,” kata pelajar saya temui di stesyen minyak Petronas di Alor Gajah, Melaka.
Di kertas bersalut plastik dipegangnya, tercatat nama Sekolah Tahfiz Amal, beralamat di KM 17 Jalan Yan Kuala Kedah Kangkong, Kuala Kedah, Alor Star, Kedah berserta nombor telefon 04-764 7640.
“Ustaz mana?,” soal saya.
“Tak tahu. Tapi kalau nak call ustaz, ini nombor handphone dia,” balasnya.
Hairan, semasa dihubungi, ustaz mendakwa tidak menghantar pelajar terbabit ke lokasi saya temui.
“Pelajar tu bagi saya nombor you, macam mana tak tahu? Dia di bawah umur, 12 tahun. Saya hantar dia ke Kebajikan Masyarakat, boleh?,” usik saya.
“Boleh. Kalau encik nak buat macam itu,” ujarnya selamba.
Rakan saya menyamar ibu tunggal beranak 5, berasal dari Baling, Kedah kemudian menghubungi sekolah, berpura-pura bertanya prosedur menghantar anak berusia 11 tahun ke sekolah terbabit.
“Kawan bagi tahu sekolah ni pernah diarah tutup Jabatan Agama ke sebelum ini. Betul ke?,” tanya rakan.
“Tak pernah, cuma dulu ada masalah sedikit, perselisihan faham, sekolah ni masih beroperasi,” jawab kakitangan sekolah.
Menurutnya lagi, keluarga tidak perlu menjelaskan bayaran membiayai pelajaran anak, semuanya ditanggung pihak sekolah, percuma.
“Duit datang mana?,” soal rakan.
Kakitangan itu hanya mendiamkan diri.
“Bukan apa, saya ada jumpa pelajar sekolah ni berniaga jual buku agama. Anak saya penakut, kalau dia masuk sekolah ni, dia kena pergi berniaga berapa kali seminggu?,” tanya rakan.
“Dia orang tak ada jual buku agama, jual minyak angin. Pelajar keluar berniaga masa cuti sekolah sahaja, hari sekolah tak berniaga, kalau ada pun, petang lepas waktu sekolah, ikut jadual”
“Berapa kali seminggu?,” soal rakan lagi.
“Sekali, dua kali, tiga kali pun ada,” balas kakitangan terbabit gagap.
Minggu depan, untuk siaran 17 Jun, ‘Penagih Simpati’, bagi memaparkan laporan seimbang, saya meminta wartawan 360 berkunjung ke sekolah terbabit untuk menemubual pengetuanya.
Saya berharap pengetua Sekolah Tahfiz Amal sudi memenuhi permintaan kami bagi menjelaskan perkara sebenar. Jelasnya, ramai tidak merestui sekiranya kanak-kanak dieksploitasi.

di amerika talevengelist kutip duit untuk gereja dengan "mengubat" kongregasi. selepas itu duit disonglap untuk kegunaan sendiri
BalasPadamdi malaysia pakai anak2 kecil macam ni
tak malu sungguh
bro mazidul
kamu masih menanti follow up ustaz putar alam cakra alam tempoh hari. masih beroperasi kah? ke sekarang kes sudah reda dia kembali menipu orang yang ingin berubat
saya harap 360 boleh terjah balik penipu ini
mintak tolong bukakan mata orang islam kita yang mudah lembut hati bila nampak nama "islam" dalam apa apa. padahal dah disalah guna!
mazidul..saya penah buat entry pasal budak tahfiz amal ni...di sini saya copy balik entry tu..
BalasPadamentry 1 http://mamadailydairy.blogspot.com/2009/04/anak2-tahfiz.html
semalam balik dr keje aku terus shoot ke Pasaraya TTDI...dh habis shopping masa nk keluar dari pasaraya ada seorang budak lebih kurang umo 10thn datang jual Bam (ala..gel panas utk sapu lenguh2..)..
budak : assalamualaikum kakak..bantulah saya dengan membeli ubat ni..xmahal RM10 sahaja..
aku : waalaikumsalam..ubat apa ni?
budak : ubat sapu...
aku : adik dr mana ni? xsekolah ke?
budak : dr seremban..dh abis sekolah dh td sesi petang...
aku : lepas sekolah terus dtg sini ke? nape xjual kt seremban je? sapa hantar dtg sini? ada pape surat ke buat keje ni? (bertubi2 soalan aku)
budak : (dengan tenang) cikgu hantar..surat ade..
aku : bak akak nk tgk surat..
budak tu bg aku 2 keping surat...1 bertarikh Julai 2008 dan 1 surat bertarikh March 2009..surat tu mendapat kelulusan Pusat Tahfiz Amal, Yan Kedah...
aku : nape cop kedah? kata dr seremban td..
budak : kedah tu pejabat dia..
aku : nape xde cop kebenaran polis pn?
budak : yg cop polis tu ade kt cikgu..
aku : nape xbwk surat tu? kalau akak photostat surat ni bole?
budak : .....(cm xbg je mukanya..)
aku : cikgu marah x kalau xdpt jual ni?
budak : (seriusly dr pandangan matanya aku rasa mcm sesuatu xkene..naif sgt..) x....
aku : ni dh maghrib xpegi solat ke?
budak : dh solat kt Makbur..
aku : akak harap adik xmenipu k...adik belajar Al-Quran kan..xbaik menipu...akak beli bam ni..
budak : (budak tu angguk tanda paham..)..
seriusly aku xsedap hati...aku rasa mcm ada sesuatu yg xkene...nape ek ade budak2 tahfiz jual itu ini utk tujuuan derma??..xkan sekolah skitnyer jauh dtg mintak derma kt KL..berniaga di hari sekolah...xulang kaji ke dia?...esok nk sekolah lagi...xganggu ke pelajaran dia...
dr pg td aku cuba call pusat tahfiz nih...tp xde sapa yang angkat...dekat sapa lagi yg bole aku dapatkan info nih??!!..kementerian mana eh aku nk call...
aku mmg bercita2 nk antar anak2 aku blajar tahfiz..kalau bole aku nak antar iman...tp kalau mcm ni aku takut la...mana dia nk blajar lagi...mana nk berniaga lagi...hmmm...
>>>rasa2nya aku ni keypo ke ha?!!
ni entry ke 2..
http://mamadailydairy.blogspot.com/2009/04/memang-kita-ada-buat-macam-tu.html
susulan dr entry nih...akhirnya aku berjaya berbual dengan seorang wanita...perbagai soalan aku tanya dan ini jawapan wanita tersebut...
"mmg kita ada menjalankan jualan amal utk aktiviti kokurikulum......"
"budak2 ini di latih untuk berniaga......"
"budak2 ni berniaga sehingga pukul 6 ptg" (smlm kol 8 dok tercongok berniaga lagi..)
"aktiviti ini tidak mengganggu pelajaran mereka..."
"aktiviti ini utk seluruh lembah klang"..(budak tu dr seremban berniaga di KL..Hmmm...)
"kita mmg mendapat kelulusan dr Pusat Tahfiz.."
>> aku malas nk taip the whole conversation tuh...main point je aku tulis...
persoalan aku...
> mestikah macam ni?
> xde peruntukan ke utk sekolah2 tahfiz?
> makin ramai budak2 berniaga atas alasan utk raise the fund for the school..for charity..
> kalau bole aku nk budak2 ni duduk belajar seperti budak2 biasa yg xpayah pikir nk kene berniaga utk sekolah mereka...sepatutnya bukan kerja mereka..
> apa yg bole aku bantu??!!
kalau nak lebih clear lagi masuk blog saya k...
macam ni pun boleh ye bro mazidul...memalukan betul.
BalasPadamSalam,Bro Mazidul,sya teringin sgt nak jumpa bro mengenai isu ini..ada byk rahsia yg perlu saya nyatakan pada saudara. Kisah ini mengingatkan saya akan perihal hiudp saya 20 tahun yang lalu. Modus operandi yang digunakan sama,dan didalangi oleh mereka yang sama juga. Jika tidak keberatan saya menunggu respons dari anda.
BalasPadamKadang2 selalu jugak jumpa bebudak tahfiz yang berniaga ni kat gerai2 makan...serba salah jugak nak menghulur...tapi atas dasar kasihan hulur la juga walaupun barangan yang dijual boleh je beli kat mana-mana kedai...
BalasPadamYang buruk menjadi sempadan, BAB Agama dan memperalatkan agama sensitif, dalam Islam (hadis atau surah???) pun memberikan gambaran HATI2 AKHIR zaman agama diperalatkan, akan ada orang agama pandai cakap(buat tak), org yang belajar lebih pahala (sebab dia ikut), org yang ngajar pulak buat apa yg dia sendiri bagi tau HARAM.
BalasPadamRujuk unsur derma pula,
sekurang-kurangnya memberi asas NIAGA, mengajar erti usaha,susah mencari wang, tidak malu atau manja (asalkan tidak menggangu kelas serta RELA).Positif
soalnya siapa yang memantau???semua kerja jika nak buat secara sukarela,
Orang yang diberi gaji memantau senang relaks?wujud unsur dengki buka ruang dengki, siapa yang buka ruang dengki pun ada saham juga.
TAPI memang BAB memperalatkan/bertopengkan AGAMA/anak yatim/YAYASAN untuk kepentingan DIRI serta MIRROR bisnes hanya orang dalam yang boleh benteras buka rahsia kemana DANA dilaburkan. WAng derma untuk berjalan makan angin, melancong tiada siapa yang tau??
Orang dalam pula akan Kenyang jika sama-sama mendapat HABUAN SAHAM sama-sama untung untuk menutup mulut.ALAHAI..
siapa yag Memantau pertubuhan yang BERTOPNGkan begini??
Siapa yang audit?
Petikan: 'pernah Pensyarah UITM mengatakan Akaun boleh dibuat secara MIRROR, ada 2/3 akaun RUGI dan untung',
menambahkan PARAH untuk menipu.
Mengharapkan sukarela buat laporan, siapa lah yang banyak masa??
Kita berharap insan macam MAzidul yang boleh buka mata orang ramai, bila terpapar di TV.
BalasPadamOrang lain mana ada masa, masa komen tengok adala, jika nak tolong yang lain memerlukan masa tenaga,WANG dan minyak bukan tak nak tolong. Kerja sendiri yang dibayar GAJI pun tak siap ini kan nak buat sibuk benteras kes ni.
Oleh itu kepada tokoh2 koperate yang banyak duit boleh la menggunakan cara dermakan tenaga dan wang untuk menggurangkan gejala ini,nak harap siapa lagi??
Semua orang sibuk mencarimengais rezeki.
--kanak yang meminta derma di dalam bas.
--kanak2 yang menjual surat Alquran
dll yang berkaitan agama atau kanak2
Terim kasih semua :)
BalasPadamsaya suka entry ini...
BalasPadamsaya memang tak suka apabila ada pelajar sekolah datang rumah... pakai songkok... sopan..promote buku-buku agama... kismis doa...
saya tak suka sbb mereka ni bwh umur... mereka diperalatkan
suami saya pernah laporkan berkenaan isu ini.
tapi berleluasa!!!
siapa yang dipertanggungjawabkan tentang isu ini...
ramai orang tahu isu ini, tp apa mereka boleh buat...
kesian...aptutnya diaorang ini diberi ilmu...bkn disuruh cari duit...kalo nak sgt duit...knapa pihak sekolah x cari alternatif lain...knpa nak dipakainya budak2 kecil ni...
BalasPadammaz,
BalasPadamsaya bersetuju dengan anda.. kadang-kadang waktu saya mengisi minyak di sg. petani atau kawasan sekitar pulau pinang saya ada juga didatangi oleh pelajar tahfiz ini dan hati saya sangat sayu.
wajah budak-budak ini sangat innocent dan jelas mereka tidak tahu apa2. pada hemat saya, mereka ini sepatutnya berada di sekolah mentelaah pelajaran untuk sekurang-kurangnya SPM. tetapi mereka diguna tanpa mereka sedar untuk bisnes dan kepentingan golongan tertentu.
saya sokong maz utk terus melawan syaitan-syaitan yang bertopengkan agama ini yang menggunakan budak2 ini utk kepentingan diri mereka. saya ulangi pendirian saya, budak-budak ini sepatutnya berada disekolah mentelaah pelajaran dan bukan mengutip derma utk kemandiran sekolah yang dikatakan sekolah agama kononnya.
Terkini, wartawan saya di Alor Star melaporkan pengetua sekolah Tahfiz Amal dijaja namanya telah berhenti. Kini pengetua, orang baharu.
BalasPadamMenurut wartawan terbabit, pelajar ditemui enggan menjawab berhubung soalan waktu mereka belajar.
Update will be posted later :)
masyarakat malaysia terkenal sebagai masyarakat yang penyayang, dan golongan seperti ini memang suka mengambil peluang.. kita hanya mampu berdoa agar derma kita itu mendapat pahala dan jika mereka menyalahgunakannya, hanya tuhan sahaja yang layak memberikan balasannya
BalasPadamKalau kat pulau ni budak2 tu penuh depan bank. Kalau kita nak kuar or masuk bank menerpa depa kat kita. Saya tak pernah beli barang yg depa jual cuma saya sedekah kat depa duit untuk beli makanan depa. Kesian. Ishh sampai bila la masalah ni akan berlarutan??? Kesian budak2 tu ..bila masa depa belajar?
BalasPadamKat daerah sy ni pon ramai budak2 yg katanya dr. sek tahfiz jual minyak angin. Sy simpati ngan derang ni.Brpanas,penat menunggu pelanggan, kdg tu ada tanyer gak mak ayah x marah ke niaga mcm ni..kan suh sekolah..dr riak muka cam serba salah je nk jwp soalan...Mak bpk derang ni x risau ke anak2 depa d biokan niaga cam tuh? Kata sek "TAHFIZ AL-QURAN" tp suh budak2 niaga nk cari income...cari la alternatif len @ xpon k'jan negari amik alih sek tuh jd sek k'jaan negeri macam sek2 agama kat negeri johor ni..MMg bgus Cik mazidul nk wat tinjauan kat sek tu...bio mak bpk budak2 ni yg mana x tau anak depa kene niaga tau hal ni...
BalasPadamHuhu.. Petang semalam pun ada orang kutip 'derma' kat petronas Mutiara Damansara. Haish.. Mungkin juga betul diaorang memerlukan derma untuk berperasangka baik.. Tapi itulah..
BalasPadamsaya xsuka cara pentadbiran mrk ni.kanak2 ni masih muda..kt tmpat sy pon ramai kanak2 tahfiz dr kedah menjaja minyak ni..Maaflah,sy xkan beli minyak tu sbb sy xsetuju cara mrk mengambil kesempatan ke atas kanak2 ni.saya xbeli,tp saya sedekahkan wang(harga sebotol minyak) pada kanak2 tu...
BalasPadamSaya dah dua kali pengelaman anak ke sekolah tahfiz,tetapi ianya sangat berbeza petama anak saya di jangkiti kudis buta, ambik masa lama untuk sembuh. Tetapi cara pembelajarannya bagus bayaran yuran rm 250 sebulan di Kuala Lumpur inilah. Tetapi takdelah di suruh jual minyak dll.
BalasPadamlepas tu belajar pulak di sekolah tahfiz di Shah Alam sekali lagi terkena kerana agak mahal yuran rm 900 tiap2 bulan rm 350. tetapi nampaknya lebih kepada tempat enjoy..di uruskan oleh ustazah yg berumur 17 tahun( ketika itu) sedangkan pengurusnya hanya sibuk ambik upah haji dan umrah.( Sebelum masuk di tahfiz itu selidik dulu kerana anda akan terpesona dengan jadualnya..tetapi rupanya hampeh, belajar tak ikut jadual) Memang menyakitkan hati. Sekarang anak saya belajar di Kelantan alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar bayarannya pun murah.
Saya pernah terserempak dgn budak² ni di Bandar Baru Bangi... pada watu malam
BalasPadamrupanya skop kawasan mereka 1 Malaysia! baru² ni terserempak di Dataran Gambut Kuantan Pahang... Food Court yang hanya dibuka pada malam hari.
Wah... sampai ke malam mereka menjual minyak angin yang berharga RM10 tu...
asyik dok menjual je dari pagi sampai malam... bila nak belajar? hairan.
If betul2 lah nak ajar bernniaga..bukak ajer gerai or kedai macam koperasi ker aper2 ker...then ajar bebudak ni mcm mana nak buat marketing, kira stok ker.. dapatkan pelanggan ker...itu baru belajar betul..ni bukan ajar berniaga ni..ni macam ajar menjaja...then jual dengan harga yang mahal kerana alasan agama.
BalasPadam