Ahad, Jun 14, 2009

Adilkah Celcom?

Saya pelanggan setia Celcom sejak syarikat telekomunikasi terbabit menawarkan perkhidmatan di negara ini. Tidak pernah saya menggunakan servis operator lain selain Celcom. Semua bil saya jelaskan tanpa masalah, 3 bil berlainan nombor kesemuanya, purata RM400 sebulan.

24 Mac 2008 saya mula melanggan jalur lebar, broadband Celcom, RM98 sebulan. Sembilan bulan signal tidak stabil, fluctuated. Maksudnya, sukar untuk saya melayari internet ketika itu. Lapan komplen saya ajukan kepada Celcom Careline namun bagai mencurah air di daun keladi. Tiada perubahan dan tindakan diambil mengatasi masalah didepani, pelanggan setia Celcom. Bersabar, saya kemukakan masalah terbabit di dalam Malaysia Hari Ini, 6 bulan lalu, jam 7.50 pagi.

“Kerja saya banyak melayari internet. Saya melanggan broadband Celcom sejak 9 bulan lalu tapi cuma dapat melayari internet 3 hari sebulan. Jadi, kepada pegawai Celcom mendengar rintihan saya pagi ini, tolonglah,” antara ayat saya ungkapkan.

Jam 11 pagi, 11 kakitangan Celcom, jurutera dan kontraktor berkunjung ke rumah saya di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Hampir 5 jam mereka memasang repeater dan menebuk dinding rumah, memasang wayar besar ke antena sehingga tingkap saya tidak boleh ditutup sempurna. Namun, saya tidak kisah, asalkan mendapat perkhidmatan lebih baik. Syukur, selepas itu saya mampu melayari internet secara sempurna. Malah, Celcom memberikan rebet 8 bulan sebagai ganti rugi. Terima kasih saya ucapkan.

Belum genap tempoh rebet, kini masalah sama berulang kembali. Signal kembali terganggu. Jurutera Celcom berkunjung ke rumah melaporkan masalah ‘line congestion’ dan sehingga entry ini ditulis status tidak berubah.

Setiap bulan, saya membayar RM98. Adilkah tindakan syarikat terbabit mengenakan caj penuh sedangkan pelanggan tidak mendapat servis selama sebulan?

Atau ada syarikat lain menawarkan pakej lebih baik tetapi membenarkan saya berkerja secara mobile?

41 ulasan:

  1. bertukarla untuk kepuasan diri.. bukan kerana celcom.. byk lg operator lain yg bleh bg servis yg baik.

    BalasPadam
  2. sume syarikat intenet mmg problem sye rse... pelanggan tmnet pon problem.. buat aduan tapi xde respon..
    heii.. kdg2 rse x setimpal dgn ape yang kite bayo.. mcm kes cik mazidul neh dasat btol.. 3 hari jer sbln..
    harap company2 neh amik perhatian...aduan pelanggan amik tindakan..dan kalo anta org tolongla anta org yang terlatih!

    BalasPadam
  3. Saya pelanggan Maxis brodband...Rm68 sebulan....secara purata saya puas hati dgn maxis nie...maybe kawasan saya dapat menerima signal dgn baik....nasib utk saya......

    BalasPadam
  4. Alahai Celcom..
    kes yang tak tahu kepada siapa nak ngadu
    ada sesiapa yang kerja di Kemen komuikasi??mana tau ada ruang nasihat.

    Braodband, jika line 3G hilang terus hilang signal,2G/GPRS slow.
    Broadband di LIKAS slow, di Kota Bahru line OK,di beberapa KM persegi dari bandar sahaja.

    dulu2 lagi semasa streamix banyak yang menafikan laluan 2M,1M ke 500k...
    ini kan pula Broadband jika ditanya banyak alsan menafikan.Letih.

    apapun dengar ceriat teknolgi CELCOM lebih camggih dari Maxis..(itu komen Jurutera yang pernah kerja di dua com itu.

    BalasPadam
  5. Bro, celcom sucks big time. Wait until I tell you, saya menunggu dua tahun until todahy untuk mereka menyelesaikan masalah yang berpunca dari kebodohan, kelemahan dan tidak efektif mereka.

    (link: http://bapak-gulagula.blogspot.com/2009/05/do-you-know-apollo-rockets-took.html)

    My advice is, terminate the Celcom and use Wimax. Check if your area is feasible.

    And bro, please cease to call me on my celcom (yes, it was due Celcom ineffectiveness). I am maintaining my maxis only.

    Note: they use post it notes to jot down customer complaints, so please expect another 6 months if you RELA.

    BalasPadam
  6. saya pun pelanggan broadband celcom..tpi cuma ambil pakej rm68 sebulan..

    persoalannya saya x pulak menghadapi masalah mcm cik mazidul...

    pantas,laju cume kdg2 kalau waktu tertentu spt prime hours biasala 2...
    mungkin keadaan faktor sekeliling di kawasan cik mazidul kot...

    BalasPadam
  7. adeii..cita pasal celcom..hmmmm..kita mmg dh banned..kt sungai penchala berukben utk celcom dgn maxis mmg hampeh...harap P1 Wimax je ok skit...celcom banyak hidden kos...dh byk terkena..

    BalasPadam
  8. bole cuba bertukar ke P1 Wimax, dorang pon da ade broadband, tapi agak mahal, sekarang ni saya guna P1 broadband, so far bagus.. walaupon kadang2 ada jugak slow, tapi tak lama dalam setengah jam macam tu, tak penah pulak tergendala selama berhari2.. :)

    sblum ni sy penah gune semua jenis dr celcom, maxis ke u mobile, nampak macam P1 yg terbaik.

    BalasPadam
  9. setakat ni saya pakai celcom berokban no problem.....internet lancar walopon signal lemah...:D

    BalasPadam
  10. Ermm..saya juga pengguna Celcom broadband...Mengalami masalah sama..dan yang untung Encik adalah orang yang terkenal...dan dapat rebet..dan saya, hanya dapat harap bersabar..dan terus bersabar..Setiap kali hendak online di shah alam terpaksan berkampung di luar umah untuk mendapatkan line..dan di ipoh terpaksa duduk di umah bahagian atas untuk menggunakan internet..Bukan untuk memburukkan keadaan..tetapi meluahkan ape yang dialami..

    BalasPadam
  11. slm abg mazidul...masalah yg abg mazidul hadapi sama la dgn saya.....sy pon gram gile dgn servis celcom..ckp tak serupa bikin...ada ke patut bile sy balik kmpong line tk dptt lgsong dia suh sy byr sama jugak...giler ke hapeh???tak puas hati.....sy sbg student yg bru graduated dri IPTA lagi la perlu gune kaan online selalu untuk menyelesaikan bbrapa urusan...sakit hati dibuatnye.....dulu sblum sy beli kata takpe,,,,nnti boleh bayar balik kalo tak puas hati..korok die!!! marah2 orang adalah balik...menyampah siottttt.........harap abg mazidul buat aduan terhadap perkara ni...sy rasa ramai lagi org kat luar sana alami nasib yg sama ngn kite...

    BalasPadam
  12. saya mengunakan celcm brdband selma hampir 2 tahun....tetapi tidak penah mempunya sebrng msalh...
    bkn takder mslah lngsung...
    setiap operator mmng ader maslah tersendri...
    dalm kes mazidul nie...sy pahm...kerana saya melayari iternet around 10hour/days....
    so mng akan menjadi maslh jka internt buat hal.....
    area rumah saya line mxs menjadi mslh di s.alam s.7 jln platinum...jiran sy menggunkn mxs brdband..setiap kali nak surf internet dye akan bawk lptp dye ke luar rumah utnk mendpt kan line yg lebih baik...
    tp kalau nak compre mxs n celcm...mxs lagi beri mslh yg lebih banyk....
    kes mazidul nie hanya berlaku di dlam rumah...kire ok la tu...

    ---kadang2 tu mslh modem cube try tukar---

    BalasPadam
  13. maxis pun lebihkurang sama.. arituh guna, pergh 5 bulan gak la tak ley guna. last2 g center, tanya prob, lepas tuh depa jawab tengah dalam construction...

    sakitnya hati, dekat 6 bulan. tak ley nak guna.. main lembap je, walhal tempat HSDPA.. aduh..

    apa lagi, terus terminate je la..

    la nie ngah guna celcom, alhamdulillah ok.. tapi tgk pd tempat gak. huhU~

    BalasPadam
  14. untungnya abg Mazidul. Sekali sebut di tv, berduyun orang Celcom datang berlari. Kalau kita rakyat biasa ni, dah naik letih mendail 1111.....dah naik letih bercakap. Diberinya satu ribu satu alasan. Kadangkala, penyelesaian yg diberi ntah hapa-hapa.....

    BalasPadam
  15. abg mazidul guna WIMAX...puas hati..dekat ofis, dulu guna streamyx.boleh la tahan. tp since ada wimax,bos pon tukar.laju juga.now, sy pasang lg 1 dekat rumah. so far xde problem.

    BalasPadam
  16. Setakat ini servis broadband Maxis dikatakan lebih bermasalah.

    Hari ini 15 Jun 2009, saya menerima SMS daripada jurutera Celcom mengatakan sinal di kawasan rumah saya telah upgraded. Terima kasih kepada kakitangan bertungkus-lumus membantu. Bagaimanapun saya masih belum mencuba connection setakat ini.

    BalasPadam
  17. Bro Maz

    Nasib kita sama

    Pernah melanggan Celcom

    Kini bertukar Maxis

    Juga nasib yang sama

    Lagi pun jarak antara rumah kita hanya 200 meter sahaja.

    Cuma hebatnya Maxis ialah, selepas pukul 12 atau 2 pagi, line clear, signal penuh.

    Nak terminat kena tunggu sampai habis setahun kontrak. kalau tak nanti , line terminated tapi monthly tetap kena bayar.

    Apa punya law dia pakai daaaa..

    Sekarang ni dah mula berkira kira nak tukar W1P1 pulak

    (agaknya kawasan rumah kita tu di anak tirikan ye...)

    BalasPadam
  18. itu yg nak surf nak ofis je, kat ofis ada 320 mb, pakai list line

    kat rumah tak pasang pun internet

    BalasPadam
  19. saya juga mempunyai masalah yang sama iaitu masalah berok band yang lembab skalik waktu beli tgk kat laman web nyer signal penuh biler sampai umah hampeh jerk 1 bar jer line nyer
    dasar CELakaCom tul.....

    BalasPadam
  20. anda beruntung kerana anda seorang selibriti yg bekerja dengan media massa. kalau kami yg buat komplen,jgn mimpi nak dapat tebet 8 bulan..!

    BalasPadam
  21. nak buat camne kan..saya pun pengguna celcom broadband yang high speed la rm119 sebulan..tp kalau kat opis hampeh...ok bila kat umah...bergantung jugak tempat kot..hmmmm

    BalasPadam
  22. kat umah guna streamx so no problem.donlod pun laju jek.. :)

    BalasPadam
  23. Saya juga PELANGGAN CELCOM..Turut mengalamai MASALAH yang sama....

    BalasPadam
  24. 'internet service provider' nie hanya fikir nak untung saja.. n kurang bertanggungjawab kepada pelanggan (rakyat jelata)..

    BalasPadam
  25. memang hampeh...saya tinggal bersebelahan dengan apartment mazidul...selalu gprs je...weekend jangan cakapla....lagi teruk

    BalasPadam
  26. negara lain dah ade berokband sampai 256mb...malaysia bila lagi...???

    FYI....teknologi wimax yang baru nak tumbuh kat mesia nih sebenarnye sudah lama wujud di doni ini..lebih 5 tahun dah...adeh...mesia baru nak pakai...

    BalasPadam
  27. Saya pengguna Celcom 'BerukBand' lebih dr 3 tahun dn telah pun tamatkan perkhidmatan..Saya beralih kpd Streamyx coz lebih stabil..Dah nama pun 'BerukBand' maksudnya wireless..tentu tak stabil (ikut tempat dan kadar cuaca)Mana2 wireless pun mmg kurang stabil berbanding streamyx coz guna talian TM.Kalo bro nak surf internet sekadar di rumah..guna Streamyx or P1 Wimax jer..kalo mmg bro surf internet ON The GO sepanjang masa kena la guna 'BerukBand' yg tak stabil jugak..Saya cadangkan guna P1 Wimax..coverage makin bertambah tapi kena amik yg wireless la..cuma pakej dia mahal skit bg yg usb modem punya..dlm RM149 bulanan..Nak faham masuk website P1 wimax tue..Saya buat masa nie surf internet di rumah saja dan berpuashati dgn streamyx (Combo)..;)

    BalasPadam
  28. Saya harus mempunyai servis broadband di rumah dan di lokasi.

    Kekadang jika menginap di hotel semasa tugasan, wireless hanya di lobi.

    BalasPadam
  29. Kitorang yg student ni sumer dah merasa pakai broadband...
    Dan sumer dah give up...
    Buang duit tiap2 bulan byr bil tp hasilnya hampeh...

    BalasPadam
  30. haaáaa maxis lg terokkkk!!! caj melampau2..

    BalasPadam
  31. En Mazidul yang report, mesti diorang alert terus.. ye la, kan tak pasal2 jatuh standard diorang.. mmg broadband yang ada kat Malaysia ni masih tidak best.. banyak sangat probnya.. bayaran dah la mahal.. aduih~~

    BalasPadam
  32. sama jer kalau guna PI wimax.sakng nie cun ler sebab tak ramai user lagi..nnti bila dah ramai sama dengan ajo..

    BalasPadam
  33. cam aku, guna celcom kat area penang, bukit mertajam dan perlis
    kekadang mmg membawa masalah, dan aku akan call careline 1111, diaorang akan try untuk feedback kepadaku, even dalam emel, diaorang akan feedback, hasilnya, skrg baru aku berpuas hati dengan perkhidmatannya, selepas mungkin dekat 5bulan dok complaint je
    nak buat camne, complaint tetap kena complaint, sbb servis tu terganggu, dan mazidul kita bertuah, kerana merupakan seorang staf TV3...secara live boleh complaint
    tapi secara peribadi, jika berkenaan wiriless, secara faktanya mmg ia tetap akan terganggu, dan akan slow, jika semakin banyak pengguna di area tu
    jadi, mgkn lebih baik guna streamyz, untuk di rumah, dan celcom broadband rm98 untuk apabila berada di luar
    dia di sesetengah kawasan yang akan buat hal
    g pun, kita tidak tahu berkenaan apa yang berlaku, jadi kenala bersabar
    adik tidak adil, bukanla satu isu besar sangat, tapi jangan putus asa complaint, tak suka email, call 1111...pkl3am diaorang angkat dan layan complaint
    kekadang tidak semestinya perkhidmatan mereka yang bermasalah, tapi adakah en.mazidul check kembali keupayaan laptop/PC?ram tinggi?processor?kerja yang en.mazidul buat memerlukan source computer yang tinggi tak? jenis modem untuk celcom broadband camne? banyak benda yang perlu dipertimbangkan sebelum jump kepada perkhidmatan mereka yang tidak elok
    lebih baik minta pendapat dari pihak IT untuk check kembali, yang penting PC/laptop en.mazidul...is it run smoothly?
    tu tak termasuk antivirus, berfungsi?ada?spyware?firewall?setting2nya camne?

    BalasPadam
  34. urm..
    dasat gak eyh celcom..
    cite bukan men nak hebat lagi..
    skali service hampeh..
    so far sy gune maxis nothing happen la..
    service ok..
    try tuka p1 wimax..dorg gune direct satelite..law adew prob pon sbb dorg tgh upgrade so 1 mlaysia dpt coverage..

    BalasPadam
  35. Honestly, Maxis Broadband jauh lebih teruk dari Celcom Broadband.

    BalasPadam
  36. saya adalah pengguna p1 wimax dan celcom broadband..

    secara peribadi celcom broadband jauh lebih baik berbanding celcom...

    saya langgan wimax tu untuk kegunaan di rumah dan broadband tue untuk kegunaan handphone...

    p1 wimax minggu 1st week je yang ok...pastu mmg out...call careline die mmg btol2 tak membantu...memang tak dapat nak solved...nak terminate kena bayar RM999...baik guna dari bayar amaun tu then tak dapat guna...

    celcom...mmg xda masalah...
    kalo ade masalah pown slow downloading...
    tu pown biasanya on peak time..
    kalo ikutkan dalam page coverage map celcom rumah saya mmg tak dapat coverage untuk hsdpa....
    tapi saya full bar untuk hsdpa network...
    maybe map coverage tue x update lagi kot...
    two thumbs up for celcom

    p/s:to cik eila_lala89...btol ke p1 wimax guna direct satellite??
    rasanya kalo gune direct satellite kene ade direct line of sight dan
    xde masalah untuk buat connection nationwide...

    BalasPadam
  37. salamsemua pembaca. mengenai celcom ni di kawasan saya tidak menghadapi masalah. laju dan puas hati tapi term and condition tu yang buat kita sakit hati. saya bekerja banyak menggunakan internet, apa yang berlaku tak sampai 2 minggu mesti speed drop gila-gila jadi 128kbps wlaupun saya melanggan pekej advanced. bila tanya celcom katanya dah sampai limit 5gb. cuba tuan-tuan pikir apa yang boleh buat kalau stakat 5gb. lbh baik ambik pekej 100kb kalau ada pun . mgkin bayar 20.00 sebulan. ini bayar 90.00 sebulan speed yang dapat 128kbps lps 2 minggu. kena tunggu lagi 2 minggu baru dapat reset dan speed kembali normal. ini kurang adil untuk semua pengguna

    BalasPadam
  38. harini.. sejak tengahari tadi celcom tak de coverage langsung sampai sekarang.. skarang ni public phone memang susah nak cari.. kalau ada pun semua rosak.. kenapa teruk sampai mcm ni.. tok sakit tenat.. aku nak balik KL..dah sampai ipoh patah balik ke penang tengok rumah tak de orang..nak call tak dapat.. rumah berkunci.. nak drive balik KL pun aku dah penat sebab drive kesana kesini cari public phone.. sedih la mcm ni.. takkan smua staff celcom cuti raye kot.

    BalasPadam
  39. i was like ur case before. paying for nothing. something bayar buta-buta tapi tak dpt guna.. at last, i terminate the broadband and request full rebate. after debating and fighting over the phone, i manage to get back my money. 8 month not being used but paid in full..

    celcom is rubbish!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.