Jumaat, Jun 26, 2009

Michael Jackson Meninggal Dunia

Dunia hiburan antarabangsan kehilangan aktres dan artis terkemuka.

Aktres terkenal menerusi siri Charlie’s Angels, Farrah Fawcett meninggal dunia pada usia 62 tahun akibat barah. Wanita berambut emas, 'The golden hair girl' itu menghembuskan nafas terakhir di Pusat Kesihatan St John’s, Santa Monica, California pada 9.28 pagi waktu tempatan.

Manakala Michael Jackson meninggal dunia pada 2.26 pagi Jumaat, waktu Malaysia akibat jantung gagal berfungsi.

Beliau berusia 50 tahun, mati dalam perjalanan ke Pusat Perubatan UCLA di Los Angeles, California terletak kira-kira 6 minit dari rumahnya. Michael diingati dengan lagu evergreen, antaranya, Beat It, Billie Jean Thriller.

Lahir berkulit hitam pada tahun 1958 dan merekodkan album pertama bersama Jackson Five ketika berusia 10 tahun pada tahun 1968. Dia menjalani pelbagai pembedahan pembentukan semula wajah dan memutihkan kulitnya. Michael pernah dilanda pelbagai kontrovesi, antaranya, mencabul kanak-kanak. Bagaimanapun, dunia terus menganggap beliau raja, ‘Raja Pop’.

Di CNN, abangnya, Jermaine Jackson berkata ..

"May Allah be with you Michael"

16 ulasan:

  1. salaam

    sungguh terkejut mendengar berita itu pagi tadi di MHI...takziah

    BalasPadam
  2. hmm..tol ke MJ tu dh convert islam ha?

    BalasPadam
  3. Syaz, baca kenyataan terakhir di post ini.

    BalasPadam
  4. Syaz..MJ sudah memeluk Islam dan nama islamnya adalah "MikaeeL"..

    alhamdulillah...semua bloggers kebykannya memuatkan berita mengenai beliau harini...dan areQue happy kerana arwah
    MJ meninggal dlm rahmat Allah..

    sekurg2nya..Allah masih sayangkannya..

    pedulikann kisah hidupnya yg pnuh kontroversi itu..tapi fikirlah dr sudut positif knapa dia jd begitu..

    sekurg2nya dia masih ingin berubah..
    dan alhamdulillah..dia meninggal dlm nikmat Islam, Iman ..dan Ihsan..

    semoga Allah mncucuri rahmatNya ke atas roh MJ..

    aminn..:)

    BalasPadam
  5. Bulan Jun 2009 diisi dengan dua berita kematian tokoh dunia yang berbeza: Michael Jackson dan Fathi Yakan..!! Keduanya dikenali ramai orang, namun faktanya, banyak orang Islam lebih banyak meratapi pemergian Michael Jackson daripada kehilangan seorang ulama besarnya.

    Michael Jackson, dikenali dengan sebutan “King of Pop” diberitakan meninggal dunia kerana serangan jantung di rumah sakit UCLA Medical Center di Los Angeles. Ia meninggal di usia 50 tahun. Sampai saat ini, penyebab kematiannya sendiri masih tidak jelas(setakat pembacaan aku). Ketika dibawa oleh petugas kesihatan pemadam kebakaran Los Angeles, dia diberitakan sudah tidak bernafas.

    Kematian Michael Jackson adalah satu berita tragis bagi peminat si Raja Musik Pop ini. Pada tahun 1980an, dia sangat terkenal dan mendominasi bisnes muzik dunia. Albumnya yang berjudul “Thriller” pada tahun 1982 terjual sebanyak 50 juta copy di seluruh dunia dan menjadikan dia sebagai salah satu orang yg terkaya di dunia. Pada awal 90an, dia mengganti rupa dan bentuk tubuhnya, dari seorang kulit hitam menjadi kulit putih, melalui pembedahan plastik. Pada pertengahan 90an, dia sudah hampir kehilangan popularitinya kerana serbuan musik alternatif (grunge) dan albumnya yang disiapkan dengan kos yg besar (Dangerous) di pasaran.

    Kehidupan Jackson dipenuhi dengan berbagai peristiwa aneh dan kontroversial. Setelah mengganti tubuhnya, Jacko—panggilannya—juga terlibat dgn kawin cerai, diberitakan melakukan jenayah seksual, aksi yg 'bahaya' kepada anaknya sendiri, dan sebagainya. Pada tahun 2003, dia diberitakan menganut Islam mengikuti jejak abang kandungnya yang telah terlebih dahulu memeluk Islam. Namun berita Jacko dalam menjalankan Islam amat jarang kita dgr sekali. Tahun 2009, dia diberitakan akan melakukan come-back, namun ajal dtg menghampirinya, seperti yang diberitakan oleh MSNBC.

    Berita kematian Michael Jackson disambut gegap-gempita oleh masyarakat seluruh dunia. Termasuk juga orang-orang Islam. Memang terasa kehilangan bintang pop ini. Mereka menulis status dalam di facebook milik mereka dan menyatakan sangat kehilangan Jacko.

    Sementara itu, Sabtu y lalu, seorang ulama besar Islam pun wafat. Beliau adalah Fathi Yakan, iaitu seorang tokoh pergerakan Islam yang sgt dikenali. Buku-bukunya banyak dibaca dan menjadi reference para aktivis pergerakan Islam Indonesia diawal-awal tahun 80-90an.

    Syaikh Fathi Yakan..seorang ulama Islam yg lahir pada tahun 1933 di Tripoli. Dia pernah menjawat jawatan sebagai anggota parlimen di Lebanon pada tahun 1992. Ia terlibat dalam kerja-kerja dakwah di Lebanon pada pertengahan tahun 1950-an dan merupakan pelopor pembentukan gerakan Islam disana. Syaikh Fathi Yakan juga tidak terlepas dari gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir.

    Salah satu bukunya yang cukup mnjadi fenomena yang terbit pada tahun 90an adalah "Aids Haraky" - sebuah buku yang banyak menyindir dan mengkritik gerakan-gerakan Islam yang terlalu banyak berbicara politik daripada Islam itu sendiri.

    Sebaliknya, berita kematian Fathi Yakan ini mendapat tanggapan yang sepi dari dunia Islam. Banyak umat Islam yang tidak mengetahui kematian beliau. Bahkan ketika ditanya, banyak pula yang menjawab, “Fathi Yakan? Fathi Yakan siapa?”. Sedih bukan??

    Aku juga tidak mengetahuinya sampai lah berita ini aku baca di sebuah laman web.
    Rasa bersalah kerana berita tentang pemergian Ulama' besar tidak diketahui. Malah, media juga tidak memberitakan pemergiannya.

    Ironinya.. Fathi Yakan, didoakan oleh seluruh dunia Islam. Dan Jacko, ditangisi oleh penggemarnya.

    #Bersama kita menyedekahkan doa dan al-Fatihah buat mereka..:)
    Al-Fatihah;)

    BalasPadam
  6. AreQue, suka membaca bila lulusan UIA menulis.

    It was announced, he converted to Islam before, as what I wrote in one of my previous posts.

    Jika benar dakwaan Michael memeluk Islam, bagaimana dengan pengkebumian?

    Soalan itu mungkin akan timbul jika ada pihak yakin berhubung status ugama Michael.

    BalasPadam
  7. Memang berita yang amat mengejutkan seantero dunia...memang ada dengar dakwaan yang beliau dah convert kepada Islam...kalau dakwaan itu benar, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau...

    BalasPadam
  8. terima kasih abg mazidul..

    saya sekadar memetik apa yg sy letak di atas dari pembacaan saya dari sebuah laman web pagi tadi dan ditambah dgn pndangan sy sndiri mngenai isu ini...

    ia juga saya muatkan di blog saya untuk makluman rakan2 yg mgkin tidak tahu mengenai Fathi Yakan..

    sy juga masih bmbang jika ada pihak yg mndakwa MJ bukan Islam..risau hal pengkebumiannya nanti mnjadi isu utama..biasanya hal2 "status converted to Islam or not" ni akan tercetus di saat mereka akan dikebumikan nnti..byk kes sprti ini brlaku di negara kita..tapi mujurnya negara kita, status pndaftaran sbg Muslim ada tercatat dlm rekod dan ini lbh mudah ditentukan jika ada pihak mndakwa sebaliknya..

    Tap, tak tahulah kalau di sana..org Muslim yg convert mcm MJ ni ada didaftarkan tak..kalau ada, blh la ini dijadikan sbg "concrete proof"..

    apapun..
    kita tunggu dan lihat..

    Hrp2 ia tidak mnjadi masalah:)

    maaf kalau sy ada tersalah..

    apapun...
    *peace no war!

    BalasPadam
  9. jika benar dia masih lagi menganuti agama islam, seharusnya dia dia dikebumikan mengikut cara islam

    BalasPadam
  10. Saya baca artikel mengatakan MJ masuk Islam pada November 2008 bukan tahun 2003.

    Apa-apapun harap MJ dapat dikebumikan tanpa ada isu berbangkit. Seharusnya dalam hal ini, abangnya Jermaine@Muhammad Abdul Aziz bertanggungjawab.

    P/S: Saya sedih mendengarkan khabar ini pagi tadi. Saya membesar dengan lagu-lagunya yang "evergreen" (ada tak terjemahan perkataan ini selain dari malarhijau?). Semoga rohnya dirahmati.

    BalasPadam
  11. Semoga kedua2nya dicucuri rahmat...Amin.

    BalasPadam
  12. Setelah Raja Pop Michael Jackson meninggalkan bagaimana keadaan ketiga-tiga orang anaknya ya?

    Semoga Michael Joseph Jackson, Jr., Paris Michael Katherine Jackson dan Prince Michael Jackson II, tabah menghadapi ujian hidup yang mendatang.

    Anak-anak Micheal Jackson ni, masuk Islam juga ke?

    BalasPadam
  13. last night, areQue followed news on TV..and quite sad when his brother in his speech said "May Allah be with you Michael.."

    Michael lived a very colourful life and during a short 50 years he made an indelible mark on the planet Earth..!!

    i think.. whether or not we are a fan there's nobody who can deny his impact and the memory of him which will persist in all of us indefinitely.

    Spread the word of Michael Jackson's legacy and make sure everyone will always remember.

    whatever...:)
    pay tribute to him and Fathi Yakan too..:)

    muhkkakkakka..try tlis english jap..huhuh..

    Isalam itu indah kan..??
    Peace!

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum bro Maz...
    Pagi tadi semasa menghantar anak ke sekolah, sempat saya mendengar siaran radio dari Lite.fm

    Terkejut bilamana d.j rancangan tersebut menyatakan bahawa stesyen radio itu akan "meraikan" atau dalam percakapan bahasa Inggerisnya "to celebrate the demise of King of Pop".

    Setahu saya takda pun orang raikan kematian seseorang, kecuali orang itu penjenayah perang, ataupun d.j tu dah tiada perasaan lagi. Sila komen.

    BalasPadam
  15. Astroroy, saya tidak berpeluang mendengar Lite FM. Justeru, tidak adil jika saya melontarkan sebarang komen.

    Di Amerika Syarikat memang dilaporkan 'people are celebrating as well as mourning the death of Michael'. Pun begitu, saya fikir jika di negara kita, komen sama itu tidak sesuai.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.