Khamis, Jun 25, 2009

Syarikat Durjana

Saya menerima dan membaca lebih 500 SMS setakat jam 1 pagi tadi berhubung kes penipuan syarikat menawarkan kerja sambilan di rumah. Saya yakin lebih banyak SMS bakal saya terima esok dan lusa.

Mangsa bukan sahaja kononnya ditawarkan kerja memasukkan data ke komputer, data entry, malah diumpan kerjaya glamor, model dan pelakon tambahan. Modus operandi majoriti syarikat sama, memancing orang ramai melalui iklan di siarkan di akhbar dan majalah, kemudian meminta mereka datang ke pejabat untuk sesi temuduga. Pemohon kerja kemudian diminta membuat pembayaran, consultation fee, berjumlah antara RM30 dan RM200, pada masa sama menandatangani perjanjian.

Barangkali akibat terlalu teruja dimaklumkan kononnya mendapatkan kerja, pemohon tidak mengendahkan kandungan perjanjian ditandatangani. Antara klausa termaktub, wang dibayar tidak dikembalikan semula dan tiada tempoh spesifik syarikat perlu memberikan pekerjaan kepada pemohon. Syarikat durjana kemudian berdolak-dalik menggunakan pelbagai alasan setiap kali pemohon menuntut kerja dijanjikan.

Beberapa SMS saya terima bernada marah, mempersoalkan mengapa nama syarikat saya kunjungi mahu pun wajah pekerja dikaburkan? Jawabannya mudah, syarikat dan pekerja dikatakan menipu belum dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman. Justeru, pihak terbabit boleh mengambil tindakan undang-undang menyaman saya dan TV3 jutaan ringgit, risiko terlalu tinggi untuk ditanggung.

Berikut rumusan saya.

Media cetak harus menapis syarikat mengiklankan perkhidmatan mereka, bukan membuta tuli menyiarkan iklan akhirnya memerangkap dan merugikan ribuan warga.

Orang ramai harus bersikap proaktif, menyelidik latar belakang syarikat sebelum memohon kerja. Gunakan kemudahan internet untuk memeriksa komplen atau status syarikat terbabit samada telah disenaraihitamkan atau sebaliknya.

Mereka tertipu wajib membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan agar tindakan undang-undang boleh diambil terhadap syarikat mengikut Akta Perihal Dagangan.

360 hakikatnya berusaha mendedahkan maklumat agar masyarakat tidak tertipu. Begitupun masih ramai akan mengulangi kesilapan sama kerana enggan mengambil tahu perkembangan berita semasa.

23 ulasan:

  1. Uikkk..sampai 500 SMS..! Punyer le serius hal semacam ini...Kasihan mereka2 ynang tertipu tu..dalam keadaan ekonomi sekarang mereka mungkin TERDESAK untuk mendapatkan pekerjaan sama ada untuk dijadikan ppendapatan utama atau sampingan. Atas alasan TERDESAk di campur plak kurang pengetahuan maka bermaharaja lela hal2 seperti ini. Jebat cuma harap, semua media terus memberi maklumat dan dalam masa yang sama menyekat penipuan seperti ini. Pihak kerajaan..tolong lah lebih serius tangani hal seperti ini..

    BalasPadam
  2. Salam, saya pon pnh terkena kes mcm ni..tp dh lme dh..awl tahun 2006...disebabkan t'desak nk cari keje smpai sanggup byr RM160 kp syrkt tu kononnya utk fee dorang lar...tp,xde apa2 pon..skrg lbh ati2 klu nk cari kje...

    BalasPadam
  3. masyarakat kita sendiri kena sedar dan bertindak.tepuk dada tanya hati.

    BalasPadam
  4. Jebateja, LEBIH 500 SMS, yup! It is true. Semua itu dihantar mereka pernah tertipu. Saya percaya sukar memperoleh kembali wang dibayar. Tribunal Tuntutan Pengguna juga didapati tidak begitu berkesan.

    Lady, memang kena LEBIH berhati-hati :)

    MamaBabah, dalam keadaan terdesak, saya kira ramai terlepas pandang perkara mereka lakukan.

    BalasPadam
  5. malu pulak bila tgk yg bekerja di syarikat itu..org kita sendiri..

    takkan le dia tak tau syarikat dia wang menipu org ramai?

    tak baik betul...

    BalasPadam
  6. syarikat menipu harus dikenakan hukuman...
    bodo pny company

    BalasPadam
  7. salam bro mazidul,

    harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sebelum ramai lagi tertipu.

    Harap pihak media dapat menapis segala iklan2 yang meragui cam kes keje sampingan tu.

    Dan saya amat berharap pembaca2 dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan skim buat BLog bleh jadi jutawan tu....itu smeua penipu....awasla..

    BalasPadam
  8. Syrkt Akhbar harus juga bertanggungjwb jgn hnya pntgkn keuntungan semua iklan jawatan kosong dimuatmasuk. Masyarakat sbnrnya menanam keyakinan terhadap iklan-iklan tersebut apatahlagi iklan tersebut dicetak oleh Akhbar yang tinggi ranking penjualannya.
    Tentu ada ssetengah pihak menuding perkataan 'bodoh' atau 'padan muka' kpd mereka yg telah tertipu tapi bak pepatah 'hari ini hari kau esok lusa siapa tahu' . Sekali lagi sekalung tahniah kpd team TV3 khasnya En Mazidul.

    BalasPadam
  9. betul tu bro...
    ini masalah desperado nak dptkan kerja sebenarnya. Kengkadang logik terpaksa ditolak ketepi kerana desperado mengatasi segalanya. Zaman gawat mcm ni org sanggup buat apa saja tuk mendaptkan duit. Tp soal iklan tu bukan perkara baru.. dah bertahun2 lamanya! Mcm jugak iklan ahlong dlm paper tu..! tp masih ada jugak yg terkena..!

    BalasPadam
  10. 8 tahun dulu, saya & kawan2 pun hampir2 tertipu dgn sykt penyangak macam ni, hampir2 nak terbayar dah 'fees' yg diorang kenakan. masa tu kami baru grad, so berkobar2 la nak cari kerja. sykt yg kami pergi tu dekat2 dgn KLCC, tah2 skrg dah pindah ke ceruk lain...

    tapi nasib baik, kami ni masih boleh pikir lagi. so last2 memang kami tak bayar satu sen pun.

    agaknya sykt2 macam ni tak takut pun dengan hukuman/denda pihak berwajib, agaknya diorang rasa macam main kejar2 je dgn pihak2 berwajib tu.

    so, nak taknak, kita sbg orang awam jugak yg kena lebih peka terhadap perkara2 macam ni...

    penipu2 ni tak rasa bersalah ke makan duit haram ek?

    BalasPadam
  11. salam bro mazidul...

    Doa orang2 yang teraniaya sgt makbul..semoga syarikat durjana ni mendapat pembalasan setimpal atas kesusahan org lain...

    Bagi pekerja2 yg bekerja syarikat durjana tu, duit gaji yg anda terima sebenarnya tak berkat kalau kerjanya menipu orang ramai...

    just my 2 cent...

    BalasPadam
  12. salam, masalah pada masyarakat kita yang suka mencari kerja yang mudah tetapi ganjaran yang tinggi. Ramai yang terpedaya tanpa memikirkan risiko kerana tidak menyelidik dahulu.Sepatutnya kita yang akan bekerja akan dibayar gaji bukan diminta bayar deposit. Kita bukan beli barang kat company tu tetapi untuk bekerja, tak akan logik jika kita diminta untuk membayar wang walau apa sekali pun alasan. There must be something wrong if we have to pay 4 them

    BalasPadam
  13. dek kerana terdesak...lupa pesanan.

    Yang pelek peranan Media cetak. Demi untung.

    siapa lagi nak tolong jika undang2 penguatkuasaan agensi kurang berkesan, kalau ikut undang2 sendiri nanti jadi lain pulak,

    mereka yang sms tu sebab nak jalankan UNDANG2 sendiri mungkin..

    BAKAR kerr atau jirus air kee? Pejabat yang terbabit ahakss..

    PBT???

    BalasPadam
  14. modus operandinya syarikat seperti ini adalah berselindung di sebalik lesen perkhidmatan, menipu dan mengaut keuntungan dan berpindah-randah

    BalasPadam
  15. en mazidul..

    sy rasa org kita tak pernah serik..

    sama mcm kes along :(

    BalasPadam
  16. tengok 360 malam tadik rasa macam nak smack down jer agensi yang menipu tu...cehhh.. hehehhe... anyway makan duit haram tak berkat dunia akhirat...

    BalasPadam
  17. Betul 2 saudara mazidul..walaupun byk kes yang dilaporkan mengenai kes yag sama tetapi masih juga ada yang tertipu.

    BalasPadam
  18. kerja saudra Mazi itu adalah sebagai Bonus PBT SSM dan agensi terlibat untuk bertindak;


    antara cadangan (jika nak pakai/dengar)walaupun bukan mudah.

    Menyita semua yang ada kaitan SSM nama pemilik, akaun bank no kenderan pejabat, nombor telefon bersepadu, kemudian umumkan di suratkhabar nama syarikat terbabit dan apa yag disita termasuk nama penjamin saksi atau Alibaba yang beri pinjam nama utk daftar syarikat.

    jika tidak selepas ini mereka buka company lain lokasi lain dengan menyewa nama lain pulak...

    apakah cara lain/hukuman yang boleh memberikan RASA serik??

    selepas bayar denda buka syarikat lain??

    BalasPadam
  19. nasib baik saya tak try apply kat adv tu... saya dah agak, tapi cuba perhatikan...SYARIKAT AKHBAR yg menyiarkan berita tu SENYAP je... apapun saya salahkan syarikat akhbar kerana mengambil iklan tersebut...pernah kawan saya nak iklan di akbar di sini (KK,Sabah) mengenai jualan langsung... menggunakan ayat'pendapatan sampingan' tidak dibenarkan, jadi dia guna ayat lain...ini perniagaan ada lesen bukan haram, tempat kecil pun boleh kawal tak kan KL tak leh buat... nampak sgt org suratkabo ni memang cari wang, kalau dah ada yg mati esok barulah Kem Sum Manusia buka mata.Begitu juga spa,rumah urut,pinjaman along pun ada yg adv dlm akhbar...I nak beritau Dato Hishamudin la... mana tau dia sanggup benteras...sampai skrg ku masih unemploy uuuwwwhhhh..TV9 pun jgn le ambil Sharipah shahira, kami yg graduate pun sanggup keje part-time...Bagilah peluang pd kami juga TOLONGLAH!!

    BalasPadam
  20. kasihan ya kalau jd mcm ni sekali...
    tapi, aku rasa better la bgtau syarikat mana yg byk wat penipuan2 ni..

    takut ramai lg yg terkena...

    apapun..
    hidup inii indah jika kaite pndai mengahrgainya..

    mari kita semua berhati2 dan kalo blh..make sure keje yg kite cari tu mmg blh dipercayai dan tanya dulu mana2 badan2 berwajib..adakah tmpat kerja tu tidak terlibat dlm penipuan yg ntah apa2 ni..

    *peace!

    BalasPadam
  21. lagi satu...
    areQue setuju dgn jebateja tu..

    media harus memainkan peranan dlm hal ini..:)

    ok..

    BalasPadam
  22. sekarang ni ada mcm2 iklan ada kat internet tu..masing2 menggunakan perkataan PENDAPATAN LUMAYAN untuk mengaburi mata orang ramai

    BalasPadam
  23. hukum penajra dan sebat je,..
    paapr muka depan roang ramai..
    ah, malaysia ni baik sangat..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.